7 Nov 2011

[Sedih] Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan - Video Di dalam

Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran.

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati.

Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya – kakimotong.blogpot.com

Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.

Video di bawah menceritakan serba sedikit tentang Hero – kucing yang dipotong kaki. -penyubiru











12 ulasan:

  1. ini mungkin dilakukan oleh golongan penentang hudud tapi melaksanakan hukum tersebut terhadap binatang.

    BalasPadam
  2. Kucing pun tahu camne nak menyayangi manusia. Tapi ada manusia yang amat zalim pada binatang. Ada juga yang mengaku peminat kucing tapi cuma nak bela kucing baka baik je. Kucing kampung atau tepi jalan tak mahu. Orang gini toksah le mengaku sayangi kucing.

    Yong pun ada banyak kucing. Semua kucing kutip tepi jalan atau yang orang taknak. Masalahnya bela kucing ialah susah nak tinggalkan rumah.

    Yong tabik pada papa hero.

    BalasPadam
  3. alahai...siannya. pe jenis manusia la yg zalim sampai potong kaki kucing. Gua bela kucing gak mostly yg kutip tepi jalan je. Ada gak yg org bagi. Gua salute lu papa hero.

    BalasPadam
  4. Yang tau berfikir, tak mau pula dikenakan potong tangan. Yang tak boleh berfikir dikenakan pula. Inikah keadilan manusia? Inilah manusia yang mendahului Tuhan. Entahlah apa nak jadi pada manusia yang disebut INSAN??????
    Teringat AKU akan satu dokumetari yang menyatakan kejamnya binatang bila dimakan oleh binatang lain. Inilah pemikiran BARAT yang nak ditanam ke dalam kepala otak kita. Kan itu kitaran makanan atau tenaga.

    BalasPadam
  5. Setiap perbuatan akan dihisab dan dibals oleh Allah swt...

    BalasPadam
  6. alllaaaaaaahhhhh

    aku menangis melihat video2 ini....

    sehingga membuatku insaf jika aku pernah memukul kucing2 di dalam hidupku

    Allah ampunilah dosa2ku

    BalasPadam
  7. Kepada anonymous..tolongla jgn kaitkan benda ni dgn politik..org yg melakukan benda ni adalah hamba Allah yang zalim da kejam, tiada kaitan dgn hudud.. hukum hudud tu bkn ntk haiwan saudara..bolehkah kucing ini berfikir, apa yg dia buat tu betul ke salah?? ia hanya mengikut fitrah nya sbg haiwan,mencari makanan..ingat..fikirlah dulu sebelum berkata2..

    BalasPadam
  8. hamba Allah di atas

    jgn salah sangka. ini bukan soal politik. yang anon pertama tu sampaikan adalah benar.

    terdapat manusia yg tak suka hudud dilaksanakan di negara ini ...spt potong tangan ... tetapi mereka sanggup pula potong tangan kucing yang hanya mencuri seekor ikan...

    itu penjelasannya...

    BalasPadam
  9. Smg Allah merahmati penyelamat kucing ini dan mndpat pahala x putus2 serta diampunkan segala dosa2nya.Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihi kucing ini. Amin.(menitis airmataku menonton kesemua video2 ini)

    BalasPadam
  10. semoga kucing ini menjadi syafaat kepadamu di akhirat kelak..

    BalasPadam
  11. Hanya seekeor ikan sanggup org tu potong kaki hero...restoran mana yer org tu kerja? nak elak dtg ke tempat org yg tak berperikemanusiaan...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.