11 Jan 2011

Mengapa Perlu Keyakinan PM Untuk Siasat & Dakwa Rais?

Adakah siasatan polis bermula dengan keyakinan PM?

Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.

Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.

Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.

Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM

Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kiri) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.

Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.

Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:

1. Julai 2008: P.Balasubramaniam (gambar kanan), seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.

3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis (gambar kiri) yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia? -MR

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Lima Polis Didakwa Kerana Belasah Ahli Perniagaan

Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa

Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

Daripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.

Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.

Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

Peguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

Kain Rentang Dinaikkan Untuk Fitnah Kerajaan PR Selangor


Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

Menurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan Selangor.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.

Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. -mk

Ulasan GB

Taktik yang sama digunakan oleh ...
semasa kes Dr Chua Jui Meng di Johor.

SPRM Tahan Dua Anggota Polis Kerana Rasuah

Dua Anggota Polis Cedera Ketika Ditangkap Oleh SPRM

GEORGE TOWN: Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

Kidal Ada Kelebihannya

Orangtua selalu membiasakan anak menggunakan tangan kanan. Menjadi kidal (aktif menggunakan tangan kiri) kadang dianggap tidak sopan. Tapi menjadi kidal ternyata banyak sekali keuntungannya.

Orang menjadi kidal karena dominasi dari otak sebelah kanannya, namun sebagian besar (80-90 persen) anak lebih dominan kerja otak kirinya sehingga gerakannya lebih banyak menggunakan bagian kanan.

Penyebab kidal saat ini masih belum jelas ada yang bilang karena keturunan tapi banyak yang sepakat karena kebiasaan.

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Hubungan kidal dengan otak



Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat



I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th

2. Tokoh ternama

* Aristotle (Ahli falsafah)
* Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
* Isaac Newton (saintis)
* Albert Einstein (saintis)
* Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah); Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:

Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :

Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Penyesuaian:

Kerana dunia mereka didominasi oleh produk untuk yang bertangan kanan, si kidal jauh lebih mudah menyesuaikan diri dengan peralatan yang dibuat untuk mereka yang bertangan kanan dari yang menggunakan tangan kiri.

Peperangan :

Sewaktu peperangan zaman lampau, apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.





Lapangan Terbang Kuching Masih Ditutup

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam Isnin selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Gambar: Pesawat Ak5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terbabas keluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus mendarat dalam keadaan cuaca buruk pada jam 10.02 malam tadi masih belum dialihkan daripada landasan. Sehubungan dengan insiden itu, LTAK ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak. - Foto BERNAMA

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi Selasa.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi Selasa iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian pukul 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita pada Selasa, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini. -- BERNAMA






Laporan sebelum:

Air Asia Terbabas Di Lapangan Terbang Kuching


Pembohong Pulak Dia, Betul-betul Kena Hantar Balik Baru Tahu

Adun Komtar cabar Kimma buktikan, sedia letak jawatan

GEORGE TOWN, 10 Jan – Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.

“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.

“Jika ada bukti bahawa saya mengatakan kata-kata itu, saya dengan segera akan meletakkan jawatan saya sebagai setiausaha politik,” kata beliau.

Ng juga berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kimma meminta mereka memohon maaf dalam seminggu atau berhadapan dengan tindakan susulan.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perbuatan kasar Ng sebagai tindakan yang angkuh.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata adalah tidak wajar bagi Ng mencampuri urusan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan sendiri terhadap Syed Kassali.

“Dulu mereka (DAP) tuduh kita sombong, kita (Umno) angkuh, rupa-rupanya mereka yang angkuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas hari ini.

Abdullah berkata Ng sepatutnya hanya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika beliau mendapati peniaga berkenaan melakukan sebarang kesalahan undang-undang.

“Di mana-mana pun kita tak boleh guna kekuatan sendiri. Kalau tidak merujuk kepada apa-apa peraturan yang telah ditetapkan, tak boleh dan itu tak kena cara,” kata beliau dipetik Bernama. -TMI


Repot polis oleh Y.B. Ng Wei Aik

Repot polis oleh Y.B. Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 7 Januari 2011 (Jumaat) jam 11.oo pagi di Balai Polis Jalan Patani :

Pada 5 Januari 2011, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang bagi Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Faruk Raja Mohamed telah dipetik oleh Bernama mendakwa saya telah menyebut perkataan “tutup kedai, balik India” terhadap pemilik Kedai Nasi Kandar Mohamad Aliyar pada 2 Januari 2011 semasa tindakan penguatkuasaan diambil oleh MPPP terhadap restoran tersebut ekoran suatu kemalangan yang melanggar rosak sebuah gerainya dan mencederakan pelanggan-pelanggannya. Seperti laporan Utusan Malaysia, saya juga didakwa oleh Mohamad Ali Miden Shah bahawa ungkapan “tutup kedai, balik India” yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan.

Sebenarnya, saya hadir ke tempat kejadian tersebut untuk memahami situasi pada masa tersebut serta mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan insiden sebegini berulang lagi. Dalam proses tersebut, tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan tersebut seperti yang didakwa. Ini merupakan suatu fitnah jenayah terhadap saya dan saya menafi dengan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan tersebut. Repot polis ini dibuat supaya pihak polis dapat membuat siasatan serta mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Sekian repot saya.


Ulasan GB

KIMMA jangan memalukan umat Islam. Jangan jadi pembohong. Tindakan KIMMA amat menjejaskan imej umat Islam di mata rakyat.

Ini ditokok pula dengan kenyataan mantan Perdana Menteri yang sampai sekarang masih lemah dalam serba-serbi. Hanya bertutur berdasarkan laporan yang tidak betul.

Kalau dah namanya UMNO itu, tak menipu, tak berbohong, tak berdusta tak sah. KIMMA terus-terusan ingin menjadi pelacur kepada UMNO? Jadi pembohong pulak dia, betul-betul Allah hantar balik negeri baru tahu.

Buktikan di bahagian mana di dalam klip video ini ada perkataan seperti yang dituduh oleh Pengerusi KIMMA berkenaan:


Khusus Untukmu Wanita...

Betapa Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah mengangkat martabat wanita. Ketika semua orang memperlakukan wanita dengan sewenang-wenang, Islam telah memberikan pembelaan secara terang-terangan.

Ketika semua penguasa dan bangsawan menindas wanita-wanita tak berdaya sebagai permainan para lelaki, maka Islam pun datang membongkar praktik-praktik tak bermoral itu, dengan mengangkat kaum wanita dari kubangan lumpur, diangkat oleh Islam untuk menduduki singgasana yang penuh hormat, penghargaan, perlindungan, cinta, dan kasih sayang...

Berikut hadith-hadith mengenai wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam.

[Bergambar] Akhirnya Taib & Isteri Muncul Di Khalayak Umum

Taib dan isteri jadi tumpuan di majlis perkahwinan anak bekas ahli parlimen

Gambar: Ketibaan Taib dan isteri Foto: Jefferey Mostapa

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi merupakan tetamu istimewa di majlis perkahwinan yang melibatkan anak mantan ahli parlimen Sarawak, di Subang Jaya, malam Sabtu lepas.

Taib dan Waleed yang tiba di lokasi majlis, Grand Dorsett Subang sekitar jam 8.30 malam, merupakan kejutan yang mengembirakan bagi tetamu-tetamu lain.

Taib menggunakan baju Melayu berwarna ungu manakala Waleed dari Syria menggunakan baju kurung.

Antara tetamu lain dari Sarawak termasuk Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

Selain daripada menjalankan upacara tepung tawar kepada pasangan pengantin, Taib dan Waleed turut diberi penghormatan untuk memotong kek perkahwinan bagi meraikan perkahwinan mereka sendiri yang jalankan secara persendirian bulan lepas di Kuching.

Mereka dijangka akan mengadakan majlis makan malam perkahwinan sekitar pertengahan bulan ini.

Walaupun belum terdapat pengumuman rasmi mengenainya, acara itu dipercayai ia akan diadakan di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru.

Ia merupakan perkahwinan Taib yang kedua selepas isterinya Puan Sri Datuk Amar Laila meninggal dunia pada April 2009. Taib dan mendiang Laila telah berkahwin sejak 1959 dan dikurniakan empat cahaya mata. -theborneopost

Gambar ehsan sarawakreport:








[Video & Bergambar] Pesawat Iran Terhempas, Lebih 70 Maut

Theran: Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dan 27 yang lain cedera apabila sebuah pesawat Iran Air terhempas di kawasan barat laut Iran dalam cuaca buruk kelmarin.

Gambar: CUACA JADI MASALAH: Ribut salji dan keadaan gelap di tapak pesawat Iran Air terhempas kelmarin telah menyukarkan usaha menyelamat. -- Foto AFP

Pesawat Iran Air, yang dilaporkan membawa sekitar 104 penumpang dan kakitangan, termasuk dua kanak-kanak , terhempas ketika cuba membuat pendaratan cemas dalam ribut salji.

Menurut Naib Gabenor Wilayah, Encik Ebrahim Fatholahi, sebelum membuat pendaratan cemas juruterbang pesawat jenis Boeing 727 itu telah melaporkan kerosakan teknikal kepada menara kawalan.

Namun, tidak dapat dipastikan jenis kerosakan yang dialaminya.

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Teheran ke bandar Urumiyeh, ibu kota wilayah Azerbaijan Barat, kira-kira 700 kilometer dari Teheran.

Seorang pegawai wilayah Azerbaijan Barat mengatakan, pesawat itu terhempas sekitar 7.45 malam (waktu tempatan) kelmarin.

'Pesawat berlepas dari Teheran ke Urumiyeh sejam lewat dari sepatutnya dan akibat cuaca buruk, terhempas di sebuah perkampungan dekat Urumiyeh,' ujar pegawai yang tidak dikenal pasti.

Memberikan gambaran keadaan pesawat itu, ketua jabatan menyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Encik Mahmoud Mozaffar, berkata:

'Pesawat itu pecah kepada beberapa bahagian tapi tiada kebakaran atau letupan yang berlaku.'

Mayat mangsa kejadian nahas itu dilaporkan telah dibawa ke pejabat koroner wilayah.

Namun, Gabenor-Jeneral Azerbaijan Barat, Encik Vahid Jalalzadeh, pula mengatakan 'semua mayat dan mereka yang tercedera telah dihantar ke hospital berlainan di bandar' itu.

Usaha menyelamat dikatakan terhambat dek salji dan kabus tebal.

Saudara-mara penumpang pesawat itu dilaporkan berkumpul di Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran untuk mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa.

Televisyen Iran menunjukkan pekerja penyelamat dan petani cuba mencari mereka yang masih hidup di sekitar bangkai pesawat, yang pecah tiga, dalam salji dan kegelapan kelmarin malam.

Jurucakap Iran Air, Encik Shahrokh Noushabadi, berkata:

'Kami sedang menyiasat punca nahas dan kemungkinan cuaca buruk adalah sebab utama.'

Sementara itu, seorang pegawai dari Kementerian Pengangkutan berkata bahawa dua kotak hitam pesawat itu telah ditemui dan ia akan membantu menentukan punca nahas. -- AFP, AP, Reuters.










Air Asia Terbabas Di Lapangan Terbang Kuching

Kuching - Sebuah pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur terbabas dari landasan sewaktu mendarat di sini selama hujan lebat malam tadi

Menurut Bernama, empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Seorang penumpang, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, mengatakan, pesawat telah berbelok tajam ke kiri dan kanan selepas mendarat pada jam 10:20 dan kemudian terbabas dari landasan.

"Saya tidak pasti di mana bahagian landasan terbabas kerana keadaan hujan dan gelap. Ketika saya turun dari pesawat, saya terlihat roda dibahagian muncung kapalterbang tampaknya telah rosak," katanya kepada wartawan.

Penerbangan AK5218 dari syarikat penerbangan tambang murah itu dari "Low Cost Carrier Terminal (LCCT)" di Kuala Lumpur.

Difahamkan empat penumpang cedera dihantar ke Sarawak General Hospital untuk rawatan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman, ketika dihubungi, berkata jabatan itu telah diberitahu mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pegawai-pegawainya, bersama-sama dengan jurutera AirAsia, untuk menyiasat.

Dia menolak untuk memberi komen lebih lanjut, dan beliau difahamkan Menteri Pengangkutan akan membuat kenyataan akhbar mengenai hal tersebut tersebut hari ini.

Sehingga waktu ini, Bernama melaporkan beluam dapat pengesahan dari wakil AirAsia di lapangan terbang mengenai jumlah penumpang yang berada di dalam penerbangan berkenaan.

Sumber berita: Bernama & Malaysiakini

Budak 3 Tahun Mati Didera Ibu Tiri

Johor Bahru: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

PILU...Nur Aquilla, ibu mangsa, (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Penangan kekejaman ibu tiri

NUR DANIA QISTINA mengalami 73 kesan lebam di seluruh badan.

JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor. -kosmo

[Video] Puad Zakarshi Dibidas Bela KPP Johor Berkempen Untuk BN

Pengarah pelajaran Johor dicabar jadi calon Tenang

Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajara, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran amat memalukan dan tidak dapat diterima.

“Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

“Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukti di YouTube

Menurut Suhaizan, Mohd Puad juga boleh merujuk dengan pembantu khas beliau, Zahari Sharif yang turut hadir dalam taklimat berkenaan.

“Secara jelas Markom (gambar) mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang,” katanya.

Pengarah pelajaran itu juga dilaporkan mendesak guru kaunseling mengerakan jentera bagi membantu kerajaan memenangi pilihanraya kali ini.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu Markom memberi notis 24 jam dan berhenti sebagai pengarah pendidikan Johor dan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini,” katanya.

Menurut Suhaizan, tindakan Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.

Pilih kasih Umno

“Jika Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli parlimen Batu Pahat dan timbalan menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang.

Dr Puad Zarkashi“Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang timbalan menteri,” katanya.

Markom dilaporkan juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah jenis kebangsaan. Selepas program berkenaa, guru berkenaan dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka.

Terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.

“Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain,” katanya.

NONEJusteru, Suhaizan berkata mengkategorikan pengundi sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu langsung tidak boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan.

“Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti Umno-BN.

“Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,” katanya. -mk



[Video & Bergambar] Ada "Hari Tanpa Seluar Panjang" Di NY!

Hari tanpa seluar panjang di New York

SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi

Ulasan GB

Tak lama lagi akan ada Hari Tanpa Pakaian. Ia menandakan kembalinya manusia ke darjat binatang.










Nombor-nombor Plat Kereta Yang Unik

Bulan lepas nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini.

Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.

Apakah plat kereta 'unik' yang pernah anda jumpa? Samada di jalan raya atau dimana sahaja? Ini ada beberapa plat yang unik pernah ditemukan:













Apa-apa pun plat nombor kenderaan ia perlu mematuhi undang-undang.

Mengikut Kaedah 6 di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959 -

'Nombor pendaftaran yang diberikan kepada kenderaan bermotor dalam kaedah-kaedah ini pada sepanjang masa, dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat atau pada permulaan segi empat tidak pecah membentuk sebahagian kenderaan dan hendaklah mematuhi perkataan dan nombor dan sebaliknya dengan peruntukan-peruntukan yang mesti dipatuhi di mana plat nombor pendaftaran boleh dibina daripada besi berbentuk besi tekanan, plastik atau bahan-bahan lain yang sesuai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan mempunyai huruf dan nombor yang menaik atau timbul'.Pihak JPJ sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dan mempelbagaikan tumpuan dan sasaran dalam mengatur perancangan operasi di seluruh negara, termasuk juga berkenaan penguatkuasaan terhadap nombor pendaftaran.'