7 Ogo 2011

Mengapa Cemburu Orang Lain Beri Bantuan Kepada Umat Islam?

Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.

Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu

Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”

Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.

Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.

“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.

“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?”
soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya. -TMI


Nur tiada pilihan

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.


“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.-hm



Ulasan GB

GB bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA tersebut.

Ia terbukti di dalam kes yang dilampirkan iaitu seorang ibu yang sedang menderita pelbagai penyakit, terpaksa menyara anak seramai empat orang dan disisihkan oleh masyarakat Islam sendiri. Apatah lagi permohonannya untuk mendapatkan dari kerajaan/Baitul-Mal ditolak. Sekarang siapa yang berdosa?

Jika tuan-tuan dan puan-puan mengalami nasib serupanya dan tiada tempat lain untuk mengadu, di saat itu ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan mengapa tidak dibolehkan untuk menerimanya? Sementelah lagi TIADA AKAD menerima bantuan MESTI masuk Kristian.

Mungkin dikhuatiri TERHUTANG BUDI, itu mungkin, TETAPI, sekali lagi GB bertanya siapa yang berdosa? Mana umat Islam, mana gerakan dakwah, mana ISMA, mana ABIM, mana UMNO, mana Baitul-Mal, mana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mana Berita Harian, mana Utusan, mana harakahdaily, mana UG, mana Hassan Ali, mana JAINS dan JAIS, mana sekalian yang berlagak hero nak pertahankan aqidah umat Islam? Apa yang kamu telah lakukan dan sumbangkan terhadap saudaramu yang menderita itu?

Apa yang nak dijawab di depan Tuhan nanti?

18 ulasan:

  1. MANA GB PULAK, DUDUK DEPAN KOMPUTER JE KE??

    BalasPadam
  2. aku sokong seratus pandangan DR. ASRI tu,kita cuma berbangga terhadap jumlah zakat yang dipungut..tapi jumlah yang di agih..tersangat hampeh..tu belum kira herdikan,sindiran dan jelingan penghinaan yang diterima masa mereka membuat permohonan..ingat lah..duit zakat tu bukan hak bapak kita..ia haknya orang yang sepatutnya..so..berilah pada haknya.

    BalasPadam
  3. BOTAONLINE, janganlah memfitnah di bulan mulia ini.

    GB kini ada byk tugas sepanjang hari. Di akar umbi (PAS cawangan dan MTD) GB ada jawatan/amanah yang perlu diselesaikan, begitu juga di PAS Kawasan, GB seornag Ketua Lajnah.

    Tetapi alhamdulillah, Dia sentiasa memudahkan urusan GB. Walaupun terpaksa ke hulu ke hilir dgn laptop buruk ini.

    Dan kerja-kerja kebajikan tetap kami lakukan ... Allah Maha Tahu apa yang GB lakukan.

    Lihat SINI

    GB tak berhajat untuk mendedahkan kebaikan sendiri tetapi janganlah melampau buat fitnah yang bukan-bukan.

    BalasPadam
  4. btol tue..duit zakat minta juta2 tapi kemiskinan di Malaysia makin bertambah-tambah...

    Entri Menarik:
    Guna Iphone Kawal Kereta

    BalasPadam
  5. Memang tidak haram menerima bantuan daripada bukan islam.
    Yang haram ialah menghampirkan diri atau mendedahkan diri kepada kerosakan yang bakal berlaku.
    Dalam kes ini: mendedahkan diri dalam bahaya kerana menerima bantuan dari pihak gereja yang tidak pernah kenal erti perkataan ikhlas - maksudnya setiap perbuatan mereka ada tujuan tertentu dan pastinya berkaitan agama xtian.

    BalasPadam
  6. Akhi GB, BOTAONLINE tuh butaonline sebenarnya GB. Dia ingat kerja blogger cuma ngadap komputer 24 jam.

    Kami kenal sgt dengan GB semasa PRK Merlimau dahulu.

    BalasPadam
  7. salam GB!
    BAB KEGAGALAN INTITUSIZAKAT TU ANA mmg setuju 100% tp kita seharusnye memehami isu sebenar- sekali lg isu sebenarnya kegiatan terancang memurtadkan umat islam-perlu lebih fokus kepada isu ini!pihak kita mmg akan mencari kelemahan pihak lawan agar menjadi political milage tp bab aqidah - ANA kekal sbg ISLAM tidak boleh diperniagakan- MANA pergi LUJNAH EKONOMI PAS SELANGOR/SHAM ALAM?-salam dari -jihad!d bumi ambia

    BalasPadam
  8. anon 4:46

    awak ingat semua orang Islam itu ikhlas dan semua org bukan Islam itu tidak ikhlas?

    IKHLAS itu rahsia Allah. Jangan kmu bertindak meleebihi kuasa Allah swt.

    BalasPadam
  9. Org yang TERLALU berprasangka adalah golongan yg tidak yakin dengan firmanullah:

    "Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang yang beriman" -Annisa 141

    BalasPadam
  10. saudaraku GB, saya bersetuju dengan komen Dr Asri, juga bersetuju dengan tindakan JAIS kerana terbukti mereka tidak duduk diam terhadap laporan yang dibuat, juga bersetuju dengan keprihatinan umat islam di malaysia termasuk GB sendiri atas isu ini.

    namun saya tidak bersetuju dengan komen anda di bahagian bawah apabila mempersoalkan siapa yang berdosa dan di mana pihak2 yang disenaraikan dengan cara yang kasar dan tidak beradab.

    urusan pahala dan dosa adalah hak milik Allah SWT. bukan hak manusia menentukan dan mempersoalkannya.

    jika diizinkan, suka saya pusingkan balik soalan itu kepada GB sendiri. boleh saya bertanya adakah GB tahu amalan mana dari GB sendiri yang mendapat pahala dan dosa? tahukah dan pastikah GB sendiri yang tiap amalan yg dilakukan itu mendapat pahala dan akan dijamin masuk syurga kerananya?  geram dengan soalan saya ini bukan? sungguh tidak “enak” bunyinya kerana berbunyi seolah2 GB adalah orang tidak baik dan dipersalahkan. Saya tidak bermaksud begitu, cuma mahu GB sedar begitulah juga tulisan di atas kelihatan pada maksudnya.

    jika GB tidak mahu menyiarkan di khalayak kerja2 kebajikan yang GB lakukan, bukankah baik dan lebih dekat pada kebaikan jika kita mengatakan pihak2 lain yang GB senaraikan itu juga ada sumbangan kebaikannya sendiri kepada ummat, yang mereka tidak mahu war-warkan? jika GB boleh berikan satu link contoh kebaikan yang telah GB buat, saya yakin mereka juga boleh berikan satu link contoh kebaikan yang telah mereka lakukan. alhamdulillah, sungguh berlumba2 pada kebaikan itu satu perkara yang baik. tetapi janganlah sehingga sampai sehingga mempersoalkan dan menjatuhkan kebaikan orang lain.

    sedih melihat keadaan umat sekarang bila sesama umat saling menyerang dan mempersoalkan tindakan masing2 walaupun pada perkara kebaikan.

    bukankah lebih baik ditanya pada diri sendiri, apa yang boleh aku jawab depan Allah nanti, dari sibuk mempersoalkan orang lain?

    salam ramadhan, selamat menyambung puasa anda. moga Allah jauhi hati-hati kita dari sifat buruk sangka, hasad dengki, dendam sengketa sesama muslim sendiri. sungguh islam kini lemah, dan lebih lemah lagi bila muslim sendiri menyerang dan membuka aib saudara muslimnya yang lain di khalayak ramai..

    BalasPadam
  11. ummah 6:15

    GB yakin apa yang GB tulis adalah benar. Kerana acapkali GB berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan begitulah nanti nada tulisan GB.

    Anda mungkin tidak bersetuju dgn tulisan GB kerana GB mengasak UG yang anda berkemungkinan juga salah seorang penyokongnya.

    Hasbiyallah!

    Mari kita baca bersama-sama doa yang merupakan "pedang" kebenaran ini yang lebih tajam dari tulisan GB sendiri:

    اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ
    وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ

    1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba’ah,
    wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah


    Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

    رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
    وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
    وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

    2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa

    Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

    BalasPadam
  12. "Anda mungkin tidak bersetuju dgn tulisan GB kerana GB mengasak UG yang anda berkemungkinan juga salah seorang penyokongnya."

    Allah Allah Astaghfirullah

    Mudahnya saudara GB membuat kesimpulan ya. Islam dan kebenaran bukan datang dengan warna bendera yang disokong dan dikibar saudara GB..

    BalasPadam
  13. GB kata "kemungkinan". Tak nampakkah perkataan itu?

    berdoa spt yg disarankan, jgn cakap banyak lagi wahai ummah.

    BalasPadam
  14. UG itu pun saya tidak tahu maksudnya. apatah lagi menyokong buta-buta setiap yang ditulis.

    suka saya ajak kita sama-sama istighfar saudara GB, jangan hilangkan pahala puasa.

    menegur tidak salah, tetapi usahalah sebaiknya dengan akhlak islam, menjaga adab dan etika.

    BalasPadam
  15. terima kasih, terawih dulu, lepas itu nanti baca doa yg GB utarakan... jgn tak buat sebelum hidup disalut penuh dengan kebatilan.

    "berkeras" itu juga kdgkala adalah sebahagian etika dan adab Islam. Rasulullah juga pernah mengeras suaranya begitu juga khalifah yang empat.

    GB, insyaAllah dah masak dengan perangai2 munafikun di sini.

    So, terlebih baik kita berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran itu kebenaran....

    BalasPadam
  16. AKU sokong GB. La ni dah ramai munafikun di sekeliling kita. Bercakap tak serupa bikin. Depa nak jadikan agama Islam seperti agama lain, agama suku, dunia suku.
    Hanya dalam Islam sahaja yang mengutamakan "cegah kemungkaran, tegakkan kebenaran".
    Ummah, memang kerja pemberian pahala/dosa adalah kerja Allah swt. TAPI JANGAN LUPA ALLAH SWT TELAH MEMBERI GAMBARAN KEPADA KITA, KERJA MANA YANG BENAR DAN KERJA MANA YANG BATIL. AKU minta maaf andai tulisan AKU ni lompang. Yang AKU pentingkan ialah menegakkan agama Allah swt dan keadilan sejagat.

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum saudara/saudari seIslam, saya panjangkan doa kepada Allah swt agar kita perkuatkan iman kita, ahli-ahli keluarga dan orang-orang sekeliling kita.

    Ada beberapa topic didalam kejadian yang berlaku ini. Salah satu ialah agihan zakat orang pihak-pihak yang berwajib.

    Jika kita pergi melawat pejabat-pejabat pungutan zakat, memang mewah pejabat ini, sampai kita terfikir, wajib ka PPZ mempunyai bangunan dan peralatan yang begitu banyak dan canggih? Dengan kenderaan yang berderet-deret.

    Saya nak tegok sikit la kat sini dalam hal 'IKHLAS'. Kita tak tau samada orang/organisasi tu ikhlas atau tidak sebab itu hati budi seseorang/pertubuhan.

    Yang saya nampak TAK 'ikhlas' la nie yang umat Islam sendiri dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan.

    Umat Islam sendiri yang memanggil diri mereka Orang Islam beragama Islam yang 'memurtadkan' orang Islam yang lain dengan percakapan, perbuatan dan mentalitinya.

    Saya sedih dengan apa yang terjadi, tetapi itulah hakikatnya apa yang terjadi di akhir zaman ini atas umat Islam.

    BalasPadam
  18. Apa nak heran....

    Kan dua tahun lepas dah berlaku, apabila seorang pelajar ditawarkan bantuan utk sambung belajar oleh pihak berkenaan...Heboh lah sekejap. lepas tu..senyap sunyi.

    Apa nak heran...ustaz2 pun jika tiada isi dalam sampul, jarang yg nak dtg mengajar /ceramah. Siap letak harga lagi2.

    Apa nak heran...hampir separuh drpd kutipan zakat selangor adalah utk amil (blh baca kat masjid2)

    Apa nak heran..bila wang zakat dijadikan umpan utk pilihanraya samada PR ataupun BN. Bila tiba pilihanraya, berpusu yg beri wang. Tapi..itu semua wang zakat.

    Siapa salah...semua orang salah. Pangkalan data ada...KASIH la, SUBUT da. Tapi apa jadi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.