Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berasa kesal dan malu berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM11,700 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa lalu.
Wang yang hilang itu adalah milik dua daripada tiga suspek kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah (SPRM) terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 15 September lalu.
Ismail berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian itu mengikut prosedur sepatutnya dan pihaknya akan menyiasat secara adil.
“Kami memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota terbabit jika didapati berlaku kecuaian semasa mereka menjalankan tugas.
“Kejadian yang berlaku ini memalukan saya kerana polis kini berada di landasan terbaik dengan segala prosedur penyimpanan bahan bukti yang lengkap. Namun hanya kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’,” katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata, sistem diwujudkan polis dalam prosedur penyimpanan barang kes sudah cukup bagus tetapi apabila ada yang ingkar arahan maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya.
“Jika ada bukti yang menyatakan kecuaian dalam kes ini, saya akan cari pegawai dan anggota bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
“Proses tahan atau gantung kerja juga perlu mengikut proses kerana jika tidak betul, pegawai saya akan saman saya balik. Sehubungan itu, saya perlu bertindak secara adil dan profesional,” katanya ketika mengulas sama ada sudah ada pegawai yang ditahan atau digantung tugas.
Harian Metro semalam melaporkan seramai 26 pegawai dan anggota bawahan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan bukti itu di pejabat pegawai penyiasat.
Kehilangan wang itu yang disimpan di dalam dompet, disedari kira-kira pukul 2 petang pada 8 November oleh pegawai penyiasat terbabit setelah mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama IPK Selangor.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Sejak bila pulak KPM tuh pandi malu...?
BalasPadamItu tanda dia tahu akan betapa goyangnya kerajaan najib la nih...
Satu lagi kejayaan oleh Pakatan Rakyat.
malu kepala bana apa? letak jer jawatan itu saja yang patut di lakukan
BalasPadamBukti saja dihilangkan agar yg bersalah terlepas dari hukuman. Kalau abang tak tolong adik sapa lagi.
BalasPadamSokong pandangan Zamani 11.48am.Kalau pekong macam ni berlaku dinegeri Jepun,Korea atau diEropah,IGP dah letak jawatan dah.DiMalaysia ni memang ramai orang muka tak malu,tebal macam tembuk.
BalasPadamjenis muka kulit gelam memang tak tau malu dulu rahaim noor pun serupa dibelasahya dato' sri anuar sehingga lebam mata hormat la...sikit! kepada orang yang pernah berjasa kepada negara, ini tidak mentang2 la...ada kuasa bersikap seperti kepala samseng.
BalasPadam