23 Mac 2011

Ada Yang Bertanya, Siapa Pengganti Anwar Sebagai Ketua PR?

Kesahihan video seks baru dipertikai, tapi suram imej Pakatan

Kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot.

Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam.

Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.

Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benas manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar.

Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.

Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.

“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.

Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok.

“Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar.

Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam.

Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.

“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).

“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.

“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.

Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Mungkin ada kebenarannya tentang ulasan penganalisis di atas.

Anwar telah diserang untuk dihancurkan sehancur-hancurnya personaliti beliau agar fokus Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan parti terhalang.

Di dalam beberapa siri PRK yang GB pernah hadiri, di dalam beberapa program ceramah Pakatan Rakyat, kebanyakan serangan ditumpukan kepada program ceramah Anwar, dan kurang kepada ceramah-ceramah pemimpin PR yang lain.

Kekacauan, kekecohan dan provokasi juga kebanyakannya dilakukan semasa program Anwar diadakan.

Semacam ada "pihak tertentu" yang mengekori Anwar ke mana saja Anwar pergi dan di mana saja Anwar berada.

Ceramah BN yang semakin mendapat "crowd" sekitar 50 orang ialah kerana wujudnya pesonaliti-personaliti yang menyerang Anwar seperti Ummi Hafilda dan lain-lain, jika tidak ceramah-ceramah BN lengang dan hanya berlegar di sekitar 20-30 orang.

GB akui memang benar bahawa KESAN yang ada ialah ke atas pengundi atas pagar. Iaitu mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik secara konsisten, tak tahu hujung pangkal, tetapi seumpama burung hinggap sekali sekala dan bergantung kepada berita kontemporari tak kira dari siapa.

Keputusan di PRK Kerdau dan Merlimau menjelaskan hal tersebut.

Pakatan Rakyat amat perlu beri perhatian terhadap hal ini.

Kedua tentang siapa pengganti Anwar jika Anwar terpaksa berundur atau diundurkan?

Menarik persoalan itu.

Kata penganalisis itu,

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

GB senyum sahaja kerana soalan itu tidak berapa relevan untuk dijawab.

Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa.

Seandainya berlaku apa-apa ke atas Anwar, pengganti Anwar itu, yang juga dibenci oleh UMNO dan sekutunya, tetapi sentiasa bertapak di hati rakyat jelata seluruh negara tak kira bangsa, akan mengambil tempatnya.

Anda telah tahu siapa yang GB maksudkan.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

go for Nizar!

Telok Bakong berkata...

salam

Ye Yop Nizar keme tu...tapi ada halangan dari dalam PAS sendiri

Tanpa Nama berkata...

MB teman tu.. Insyallah sama-sama kita doakan

Unknown berkata...

salam telok bakong

bila Allah menghendaki tiada siapa mampu menghalangnya.

hanya PAS yang berjiwa UMNO sahaj akan cuba menghalangnya.

Tanpa Nama berkata...

MB teman tu.. Insyallah sama-sama kita doakan

Tanpa Nama berkata...

ya.. Takbir !!

Tanpa Nama berkata...

Masih banyak pelapis dalam Pakatan Rakyat, Nizar adalah antara calon yang baik. Selain itu Azmin Ali, tidak terkecuali Lim Guan Eng - namun agak sukar, sebab sentimen bangsa..... namun perkara yang lebih penting 'tidak mesra UMNO'.

Tapi terus terang dalam kita nak berhadapan dengan PRU13, pemimpin yang 'Mesra UMNO' wajar disingkirkan ASAP. Bahaya.... ini jenis nakhoda yang pandai ubah kemudi kapal 360 darjah dalam sekelip mata sahaja.

A.A berkata...

Yang penting walaupun seseorang tu come out from nowhere,dia hendaklah adil,saksama dan telus.I dont really care who asalkan BN melingkup sudah.hahaha

Tanpa Nama berkata...

sooner or later.. NIZAR is the best choice.

Art Pokon berkata...

Nizar adalah yang terbaik....ditambah pulak dari PAS yang tidak banyak cerita negatif berbanding PKR.

Yeop Ramly berkata...

DS Nizar....itu MB teman tu. Sokong sangat le teman.

yg rakus rampas negeri teman...Mr Zambry Black.....hancusssss

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya pun sokong pemimpin yg berakal.. seperti YB lim guan eng atau pun YB nizar.. YB azmin pun ok gak la.. sapa sapa pun ok laa.. yang pengting.. ade akal sebagai pemimpin..janji soru tak miss..

Tanpa Nama berkata...

teman tak le kesah sangat siapa pelapis janji pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

aku juga tak peduli siapa bakal pengganti asal bn lingkup. aku nak tengok jerung2 rasuah diseret ke mahkamah jika pr memerintah nanti. aku geram betul tengok pemimpin2 bn hidup bagai raja dgn kemewahan sedang kita rakyat biasa sengsara kais pagi makan pagi. lebih2 lagi aku nak tengok jerung besar sarawak dihadap ke mahkamah. aku org swk dan tak lama lagi akan mengundi. satu undi aku utk pr nanti.

Tanpa Nama berkata...

pr merentah, harta kekayaan berada ditangan kroni2 bn sebelum itu mereka akan bawa lari kekayaan tersebut keluar negara apa yang tinggal hutang negara akan ditanggong oleh kerajaan pr.

MNazri berkata...

Salaam, teman sokong bebenor YB Nizar sebagai pemimpin PR nanti. Dia lah MB Perak yg teman iktiraf sampai sekarang, bukan MB haram(+jadah) dari BN tuuu!

Hidup Nizar!!