8 Ogo 2011

PAS Tak Bincang Hal Hassan Ali Kekal Exco

Hadi: Hasan Ali akan kekal Exco, isu gereja masalah negeri

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”

“Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

“Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hasan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hasan mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Khalid memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Hasan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam. -TMI

Ulasan GB

GB rasa ada semacam laporan yang tidak tepat di dalam berita TMI di atas.

Pertama, Ustadz Hadi menyatakan "Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat," dirumuskan oleh wartawan TMI di dalam tajuk sebagai : Hasan akan terus jadi exco.

Sedangkan hakikatnya hal tersebut iaitu hal samada Hasan akan terus jadi exco ataupun tidak, isu itu sebenarnya tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

Kerana kuasa perlantikan exco adalah hak prerogatif Menteri Besar Selangor sekalipun dari aspek mesyuwarah, PAS mungkin boleh mencadangkan calonnya.

Kedua ialah mengenai keseluruhan isu serbuan gereja oleh JAIS ini. Sepatutnya PAS Pusat tidak perlu untuk "campurtangan" kerana menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”.

Jika ia "masalah negeri", maka bukankah elok hanya PAS Negeri Selangor sahaja yang menguruskan dengan memberikan kepercayaan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor dan barisan kepimpinannya yang baru untuk menyelesaikannya?

PAS sudah sepatutnya mendelegasikan kepercayaan dan amanah kepada peringkat negeri, dan PAS Pusat sepatutnya juga lebih memfokuskan isu sekurang-kurangnya bertaraf nasional. Isu pembersihan proses pilihanraya masih belum selesai misalnya. Bukankah itu lebih aula untuk difokuskan oleh PAS Pusat buat masa ini?


7 ulasan:

mohamad berkata...

masalahnya dalam PAS selangor pun ada masalah. akan timbul persepsi sesetengah pemimpin PAS negeri nak menginanyakan Hassan Ali. Maka untuk mengelak isu jadi lebih rumit lebih baik PAS pusat yang uruskan. Selangor ni pelik, cendikiawan ramai tapi PAS tak ada tokoh ulama disegani dan berwibawa untuk menjadi pemimpin. Nampak sangat golongan oportunis yang terlalu beba bergerak.

B O T A O N L I N E berkata...

Apakah PAS pusat tidak buat apa-apa tentang pilihanraya BERSIH? Apakah PAS Pusat tidak menangani isu internasional? Kenapa terlalu buruk sangka dengan pimpinan PAS Pusat sehingga menganggap PAS Selangor boleh menyelesaikan semua masaalah? Kenapa Khalid Samad begitu bernafsu dengan bahasa sindiran terhadap Hassan Ali terhadap isu gereja ini?? GB kena lebih berlku adil dalam setiap laporan walaupun tehadap mush sendiri! Jika tidak jangan jadi blogger le!!

Unknown berkata...

BOTAONLINE

GB memberi pandangan berdasrakan kenyatan Tuan Presiden bahawa isu gereja adalah "masalah negeri". Jadi pada pandangan GB adalah baik sekiranya diselesaikan oleh pAS Negeri. Dan GB terima baik pandangan Mohamad di atas yang menyatakan ada kemungkinan berlaku nanti persepsi pimpinan negeri hendak menganiayakan Hassan Ali.

Bila masa GB berburuk sangka dengan PAS Pusat? Sedangkan ada pimpinan PAS Pusat itu sendiri mengenali GB. GB mengutarakan pandangan pun tanpa ada sebarang ungkapan yang tidak elok.

Apa masalah kamu BOTAONLINE?

Tanpa Nama berkata...

masalah yg berlaku cume masalah keduniaan..dr segi akhirat, aku yakin Hassan Ali telah mendapat kemenangan di mata Allah SWT..di harap Tuan teruskan usaha menegakkan agama tanpa mempedulikan suara2 sumbang di luar..usaha yg Tuan lakukan tentulah jutaan kali lebih mulia di sisi Allah drp usaha satu pihak yg ingin jadikan Malaysia hub pusat hiburan...

B O T A O N L I N E berkata...

ULASAN GB,
"PAS sudah sepatutnya mendelegasikan kepercayaan dan amanah kepada peringkat negeri, dan PAS Pusat sepatutnya juga lebih memfokuskan isu sekurang-kurangnya bertaraf nasional. Isu pembersihan proses pilihanraya masih belum selesai misalnya. Bukankah itu lebih aula untuk difokuskan oleh PAS Pusat buat masa ini?"

Saya tak ada masaalah apa-apa dengan GB, malah terus mengikuti blog GB terutama isu-isu terbaru. Saya ucapkan syabasy...
Tapi
Apabila ditimbulkan oleh pemberita tentang isu serbu gereja, Presiden PAS terpaksa jawab. Apa pula kena mengena dengan isu lain, sedangkan isu-isu lain juga ditangani oleh PAS. Tetapi perlu apa GB buat kenyataan di atas seolah-olah Presiden terlalu jahil dalam menangani isu bila berdepan dengan wartawan? Bukankah itu prasangka namanya. Tak tahu lah pandangan GB itu ada lain pula yang tersurat.

Unknown berkata...

Sdra Botaonline,

Jauh sgt tafsiran sdra terhdp tulisan saya.

Syaa tidak berniat untuk berkata Ust Hadi itu jahil atau seumpamanya tetapi hanya mengajak Presiden PAS untuk menyerahkan isu tersebut diselesaikan kepada PAS Negeri dan PAS Pusat membincangkan isu yang belum tamat iaitu pembersihan pilihanraya yang mana di awal sidang media Tuan Presiden, ada dinyatakan (tiada dlm laporan bertulis) bahawa "kita tahu isu gereja itu sengaja diadakan oleh BN untuk menutup isu pilihanraya bersih."

Sdra boleh rujuk klip video tvpas di
http://www.youtube.com/watch?v=V5Ucl-ylf-g

Semuga ia mencerahkan.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada Hassan Ali kekal Exco atau tidak,bukan keputusan Hadi Awang.Jawatan Exco negeri diputuskan oleh Menteri Besar.Dia ada hak untuk menggugur atau melantik Exco.Atas hubungan baik sesama komponen Pakatan Rakyat,dia sekadar "melaporkan" sahaja kepada Presiden PAS akan perlantikan baru.Selagi quota dikekalkan,no problem.