8 Jan 2011

Sungguh Binatang: 3 Beradik Perempuan Dirogol Datuk Dan Pakciknya

Kuching: Seorang bapa dan anak lelakinya diperintahkan untuk direman selama 7 hari kerana didakwa merogol tiga beradik yang diletakkan di bawah jagaan mereka

Tertuduh pertama berusia 64, seorang buruh manakala seorang pekerja binaan dari Sg. Bedil berumur 36 tahun, masing-masing adalah datuk dan ayah saudara kepada tiga beradik perempuan tersebut.

Kedua-dua suspek telah berkahwin dan mempunyai anak. Ketiga-tiga orang perempuan tiga beradik diletakkan di bawah jagaan mereka apabila ibu bapa mereka bercerai.

Kakak yang tertua telah dirogol semenjak usia 10 tahun. Dia kini hamil 5 bulan

Dua adik perempuannya yang lain juga masih remaja. Pihak Jabatan Kebajikan kini mengambil alih penjagaan adik beradik perempuan tersebut.

OCPD Kuching, Mun Kok Keong mengesahkan kes berkenaan dan menyatakan beliau laporan polis telah diterima dan ketiga remaja permpuan itu sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Besar Sarawak.

Pokok Ru Hempap Kedai Keropok

Pengusaha Keropok Rugi RM40,000 Selepas Kedai Dihempap Pokok Ru

KUALA TERENGGANU: Seorang pengusaha keropok kerugian kira-kira RM40,000 selepas kedainya di Kuala Ibai di sini dihempap sebatang pokok ru pagi Sabtu.

Kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan itu kira-kira 5.30 pagi tadi.

Pemilik kedai berkenaan, Anna Izawati Hamzah, 41, berkata kejadian disedari pada 6 pagi oleh seorang pekerjanya yang datang untuk membuka kedai.

Beliau bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pekerjanya dan terkejut melihat kedai yang diusahakan bersama suami, Wan Yusoff Wan Ngah, 47, sejak enam tahun lalu, hampir ranap.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kejadian berlaku semasa tiada sesiapa di kedai termasuk pekerja," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Turut rosak akibat pokok tumbang di kawasan sama ialah lima buah rumah dan sebuah lagi kedai keropok.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan mengkaji bentuk bantuan kepada pemilik rumah dan kedai terbabit.

"Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu MBKT diharap dapat mengambil tindakan segera untuk mencantas dahan pokok ru berhampiran premis penduduk yang ada antaranya setinggi 15 meter.

"Ketinggian itu berbahaya, lebih-lebih lagi ketika angin kencang di musim tengkujuh," katanya ketika melawat tempat kejadian.

Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT Razali Mohd pula berkata sejak semalam, banyak aduan berkaitan pokok tumbang diterima.

Sehubungan itu, beliau berkata Bilik Gerakan Bencana pada musim tengkujuh telah dibuka dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-6203179 atau 09-6203180 bagi memaklumkan sebarang kejadian agar tindakan segera dapat diambil. - BERNAMA

Lepas Kes Curi Getah Kini Kes Curi Kelapa Sawit

Harga naik, kecurian buah sawit pun meningkat

LUMUT, 8 Jan — Pengusaha ladang dan kebun sawit di Manjung dinasihati supaya meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kebun mereka ekoran kegiatan mencuri buah sawit yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman.

Beliau berkata polis menerima banyak aduan mengenai kes kecurian buah sawit yang didapati semakin menjadi-jadi berikutan peningkatan harga kelapa sawit di pasaran.

Beliau berkata polis Khamis lepas menahan seorang remaja berusia 18 tahun dalam satu serbuan ke sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata dalam serbuan pada kira-kira 4 pagi itu, sekumpulan lelaki didapati sedang sibuk memuatkan buah kelapa sawit ke dalam sebuah lori.

Bagaimanapun, katanya kumpulan itu sempat melarikan diri sebelum pemandu lori berusia 18 tahun itu diberkas di sebuah rumah tidak jauh dari ladang berkenaan.

Mohd Jamil berkata polis sedang mengesan rakan pemuda terbabit dan kumpulan itu dipercayai antara beberapa kumpulan yang sedang giat menjalankan aktiviti jenayah berkenaan di daerah ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dua lelaki berumur 26 dan 22 tahun diberkas kerana disyaki menyamun tiga buah kedai 24 jam di Seri Manjung dan Sitiawan pada Selasa lepas.

Beliau berkata dua suspek itu diberkas semalam di sekitar Kampung Koh dan polis turut merampas sepucuk pistol mainan, sebilah pisau dan topeng muka daripada mereka. — Bernama

Berita sebelum ini

Harga Getah Naik Kes Curi Getah Pun Naik

Isu SUK Selangor: Khalid Nafi Bekas SUK, KSN Maklum Pelantikan Khusrin

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Ramli Mahmud dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, berkata sebaliknya KSN
telah menyerahkan senarai nama calon SUK kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Abdul Khalid.


"Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, Ramli dalam satu kenyataan berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan SUK dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lalu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Mohd Khusrin sebagai SUK.

Beliau berkata antara 10 hingga 21 Disember lalu, Ramli telah menghadiri dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan majlis persaraan beliau tetapi dalam kelima-lima pertemuan itu Ramli tidak pernah menyebut bahawa Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada Mohd Khusrin.

"Justeru, kenyataan KSN dan Ramli bahawa Menteri Besar telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli," katanya.

Sehubungan itu, Faekah berkata Menteri Besar berharap KSN dan amnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

"Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Menteri Besar terlewat menghantar nama dan sebagainya. Menteri Besar percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan," katanya. - BERNAMA


Ramli: Saya serah senarai calon SUK pada MB
Jimadie Shah Othman
Jan 7, 11
3:30pm
Kongsi 65
Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

"Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ramli berkata, beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Berikut kenyataan penuhnya berhubung kontroversi pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor itu:

Saya tidak terlibat langsung dalam menentukan Dato' Kushrin sebagai SUK Selangor. Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan seniority (kekananan) dan saya percaya pada seniority.

Sebanyak lapan nama layak dipertimbangkan dan Dato' Kushrin adalah calon kelima berdasarkan kekananan.

Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

Dan satu salinan kepada JPA untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja. Senarai telah diserahkan lebih daripada tiga bulan sebelum persaraan saya.

Mereka semua pegawai saya dan saya tiada preference kerana saya tiada personal interest (kepentingan peribadi).

JPA telah menyenaraipendek tiga nama dan minta disembahkan kepada DYMM Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibeliti dan pengalaman. Nama Dato' Khushrin yang teratas dan dua nama lain.

Saya telah bertanyakan senarai negeri beberapa kali daripada (exco Selangor) Dato' Hasan (Ali). Kali pertama dimaklumkan belum selesai wawancara Dato' Nordin yang bercuti dan sekali lagi dimaklumkan telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar.

Saya perpendapat perkara ini akan di bawa untuk berbincang sendiri dengan DYMM Sultan Selangor. Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada DYMM Sultan Selangor.

Dan DYMM Sultan telah perkenan Dato' Kushrin melalui surat kepada saya yang disalinkan keapda YAB MB. Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman dibuat oleh JPA.

Saya didakwa tidak memaklumkan kepada EXCO kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah YAB menteri besar sebab beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai YAB MB beliau biasanya kebal, manakala jika saya yang memaklumkannya dan keadaan jadi macam sekarang sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah akta rahsia rasmi.

Keadaan yang senyap menyebabkan saya beranggapan perkara ini telah dibincangkan oleh beliau dgn DYMM Tuanku dan tiada masalah.

Manakala pengarah JAIS tiada masalah, kalau calon saya adalah Dato' Asmawi berdasarkan kekananan, the most senior (yang paling kanan).

YAB menteri besar menulis memo meminta Tuan Haji Marzuki, saya sembahkan kepada DYMM Tuanku sebagai ketua agama Islam dan Baginda telah perkenan.

Saya berpendapat keadaan disebabkan communication brokedown (kegagalan komunikasi) dan juga lack of communiction (kurang komunikasi) di pihak saya dengan YAB menteri besar yang menyebabkan banyak sangat assumption (andaian) digunakan. -mk



Kes Tembak 3 Remaja: Keluarga Mahu Polis Jelaskan

Keluarga mahu polis jelaskan kes tembak 3 remaja

Anggota keluarga kepada tiga remaja yang maut ditembak dalam satu kejadian pada 13 November lalu hari ini menuntut polis membuat penjelasan berhubung kes berkenaan.

Anggota keluarga itu diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri yang turut menyerahkan satu memorandum kepada ketua polis negara, antara lainnya bagi menggesa supaya segera mendedahkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Tiga remaja berkenaan, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Dalam memorandum berkenaan, peguam berkenaan turut menuntut supaya polis mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan jenayah terhadap anggota yang bertindak melepaskan tembakan tersebut.

Memorandum itu juga mempertikaikan kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berhubung kes berkenaan.

"Datuk A. Thaiveegan membuat dakwaan tak munasabah bahawa kesemua yang meninggal dunia merupakan 'penjenayah tegar'.

"Polis mendakwa suspek yang meninggal dunia itu merupakan sebahagian daripada geng yang dikenali sebagai 'Geng Minyak'.

"Mereka juga mendakwa bahawa suspek, apabila dikepung telah meluru ke arah polis dengan parang dan polis menembak mati kesemua mereka dalam mempertahankan diri (mereka).

"Kami dapati cerita daripada polis ini sangat tidak boleh dipercayai," menurut memorandum tersebut yang diserahkan oleh peguam Fadiah Nafwa Fikri.

Dalam memorandum itu juga, tuntutan dikemukakan supaya polis mendedahkan prosedur yang perlu diikuti oleh anggota polis sebelum melepaskan tembakan.

Ia turut mempertikaikan, sekiranya benar suspek berkenaan hanya bersenjatakan parang dan bukannya senjata api, mengapakah perlu menembak mati kesemua remaja berkenaan.

"Adakah apa-apa tembakan amaran dilepaskan? Ianya sangat dipercayai bahawa orang bersenjatakan parang akan meluru ke dalam hujan peluru," memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman Cif Insp Saipul Anuar Razali kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Ketika bercakap kepada keluarga mangsa sebelum itu, beliau memberi jaminan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara sendiri.

"Insya-Allah pada hari Isnin ini ketua polis negara sendiri akan beri jawapan," katanya yang tidak dapat menjelaskan apakah status sebenar siasatan ke atas kes berkenaan.

Beliau sebelum itu diminta menjelaskan demikian oleh naib presiden parti itu N Surendran yang turut mengiringi keluarga mangsa berkenaan.

Turut mengiringi keluarga mangsa bagi menyerahkan memorandum itu ialah dua ahli parlimen PKR, R Sivarasa (Subang) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai). -mk

Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

Migrant Care Tidak Takut Digugat

Migrant Care tidak pernah merasa tergugat kerana membocorkan hasil siasatannya ke pihak umum berkaitan kes TKI Robingah (46) yang diperkosa seorang menteri Malaysia. Jika menteri berkenaan ingin mengugat Migrant Care, mereka siap menghadapinya.

"Kalau ada gugatan, Migrant Care tidak pernah mempublikasikan hasil investigasi. Jadi tidak ada kepentingan untuk tidak berani, karena ini sebuah kasus PRT," ujar Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, dalam sidang konferens di Restoran Warung Daun, Jl Cikini, Jakarta Pusat, Jumat (7/1/2011).

Migrant Care juga membantah, memendamkan kes ini kerana ada kepentingan politik. Kerana menurut Anis, tujuan berdirinya Migrant Care jelas untuk menangani kes-kes dan memberikan keadilan bagi tenaga kerja migran.

"Migrant Care di luar panggung itu, kita fokus menangani kasus dan mendorong keadilan bagi buruh migran. Kalau ada pihak-pihak yang memanfaatkan itu di luar kontrol kita," ucapnya.

"Dan kita tidak punya kepentingan apapun dengan menteri itu," tegas Anis.

Berita pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, dikatakan telah dihebohkan oleh salah satu tapak web berita pembangkang Malaysia, Harakah Daily. Harakah mendakwa ada kebocoran WikiLeaks berkaitan hal tersebut, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Bru mengatakan sejauh ini hal-hal WikiLeaks adalah bahan-bahan yang dibincangkan di kalangan blogger. Bru yang juga mantan Ketua Pengarang The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada kebocoran WikiLeaks soal kes perkosaan ini.

Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan siasatan lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak pembangkang mengkritik Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada agensi berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Khamis (6/1) kelmarin.

Langkah Keselamatan Imbas Badan Dianggap Hakis Kebebasan

Washington: Bekas calon presiden, Encik Ralph Nader, semalam berkata amalan mengimbas badan dan kawalan keselamatan yang kian ketat di lapangan terbang Amerika Syarikat menghakis kebebasan warga Amerika dan menyifatkan agensi yang menjalankannya sebagai 'gila'.

'TSA (Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan) gila, keseluruhannya,' kata Encik Nader pada sidang pertama di Amerika mengenai langkah-langkah keselamatan baru yang kontroversial yang dilaksanakan di lapangan-lapangan terbang di seluruh negara itu.

Ini termasuk alat pengimbas X-ray yang menghasilkan imej grafik tubuh bogel seseorang - anggota sulitnya dan kesemua - di samping pemeriksaan badan termasuk meraba bahagian sulit para pelancong yang enggan menjalani alat pengimbas itu.

Sesetengah pelancong mengadu bahawa alat pengimbas itu terlalu 'mendedahkan', manakala yang lain, termasuk seorang juruterbang, pernah berkata mereka berasa dicabul selepas diraba oleh ejen-ejen TSA.

Para penumpang dan kakitangan syarikat penerbangan pernah menceritakan kisahkisah menarik di mana mereka telah diminta menanggalkan payu dara palsu yang dipagai atau beg penampung air kencingnya dibocorkan semasa pemeriksaan.

Para ibu bapa juga mengadu anak-anak kecil mereka turut diperiksa dengan kasar oleh ejen-ejen TSA.

Strategi keselamatan TSA itu merupakan satu reaksi serta-mertanya terhadap serangan-serangan pengganasan yang gagal, kata Encik Nader.

'Jika ada pengebom kasut, maka kami pun kena buka kasut kami.

'Ada pula seorang pengebomyang menuju ke Detroit pada Hari Natal tetapi gagal dalam rancangannya, maka kami pun terpaksa menggunakan alat pengimbas baru ini,' kata beliau sambil merujuk kepada seorang pemuda Nigeria yang gagal meletupkan bahan letupan yang dijahit pada seluar dalamnya sedang penerbangan beliau ke Amerika hampir mendarat pada Hari Natal pada 2009.

Selepas ini, para pelancong Amerika mungkin dikenakan pula pemeriksaan rongga badan, tambahnya.

'Apa yang berlaku ialah, kita semakin kehilangan kebebasan kita,' kata Encik Nader.

Pandangan itu dikongsi oleh kebanyakan penceramah di sidang tersebut, yang dianjurkan oleh Pusat Maklumat Rahsia Elektronik dan mempunyai kias seleweng dengan 'Pelucutan Kebebasan'.

'TSA mahu menggunakan mesin-mesin itu untuk melihat kita telanjang sebelum kita menaiki pesawat,' kata ketua Parti Pendukung Kebebasan, Encik Wes Benedict.

'Tetapi jika anda tidak mahu kelihatan berbogel, badan anda boleh diperiksa seperti seorang penjenayah dan diraba,' kata beliau, sambil bersetuju dengan pandangan Encik Nader bahawa langkah keselamatan baru itu 'menginjak-injak hak asasi dan membazirkan wang kita'. -- AFP.

Ibu Hampir Pengsan Ketahui Anaknya Tonton Anmasi 18SX

Ipoh: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau.

Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.

“Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka.

“Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya.

“Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau.

“Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan.

“Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini,” katanya.

Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu.

“Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata.

“Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci.

“Selepas merampas semua DVD berkenaan, saya dan suami mengambil pendekatan berdiam diri untuk melihat reaksi anak apabila mengetahui rahsianya sudah terbongkar,” katanya.

Begitupun katanya, dia dan suami bersyukur apabila anaknya meminta maaf serta bertaubat tidak akan melihat lagi perkara seperti itu.

Katanya, selepas menyoal anaknya dari mana DVD berkenaan dibeli, dia membawanya dan suami ke deretan bangunan kedai yang terletak berdekatan sebuah restoran mamak tidak jauh dari rumahnya.

“Saya dan suami terkejut melihat terdapat bukan satu, tapi tiga premis secara terbuka menjual DVD dan VCD (video cakera padat) pelbagai jenis filem yang dipercayai cetak rompak berdasarkan harga ditawarkan iaitu sekitar RM5 hingga RM15 sekeping. “Malah, ketika berpura-pura masuk sebagai pelanggan, saya mendapati cerita animasi seperti dibeli anak saya diletakkan di bahagian terbuka.

“Suami memberitahu filem lucah turut dijual di satu sudut tersorok di bahagian belakang salah satu premis berkenaan. Saya pelik bagaimana premis yang terletak berhampiran kawasan perumahan ini boleh beroperasi secara terbuka.

“Yang pasti, ia jelas menunjukkan kecacatan dalam bidang penguatkuasaan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Rozilawati berpendapat antara punca penularan gejala sosial di negara ini disebabkan remaja, termasuk kanak-kanak mudah terdedah kepada perkara negatif seperti melihat cerita berunsur lucah.

Moralnya

Fikir dan kongsi bagaimana bertindak segera untuk selesaikan masalah umat Islam terutama remaja dan anak-anak sekolah yang kini diserang dengan pelbagai gejala hedonima?



Lagi Buang Bayi: Bayi Ditemui Dalam Kotak

Bayi sedang tidur ditemui dekat kedai

KLANG SELATAN – Sungguh menyayat hati apabila bayi perempuan yang sedang tidur lena, ditemui diletakkan dalam kotak bersama ‘bekalan’, sebelum dibuang di kawasan kedai tidak berpenghuni di Taman Sentosa, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, penemuan itu dimaklumkan seorang lelaki yang menghubungi polis kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Katanya, lelaki itu terkejut apabila mendapati sebuah kotak berisi bayi diletakkan di hadapan kedai yang sudah ditutup.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berusia antara 5 hingga 6 bulan itu ditemui masih lengkap berpakaian.

“Bersama bayi sedang tidur itu, kita temui botol susu, pampers, bantal serta selimut yang diletakkan dalam kotak itu.

“Tiada nota ditinggalkan bersama bayi yang disahkan sihat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad berkata, bayi itu diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan selanjutnya. -SH

Catriona Ross Disuruh Buka Tudung

Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.

"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.

Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.

"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung,"
katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.

"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. -mstar

Ulasan GB

Semuga akan ada lebih ramai wanita yang dapat pertahankan prinsipnya dan menjaga maruah Islam. Dan semuga Allah perkuatkan iman pelakon ini dan dikrniakan rahmat dan hidayahNya.

Wanita Cedera Parah Ditetak Madu

Jitra: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.

“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.

Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.

Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.

Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.

Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.

Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.

Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu.

Nurul Shuhada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini, petang semalam.

Jiran mangsa, Nang Yah Nik Salleh, 52, ketika ditemui berkata dia terkejut apabila ternampak mangsa terduduk di pintu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan melambai-lambai meminta tolong kepadanya yang berada kira-kira 10 meter dari rumahnya.

“Sebelum itu saya terdengar suara orang menjerit dan bergaduh. Apabila keluar rumah saya nampak Aminah dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang ketakutan segera memberitahu jiran lain sebelum mereka membawanya ke hospital,” katanya.

Nang Yah berkata, sejak kedua-dua madu itu tinggal serumah, dia kerap terdengar mereka bertengkar, tetapi tidak menyangka isteri kedua itu sanggup bertindak sedemikian.

Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

“Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, selepas kejadian itu isteri keduanya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kuala Nerang.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.

Katanya, polis mengesan suspek bagi membantu siasatan. -hm

Pengajaran

Yang mengamalkan poligami, perlu ambil iktibar. Jika suami tidak/belum dapat mendidik isteri-isteri supaya mencintai Allah dan Rasul lebih dari mencintai dirinya, maka hati wanita mana yang tergores dan tak marah?

10 Senibina Rumah Unik Dan Aneh

Rumah mungkin merupakan tempat teraman dan terbaik bagi orang yang tinggal di dalamnya. Bagaimanapun bentuknya, rumah seharusnya memiliki kenyamanan dan kedamaian. Sukar untuk mempercayai apabila orang-orang yang tinggal di rumah di bawah ini memikirkan hal yang sama.

Di bawah adalah daftar 10 rumah yang sangat aneh, unik dan jarang terdapat di mana-mana bahagian di atas dunia. Mungkin pembaca blog GB juga ada foto-foto senibina rumah yang aneh dan unik yang boleh dikongsi bersama.


Rumah Cerek


Kettle House di Texas, Amerika Syarikat ini tidak hanya terlihat seperti cerek tapi juga dapat berfungsi sebagaimana mestinya.

Rumah Batu


Rumah Batu di Portugal ini adalah salah satu contoh terbaik elemen alam yang ikut digunakan. Memang unik bila kita lihat, tapi rumah itu memang benar-benar berpenghuni.

Rumah Bengkok


Rumah Melengkung ini berdiri sebagai contoh salah satu senibina terbaik yang pernah dibuat. Struktur lengkungnya menjadikannya salah satu rumah paling tak biasa di dunia.

Rumah Kubik


Rumah Kubik di Rotterdam, Belanda adalah kumpulan rumah yang bersama membentuk geometri kubus. Faktor menarik di sini adalah bagaimana rumah dijaga agar tidak jatuh.

Rumah Kubah


Dome House di Florida, Amerika Syarikat adalah pemandangan rumah putih yang indah dengan senibina kubah yang unik.

Rumah Tongkol


Cob House di Vancouver, Kanada murni terbuat dari tanah liat, pasir, sedutan dan air.

Rumah Berlubang


Hole House di Texas, Amerika Syarikat adalah projek seni atau akibat dari kecelakaan luar biasa. Apapun itu, rumah ini boleh dikatakan unik.

Rumah Kasut


Sepertinya ada penggemar berat fairy tale di sini. Rumah Sepatu di Pennsylvania, Amerika Syarikat membentuk sepatu dalam semua aspek kecuali sol sepatunya.

Rumah UFO


UFO House di Taiwan tampaknya terlihat menakutkan tapi telah dijamin tidak ada Alien. Rumah sejenis juga ada di Cina. Rumah ini adalah bahagian dari projek pemerintah Taiwan yang tidak boleh dilanjutkan dan akhirnya dibiarkan menjadi kota hantu.

Rumah Jeruk


Pernah melihat tong drum jeruk? Rumah Jeruk di Minnesota, Amerika Syarikat adalah contoh rumah tak biasa yang menarik penuh orang.

Rumah-rumah dengan senibina unik yang lain:







oerleebook/GB