30 Jun 2011

Polis Lebih Jaga UMNO Daripada Jaga Rakyat - Mat Sabu

PAS jamin BERSIH

PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.

Bagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.

"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.

"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.

Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.

"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?'

Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat."

"Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?"
soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu.

Menjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH.

Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu.

Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza.

Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad.

"Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah.

"Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?"

Turun demo wajib

Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini.

"Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil.

"Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai."
-mk


Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi, bukan cara lain

SHAH ALAM, 30 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

“Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.

PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP.

Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang “ketenangan” ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun.

Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin.

“Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia,” katanya di Stadium Malawati.

“BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya,” kata beliau.
-TMI


3 ulasan:

Awan Network berkata...

sokong!!polis just jaga umno ja lebih berbanding jaga rakyat..depa kata kerajaan bayaq gaji depa..tpi depa tak fikir yang sapa yg bagi duit ntuk kerajaan..

TERPANAS SAAT INI :
PERLUMBAAN MALAM??

Tanpa Nama berkata...

betoi kerajaan bayar gaji depa tetapi depa kena ingat siapa bgi duit kat kerAjaan tanpa kita kerajaan ada duit ke ? tetapi kenapa kita tak mau dijaga tanpa kita depa boleh jadi kerjaan ke ? apa yang kerajaan sekarang buat untuk keselesaan kita ? satu2 keselesaan kita ditarik duit yang rakyat beri hendak lah dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk kebajikan...sekarng harga pa yang tak naik ?

Tanpa Nama berkata...

saya sokong 120% ucapan mat sabu nih!!

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!