26 Jul 2011

Jika Polis Benar Profesyenal, Henti Ugut Rakyat

Polis siasat laporan palsu ketika perhimpunan 9 Julai

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang membuat laporan palsu terhadap tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan haram 9 Julai lepas akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata jika disabit kesalahan, mereka akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya siasatan mendapati perkara yang diadukan dalam laporan polis adalah tidak benar, polis tidak akan teragak-agak mencadangkan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya ketika ini, pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan.

Beliau berkata kesemua laporan akan disiasat secara profesional dan telus mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Kertas siasatan

“Kita dalam proses melengkapkan siasatan dan akan mengemukakan kertas siasatan itu kepada pihak Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya.

Acryl Sani juga berkata pihaknya sedang menyiasat kesahihan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilanggar Pajero polis namun penayangan video baru-baru ini menunjukkan tiada insiden seperti yang didakwa pengadu.

Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis.

Acryl Sani berkata pihaknya turut menyiasat kesahihan dakwaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan Anwar semasa perhimpunan.

Beliau turut menjelaskan bahawa gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan perhimpunan haram itu adalah buatan Amerika.

“Terdapat dua jenis gas pemedih mata digunakan semasa perhimpunan iaitu Shell Tear Gas Smoke Model ALS 5727, buatan Amerika dan Grenade Tear Gas Smoke Model MP-2SB-CS, NON, Lethal Technology, buatan Amerika.

“Manakala cecair yang digunakan water canon kami semasa meleraikan perhimpunan adalah jenis SC Liquid jenama IDC System AG buatan Switzerland,” katanya. - Bernama

Ulasan GB

Jika benar polis profesyenal, maka sepatutnya polis tidak mengeluarkan kenyataan rakyat membuat laporan palsu sedangkan laporan belum selesai di siasat.

Bagaimana mungkin begitu cepat seorang pegawai kanan polis menyifat dan mengklasifikasi laporan yang dibuat sebagai "laporan palsu"? Itu jelas satu tindakan yang tidak profesyenal. Ia berbaur ugutan. Dan ugutan adalah sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan juga. Ugutan bukan satu sikap yang profesyenal.

Rakyat tidak boleh diperbodohkan dan diugut sedemikian rupa.

Pegawai polis berkenaan sepatutnya diadukan kepada SUHAKAM lantaran salahgunakuasa mengugut rakyat yang membuat laporan.

8 ulasan:

  1. bagaimana pula dengan laporan yang betul dan yang disiar dalam AlJazeera???

    BalasPadam
  2. Orang kalau ada sedikit kuasa macam tu la bro....

    BalasPadam
  3. bila dah jadi barua UMNO mereka cepat melatah dan tunjuk kuasa.

    BalasPadam
  4. biarlah didunia mereka berkuasa, tapi diakhirat nanti akan menjadi bahan bakar api neraka, kerana kuasa dunia tidak akan kekal untuk selamanya.

    BalasPadam
  5. Heran lagi ajaib ,kenapalah masih ada manusia yang beranggapan bila bercakap ,ikut sedap mulut ,bila bertindak ikut arahan yang menyalahi undang2 dan agama , apa mereka ingat mereka tak akan mati ke , hidup nak menongkat langit ke ,tak takut ke di yaumul mahsyar nanti , eeeee...sesungguhnya betullah didalam AlQuran yang menjelaskan bahawa hati2 mereka itu ada penyakit ....... Wahai polis , wahai pemimpin kerajaan , tanyalah balik kpd diri kita ini ,kemana akan dicampakkan nanti di akhirat kelak , dengan kesalahan dan kezaliman yang telah dilakukan ke atas rakyat yang menuntut keadilan dan ketelusan di dalam bernegara.

    BalasPadam
  6. Pada aku polis tidak bersalah kerana mereka mesti mematuhi arahan pemerintah.. yang bersalah sebenarnya mereka yang mengundi bn.. kerana mereka inilah kerakusan polis terus berleluasa. Insya Allah jika PR yang memerintah perkara ini tidak akan berlaku. So ingat mereka yang mengundi bn, ingatlah mati... kecuali mereka yang telah mati hati

    BalasPadam
  7. woi Zuones..nama nick hg pun dah nk macam zionis daaaaaa. elok la hg kamceng makcibai dgn polis & umporno. ada masyukkkkkkkk ka? igt pesan nabi SAW, jgn mkn duit haram!!

    BalasPadam
  8. Nak tanya Datuk yang bijaksana ni,siapa yang akan menentukan sesuatu laporan itu "benar" atau "palsu"? Kalau yang buat laporan palsu boleh didenda dan dipenjara,sila buat siasatan balik tentang kes mata lebam DSAI masa mana badan penyiasatan polis gagal mengenalpasti siapa yang menyebabkan DSAI dapat lebam mata.Kalau ada orang buat laporan,lengkap dengan gambar dan video,adakah itu juga palsu?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.