8 Mac 2011

Pelajar Nak Letupkan Sekolah, Menteri Pelajaran Perlu Letak Jawatan

Kuala Lumpur: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.

“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.

“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya. -hm

Ulasan GB

Mutakhir ini, pelbagai kes yang melibatkan guru dan murid sehingga ke tahap membimbangkan para ibu bapa.

Daripada guru disiplin dilaporkan meraba pelajar perempuan, sekumpulan pelajar menarik keluar dan membelasah rakannya di hadapan guru, kini ada pelajar yang mencipta bom untuk mengebom sekolah - kesemuanya mengarah kepada kegagalan sistem pelajaran dan kementerian pelajaran sendiri di dalam membentuk saksiah guru dan pelajar menjadi golongan yang akademis dan berakhlak mulia.

Menteri Pelajaran yang juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin TERBUKTI gagal sebagai seorang Menteri Pelajaran. Begitu juga Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Keterlaluan di dalam politiking dengan memainkan angka peruntukan jutaan ringgit, sibuk siang-malam menghentam PAS, sehingga mengabaikan aspek-aspek fundamental objektif, missi dan vissi kementerian sendiri yang sepatutnya diberikan keutamaan.

Adalah wajar menteri berkenaan meletakkan jawatannya.

15 ulasan:

  1. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menghasilkan pengebom-pengebom berani mati di masa akan datang... mungkin untuk menghantar mereka ke Palestine untuk menghalau Yahudi...

    BalasPadam
  2. Kumpulan ekstrimis hasil didikan UMNO/BN?

    BalasPadam
  3. Assalam!Nak suruh depa letak jawatan jangan harap la.Biaq pun musnah negara ni nak letak jawatan jauh sekali.Sebab pa depa tau letak jawatan,senang ja kedudukan dan pulus punya pasai.Kalu kat Jepun dah lama depa bunuh diri.Wassalam!

    BalasPadam
  4. Itu baru 2-3 pelajar sekolah menengah,belum lagi rakyat yang tertindas dan yang dizalimi.Berapa ramai rakyat yang sudah kena belantan FRU,yang mati dalam lock-up,yang mati sewaktu siasatan polis,rumah dan gerai disapu jentolak,surau yang kena roboh dan tak ketinggalan kena saman ekor.Fikirkanlah!!!

    BalasPadam
  5. baru dua hari lepas kita dikejudkan dengan berita pelajar menarek rakan sekelas untuk dibelasah sewaktu kelas sedang berjalan,ibubapa mengharapkan cekgu disekolah untok mendidik anak2 mereka supaya menjadi maknusia berguna dimasa akan datang kalau didepan cekgu mereka boleh jadi biadap apa yang boleh diharap dengan cekgu untuk mendidik mereka inilah hasil dari dasar pendidikkan negara.

    BalasPadam
  6. bagus kita bole pakai jawapan tpm..budak tu tak sekolah sekolah jd cikgu n murid2 yg lain tk payah dtng sekolah lagi. . tpm ajar

    BalasPadam
  7. salam. skrg perkara yg utama adalah mencari jalan penyelesaian. klu menteri letak jawatan, boleh selesai ke masalah.klu menteri letak jawatan, pasti ke dah xde gangsterisme di sekolah. klu kita letak Tuan Guru sebagai menteri, boleh jamin ke masalah semua ni akan selesai??? pikir2kan, & selamat b'amal. wassalam (>_<)

    BalasPadam
  8. kenal pasti sekolah tu suruh si Mat Sembab cepat-cepat umumkan sekolah tu jadi sekolah berprestasi tinggi... cayalah bebudak tu melayu boleh...

    BalasPadam
  9. Bru ni kata org felda xsuka anwar jadi dia kena baling batu kira biasa la. Skang murid xska cikgu n nk bom sekolah plak, jd cmne? Kira normal la yer,. MALAYSIA BOLEHHH

    BalasPadam
  10. Tahniah Malaysia Boleh,kita di One Malaysia boleh bikin apa saja samada yang molek dan huduh.Kegagalan Sistem pendidikan yang paling besar ialah apabila mahasiswa dan mahasiswi bersekedudukan sehingga melahirkan anak haram dan dibuang merata-rata,inilah kehebatan sistem pendidikan di Malaysia.Yang ingin menjual ilmu keserata dunia melalui kolej-kolej swasta yang berkembar dengan university ternama didunia.

    BalasPadam
  11. Asmk, Saya bekas guru berhenti awal pada usia 37 thn setelah mengajar selama 15 thn. Guru skrg serba salah apa yg boleh di buat dan tidak boleh dibuat. Nak harap kerajaan, tiada satu pun perkara yang dibuat ikhlas kerana rakyat, semuanya kerana RM atau BN.. Skrg ni dah tak ada masa lagi nak bercakap. Apa-apa keputusan yang dibuat mestilah dgn tindakan. Mereka kat atas tu dah tak tahu takut kat sesiapa dah, kalau mereka berhenti pun simpanan dah berjuta yg membolehkan mereka masuk mana-mana parti, pasti org puji punya...

    BalasPadam
  12. Ia bermula dari murid sekolah menengah.. kemudian ke penuntut IPT dan Universiti2 seterusnya merebak kepada para belia-belia dan orang awam..

    Rakyat Malaysia sudah maju..
    Mari kita berguru dengan rakyat Tunisia..Rakyat Mesir..Rakyat Libya..

    Bangkit, Bangkit...Tentang KEZALIMAN.

    BalasPadam
  13. salam 1 Malaysia,
    adakah gejala gengstarism pelajar2 sekolah masa kini adalah berpunca drpd guru2 di sekolah SAHAJA?adakah semua tanggungjwb utk mndidik, mngajar, membentuk sahsiah ank2 hanya di lakukan di sekolah SAHAJA? apakah peranan ibu bapa seperti kalian di rumah?tujuan utama guru adalah mngajar di sekolah ttpi membentuk sahsiah pelajar juga mnjdi kwajipan para guru di sekolah shj. adakah ibu bapa masa kini sudah melepaskn tnggungjwab mndidik ank2 kpda guru2 di sekolah?jika anak2 anda mmpunyai mslah dsiplin di skolah, salah siapa yg xpndai mndidik ank2?siapa yg lahirkn ank2 itu?guru2 disekolah ye?Pelajar2 yg mlhirn ank luar nikah, slah guru juge ke?mngape tidak mnyalahkn pelajr terbabit dan ibu bapa yg merupakn drang daging nye sendiri?sy membuka peluang utk anda mnjwb semua persoalan sy ini.tepuk dada, tnye lah iman..mngundi pas bukn tiket utk msuk ke syurga & mngundi BN juge bukn tiket utk msuk neraka. siapa anda utk mnntukan ke syurga atau neraka kah seseorang itu?

    BalasPadam
  14. mengapa kita sering MENYALAH kan orang lain atas apa juga yg berlaku? Apakah sikap/perangai/tingkah laku (yang membuat tuduhan kpd kerajaan/pemerintah) itu sangat baik/sangat berbudiperti mulia/ sangat alim sehingga mengata dan mengutuk sesuka hati..

    ingatlah wahai saudara/saudari..sekali kamu menuding pada orang lain empat jari akan menuding pada kamu sendiri... renung2kan la

    BalasPadam
  15. kenape perlu disalahkan menteri pelajaran..kenape kesalahan ni tak diletakkan ke atas ibu bapa?? budak skarang semakin manje & berani..sedangkan dengan ibu bape sendri pon da kurang ajar,nikan lagi ngn cekgu..& kalau nak politikkan bende neh mmg tak abes la jawabnye..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.