Kuching: Kecewa apabila bantahan, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat terhadap pembalakan di tanah mereka tidak mendapat perhatian, penduduk 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, semalam mengambil tindakan sendiri meruntuhkan jambatan dibina syarikat itu.
Jambatan itu dipercayai dibina syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.
Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.
Wakil penduduk, Mani anak Marin, 47, mendakwa syarikat pembalakan bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan.
Kehidupan mereka kini tidak lagi selesa apabila air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.
Mani mendakwa penduduk tidak tahu hutan berhampiran kampung itu diteroka syarikat pembalakan, sehinggalah mendengar deruman enjin jentera menjalankan kerja menolak tanah untuk membuat jalan, Jun tahun lalu.
“Selepas diselidik, kami dapati kerja pembalakan dijalankan di hutan itu dan apabila disoal, pekerja syarikat balak mendakwa mereka menjalankan kerja yang sah selepas mendapat kebenaran bertulis lima ketua kampung di kawasan itu,” katanya.
Bagaimanapun, penduduk musykil kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kegiatan itu, malah ketua kampung juga tidak pernah membawa mereka berbincang.
Penduduk yang tidak berpuas hati kemudian mendapatkan surat perjanjian itu ditandatangani lima ketua kampung yang membenarkan kawasan hutan seluas 4,125 hektar diteroka syarikat pembalakan yang berpejabat di Batu Tiga, Kuching.
Penduduk kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat namun diugut.
Berikutan itu, Mani berkata penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan Serian serta membuat laporan kepada SPRM.
“Namun hingga kini, tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu, malah kerja pembalakan semakin rancak dilakukan. Siapa yang tidak marah jika ratusan pokok durian, buahan-buahan lain, pokok tapang ditebang dan dijadikan kayu balak.
"Lebih menyedihkan apabila sawah padi kami turut dirosakkan apabila mereka membina jalan balak melaluinya,” katanya.
Mani mendakwa ketua kampung mengambil sikap lepas tangan.
"Kami terpaksa bertindak sendiri kerana kami sedar masalah kami ini tidak diberi perhatian. Sampai bila kami harus menunggu... adakah hingga hutan kami musnah dan semua tanah kami musnah barulah hendak bertindak,” katanya. -BH
Ulasan GB

inilah akibatnya sekiranya masih membenarkan BN memerintah
BalasPadamUmpama tidak memberi wang kepada anak apabila diminta untuk membeli buku. Apabila anak mencuri dikatakan anak jahat.
BalasPadamDalam kes ini: Penduduk telah mengambil usaha untuk memberhentikan kerja-kerja membalak tapi tidak diendahkan. Apabila penduduk mengambil tindakan cara tersendiri dituduh pula jahat dan melawan sebagaimana kebiasaannya.
sepatutnya ketua kampung diheret dan diikat pada pokok durian. celaka punya kk makan duit rasuah diam-diam
BalasPadam