7 Apr 2011

Video Seks: Najib Nak Sangat Tubuh Suruhanjaya, Silakan!

Pembangkang Tidak Konsisten Menolak Cadangan Penubuhan Suruhanjaya - PM

SANTUBONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pembangkang telah menunjukkan sikap yang tidak konsisten apabila menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal video seks yang didakwa melibatkan seorang yang mirip pemimpin utama mereka.

Menurut beliau, pembangkang sanggup mengetepikan prinsip untuk memperjuangkan keadilan apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang tidak menguntungkan mereka.

"Ramai orang rasa pelik dan aneh sebab atas kebanyakkan isu merekalah antara yang pertama minta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

"Tapi yang pelik ialah bila isu ini bangkit mereka menolak cadangan untuk tubuhkan sebuah suruhanjaya.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan tengok kepada keadaan dan kalau mereka rasa ada sesuatu yang mungkin tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan prinsip," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat.

Menurut Mohamed Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin, bahawa lelaki yang terdapat dalam video berkenaan bukanlah suaminya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak diperlukan sebaliknya pada masa ini tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis kerana ia sudahpun dimulakan terhadap kes itu. -mstar

Ulasan GB

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju dibentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks bukan kerana takut dan bukan kerana tidak konsisten dengan pendirian.

Tetapi kerana kita merasakan ianya satu pemaziran wang rakyat. Kita merasakan ada lebih banyak hal yang perlu diutamakan dimana Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk seperti kehilangan wang negara sebanyak RM888 billion yang sehingga kini kerajaan membisu. Suruhanjaya Siasatan kematian Altantuya juga lebih patut ditubuhkan kerana ia melibatkan hubungan Malaysia dengan masyarakat antarabangsa disamping satu grand design yang amat memalukan melibatkan bom dari Kementerian Pertahanan digunakan untuk menghancurkan seorang wanita Mongolia.

Namun jika Najib dan UMNO BN berkeras ingin juga menubuhkan Suruhanjaya Video Seks yang tak berapa perlu itu, saya yakin pemimpin PR bersedia untuk menerimanya.

Ini kerana kami "amat yakin" bahawa orang di dalamnya bukan Anwar.

Dan siasatan hendaklah telus, tidak seperti yang lepas-lepas dimana Anwar dipaksa tinggal di lokap dan kemudian dengan cara yang tidak beretika, pihak polis mengambil DNA tanpa izinnya.

Sehubungan dengan itu juga kita meminta supaya orang yang bertanggungjawab mengeluarkan, merakam, mempertontonkan video seks itu kepada masyarakat diambil tindakan.

Mengapa sampai hari ini masih tiada tindakan ke atas Datuk T?

Apakah Najib juga bersubahat dengan trio Datuk T sehingga rakyat melihat kenyataan-kenyataan Najib jelas ketara memihak kepada mereka ini?


Itu rakyat mahu tahu!

Dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan perlu menyiasat ke akar umbinya iaitu mendedahkan siapa dalang, perakam, pelakon dan motif konspirasi video seks itu sendiri.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika kita semua yakin sepenuhnya pada Al-Quran dan patuh kepada Allah SWT.

Suruhanjaya ini sangat tidak perlu kerana tanpa suruhanjaya pun kebenaran telah terbukti kerana tuduhan zina tanpa membawa empat saksi bukan fasik adalah tertolak.

UMNO sebagai parti yang dianggotai oleh tiga juta umat melayu beragama Islam patut insaf dan bertaubat kerana mengenepikan undang2 Allah SWT tetapi mengambil pendekatan untuk mengaibkan individu tertentu melalui pendedahan video seks.

Altantuya berkata...

Najib juga perlu bersetuju dengan penubuhan surunjaya diraja berkaitan kematian Altantuya. Ada berani!...

Tanpa Nama berkata...

najib menjadi tok guru kepada orang islam pasik.

Tanpa Nama berkata...

kalau nk sgt tubuh suruhanjaya diraja,elok tubuh suruhanjaya utk siasat kes Datuk Najib berasana Ziana zain di PD yg dilindungi oleh Isa Samad,juga kes najib membeli dan memberi pampasan kpd bekas suami rosmah mansor,juga kes pembunuhan,pengeboman dan rasuah nerbilion ringgit melibatkn razak baginda...ha yg ni patut NAJIB MONGOLIA siasat.....