6 Jun 2011

[Video] Awang Adik Syok Sendiri - Husam

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu.

Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad.

"10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor.

Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya.

Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS.

Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara.

Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan. -tvsnews



3 ulasan:

kembara putih berkata...

Kasi menang kerusi Bachok dulu la, baru cakap soal nak tawan Kelantan.

man padang besag berkata...

Hisap curut sebatang RM130.00 sapa nak sokong hang Awang ooi.......depa yang ada kepentingan saja la sokong tu pun serba salah,,,,

sokong kembara putih berkata...

sapo nak bagi dia menang di Bachok...anak branak pun x lepas nak handle.