Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.
Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.
“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.
Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.
Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.
Dia hanya Besi
Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.
“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.
Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.
"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.
"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."
Begitu jahil
Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.
“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.
Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.
"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.
Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.
"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. -mk
Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.
“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.
“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.
“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.
“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.
Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.
“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.
“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.
“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI
Ulasan GB
GB musykil, bagaimana mahu dakwa dan ambil tindakan ke atas pelukis dan penerbit katun berkenaan sedangkan KDN juga sama jahat dan sama jahil dengan Utusan?
Yang terbaru, tiada tindakan ke atas Ibrahim Ali yang isytihar "perang jihad" ke atas Kristian pun tidak dikenakan sebarang tindakan oleh KDN.
salam. maaf. ambo x nmpk kartun tu hina Islam. tapi kalau perli kpd polis dan kerajaan ada la...
BalasPadamcuba bg fatwa kalau kes mcm ni berlaku...pasal xde saksi 4 org tapi hanya video h/fon@vcd@seumpamanya?
npc, jange jadi gong sangat la... paham islam tu betul2.. baru napok
BalasPadamTu bukan perli Polis, tu perli Hadi Awang
BalasPadamislam itu indah...mana dia tau perakam takleh jadi saksi dalam islam?? heheh nampak sangat tak tau agama
BalasPadamInilah dasar munafikun yang sentiasa persendakan hukum Islam, dulu kini dan selamanya.
BalasPadamInilah akibatnya bila lebih Melayu dari Islam. Haram jadah punya manusia. Baik kau jadi binatang aja. Ops .... binatang jauh lebih mulia daripada kau ni.
aduh... jahat betul la... dakwa org2 munafik ni... tjkkan diri sapa yg bertangjwb beri penjelasan... mohon maaf secara berbuka (bogel ketuk ketampi... hehe) jgn mengaku Islam kalau x ngaku salah dan mohon maaf.
BalasPadamSALAM SEMUA... jangan kita kat sini bergaduh kerana menegakkan pendirian kita.. Jangan berpegang kepada pendirian.. Tidak kira anda PAS, BN, PKR atau sebagainya, selagi anda islam, berpeganglah kepada al-quran dan as-sunnah... Kita sibuk duk kata kita betul, tetapi musuh islam mengintai peluang untuk menjahanamkan kita... BN ada buruk dan baik.. pas juga begitu.. pkr juga begitu.. Tiada yang sempurna yer..
BalasPadamPendapat adam untuk gambar ni adalah seorang wanita berjumpa dengan tok penghulu kerana kes dia di rogol.. Pelukis mengambarkan penghulu sebagai seorang yang alim kerana berserban... Pelukis ni pun satu.. Penghulu semua beserban ker??Tak boleh ker lukis pakai kemeja ker atau baju t-shirt.. Orang alim jer beserban kan..Di sinilah wujudnya salah faham..
Nak tengok reaksi Brahim Katak,Panglima Jihad Perkosa.
BalasPadamdie mempersendakan hukum la kawan2 sekalian.mempersendakan hukum sama dengan ape ye kawan2?cube jawab.
BalasPadamini nampakkan kedangkalan pelukis yg menjadi pencacai parti politik.. kalau tuduhan rogol rakamna hp boleh digunapakai kalau tuduhan ZINA barula 4 saksi dikira pakai.. ape punya lembunya pelukis MIKI ni
BalasPadam