Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.
Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.
Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.
Johari, antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.
Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.
Lelaki X
'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.
Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.
Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.
Semasa perbandingan hidung dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu sebagai lelaki X.
Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim.
Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar
Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu.
“Saya memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza.
"Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya,” katanya sambil menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu.
Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu.
"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi ketika trio Datuk T didakwa.
“Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar),” katanya yang juga seorang peguam.
“Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah dilepaskan.
"Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan,” katanya lagi.
Video Pendedahan Dalang Video Fitnah

PKR Terbit 'Dokumentari' Jelas Keraguan Video Seks 'Datuk T'
Keraguan mengenai pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaparkan sebuah dokumentari pendek menjelaskan secara terperinci video yang dipercayai direkayasa untuk menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Video sepanjang 40 minit itu ditayangkan kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR selepas mahkamah tinggi pagi tadi menjatuhkan hukuman denda kepada ketiga-tiga individu yang mengaku bersalah menayangkan video lucah kepada umum pada 21 Mac lalu.
Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan dokumentari itu menjelaskan tujuan ianya dipaparkan adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat menilai dari aspek ketulenan fizikal pelaku.
"Saya menunggu masa yang sesuai. Tidak ada sebab untuk kita lawan di mahkamah. Saya sendiri bertanggungjawab (ke atas video) dan ini apa yang saya percaya.
"Saya tidak tuduh siapa-siapa tapi saya mahu beri peluang kepada masyarakat untuk lihat dan menilai," ujar beliau.
Dokumentari tersebut memaparkan Johari sebagai pengacara memberi penerangan mengenai bentuk tubuh badan pelaku yang amat berbeza dengan Anwar.
Ini termasuk pendedahan terbaru memperlihatkan individu dalam rakaman video tersebut memakai cermin mata walhal Anwar tidak.
Selain itu bentuk fizikal seperti perut, punggung, hidung, tali pinggang dan rambut yang digunting rapi ternyata amat bercanggah dengan susuk tubuh dan cara pemakaian Ketua Pembangkang.
Dalam dokumentari itu turut memuatkan sedutan video di mana Johari telah melawat ke negara Thailand untuk bertemu jurusolek profesional yang boleh mengubah rupa beliau mirip seniman P. Ramlee.
Ternyata hasil yang ditunjukkan kepada media memperlihatkan wajah beliau amat mirip dengan seniman agung itu dalam gambar hitam putih.
"Saya sampai ke Bangkok untuk ubah wajah saya. Jelas teknologi ini wujud," katanya lagi.
Johari kemudian memberitahu media bahawa beliau mengambil masa 34 hari untuk menyiapkan dokumentari itu termasuk menggunakan sumber kewangan sendiri dan bantuan pihak tertentu.
Sehubungan dengan itu beliau berkata dokumentari tersebut akan dimuat naik di laman Youtube jam 4 petang ini dan menggesa rakyat untuk memuat turun dan meneliti perkara yang cuba disampaikan dalam video berkenaan.
Pagi tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Shuib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana didapati bersalah secara terbuka menayangkan video lucah kepada umum. -tvsnews
Puh Mamat ni cakap macam pengulungan CSIlah. Macam ye ye aje. Kalau dilihat dari satu perspektif memang "macam" betul sangat saja bunyinya. Tapi kemelot Anwar ini perlu dilihat secara keseluruhan isu-isunya. Jangan mudah menafikan luahan-luahan kata daripada bekas-bekas kawan apatnya.
BalasPadamKalau Malaysia hendak terus aman maju kami anak-anak muda perlu terus bekerjasama dengan kerajaan yang mampu memerentah dengan baik.
Anwar pengkhianat yang bakal memusnahkan survival bangsa Melayu sendiri. Dia tidak peduli. Anak-anak muda, bersatu kita tentang kemungkaran Anwar dan puak2nya.
(Saya percaya komen saya tidak akan disiarkan.)
anak malaysia tulin di atas tulis macam org yg hantar sms kat ambiga jek
BalasPadamGood job.. Baru la ada stail nak berlawan... Nampak pro sikit.. Tak de la dok menjerit kat ceramah jek..
BalasPadampendedahan yg amat meyakinkan.
BalasPadamhanya gol umno yg gila seks akan percaya video seks datuk t itu.
yg nyata, eskay dan rtc adalah pelaku di dalam video seks itu.
anak malaysia tulen konon....tapi pengecut......
BalasPadampendedahan sampai mcm tak sekolah!!
BalasPadam(gb aku tau confirm tak tersiar komen aku nie)
Hanya anak luar nikah sahaja yg akan percaya video seks Anwar adalah benar. Anak Malaysia tulin mungkin anak daripada hasil ahli UMNO bermain dengan anak Pandy Kutty...pasal tu "Apa Pun Tak Boleh"
BalasPadam(Saya percaya komen saya tidak akan disiarkan.)
Apa yang susah sangat. Kalau betul itu bukan Anwar, saman sahajalah Eskay ratusan juta dan lawan di mahkamah. Otak ada pakai ka...?
BalasPadamSudah tengok filem GANDHI? Is it Gandhi or Ben Kingsley?
BalasPadamRakyat Malaysia sudah berpecah dua, yg BERSIH dan Yg KOTOR.
BalasPadamYg bercakap perkara yg bersih adalah yg BERSIH dan yg memfitnah dan mendedahkan perkara yg kotor adalah mereka dalam golongan yg KOTOR.
Renunglah diri sendiri dimanakah kedudukan kamu..
Yang pastinya penyokong BN/UMNO berada dalam golongan yg ..... R.
Penerimaan pertuduhan zina secara metolodogi Islam sahaja diterima. Tape atau filem tak pakai. Kena ada 4 saksi yang adil. Lain kalau kes rogol. Itu pun ada kaedahnya.
BalasPadamKalau tidak kering-kering kena hukuman qazaf. Mungkin dunia lepas tetapi akhirat menanti.
Slm GB.. Bagi aku 1 je cara nak bg rakyat jelas ttg susuk tubuh anwar..anwar sepatutnya tampil dlm video ini bg menunjukkan susuk tubuh beliau..klu stkt ckp je rakyat x jelas..siapa pernah tgk perut anwar? klu dlm baju mmg x nmpk boroi..lg 1 apa perlunya anwar memarahi wartawan jika ditanya soalan video seks? AYUH ANWAR!! TUNJUKKAN KEPADA KAMI PENYOKONG PAKATAN BAHAWA ITU BUKAN KAMU!!! BG KETERANGAN DENGAN BUKTI NYATA!!
BalasPadamUlasan berulang kali berkaitan video susuk tubuh..jam diulas mcm tu je...kalo ada tunjuk le...maklumat twiter semasa x diulas...mana p waktu 2..sekurangnya eskay dh sumph..rakyat dh saksikan...bro bila lg..ade brani?
BalasPadamsetakat dengar cakap kawan tinggal kawan sebab duit baik tak payah.shuib lazim yang sebelum ni senyap je pun da pandai jawab.sape bayar die tuh?
BalasPadamNi best bro!!!
Seorang Lagi Hacker Mahu Mendedahkan Identiti Ketua LulzSec
http://post-aje.blogspot.com/2011/06/pelik-aje-lelaki-amerika-di-kanada.html
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
Ahli UMNO bawahan terus diperbodohkan oleh pemimpinnya yg sedia ada bodoh. dgn isu video sex Anwar..pemimpin UMNO dapat terus memperbodohkan ahli UMNO bawahan yg Pandy Kutty agar pemimpin UMNO boleh songlap duit rakyat. ahli Umno bawahan semuanya dah diberi makan nasi kangkang tukang gaji pemimpin UMNo dari Indonesia pasal tu yg dah nyata bukan anwar dlm video sex...namun ahli UMNO bawahan tetap kata Anwar. Inilah akibat byk sgt makan nasi kankang dalam mesyuarat Bahagian & cawagan UMNO. Bahalol punya ahli UMNO bawahan yg sering diperbodohkan oleh pemimpin UMNo yg sedia ada bahalol.
BalasPadam(gb aku tau confirm tak tersiar komen aku nie - copy ayat anon 12.47am)
bukan anak malaysia tulin tapi anak 1 malaysia asli,
BalasPadambunyi ayat macam orang yang mendapat nasihat dari apco,
jangan lupa kes memali seramai 17 orang syahid akara kerajaan mana?
sekolah agama rakyat sejak merdeka dinafikan dari mendapat peruntukan kerajaan siapakah yang menafikanya?
royalti 2004 terengganu kerajaan mana tarik balik?
kelantan kenapa dinafikan royalti minyak?
tulisan jawi hampir pupus,rasuah perinkat tertinggi bertluluasa ketirisan dalam pengurusan projek inikah yang dikatakan kerajaan merentah dengan baik? daayah apco telah meresapi dalam pemikiran seluruh warga umnoapco nauzubillahiminzalik.
dulu aku penyokong kuat anwar, hari ni selepas di baca mngenai anwar, dilihat mcm2 video berkenaan anwar, dr kes liwat dulu smpai liwat skrg, penafian demi penafian oleh beliau, kepercayaan making kurang dan nipis..sekarang zaman dunia tanpa sempadan, nak search apa2 pun tntg anwar senang, sapa itu salah sorang org besar imf, lakonan anwar sakit dlm lokap utk simpati, liwat situ liwat sini, nak samakan islam dgn agama lain. APA SUDAH JADI ni???
BalasPadam(maybe comment aku pun x disiarkan jugak kot??)
dulu aku penyokong kuat umno, oleh kerana umno tidak lagi reliven sebagai pemerentah kerana banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat,umno kini hanya reliven untok memperkayakan mereka2 yang berkuasa diatas dan kroni2 sekelingnya sedangkan rakyat bawahan setiasa dalam keadaan resah kerana kenaikan harga barangan yang tidak menentu, media massa hanya dijadikan alat untok melakukan fitnah terhadap pehak lawan teruma ketua pembakang ini menampakan umno memang sangat gerun dengan ketua pembangkang denganmendapat sokongan yang diberikan oleh rakyat.
BalasPadamDulu aku penyokong UMNO, hari ni selepas aku mengenali UMNO yang kaki fitnah, APCO, agen Yahudi, selalu memperbodohkan ahli UMNO...dan memburuk-burukan Anwar seperti mcm video berkenaan anwar, dr kes liwat dulu smpai liwat skrg, penafian pemimpin UMNO, Langsung aku berniat utk mengkuburkan UMNO pada PRU13 nanti. Sekarang zaman dunia tanpa sempadan, nak search apa2 tntg kebodohan ahli UMNO senang, sapa UMNO dgn APCO, siapa UMNO merogol anak melayu, penipuan kes liwat situ liwat sini, kononnya UMNO nak pejuangkan islam. APA SUDAH JADI ni??? Ahli UMNO bawahan terus diperbodohkan oleh pemimpinnya...
BalasPadam(maybe comment aku pun x disiarkan jugak kot??)