Surau Salihiah: Sejak bila Umno juara agama
KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.
AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.
"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.
"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.
Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.
"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.
"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.
Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.
Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.
Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS. -HD

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?
Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.
Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.
Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.
Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.
Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru. -mutaligatSurau Berembang Dirobohkan UMNO
Surau Bujal Dirobohkan UMNO
Beginilah perangai UMNO. Bila keadaan terdesak semua perkara akan dijadikan isu. Mengatakan orang lain tak betul walau ia betul. Mengatakan bohong walau ia benar. Maknanya sudah habis sodah untuk berpolitik.
BalasPadamLawak betul. Ramai yang jadi pengikut mamat yang pernah kencing TPM masa banjir melanda Kedah dulu. TPM pula sebarkannya menerusi media. Semua rakyat di seluruh negara dapat bau hancing.
BalasPadamPENJELASAN ISU MADRASAH SALIHIAH, KANCHUT
BalasPadamhttp://goo.gl/kIBD8