7 Ogo 2011

PAS Akan Jumpa Jais & Gereja Dulu - Hadi

PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru.

Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam.

Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

“Hasan Ali telah memberikan penjelasan dan beliau bersetuju dengan cadangan kita (untuk adakan pertemuan dengan Jais dan gereja).

“Bila (maklumat daripada) media tak cukup kita perlu turun ke medan... tidak timbul masalah bukt,i sebab itu kita akan jumpa terus dengan kedua-dua pihak,” kata Hadi.

Tambah Ahli Parlimen Marang ini, PAS terpaksa mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama sebagai langkah selamat selain dapat memberi keadilan kepada semua pihak termasuk Hasan.

Surat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Jais dan gereja akan dihantar esok melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Kita mahu dapatkan penjelasan kedua-dua pihak, mesti daripada orang yang berkenaan daripada pihak Jais dan gereja sendiri... laporan media tak cukup.

“Hasan Ali sudah jelaskan dan beliau juga dapat laporan itu setelah (serbuan) berlaku, sebab itu kita mahu dapatkan gambaran (sebenar) daripada kedua-dua pihak,” katanya Hadi.

Walaupun diasakan dengan pelbagai soalan berhubung tindakan Jais itu, Hadi bagaimanapun menekankan pihaknya mahu mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu.

“Kita akan bertemu dengan kedua-dua pihak, pendirian ini sama... jadi tidak timbul sokong siapa yang penting penjelasan dulu, bagaimana dibuat, siapa yang bertindak... dah jumpa baru kita tahu.

“Kita perlukan penjelasan secara langsung, bukan daripada media,” katanya.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Tambah Hadi: “Semua perkara akan jelas selepas berjumpa dengan pihak gereja.”

Ekoran kontroversi itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. -TMI



Ulasan GB

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika ada mustafa ali kat situ, nak bincang isu hassan ali memang bias lah jawapannya...

tunggu dulu katanya.

Tanpa Nama berkata...

Berita Harakahdaily.net nampaknya begitu bias jugak.

Hazayani Zakaria melaporkan bahawa:

"Ditanya pendirian PAS terhadap Dr Hassan, Ustaz Hadi berkata parti telah mendengar penjelasan beliau dalam mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasannya."

Tetapi wartawan FMT dan TMI pula melaporkan sebaliknya:

“Kami tidak boleh membuat kenyataan sebelum mendapat penjelasan dari pihak gereja dan Jais. Datuk Dr Hasan Ali telah memberi penjelasan kepada pimpinan PAS hari ini tetapi itu tidak cukup.”

Berita dari FMT itu lebih tepat kerana jika berpuashati kenapa mahu jumpa gereja dan JAIS lagi?

Harakahdaily masih dipimpin oleh puak Mustapha Ali yang membela Hassan Ali.

tungkaran hati.blogspot berkata...

semoga PAS dapat menilai siapa sebenarnya DAP yang anti-Islam/Melayu!
lihatlah perlakuan DAP di PPinang dan Selangor. dimana kedudukan dan suara PAS?
jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara buktikanlah PAS lebih baik dalam pentadbiran dinegeri Kelantan, PPinang, Selangor dan Kedah kerana orang kebanyakan sekarang ini sedang melihat perjuangan PAS yang semakin tersasar…!

sallehudin hamzah berkata...

puas hati dgn penjelasan dato hassan ali...belum dengar penjelasan gereja dan jais,,,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

jgn kata ikt sdp mulut. Baru berjuang dah nak pecat org mdh-mdh. Buruk sgt ke Hasan Ali, Mstafa Ali tu. Dia tak dok jasa sikit ke parti yg sampai kata begitu.

Tanpa Nama berkata...

boleh tahan juga auta wartawan harakahdaily ya kerana nak jaga sgt hassan ali dan mustapa ali... emmm

Tanpa Nama berkata...

anon 11:47 menulis:

Buruk sgt ke Hasan Ali, Mstafa Ali tu. Dia tak dok jasa sikit ke parti yg sampai kata begitu....

dengan dua org inilah menyebabkan perpecahan besar dalam pas ekoran idea UG mereka itu. Mujur Allah selamatkan PAS dari idea sesat mereka dari menjadi kenyataan.

tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata.

pas tganu jer dok sedar diri. masih pekat dgn ug sampai ler ni!

Tanpa Nama berkata...

SIAPA YG PECAT KHALID SAMAD DAN SHAARI SUNGIP DULU DARI JAWATAN MASING2 DALAM PAS SELANGOR JIKA BUKAN HASSAN ALI? CARANYA SAMA DGN UMNO, SUKA PECAT ORANG ITU ORANG INI. AKHIRNYA ALLAH SENDIRI PECATNYA SEBAGAI PESURUHJAYA PAS SELANGOR!

Tanpa Nama berkata...

salam ..dari awal lagi golongan2 mangkuk ni harus tak ditarik masuk ke dalam PAS..mereka umpama duri dalam daging..lebih suka golongan ulama` memimpin drpd jenis mereka2 yg banyak topeng nih..biar kita dipandang miskin drpd bermuka2..mereka join PAS pun entah2 nakkan jawatan je..drpd parti perjuang islam dan jadi kebajikan..segala perkara nak dirombaknya..golongan professional ni hape pun tak guna..ambik kesempatan terror ar..time susah tak nampak batang hidung..bila PAS dah mula nak naik..sibuk offer itu ini ..sudahlah..kalau dasar duit dan pangkat...join la umno!!..PAS takmo munafik macam kamu!!..

Tanpa Nama berkata...

sbb hasan ali sorg, habis kecoh jemaah pas. Trnyata beliau duri dlm daging.

Tanpa Nama berkata...

PAS juga perlu mengadakan perjumpaan dengan orang-orang Islam yang berada di gereja pada waktu serbuan JAIS.
Maklumat dari mereka lebih tepat kerana mereka adalah saksi utama dalam kes ini dan mereka tiada kepentingan dari segi politik.
Permasalan lain seperti waran dan sebagainya adalah masalah teknikal sahaja.
Perkara pokok ialah masalah orang-orang Islam yang didakyah untuk murtad.

Tanpa Nama berkata...

ni macam duri dalam daging ni..

Tanpa Nama berkata...

inilah yg ditakuti uleh nabi. golongan kemudian sibuk mengutuk golongan awal. nak tanya sikit, masa mustafa ali join pas tu, mu lahir dok agi. yang sedap mulut sangat kata dia tu umno.

meceng berkata...

dah dasar puak ganu tu penyokong totok UG...

semlg masa sidam akhbar Presiden, berkali-kali Mustafa Ali cuba mencelah. terasa dirinya masih boleh memperbodohkan kesemua j/k pas pusat seperti dulu2.

org ganu dok sedo diri sbnonya. masa pemilihan muktamar, x der satu kawasan pung mencalonkan Mat Sabu dan Husam, tapi ler ni, bila berceramah, org ganu sibuk undang Mat Sabu dan Husam ke tempat mereka.

muka org ganu yg diajo Mustafa Ali mmg x tahu malu. suka perkudakan oram lain.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 cakap pasal bangsa melayu....Ramai orang melayu lebih sibuk cakap pasal hak orang Melayu daripada hak agama islam. Betul sangat ke cara orang Melayu bawa agama islam???....porah, Melayu tak boleh di murtadkan...buka le mata besar2...tak payah nak di murtadkan...dah memang ramai yang munafiq dan fasiq. Melayu suka perasan...agama dicampur adukkan dengan adat. Benda yang jelas2 mungkar habis sengap...tak berani nak tegur...telor sentap masuk dalam perut. Penakut, tapi nak masuk syurga...bangsa lain semua tak baik...yang baik dia je. So far melayu yang nampak jantan sikit Dr.Asri.

Paling menyedihkan sekali...adalah orang2 PAS (some stupid leaders), yang sibuk bercakap dan berdakwah pasal Islam kepada rakyat, tapi dalam masa yang sama buat muslihat / konspirasi jahat ala yahudi bertopengkan satan menipu rakyat....secara diam2 serupa dengan cara iblis bapak satan...diam2. Heee....meluat betul aku tengok Melayu yang pijak semut tak mati ni...tapi hati kemarukkan dunia kalahkan Rosmah Najib.