21 Ogo 2011

Kenalkah Pemimpin PAS Siapa Allahyarham Azizi Hj Abdullah?

Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal

GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. -HD

Ulasan GB

GB telah menyiarkan satu entri khusus mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Azizi pada 20 Mei yang lalu bertajuk Azizi Terlantar Di ICU, Pemimpin PAS Bersegeralah Menziarahinya. Kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang pergi menziarahinya, syukurlah tetapi jika tiada, maka beringatlah!

Kini beliau sudah tiada lagi, tetapi jasa beliau kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia belum sempat diiktirafkan oleh parti. GB agak terkilan sikap parti yang kurang mengindahkan pejuang-pejuang belakang tabir yang banyak membantu parti terutama yang menulis melalui blog-blog seperti Allahyarham Azizi.

Meskipun PAS mengakui sumbangan media baru terutama blogger yang menyebabkan kemenangan PAS di beberapa siri pilihanraya umum dan kecil, namun pemimpin tertinggi parti, dari satu muktamar ke satu muktamar, tidak pernah secara rasmi, menghargai sumbangan para blogger ini.

Sememangnya para blogger berjuang tidak mengharapkan balasan manusia, tetapi sepatutnya menjadi kewajipan parti menghargai sumbangan mereka ini.

Telah banyak diulas mengenai hal ini (ketidak-pekaan parti terhadap sumbanga blogger) sebelum ini, namun ia umpama mencurah air di daun keladi.... para pemimpin PAS sudah senang lenang dengan gaji dan elaun sebagai wakil rakyat sedangkan para blogger berhempas pulas separuh mati menjadi benteng utama parti di dalam siber dilupakan. Siapa yang ada memperdulikan nasib mereka selama ini? Hanya Allah s.w.t. Yang Maha Tahu.

Penah sewaktu GB sendiri satu ketika terlantar sakit di hospital, tak siapa ambil peduli. GB wujudkan sebuah tabung Kelab GB merayu simpati agar GB dapat terus membantu perjuangan parti, haram, tak der seorang pun YB-YB PAS menghulurkan simpati kecuali beberapa ahli bertaraf penampal poster yang menjadi rakan untuk berkongsi doa dan harapan. Sejak itu, GB kenal watak manusia yang memegang jawatan parti ini apatah lagi apabila sudah bergelar YB.

Itu sebab agaknya mengapa ramai juga blogger kita yang telah menarik diri seorang demi seorang di alam siber ini. Yang tinggal kebanyakannya blogger "100% salin-tampal", itupun mujur mereka masih rajin lagi. Dan mungkin ini juga salah satu faktor prestasi PAS sudah mula merudum di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini sebagai hukuman terhadap kealpaan parti. Dan GB melihat, hukuman itu akan berjalan lagi ke atas pemimpin-pemimpin PAS, ramai yang akan kalah selepas ini. Entahlah. Diharap penglihatan GB itu tidak benar. Wallahu 'alam bissawab.

Kepada keluarga Allahyarham Azizi Hj Abdullah, kita mengucapkan slaam takziah dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah.

Petikan ulasan GB yang lalu:

GB tersentak membaca berita mengenai seorang penyokong kuas PAS dari kalangan penulis/sasterawan yang kini terlantar di ICU.

GB cepat-cepat buka blognya, dan benar beliau menulis di situ bahawa beliau kini berada di hospital.

GB tidak tahu samada harakahdaily sudah menyiarkan atau pun tidak berita mengenainya, dan tidak tahu samada pemimpin-pemimpin PAS Negeri dan Pusat sudah atau tidak menjengah beliau di sana.

Jika belum bersegeralah kerana hargailah beliau yang penulisan-penulisannya banyak memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang didokong oleh PAS selama ini.

Jangan masing-masing duk sibuk merebut jawatan dan mengatur strategi untuk menang sedangkan saudara kita kini sedang terlantar dan sedang berjuang dengan maut di hospital.

Jika dekat GB tetap pergi menziarahinya.... seorang pejuang yang berjuang melalui penanya... Yang termampu kita lakukan, sama-sama kita doakan beliau segera sembuh.

p/s Baca tajuk artikel ini dengan nada lembut.



18 ulasan:

Blogger berkata...

Itulah kelemahan ada pada segelintir pemimpin pas,jangan pandang remeh pada jasa dan peranan bloggers yang juga penting untuk memastikan kemenangan parti walau tidak secara langsung,tapi kita berjuang demi agama walaupun terpaksa berhabis duit bukan mengharapkan imbalan dunia,tapi sekurang-kurangnya hulurkan simpati dan terimakasih,jangan nanti mudah untuk musuh menusuk jarumnya,putih mata jawanya....

Tanpa Nama berkata...

Mmg sedih pabila mendegar gugurnya seorang pejuang, apatah lagi tidak dihargai secara rasmi oleh parti yg dijuangkn. Mungkin kebanyakkan para pemimpin PAS tergelincir sikit drpd pejuangan parti. Tu merundum sbb kowt

Tanpa Nama berkata...

kenallah..almarhum kan bekas calon.

TarakNama berkata...

Al fatihah...
gua follow je beb...
Salam ramadhan
dan Salam Aidilfitri...

Tanpa Nama berkata...

anon 3:59

memanglah ramai pemimpin pas kenal almarhum.

tapi saya rasa ada maksud tersirat pada soalan GB.

kalau kenal, kenapa tak iktirafkan sumbangannya, blognya pun saya rasa tak ramai pemimpin pas baca. sebab pemimpin pas ramai yg syok sendiri.

dan berapa ramai pemimpin pas pusat yg ada menziarahinya semasa almarhum terlantar di hospital? cuba angkat tangan nak tengok!

semasa muktamar kenapa tak ada lansung pengumuman mengenai keadaan bekas calon pas itu sedang bertarung maut di hospital?

itu menunjukkan pas tak perihatin terhadap keadaan dan nasib bekas calonnya sendiri!

Tanpa Nama berkata...

sedih dengar keluhan GB ni...
x mengapa GB, GB boleh tuntut dari mereka di akhirat nanti selangkah sebelum mereka berada di pintu syurga. mengadu saja kepada Allah kerana Dia Maha Menghakimi.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju. PAS perlu muhasabah diri sebelum jadi seperti umno..bayang2 kearah itu telah ada. Ramai org yg taknak mengundi PAS lantaran sikap pemimpin (diatas maupun dibwh) yg 'kalah' bila masuk bab fulus..ckp tak serupa bikin dsb.. Bkn semua bgitu..tp perspektif negatif spt itu perlu diubah..tamrin dan usrah kpd ahli atasan dan bwhn perlu ditekankan kembali.

Tanpa Nama berkata...

aneh juga macam mana PAS boleh terlupa utk mengiktiraf dan menghargai sumbangan para blogger ini.

mungkin kerana gb ni anti-UG agaknya kot, tu sebab depa x berahi nak iktirafkan sumbangan gb sbb kelompok UG hanya mengangkat puak2 depa saja.

Apa-apa pun bersabarlah gb. Kami ahli-ahli bawahan dah lama ikuti tulisan gb semenjak gb gunakan nama "mahazalim" lagi dan blog ini merupakan satu-satunya blog wajib yang kami masuk setiap hari untuk mengikuti perkembangan isu semasa dari kacamata fikrah yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

payah la klu berjuang nak harap pengiktiraffan pemimpin, patut kita berjuang sbb Allah S.W.T, klu kita harap org atasan mai melawat apa, pas2 klu x mai, kita kutuk, mcm UMNO la kita, anyway, sy sgt sedih dgn kehilangan arwah

Tanpa Nama berkata...

anon 1:45 - apasal ko bodoh sgt. Prjuangn Islam nglah kerana Allah, itu hakikat. Syariatnya Islam mengajar pemimpin supaya ambil berat trhdp kebajikan pengikutnya. Besar sgt ke pangkat org atasan PAS sampai x leh iktiraf & jenguk pengikut? Rasulullah x ajar gitu.

tokki berkata...

pemimpin pas yg lupakan jasa org lain mmg patut ditegur. Pas nak tegakkan negara berkebajikan, kebajikan ahli sendiri masih terabai. Jawab depan Allah nanti.

Tanpa Nama berkata...

ya lah mana kita tahu seseorg itu ikhlas ke tidak berjuang kerana Allah. Keikhlasan itu rahsia Allah.

anon 1:45 terlampau cepat menyamakan org lain dengan UMNO sdgkan di dalam UMNOlah pemimpinnya tak boleh ditegur.

saya sokong tulisan GB dan kebanyakan komen di atas. Pemimpin PAS perlu bemuhasabah.. kepimpinan PAS era TG Haji Hadi belum melakukan "yang terbaik" untuk parti, malah bak kata Prof Abd Aziz Bari, masih macam Pak Lah juga... kita kena akur dan terima kritikan itu dengan dada terbuka.

Tanpa Nama berkata...

Betul sy pun da nyampah ngn sesetgh keranah pemimpin & gaya pas krg..cuma takde pilihan inilah setakat ni stu2nya parti yg mbawa islam..kalu ada yg lain lama dah brhijrah..best choice among the worse.

Tanpa Nama berkata...

Setiap ahli PAS wajar di susun dlm usrah.

Usrah ada naqib yg akan ambil peduli hal anak2 buahnya. Sakitnya, keluarganya, imannya dll.

Jangan sibuk dgn ceramah shj sampai lupa perkara asas.

Akhirnya...perjuangan digerakkan dgn kesedaran dlm diri. Hanya Allah SWT yg akan membalas dgn sempurna.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah dari jauh pun dah di terima allahswt..daripada g ziarah tp! tak ikhlas....kita xtau masaalah org...mungkin dia xsempat nak ziarah, kita jgn nak salahkan org lain jer... xziarah lah xlawat jenazah lah,lepas tu nak salahkan org PAS,PKR,DAP,xg ziarah lah? Apa org umno tu baik2 belaka ke?

Tanpa Nama berkata...

anon 10:53

org bukan persoalkan tak lawat jenazah, tapi kita tanyakan samada ada atau tidak menziarahinya semasa beliau terlantar sakit di hospital?

Gb dah tulis kan kat situ, kalau ada ziarah syukurlah, kalau tidak maka beringatlah.

PAS nak bentuk negara berkebajikan tetapi kebajikan apa nya kalau bab ziarah org sakit pun tak lakukan?

Tanpa Nama berkata...

10.53 apasal ko bodoh sgt. kan dah kena.

"kita xtau masaalah org...", kalau macam baik ko sebut "kita tahu masalah najib, itu sebab dia putar lidahnya".

sikap ko tu yg macam umno. memberi alasan tapi tak betul. takkan semua pemimpin pas byk masalah setiap hari sampai x boleh jenguk Almarhum semasa beliau di hospital.

mungkin ko belum masuk hospital ko tak tahu macamana rasa sayu dan sedih bila pemimpin sendiri x dtg lawat. satu hari Allah akan masukkan ko ke hospital, then baru ko tahu perasaan org sakit.

Tanpa Nama berkata...

Aku akan rindukan celoteh dalam penulisan beliau. Celoteh dan penulisan yang cukup kritis. Aku juga terhibur.. amat terhibur.