23 Apr 2011

Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir Yang UMNO Ada

Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'

Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.

Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.

“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang
.

“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan. -mk

Ulasan GB

Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan.

Mujurlah dalam pemimpin UMNO yang ada kini hanya ada seorang sahaja pemimpin matang dan terbuka serta mungkin pula beliau merupakan baka zuriat baik yang terakhir yang UMNO ada kini - itulah Saifuddin Abdullah.

Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.

GB sering juga didatangi oleh pimpinan mahasiswa yang menyatakan mereka lebih senang dan gembira untuk berurusan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berbanding dengan Menterinya sendiri, Khaled Nordin yang ilmunya tak setinggi mana, tapi ego dan sombongnya tak terperi dasyatnya.

11 ulasan:

anti-zul noording alghuyub berkata...

saya setuju dgn GB.Kalau ramai mcm DSA ni teruk PR.
Tapi saya suka dengan sikap DSA yang agak neutral.
Politik dia nampak matang compare dgn yg lain yang asyik menjaga perut dan bawah perut..

bunbinban berkata...

aku dgn penuh bangganya mengaku, dia ahli parlimen aku...hahaha. Jadi sesiapa yg teringin nak lawan dia di parlimen nnt tak kira PAS atau PKR letaklah calon yg berwibawa, humble, murah senyuman dan tak kedekut( bukan mcm ketua cabang tu, kedekut nak mampus). hahaha.. Dulu parlimen Temerloh di wakili oleh Dato Sarit Jusuh. Dia ni org pilih betul2 faktor peribadi. Begitu juga dgn Saifuddin ni, kalau dia bertanding lg( kalau tak kena pancung la dek 'naga2' UMPORNO la) pengundi akan pilih dia atas faktor peribadi bukan sbb dia UMNO. Cuma dia ni kena 'nasihat' isteri dia sket...jgn nak sombong dan lupa asal usul. Apa pun, PKR kena serah parlimen kepada PAS dan PAS kena sediakan calon yg benar2 layak bkn mcm YB Dun Semantan yg bila menang semua warga PAS dan PR ternganga sbb tak jangka menang. Dia sebenarnya takde tokoh lansung dan aku rasa mmg dia ni ngabehkan beras je. Eloknya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yg bertanding di Semantan. Apa pun aku ttp sokong PR. Geng songkok tinggi, geng Nuar Lembu ( kaum kerabat ikan patin rm 13,000), Geng Akbar, korang bolehlah siap2 borang masuk PR...hahaha...tak hingin aku.....!

Ismi Azraf berkata...

Dalam satu-satu yang matang dalam Umno,dilihat adalah dia. Dalam permasalahan mahasiswa sebelum ini pun dia berpihak kepada mahasiswa. Namun dia tidak akan kekal lama sebab dah beberapa teguran dibuat oleh antara pemimpin Umno ke atas dia.

Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis

Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki

.

Lang Buana berkata...

Lelaki terakhir grombolan.....

kah kah kah.......

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO arrogant tu sebab dia menang dan memerintah. Yang aku pelik bila orang PAS juga arrogant. Tak mahu dengar pandangan rakyat. Takjub dengan pendapat sendiri. Bangga. Benci aku!

Tanpa Nama berkata...

Dato' Sakmongkol

martoiriat berkata...

Memang itulah jawapan seorang pemimpin politik yang matang.Saya rasa itulah pandangan yang rasional yang bertanggungjawab terhadap kekalahan BN. Syabas diucapkan kepada Saifuddin yang membuat kenyataan sebagai seorang menteri yang waras dan intelek.

Menyalahkan rakyat secara keseluruhannya secara terang- terangan khususnya dalam sebuah negara demokrasi melalui sistem pilihanraya kepada masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional di Sarawak adalah kenyataan pemimpin politik yang bodoh dan hipokrit.

Harus diingat kenapa pengundi cina menolak BN? Jawapannya mudah .. rasuah pemimpin BN terlalu kritikal serta memperkayakan diri dan kroni dengan membiarkan rakyat daif dan miskin, terutama "TAIB MAHMUD" yang kekayaannya menakjubkan. Rakyat hanya menghukum melalui sistem pemilihan.

Pemimpin UMNO BN harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan mengugut pengundi dalam suasana yang tidak boleh diterima akal. Jangan setiap kali tewas dalam pilihan raya, pemimpin-pemimpin BN terutama dikalangan pemimpin UMNO yang sentiasa berkokok seperti ayam jantan nak bertelur, rasis yang tidak tahu penghujungnya menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.

anuafpsb berkata...

Betul tu....jangan kita terus melabel mereka yg menyokong pembangkang sebagai rakyat yang tak tahu bersyukur....sepatutnya UMNO perlu menjalankan kajian/survey kenapa menyokong pembangkang?Gali ke akar umbi dan buat rumusan untuk dipersembahkan kepada pemimpin tertinggi.
Mereka tu selesa sangat melihatkan kehadiran yang ramai ketika lawatan mereka tetapi mereka tak sedar jumlah ramai itu hasil wayang orang bawahan untuk mengaburi mata pemimpin atasan.

kbatas berkata...

Walaupun secara peribadi dia baik, tapi dia berada dalam wadah yg tidak baik. Perubahan tidak dapat dilakukan secara individu. Dalam BN, semua isu kena disokong oleh MP. Walau isu yg dibahaskan itu baik untuk rakyat tetapi jika pucuk pimpinan BN tak suka maka semua MP kena akur. Jika demikian, buat apa ketinggian ilmu MP jika hanya menjadi pak turut.

anti zul noooordin berkata...

DSA..patut dicontohi oleh semua orang politik..tidak kira dari BN, PR lebih-lebih lagi BEBAS....

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang paling aku kesian ialah DSAI, tujuan masuk UMNO nak bersihkan parti tapi akhirnya dia dicampak oleh bapak segala perosak dalam UMNO (Tun M) dan sekarang macam2 fitnah dia kena tanggung!!!