5 Mac 2011

Kerdau: Ahli UMNO Dari FELDA Jengka 22 & 23 Sertai PAS

PAS dapat lonjakan politik di Kerdau

PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.

Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.

Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.

Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.

Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.

Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan.

PRK Merlimau: Kempen PAS Berjaya

Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.

Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah oleh budak-budak upahan.

Cara kempen calon PAS mendahului calon Umno. Malah pendekatan calon PAS ditiru pula oleh Umno seperti pemberian bunga kepada wanita. Calon PAS membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen. Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.

Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah Umno.

Peluang ini memberi kesempatan kepada PAS untuk menerangkan dasar PAS yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap PAS adalah parti yang pelik di kalangan mereka.

PAS cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon PAS sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada PAS, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada PAS.

PAS menyeru supaya pengundi Dun Merlimau memilih Haji Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Guru-guru Lain Beri Sokongan Moral Kepada Guru Cabul Yang Terlampau Ini?

Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Ulasan GB

Yang anehnya, kisah guru cabul ini mendapat sokongan moral dari guru-guru lain. Agaknya guru-guru itu semua sekepala dengan si pencabiul yang seorang itu, suka meraba murid-murid? Dan suka anak-anak mereka kena raba?

Lelaki Dibuang Bawah Pelepah Sawit Lepas Ditetak

Kulim: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang cedera parah di kepala, badan dan tangan akibat ditetak sebelum dia dibuang di bawah longgokan pelepah sawit, dalam satu kejadian samun di Lunas, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Berikutan kejadian itu, mangsa menahan kesakitan kira-kira dua jam berikutan kesukaran menemuinya di bawah timbunan pelepah sawit dalam kejadian jam 2.30 petang.

Difahamkan, mangsa kerugian RM700 selepas disamun sekumpulan lima lelaki sebelum dia ditetak dan disorokkan di bawah timbunan pelepah sawit.

Bagaimanapun, motosikal milik mangsa Honda EX5 tidak dilarikan sekali gus menjadi petunjuk kepada orang ramai untuk mencari mangsa.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) iaitu badan bukan kerajaan di sini, Khor Eng Khim berkata, seorang saksi menemui motosikal di ladang sawit itu sebelum menghubungi pihaknya.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu, PPKM ke tempat kejadian dan menghubungi polis sambil mencari mangsa.

Menurutnya, seorang ahli PPKM ternampak tompokan darah sebelum mereka bersama polis meneruskan operasi mencari dan menemui pakaian mangsa di lokasi kejadian.

“Ketika mencari mangsa di tempat tompokan darah dan baju itu, kami terdengar suara orang meminta tolong,” katanya.

“Suara itu dikenal pasti dari bawah longgokan pelepah sawit berkenaan dan ketika ditemui mangsa berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis menjejaki lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. -hm

[Bergambar] Bas Terbalik, 30 Nyaris Maut

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah momen yang mencemaskan lebih 30 penumpang selepas bas ekpress yang mereka naiki terbalik di Kilometer 41, Jalan Miri Bintulu, jam 1.30 petang tadi.

Antara penumpang yang cedera dikenalpasti ialah seorang lelaki warga tua yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan isterinya dari Brunei Darussalam.

Pasangan tersebut yang berusia 70 dan 60 dalam perjalanan cuti dan melawat saudara mara mereka yang tinggal di Bintulu.

Pegawai Trafik Miri, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, bas ekpress tersebut bertolak dari Miri pada jam 1 petang sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbalik selepas 30 minit perjalanan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pasukan penyelamat mengambil masa dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri.

Menurut penumpang yang ditemui, semasa kejadian hari hujan dan jalan raya licin menyebabkan pemandu hilang kawalan. -sarawakupdate









ADUN Lenggeng Bakal Dilepaskan Jugak Dari Tuduhan Rasuah?

Adun Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim semalam didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini.

Sehubungan itu, mahkamah pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.

Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.


Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.

Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.

Ulasan GB

Dengan cepat SPR memaklumkan Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

KIta akan dapati nanti ADUN ini dilepaskan jugak.

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
dan yang terbaru
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris
dan ramai lagi.

Mana rakyat tak marah?

20 Gerai Makan Di Taman Greenwood Musnah Dalam Kebakaran

Gombak: Puluhan pengunjung yang menjamu selera di Medan Selera Greenwood, di sini, terkejut apabila premis berkenaan tiba-tiba terbakar, malam kelmarin.

Gambar: PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran gerai terbabit.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan, namun 20 gerai makanan hangus dijilat api.

Saksi kejadian yang juga peniaga di medan selera itu, Wan Nor Shakila Wan Rahim, 25, berkata ketika kejadian dia duduk sebelum seorang pelanggan menjerit kerana melihat api di kawasan berkenaan.

“Saya mengarahkan pelanggan keluar sebelum cuba memadamkan api bersama empat pekerja.

“Usaha kami gagal kerana api merebak pantas. Kami melihat api menjilat gerai sambil menunggu bomba dan penyelamat. Saya terdengar lebih tiga letupan yang berkemungkinan letupan tong gas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Empat jentera dari Balai Bomba Pusat Gombak Selatan dan Selayang dengan kekuatan 27 anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu. “Api dipadamkan sepenuhnya jam 11.07 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -hm

UMNO BN Guna Pelajar Politeknik Merlimau Sebagai Pengundi Hantu

Jasin - PAS membuat dakwaan terbaru bahawa arisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.

“Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.

“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.

“Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.

Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.

Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.

“Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.

“Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan “habuan” kepada pengundi.

Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai. -TMI

TEKUN Tipu Penduduk DUN Merlimau


Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

Projek tertangguh

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Dibiarkan terus hanyut

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya. -mk

Edisi Kantoi: SB Guna Trak TNB

Merlimau - Skuad kamera berjaya merakam aksi Special Branch ataupun SB yang cuba membuat rakaman di tempat ceramah PAS yang mana juga berlangsung konsert Pak Long dan Azhan Atan dengan menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad.

Tindakan mereka cuba menyamar sebagai anggota Tenaga Nasional Berhad tidak berjaya apabila Skuad Kamera berjaya merakam kamera yang terletak dalam kenderaan milik Tenaga Nasional Berhad itu. Panik dengan keadaan itu, anggota SB tersebut keluar dari kenderaan dan berpura-pura tanya siapakah yang datang ceramah malam ini.

Ini sudah biasa kedengaran apabila pihak yang menjadi kuda tunggang UMNO/BN cuba menjadikan jentera kerajaan sebagai alat untuk kepentingan parti. Kehadiran tiga orang anggota terbabit sebenarnya sudah dikesan kerana tidak pernah ada juruteknik TNB datang mendengar ceramah.

Mereka meletakkan kenderaan berhadapan dengan Perpustakaan Awam Merlimau yang bertentangan dengan Markaz Induk PAS. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, mereka tidak seharusnya menjadi kuda tunggangan kepada UMNO/BN sebaliknya menjaga ketenteraman awam. -n27merlimau



Salah seorang pengintip

Inilah kenderaan yang digunakan

Lihat anak panah- Dalam land rover ini ada kamera

Kenderaan Tenaga Nasional Berhad

Lihat anak panah - sambungan kamera dalam land rover

Lihat anak panah

Kamera yang dihala ke tempat ceramah dan konsert


Kisah Ayam Dan Biawak Dari Merlimau

Kari biawak disangka ayam'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

Jadi sasaran

Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.

Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.

Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400.

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja. -mk

Ulasan GB

Ali Rustam ada rasa tak itu kari biawak?

Juruwang Dari Merlimau Berdepan Hukuman Penjara 1,120 Tahun

Juruwang Didakwa Pecah Amanah Deposit 56 Cek Tak Wujud Bernilai Hampir RM2 Juta

MELAKA: Seorang juruwang sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kg Batu Gajah, Merlimau, Jasin yang bertugas didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Berhad, Kompleks Pernigaan Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, antara 15 Disember 2008 hingga 17 Ogos 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.

Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan.

Mengikut kertas pertuduhan, Roslizam sebagai orang yang diamanahkan bagi semua urusan kaunter bank berkenaan, secara curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, telah mendeposit 56 cek yang tidak wujud bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 ke akaun Roslen Enterprise bernombor 04024010016444.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar meminta mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius yang membabitkan 56 pertuduhan.

"Dia bukan tidak berkemampuan kerana beberapa hari sebelum ditangkap, telah mengeluarkan wang melebihi RM400,000 daripada satu akaun yang telah ditutup," katanya sambil menambah Roslizam menerima gaji penuh walaupun digantung kerja.

Sementara itu, peguam Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana akaun bank Roslizam telah dibekukan.

"Selain itu, tertuduh mempunyai isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih kecil (yang) perlu disara, oleh itu, saya memohon mahkamah meletakkan jumlah wang jaminan yang munasabah," kata Shah Rizal. - BERNAMA





Kisah Janda Yang Hebat, Kikis 80 Lelaki Veteran

Kuala Terengganu: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.

Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.

“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.

Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.

“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.

“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” katanya. -hm

Pantang Jumpa Pokok Pelik, Terus Dipuja Dan Diminum Airnya

Denda, penjara puja pokok petai

Gambar: ORANG ramai berkumpul bagi melihat titisan air dari pokok petai di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas baru-baru ini.

KEPALA BATAS - Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan perkara bercanggah dengan ajaran Islam termasuk memuja sebatang pokok petai yang dikatakan 'menangis' di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini.

Ini kerana amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Peringatan itu diberikan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi notis yang ditampal pada batang pokok petai yang menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan air sejak seminggu lalu.

Mengikut seksyen itu, mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -kosmo




Pakar sah air kencing reriang, bukan pokok petai menangis

KEPALA BATAS: Misteri pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini yang mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa hari lalu, terbongkar apabila ada pihak mendakwa air yang keluar menerusi dahan pokok itu adalah air kencing reriang.

Reriang atau riang-riang adalah sejenis serangga yang banyak hinggap di atas pokok berkenaan sejak seminggu lalu.

Pengamatan beberapa pihak dengan menggunakan kamera, mendapati serangga itu mengeluarkan cecair dipercayai air kencing pada setiap lima hingga enam saat.

Seorang pakar kajian serangga, Prof Dr Zaidi Md Isa, berkata air itu dikeluarkan serangga berkenaan ketika proses mengawan dan lazimnya dikeluarkan oleh riang-riang betina.

“Ini adalah fenomena semula jadi, cuma mungkin kali ini berlaku di pokok yang terletak berhampiran rumah yang menyebabkan orang ramai menganggapnya sebagai pelik," katanya ketika dihubungi, semalam. -BH



Ulasan GB

Telah menjadi satu sikap sesetangah anggota masyarakat, pantang jumpa benda-benda pelik terus percaya dan terus nak dipuja.

Begitu tipisnya iman kepada Allah s.w.t. Yang maha Menjadikan, malah boleh disifatkan lansung "tidak beriman" jika sudah sampai tahap pemujaan.

Sehingga "pokok petai menagis", berduyun-duyun meminum airnya, yang rupa-rupanya air kencing serangga bernama reriang.

Amacam sedap tak?

Kita Kata Rakyat Sudah Menyampah Dengan UMNO BN

Muhyiddin: Jangan hasut rakyat guling kerajaan ikut Timur Tengah

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini member amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

“Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu,”

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin (gambar) berkata pembangkang seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu.

“Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan dasar yang membolehkan rakyat segenap lapisan menyampaikan apa sahaja pandangan atau perkara yang diperlukan untuk perhatian kerajaan menerusi pelbagai saluran.

“Kita mengamalkan sistem demokrasi yang segar di mana setiap lima tahun sekali ada pilihan raya...dia (pembangkang) menang juga, kita pun ada menang dalam pilihan raya kecil, dia kalah, kita pun ada ada kalah.

“Dari segi amalan demokrasi, itu sudah cukup membuktikan negara ini sebuah negara demokratik, negara yang tidak dijalankan atas dasar autokrasi, diktatorial, kalau dibandingkan presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, (sebenarnya) tidak boleh buat perbandingan,” katanya.

Ditanya apa tindakan kerajaan untuk menangani perkara berkenaan, Muhyiddin berkata negara ini mempunyai sistem undang-undang keselamatan bagi memastikan perkara seperti itu tidak menjurus kepada keadaan yang semakin buruk.

“Kita beri amaran jangan bermain dengan api, kita ada sistem dan pihak berkuasa tentang (mengenai) keamanan dan keselamatan negara. Walaupun begitu, kita memperingatkan rakyat, jangan hancurkan negara ini kerana diprovokasi pembangkang.

“Tujuan (pembangkang) lain tidak ada, hanya nak timbulkan porak-peranda.

(Mereka) lebih seronok negara ini hancur, ada pertembungan antara kaum, (mereka) buat provokasi, satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu bersolat Jumaat di Masjid Kampung Badok yang terletak di kawasan DUN Kerdau.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim. Pengundian ialah pada Ahad ini. — Bernama


TPM kata penduduk Kerdau menyampah pada Anwar

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."

Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.

Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.

Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.

'Siapa bayar Ummi Hafilda?'

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR malam tadi.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kita kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin.

Sementara itu, ditanya tentang dakwaan saksi penting kes liwat 1998 Ummi Hamilda Ali dibayar oleh BN untuk berkempen di Kerdau, Muhyiddin menafikan perkara itu sama sekali.

"Siapa bayar?" soalnya kembali kepada pemberita.

"Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, jawab. Jadi jangan kaitan dengan kita."

Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.-mk


Ulasan GB

Kita katakan kepada TPM, tan Sri Muhyiddin yassin, tiada siapa menghasut rakyat untuk berdemo, tetapi tindakan UMNO BN sendiri yang akan menyebabkan rakyat berani mengambil risiko untuk berdemo, sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, Algeria, Libya dan Oman

Rakyat "menyampah' dengan Najib, dengan Muhyiddin, dengan UMNO BN. Sebab?

Memperkuda dan memperalatkan agensi kerajaan di dalam sistem pemerintahannya.

SPR, SPRM, PDRM, Sistem Kehakiman, pejabat Peguam Negara - kesemua agensi ini sudah dilihat oleh rakyat, melakukan jenayah besar apabila mereka sudah tidak lagi berkecuali tetapi sebaliknya menjadi kuda tunggangan pemerintah negara.

Apabila rakyat sudah tidak tahan dengan penganiayaan yang mereka lakukan tiada apa yang dapat menahan rakyat dari berdemo. Tangkap dan bunuh mereka semua jika anda mampu, tetapi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan tetap terus bersemarak tanpa dapat ditahan oleh sesiapa.

Apabila sistem pilihanraya untuk memilih parti pemerintah pun dimanipulasikan dengan memperkudakan sekalian jentera kerajaan untuk memenangkan pemerintah, maka rakyat sendiri akan bangun membetulkan kepincangan tersebut.

Kerana demikian hukum alam, dan sejarah zaman berzaman menujukkan "yang zalim akan tetap menerima kegagalan dan kekalahan akhirnya".



Mengapa Shafie Afdal Melenting Bila Ummi Diejek?

cerita Ummi: Pakatan tak harus melenting, kata Shafie

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Pakatan Rakyat tidak harus melenting dengan cerita pihak tertentu, seperti Ummi Hafilda Ali yang "nampak sendiri apa yang berlaku”.

Merujuk kepada sedikit 'ketegangan' dalam ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda pada malam semalam, Shafie berkata kebenaran harus diterima.

"Bila Ummi Hafilda sebut tentang mereka, mereka terasa... Ini kebenaran dia, pengalaman yang dia nampak dengan mata sendiri. Dia suarakan sebagai rakyat.

"Kalau kebenaran itu pahit, kita harus terima. Takkan kita nak melenting pula dan lakukan perkara tidak sihat," katanya yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Ceramah sulung melibatkan Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

Bercakap pada sidang media selepas berucap dalam majlis bersama pemimpin di Felcra Rumpun Makmur, Shafie berharap parti bertanding mengikuti arahan pihak berkuasa.

Baliau berkata, jika ini tidak dipatuhi mungkin suasana akan "jadi lebih ganas".

Beliau sebelum itu mengumumkan projek sambungan paip di lima kampung di Kerdau untuk kegunaan 141 rumah yang bernilai RM4.2 juta. -mk

Ulasan GB

Siapa tak kenal Ummi Hafilda?

Penulis buku sensasi "40 Sebab Anwar Tak Boleh jadi PM" yang cerita Ummi Hafilda ada di dalamnya telah pun kembali ke rahmatullah.

Kini diulangkan semula cerita-cerita tersebut. Dan rakyat tidak mempercayainya, seperti Tun Dr Mahathir sendiri tidak mempercayai penulis buku berkenaan.

Shafie Afdal pula yang sekarang ini cuba membela Ummi Hafilda. Tidak salah untuk rakyat tertanya-tanya atau berpersepsi, Shafie ada affairkah dengan beliau sehingga Shafie Afdal sanggup mempertahankannya? Belum tahap menuduh tetapi sekurang-kurangnya ia menimbulkan persepsi sedemikian, bersebabkan tindakan Shafie sendiri beriya-iya membela Ummi Hafilda.

Sedangkan abang Ummi Hafilda sendiri, Azwan Ali, yang tiada sebarang kaitan dengan kes Anwar tidak mempercayai Ummi Hafilda. Sila lihat bukti ini:




p/s Ingat, blog GB bukan membela Anwar, tetapi blog GB akan tetap membela kebenaran dan keadilan untuk Anwar sampai ke penghujungnya.

Alhamdulillah! Satu Keluarga Di Cina Memeluk Islam

Tutong - Seorang perempuan Cina dan empat anaknya memilih Islam sebagai satu jalan hidupnya yang baru. Perayaan memeluk Islam dilakukan oleh Jabatan Dakwah Tutong di Kampung Keriam, di daerah Tutong.

Tamu kehormat dalam acara tersebut adalah Haji Harun bin Haji Junid yang merupakan Wakil Setiausaha Tetap di Kementerian Agama Cina. Acara dimulai dengan pembacaan surat Al Fatihah yang kemudian diikuti dengan upacara memeluk Islam.

Yong Siow Mee, membacakan doa dengan dibimbing kakitangan dari Kementerian Agama Cina dan kemudian memilih nama Muslim barunya sebagai Nur Ameerah Raziqin binti Abdullah Yong. Sementara empat anak-anaknya yang juga berganti nama Nurhafizah binti Bakar, Nurshahnizam bin Bakar, Nurhalizam bin Bakar dan Nurazlizam bin Bakar, tak lupa berdoa dan memilih nama mereka sendiri Muslim.

Acara ini juga memperlihatkan penampilan Dzikir Marhaban yang dibawakan anggota PESATU yang diikuti dengan percikan bunga yang wangi kepada Yong Siow Mee dan keempat anaknya oleh tamu kehormatan. Doa selamat dibacakan oleh Imam Haji Abd Aziz bin Badul. Pejabat dan staf Pusat Dakwah Islam dan penduduk desa setempat juga ikut hadir.


5 Members of a Chinese Family Embraces Islam

Tutong (Ahlul Bayt News Agency) - A Chinese woman and four of her children embraced Islam as their new way of life. The conversion ceremony was conducted by the Tutong Da'wah Department at Kampung Keriam in the Tutong District.
The guest of honour was Haji Harun bin Haji Junid, the Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Religious Affairs. The event began with a recital of the al-fatihah followed by the conversion ceremony.

Yong Siow Mee, recited the dua with the guidance of the converting officer and later chose her new Muslim name as Nur Ameerah Raziqin binti Abdullah Yong, while four of her children Nurhafizah binti Bakar, Nurshahnizam bin Bakar, Nurhalizam bin Bakar and Nurazlizam bin Bakar also recited the dua and chose their own Muslim names.

The event also saw the performance of a Dikir Marhaban by the PESATU Association members followed by the sprinkling of scented flowers on the new converts led by the guest of honour. The doa selamat was read by Imam Haji Abd Aziz bin Badul. Also in attendance were officers and staff of the Islamic Da'wah Centre and residents of the village.- abnar