16 Mac 2011

[Video] Mangsa Fitnah Khalwat Buat Laporan Polis

Kuala Terengganu - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web “darul ehsan today” yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

“Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

“Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat,” jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut. Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

“Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

“Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

“Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung,” ujarnya. -buletinonline




Ulasan GB

Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya.

Bermohon keselamatan daripada Allah dan sering membaca Surah Al-Buruj. Petikan

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10


Hadith Rasulullah:

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan tiba masanya di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia tidak termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Logi Nuklear: Najib Dan Muhyiddin Patut Tanya Mahathir

Lebih Baik Tidak Bina Loji Kuasa Nuklear - Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear. -illustrasi malaysiakini

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini," katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya," katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan "tidak termasuk nuklear".

"Kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear. Saya tidak tahu apakah orang sedar tentang hal itu," katanya.

Ditanya apakah beliau akan menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak membina loji tenaga nuklear, Dr Mahathir berkata, "Saya bukan penasihat. Sebab itu saya gunakan blog."


Malaysia bercadang membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas melancarkan Bangunan Lestari Kumpulan EMKAY, di sini. -- BERNAMA

Naiktaraf Tandas RM199 Ribu? Siapa Sudah Songlap?

Tandas awam bertaraf 'banglo' dakwa DAP

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Malah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

'Pembaziran terlalu kerap'

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

ADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja. -mk

Ulasan GB

Betul-betul kerja gila. Hal begini jelas pun SPRM dan PAC tak siasat. Semata-mata kerana negeri Melaka ditadbirkan oleh BN.



Segamat Dilanda Banjir Semula

Kejadian lalu berulang kembali

SEGAMAT - Hujan lebat yang turun sejak kelmarin mengakibatkan beberapa kampung di daerah Segamat kembali dilanda banjir seperti di Kampung Batu Badak, Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Paya Dalam Segamat.

Berikutan kejadian tersebut, penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan seperti di pusat pemindahan Balai Raya Gemerih 4 yang menempatkan mangsa daripada Kampung Batu Badak dan Seberang Batu Badak.

Sebanyak enam keluarga melibatkan 34 mangsa berpindah ke pusat tersebut sejak 12 Mac lalu.

Sementara itu pusat pemindahan mangsa banjir Balai Islam Kampung Paya Dalam menerima tujuh keluarga dan 36 mangsa banjir.

Menurut salah seorang mangsa banjir, Abdullah Osman, 56, berkata air Sungai Segamat mula naik secara perlahan sejak beberapa hari yang lalu.

Namun hujan yang berterusan mengakibatkan air di Sungai Segamat naik secara mendadak sehingga mengakibatkan rumahnya dan beberapa rumah jiran dilanda banjir.

“Pengalaman banjir pada Januari lalu masih lagi segar diingatan isteri serta lima lagi anak saya. Kini tidak sampai dua bulan, rumah kami dilanda banjir lagi. Namun kali ini kami sekeluarga lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku,” katanya.

Menurutnya, ketika banjir besar Januari lalu, rumahnya dinaiki air sedalam lima meter serta hampir menenggelamkan keseluruhan rumah dan dia juga mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit ketika itu.

Ketua Kampung Batu Badak, Anuar Abd Karim, 65, berkata, setakat ini hanya beberapa rumah sahaja dinaiki air terutamanya yang berhampiran Sungai Segamat.

Pihaknya akan membuka pusat pemindahan banjir pada bila-bila masa sahaja jika paras air terus meningkat.

“Pusat pemindahan banjir di kampung ini disediakan di Balai Raya Gemerih 4. Apa yang penting ialah penduduk kampung harus mengambil iktibar pada banjir besar lalu supaya mereka tidak mengalami kerosakan harta benda yang banyak, namun keselamatan diri adalah paling utama,” katanya.

Sehingga kini, paras air di Sungai Segamat menujukan penurunan dan semua mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing. -SH

Ramai Kahwin Warga Asing Di Songkhla

Songkhla (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.

Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).

Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status ‘Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.

“Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

“Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

“Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

“Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010

Songkhla - 2,559
Narathiwat - 177
Yala - 160
Satun - 173
Pattani - 191.






Ulasan GB

Apa-apa pun nikah di Siam itu lebih baik daripada melakukan perzinaan, dan jauh lebih baik dari perbuatan "seseorang" yang merogol amahnya kemudian lepas bebas dan lakukan konspirasi untuk menutup isu berkenaan dengan memaksa wanita buat pengakuan tidak pernah dirogol..

Oh, DNA (Datuk Najib Altantuya)

Oh DNA, siapa beruk dan monyet

Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik,"
katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA,"
katanya. -HD

Gempa Bumi Susulan 6.0 Skala Richter Landa Pantai Timur Honshu

Gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter berlaku lagi hari ini melanda di pantai timur Honshu, Jepun pada 11.52 pagi ini menyebabkan bangunan-bangunan di ibu kota Tokyo berggegar akibat gempa kuat itu, demikian laporan televisyen NHK.

Belum ada laporan-laporan mengenai kerosakan atau mangsa korban dari gempa terakhir itu, kata badan siaran radio dan televisyen Jepun tersebut.

Sementara itu pejabat berita Perancis AFP juga memberitahu, gempa kuat 6.0 pada skala Ricter itu melanda Lautan Pasifik, menurut Badan Meteorologi Jepun.

Pejabat berita tersebut juga melaporkan, gempa tersebut menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo dengan cukup kuat.

Tidak ada peringatan tsunami segera dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa, namun badan meteorologi mengingatkan kemungkinan meningkatnya tingkat air laut.

Ini adalah salah satu gempa susulan berkekuatan besar setelah gempa dahsyat dengan kekuatan 8.9 atau 9.0 skala Richter yang disertai dengan tsunami yang menghancurkan wilayah Miyagi, Sendai dan menyebabkan kebakaran loji elektrik tenaga nuklear milik negara di Fukhusima minggu lalu.

Operasi pencarian dan penyelamatan dengan bantuan pasukan berbagai negara hingga kini masih dilakukan. Pejabat setempat menganggar bilangan yang terkorban dan hilang mencapai 10,000 orang.


Gempa bumi kuat di pantai timur Honshu, Jepun

Gempa bumi kuat berukuran 6.0 skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada jam 11.52 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037 km dari timur laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai.

Sementara itu, seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Jepun terpaksa berkongsi sisa beras dengan rakan-rakan sebaik Tokyo dilanda gempa bumi kuat 9.0 pada Skala Richter dan tsunami Jumaat lepas.

Muhammad Aizuddin Anwar (gambar) atau lebih popular dengan nama 'Aizdean' berkata ketika gempa berlaku kira-kira jam 2 petang (waktu Jepun), beliau sedang dalam perjalanan menuju ke Shinagawa menaiki kereta api tetapi terkandas kerana gegaran.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Aizdean berkata beliau terpaksa berlindung di rumah rakannya dan ketika itulah mereka terpaksa makan sisa beras yang kebetulan sudah tinggal sedikit.

Sebelum itu, gempa yang berlaku itu memaksa Aizdean, 27, keluar dari kereta api dan kemudiannya menaiki teksi ketika bangunan di sekelilingnya bergoncang manakala orang ramai dilihat melarikan diri mencari perlindungan di kawasan selamat.

"Mula-mula ingatkan gempa kecil, tapi dalam beberapa saat menjadi semakin besar sehingga nak berdiri dengan betul pun tak boleh.

"Ramai yang melarikan diri dengan menutup kepala bimbangkan bumbung stesen kereta api jatuh menimpa. Saya hanya ingatkan mati ketika itu dan hanya banyak mengucap," katanya.

Dalam wawancara menerusi e-mel itu juga, Aizdean berkata ramai mangsa yang terselamat tidak boleh pulang ke rumah masing-masing termasuk dirinya kerana sistem pengangkutan kereta api yang lumpuh akibat gempa bumi sehingga mereka terpaksa bermalam di lobi hotel sahaja.

"Saya terpaksa bermalam di lobi sebuah hotel yang sanggup membukanya untuk kemudahan mangsa yang terkandas bermalam pada hari itu," katanya.

Bagaimanapun, Aizdean memaklumkan dirinya masih berada dalam keadaan selamat di Tokyo walaupun rumahnya terjejas apabila barang-barang berselerak di lantai akibat gempa berkenaan.

"Keadaan saya di Tokyo tidak begitu teruk, tetapi keadaan ribuan lagi rakyat Jepun di Utara seperti Fukushima, Ibaraki dan Niigata lebih memilukan ditambah pula dengan kebocoran radiasi dari loji nuklear di sana," katanya.

Menurut beliau, berlaku lebih 200 kali gempa susulan setiap hari selepas Jepun digegarkan Jumaat lepas.

Aizdean menarik 30,000 muat turun ke telefon bimbit dalam kalangan anak muda di Negara Matahari Terbit itu yang meminati lagu dari album pertamanya 'I Need You Baby'.

Gempa dan tsunami itu kini menyebabkan Jepun lumpuh dan ribuan nyawa terkorban. - Bernama



Pegawai SPRM Akui Teoh Tidak Dibenarkan Pulang

Suruhanjaya: Tidak Munasabah Teoh Beng Hock Ditahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membenarkan pembantu politik tersebut pulang selepas rakaman percakapannya dirakamkan sebagai perbuatan yang ‘tidak munasabah’.

Apatah lagi menurut Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kehadiran Teoh di pejabat badan berkecuali tersebut bukanlah sebagai seorang suspek, sebaliknya sebagai saksi yang bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam penyiasatan yang dijalankan.

Bagaimanapun, pendirian itu tidak dipersetujui oleh Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah kerana berpandangan SPRM tidak pernah berniat untuk menahan atau melengah-lengahkan pembebasan Teoh.

Menurut Hairul Ilham, rakaman percakapan Teoh yang dimulakan pada selepas pukul 12 tengah malam, 16 Julai 2009 merupakan satu prosedur biasa yang diguna pakai oleh SPRM dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang.

“Saya rasa dalam siasatan SPRM adalah sesuatu yang normal untuk kita memanggil saksi pada tengah malam,” tambah beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-22 pada prosiding Selasa.

Selain itu, Hairul Ilham yang mengeluarkan arahan supaya Teoh tidak dibenarkan balik selepas selesai urusan semakan dokumen juga memberitahu, keterangan seorang saksi perlu dirakamkan dengan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu Teoh untuk memberikan keterangan yang difikirkan semula (after thought) iaitu keterangan yang direka-reka,” kata beliau.

Pada keterangan lain, saksi yang disoal oleh pegendali suruhanjaya, Awang Armadajaya Awang Mahmud juga menafikan bahawa beliau tidak mengambil berat akan kebajikan Teoh semasa mendiang berada di pejabat SPRM.

“Saya selalu fikirkan tentang kebajikan. Tetapi dalam kes Teoh saya tidak mendapat sebarang makluman. Sekiranya ada masalah, pegawai-pegawai akan memberitahu saya,” katanya.

Mendengarkan jawapan saksi, James berkata: “Tetapi kamu sebagai seorang ketua seharusnya boleh menyemak, bertanyakan...” di mana Hairul Ilham berkata, beliau jarang berurusan secara terus dengan seorang saksi.

James seterusnya berkata amalan yang digunakan oleh SPRM amat berbeza daripada amalan agensi-agensi kerajaan yang lain yang pada kebiasaannya akan cuba untuk memudahkan urusan kerja.

James: SPRM tak buat begini... Susahkan dia. Tambahan pula dia bukan seorang suspek, dia adalah saksi.

Hairul Ilham: Itu adalah cara kita bekerja.

James: Saya ingin bertanya, adakah cara kerja ini perlu ditukar atau tidak? Adakah ini imej SPRM? Kamu sebagai seorang kakitangan mahukah imej begini?

Hairul Ilham: (saksi tidak memberikan jawapan dan hanya memandang ke hadapan).

James: Saya bangga dengan badan kehakiman. Kamu juga mesti mahukan perkara yang sama. Kamu sebagai seorang yang bekerja di sana mesti memberi cadangan kepada kami.

Sementara itu, seorang lagi anggota suruhanjaya, Datuk Abdul Kadir Sulaiman mempertikaikan bagaimana saksi boleh berpendapat majikan Teoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ada melakukan penyelewenggan sekiranya dokumen dokumen boleh diperoleh dari Pejabat Daerah.

Tambahan pula, Abdul Kadir menyifatkan bahawa jumlah yang disyaki oleh SPRM hanyalah satu jumlah ‘ikan bilis’ berbanding dengan kes kes lain yang melibatkan ‘jerung’.

“Saya ingin membuat penjelasan. Pada tahun 2008, SPRM ada membuat siasatan terhadap dua ADUN Barisan Nasional. Modus operandi yang digunakan adalah sama. Melihat dokumen tiada yang sangsi, tapi bila kita pergi lihat maklumat terperinci tidak dibuat pun,” jawab Hairul Ilham.

Pakar Perunding Psikiatri, Profesor Mohamed Hatta Shaharom yang turut menganggotai suruhanjaya seterusnya mempertikaikan jawapan saksi yang banyak memberi jawapan berbentuk andaian yang disifatkan sebagai ‘berbahaya’ dengan kedudukan saksi yang menjawat jawatan sebagai seorang pegawai.

Mohamed Hatta: Sepanjang lapan tahun kamu di situ, ada berapa kematian?

Hairul Ilham: Ini kali pertama.

Mohamed Hatta juga mempersoalkan sistem keselamatan bangunan pejabat tersebut apabila mendapat tahu bahawa laluan kecemasannya dikunci.

“Jika begini, tikus pun tak nak duduk di situ,”tambah Mohamed Hatta.


Suruhanjaya tersebut ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh, 30,yang ditemui mati di luar koridor tingkat lima Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini pada 16 Julai 2009, iaitu beberapa jam selepas hadir di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 plaza sama.

Prosiding inkues yang dijalankan sebelum ini memberikan keputusan terbuka kerana tidak boleh memutuskan sama ada Teoh mati akibat membunuh diri atau pun dibunuh.

Prosiding suruhanjaya akan bersambung pada hari ini. -mstar

Khenduri Kahwin Bertukar Menjadi Majlis Tahlil

Kota Bharu – Majlis kenduri kahwin yang sepatutnya diadakan semalam bagi meraikan bakal pengantin bertukar menjadi jamuan makan dan tahlil ekoran kematian pengantin lelaki, Muhammad Nor Farhan, 26, yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Pasir Puteh-Jelor di Bukit Gedombak, dekat sini Khamis lalu.

Bapa Muhammad Nor Farhan, Razali Salleh, 50, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memenuhi hajat arwah anaknya yang ingin menjamu penduduk dan rakan-rakannya. Muhammad Nor Farhan sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, pada pukul 8 malam hari kejadian.

Bagaimanapun, pekerja Felcra itu maut empat jam sebelum bernikah apabila kereta jenis Proton Satria yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa sekam padi.

Sebelum kejadian, anak sulung daripada enam beradik itu dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kuala Berang, Terengganu ke rumahnya di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa di sini.

Bercerita lanjut, Razali memberitahu, tujuan dia sekeluarga mengadakan kenduri itu ialah untuk meraikan jemputan yang datang dari jauh dan yang tidak mengetahui mengenai nasib yang menimpa anaknya.

Tinjauan Kosmo! pada pukul 11 pagi semalam mendapati, sebuah khemah berwarna biru dipasang dengan kerusi dan meja selain seekor kambing menjadi sajian tetamu.

“Kejadian tersebut turut membuatkan saya merasa risau mengenai nasib lima lagi anak lelaki saya yang bakal berkahwin kelak. Mungkin kejadian itu akan berulang terhadap mereka.

“Mereka bekerja jauh dan apabila pulang ke kampung, semuanya memandu kereta. Saya terlalu bimbang mengenai nasib mereka,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam. -kosmo

Persis Berulangnya Peristiwa Perang Dunia

Natori: Hirosato Wako hanya mampu merenung kemusnahan penempatan kecil nelayan yang dipenuhi runtuhan bangunan, besi dan mayat dengan tangan yang kelihatan terkeluar. Hanya sekali beliau pernah melihat keadaan seperti itu, iaitu ketika Perang Dunia Kedua.

“Saya tinggal ketika Sendai pernah dilanda serangan udara, tetapi kali ini ia lebih teruk,” kata Wako, 75, merujuk kepada pengeboman di bandar raya terbesar di timur laut berkenaan.

Bagi orang tua yang tinggal di perkampungan di pinggir pantai timur laut Jepun itu, ia bagaikan kembali kepada masa silam yang mana anak-anaknya tidak pernah mengetahuinya.

Generasi tua yang terus tinggal berhadapan dengan kemusnahan dan kemungkinan pencemaran radiasi – satu cabaran dihadapi semula generasi itu selepas negara Matahari Terbit itu terpaksa dibangunkan semula berikutan tewas pada Perang Dunia Kedua pada 1945.

Di perkampungan Yuriage, operasi mencari mangsa bertukar menjadi pencarian mayat. Kebanyakan mayat terbabit membabitkan golongan tua yang tidak bermaya untuk lari dari tsunami.

Yuta Saga, 21, mengutip beberapa cawan yang pecah akibat gempa bumi apabila beliau terdengar bunyi siren dan jeritan ‘tsunami!’.

Beliau sempat menyambar tangan ibunya dan berlari ke sekolah tinggi, bangunan tertinggi di kawasan terbabit.

Apabila tiba di sekolah, Saga dan ibunya mendapati tangga untuk naik ke bumbung dipenuhi orang tua yang tidak lagi berdaya untuk memanjatnya. Ada yang sekadar duduk atau berbaring di atas tangga terbabit.

Dalam keadaan panik, penduduk muda mula menolak sesama sendiri dan memanjat mereka yang tidak bergerak atau menepis mereka untuk menuju ke atas.

“Saya seperti tidak percaya. Mereka sekadar menolak orang tua. Orang tua terbabit langsung tidak dapat menyelamatkan diri,” kata Saga.

Saga masih ingat, seorang wanita menyerahkan bayinya kepada beliau. “Tolong sekurang-kurangnya selamatkan bayi ini,” rayu beliau ketika air sudah mencecah bahagian dadanya. – Agensi

Kebakaran Terbaru Di Reaktor Nuklear Jepun

Kebakaran terjadi lagi di sebuah reaktor nuklear Jepun hari ini, sehari setelah loji elektrik yang sama memancarkan letupan radiasi yang membuat penduduk Jepun semakin tegang.

Gambar: GAMBAR menerusi televisyen Jepun menunjukkan kepulan asap putih selepas Loji Nuklear Fukushima Daiichi terbakar hari ini, akibat gempa bumi yang melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto Reuters

Kebakaran tersebut segera dapat diasati. Namun, kerajaan Jepun harus tetap berjuang untuk mengatasi serangkaian krisis yang timbul setelah gempa dan tsunami pada minggu lalu.

Kebakaran itu terjadi di reaktor nombor empat dari loji nuklear Fukushima Daiichi, pagi ini, kata Hajimi Motujuku, jurucakap Tokyo Electric Power (TEPCO), pengelola loji berkenaan. Asap telah mengalir dari atap reaktor nombor empat, kata Motujuku.

"Kami segera memberi maklumat kepada kerajaan dan bahagian pemadam kebakaran mengenai hal itu. Kami sedang berjuang untuk mengatasi kebakaran tersebut," lanjutnya.

Namun, beberapa saat kemudian muncul laporan bahwa kebakaran itu berjaya dikendalikan. "Kami telah menerima maklumat dari TEPCO bahawa api dan asap sekarang tidak terlihat dan tampaknya telah keluar dengan sendirinya," kata Minoru Ogoda, jurucakap Badan Keselamatan Nuklear Negara.

Kebakaran dan letupan telah menghentam reaktor yang sama, semalam, yang menimbulkan keretakan di atap. Kerajaan telah melaporkan kerosakan pada sebahagian dari kontainer yang melindungi reaktor nombor dua di Fukushima, 250 kilometer di timur laut Tokyo.

Bagaimana Kebocoran Bahan Radioaktif Di Logi Nuklear Fukushima Berlaku?

Krisis nuklear Jepun semakin buruk, menyusul letupan pada reaktor ketiga dan kebakaran pada reaktor keempat logi nuklear Fukushima Dai-ichi. Krajaan Jepun menyatakan bahan radioaktif yang terlepas dari reaktor berada pada tahap yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Selain itu, risiko terjadinya kebocoran lebih lanjut sangat tinggi.

PM Naoto Kan mengatakan radiasi telah tersebar dari keempat reaktor di logi nuklear Fukushima Dai-ichi. Ia meminta penduduk yang berada dalam radius 30 km untuk menutup rapat rumah mereka. “Tingkat radiasi sangat tinggi, dan masih banyak radioaktif yang akan terlepas,” katanya.

Bagaimana sampai terjadi kebocoran bahan radioaktif dari reaktor logi Fukushima Dai-ichi? Berikut penjelasannya:



Gambar 1: Ketika terjadi gempa bumi, batang kontrol secara automatik bekerja untuk menghentikan reaktor


Gambar 2: Meski reaktor telah mati, bahan bakar nuklear tetap menghasilkan panas. Sementara sistem pendingin, yang mengepam air pendingin ke dalam reaktor, gagal bekerja akibat gempa.


Gambar 3: Dengan berhentinya kitaran air pendingin, air di dalam reaktor mendidih dan menciptakan uap. Sementara menurunnya jumlah air di dalam reaktor menyebabkan bahan bakar nuklear perpapar dengan gas, yang membuatnya semakin panas sehingga melelehkan wadah reaktor yang terbuat dari zirkonium.


Gambar 4: Zirkonium bereaksi dengan uap, menciptakan gas hidrogen yang sangat tidak stabil. Para jurutera berupaya mengepam keluar gas hidrogen ini, namun meletup dan menghancurkan atap bangunan reaktor. Bahan radioaktif kini terlepas ke udara.


Gambar 5: Para jurutera kini menempuh langkah tak biasa dengan mengepam air laut ke dalam reaktor sebagai bahan pendingin darurat. Mereka juga menggunakan asam boronik yang boleh merosakkan reaktor.

Nahas Nuklear Jepun Hampiri Kes Chernobyl, Kerajaan Malaysia Tak Pandang Serius

Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.

Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.

Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.

Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.

Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.

Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

Ulasan GB

Tatkala dunia sedang resah kerana kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini.


Demikian tahap mentaliti dan darjah akauntabiliti seorang TPM Malaysia bernama Muhyiddin, yang lansung tidak bertanggungjawab, sebaliknya melepaskan tanggungjawab itu kepada "agensi" yang dikatanya mereka melaksanakan yang terbaik."

Sikap "ambil mudah" dan "apathetic" Muhyiddin adalah satu sikap yang merbahaya dan bakal mendedahkan rakyat kepada ancaman bahan radioaktif.

Semalam GB menulis:

ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.

“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.

Seorang TPM, tidak pasti terhadap perkembangan yang berlaku ke atas satu projek yang begitu merbahaya kepada negara, tetapi masih terus mahu membelanya!


Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk - CAP

George Town - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk.

Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kajian itu mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan.

Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya.

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya.

Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh.

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak.

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen. -BH

Lelaki Itu Mahu "Bogelkan" Ummi Hafilda Sekali Lagi

Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. -mk

IMBASAN


Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kanan)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.