5 Jun 2011

Tukang Kempen Yang Berlagak Tuhan

Akhirnya Haji Mohamad Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Ketika saya mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tadi, seorang kawan baik mengucapkan tahniah kepada saya. Kawan itu adalah seorang yang sangat wala' kepada kepiminanan ulama. Saya tak ingat apa saya kata bila dia ucap tahniah. Tetapi yang jelas, saya bukanlah orang yang patut diucapkan tahniah.

Saya tak membantu Mat Sabu. Saya tidak minat benda tu semua. Bagi saya, setakat nak lawan Umno, nak maki Umno, Mat Sabu tak payah jadi Timbalan Presiden PAS. Atas nama Mat Sabu pun dia boleh buat kerja tu dengan cemerlang. Dia dah established.

Saya akhirnya tak keluarkan lagi cakap-cakap discouraging yang kadang-kadang kasar dan kesat bila Mat Sabu buat keputusan bertanding. Saya menginsafi bahawa Mat Sabu pun orang jugak. Sebagai orang, natural la kalau dia pun ada keinginan. Biarlah. Dan, bila dah Mat Sabu bertanding, takkan saya nak dia kalah pulak. Tentulah saya mohon kepada Allah agar dia tak kalah. Tu natural la.

Sebenarnya bukan benda tu yang saya nak tulis. Yang saya nak tulis ialah tentang orang-orang yang mendahului Tuhan. Saya nak tulis supaya lain kali saya dan sesiapa pun tidak berlagak Tuhan.

Nak sokong siapa pun, itu hak demokrasi masing-masing. Nak buat video kempen dan tayang dalam muktamar sekalipun, bagi saya itu hak demokrasi masing-masing. Saya tak ada masalah. Nak kencing Ustaz Nasharudin Mat Isa pun setelah sekian lama memperalatkannya sebagai kambing hitam dan budak belasahan umum setelah sama-sama berjumpa dalam gelap dalam Umno, lantak hampa la. Kan itu hak demokrasi hampa!!

Tinggal lagi, kita pun ada hak demokrasi jugak nak ingatkan orang tentang buruk kelaku kaki-kaki kencing kawan tu supaya orang lain tak jadi mangsa dan dikencing dek depa macam depa kencing Nasharudin.

Kencing manis boleh berubat. Tapi jenis kencing kawan sangat berbahaya. Jaga-jaga jenis tu!

Namun, walaupun kita berjaga-jaga terhadap bahaya depa, kita tak boleh membantah hak depa untuk buat buruk kelaku lagu tu. Kita hanya boleh berjaga-jaga dan tak boleh nak buat apa sangat terhadap buruk kelaku depa yang suka kencing kawan depa sendiri yang depa pergunakan selama ini. Lain la kalau kita yang depa kencing.

Ikut suka hampalah nak kencing kawan hampa sendiri. Yang saya tak boleh tahan ialah perangai mendahului Allah dan berlagak Tuhan.

Ada seorang kaki kempen berlagak Tuhan. Dalam pemilihan kali ini, gitu-gitu ja dia kencing Nasharudin. Mamat tu memang terkenal kuat berkempen sampai berpeluh-peluh round Malaysia. Dalam jelajahnya, beliau ada singgah di Masjid Subang. Di situ dengan penuh angkuh beliau memberitahu beberapa kawan supaya "bagi tau Mat Sabu dia setakat jawatankuasa ja". Maknanya dia dah mendahului Allah dan membuat ketetapan bahawa Mat Sabu tak akan merasa jadi Timbalan Presiden. Amboi!

Tak sokong tak pa. Benci pun tak pa. Itu hak masing-masing la. Tapi, jangan mendahului Allah, Ustaz. Jangan berlagak Tuhan dan membuat ketetapan terhadap nasib orang lain, Ustaz! Tak elok orang mengaji tinggi agama berlagak Tuhan macam tu. Dont play god, Ustaz!

Speculate satu hal, tetapi berlagak Tuhan hal lain pulak.

Saya tak peduli kalau perbuatan berlagak Tuhan dibuat oleh orang tak mengaji yang mengeja pun tak reti-reti walaupun dah beruban dan tulis merapu-rapu kalimah Arab ikut suka jahil dia. Mampoih pi la kalau berapa kali pun dia bersungguh-sungguh membuat ketetapan siapa tak akan menang dan siapa yang akan menang. Mampoih pi la kalau dia berlagak Tuhan dan boleh membaca niat surat khabar mana pun.

Jenis lagu tu, apa nak kira. -Penarik beca

8 ulasan:

  1. kita sokong saudara mat sabu sebagai timbalan kerana pengurbananya terhadap parti walau pun pernah masuk ISA perjuanganya tak pernaH pudar seperti setengah pehak yang pernah digertak oleh ISA ahirnya meninggalkan perjuangan menegakan akidah kepada perjuangan meruntuhkan akidah.

    BalasPadam
  2. BERSIH perlu lebih ramai lagi, kerana ketuanya sekarang dah jadi Tim Presiden.

    BalasPadam
  3. mat sabu bukan ulama dan bukan profesional..
    dia mewakili akar umbi PAS
    jiwa PAS sebenar

    p/s: nak join bloglist bro leh x?

    kempen jom tukar link

    BalasPadam
  4. TAHNIAH GB gerakan yang menampakkan kejayaan

    BalasPadam
  5. Berhati hati, lepas ni video Mat Sabu pulak,

    BalasPadam
  6. Mat Sabu akan membantu Presiden memperkasakan Jentra Pilihanraya PAS agar PAS akan bersedia dan mampu berhadapan dengan UMNO/BN pada PRU akan datang.Diharap puak UG yang masih berada diIbu Perjabat PAS tidak akan buat kerja sabotage Mat Sabu.

    BalasPadam
  7. tahniah sdr Mohammad Sabu atas kepercayaan perwakilan pas kali ini.

    BalasPadam
  8. Selepas ini, profesionalkan ulama dan ulamakkan profesional dalam PAS.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.