30 Dis 2010

Siapa Yang "Sampai Hati" Sebenarnya? Ameng Atau A.Aida?

Mahkamah benarkan A Aida tuntut tunggakan nafkah dua anak

Gambar: ARTIS Zaidah Awang (A Aida), bersama peguamnya, Norazmi Mohd Ariff hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini bagi kes tuntutan nafkah anak-anak dari suaminya, bekas penyanyi Kumpulan Spring, Ameng (gambar kecil). - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membenarkan permohonan produser dan dramatis 90-an, A Aida untuk menguatkuasakan perintah bagi menuntut tunggakkan nafkah dua anaknya berjumlah RM85,000 daripada bekas suaminya, vokalis kumpulan Spring, Ameng.

Aida dalam permohonan difailkan 21 Disember lalu mendakwa Ameng tidak pernah membayar nafkah itu yang ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,000 sebulan sejak mereka bercerai pada 17 Dis 2003.



A.Aida Tuntut Nafkah Anak Daripada Ameng RM85,000

Produser dan dramatis 90-an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua orang anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 40, mendakwa Ameng gagal menjelaskan nafkah anak selama 85 bulan, iaitu sejak mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 17 Disember 2003.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1994 di Terengganu.

Semasa bercerai, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan sebagai nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan.

Produser drama Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tersebut pada 21 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli.

Kes disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan bertanyakan mengapa permohonan itu lewat difailkan, iaitu telah melebihi tempoh enam tahun.

“Plaintif (Aida) cuba untuk memberi peluang kepada defendan (Ameng). Bagaimanapun, nafkah tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya,” kata Nor Azmi.

Abdul Walid kemudiannya bertanyakan kerja defendan (yang tidak dinyatakan pada dokumen) dan Nor Azmi memaklumkan Ameng adalah seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Aida yang mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman hadir berseorangan di mahkamah.

“Saya dah banyak kali minta (nafkah anak) daripada Ameng, tapi dia suruh saya minta dengan lelaki lain,” katanya kepada media di luar mahkamah.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Dia semasa membela diri atas tuduhan itu mendakwa pertuduhan tersebut adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng telah berkahwin lain pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini bersusia tiga tahun. -mstar


Ulasan GB

Di dalam ilmu psikologi, ada satu yang dinamakan prinsip "suggesti"
Minda bawah sedar kita akan menerima apa saja yang kita sebut.
Kalau dulu Ameng sentiasa melalak lagu SAMPAI HATI, maka ia kini benar-benar terjadi.
Dia kena nyanyi semula lagu itukalau dulu fantasi, kini realiti.

Dari sudut agama pula, Rasulullah bersabda:
”Kullu kalam addu’a, setiap perkataan itu adalah merupakan do’a



Indon Dan Bangla Di Malaysia Tumpang Gembira Malaysia Juara Piala AFF Suzuki

Warga asing tumpang gembira Malaysia julang Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR -- Kejayaan skuad 'Harimau Malaya' menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun disanjung bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi juga warga asing yang mencari rezeki di negara ini.

Mereka termasuk rakyat Indonesia yang tetap berbangga sekalipun kemenangan Malaysia itu adalah ke atas negara sendiri yang menyaksikan pasukan 'Garuda' tewas menerusi agregat 2-4.

"Walaupun sedikit kecewa dengan kegagalan skuad Indonesia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 'Pak Raja' (jurulatih K. Rajagobal), pemain skuad Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan semalam," kata Buyong, warga Indonesia yang telah enam tahun berada di sini.

Dia yang bekerja sebagai tukang kasut berkata pasukan Malaysia kini semakin mantap dan mempunyai keupayaan tinggi."Dari dulu lagi memang saya meminati corak permainan Malaysia dan tidak pernah ketinggalan untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia," katanya.

Kegembiraan turut dinyatakan Ahmad Basheer, 36, dari Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai di sini.

"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. Sementara itu, rakyat Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata kejayaan skuad Malaysia harus dipuji kerana pasukan itu dibarisi anak tempatan sepenuhnya.

"Daripada jurulatih kepada barisan pemain, semuanya anak tempatan, memang wajar dipuji. Saya rasa teruja dengan corak permainan Malaysia walaupun tumpas tipis kepada Indonesia," katanya yang berniaga nasi lemak di sini.

Malaysia yang tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi dinobatkan sebagai juara pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 dengan kelebihan agregat 4-2.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan pada pertandingan itu sebelum ini ialah naib juara selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada 1996. -- BERNAMA

Keputusan MTUC: Petanda Rakyat Mula Tolak PKR?

Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC

Gambar: MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. -BH

Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud.

Khalid mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi.

Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon.

Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini.

Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat.

Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat. -mk


Syed Shahir dapat 213 undi gagal pertahan kerusi disandang 2004

PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamud gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat penggal ketiga apabila tewas kepada timbalannya, Mohd Khalid Atan dalam pertemuan satu lawan satu pada persidangan perwakilan MTUC yang berlangsung di Bangunan Peladang di sini, semalam.

Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 mendapat 213 undi manakala pencabarnya, Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi.

Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia menyandang jawatan Timbalan Presiden MTUC untuk tempoh sepenggal pada 2007 sebelum membuat keputusan bertanding kerusi nombor satu MTUC.

Bagi jawatan Setiausaha Agung MTUC yang menyaksikan cabaran tiga penjuru, Abdul Halim Mansor yang sebelum ini menyandang jawatan timbalan setiausaha agung selama 12 tahun menerima 188 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (165) dan J Solomon (117).

Perebutan jawatan Timbalan Presiden MTUC yang turut menyaksikan persaingan tiga penjuru dimenangi oleh Mohd Jafar Abd Majid daripada Kesatuan Pekerja Telekomunikasi (NUTE) yang menerima 170 undi manakala dua lagi calon iaitu P Maniyam (157) dan Abdul Razak Md Hassan (140).

Persidangan selama dua hari bermula kelmarin dihadiri seramai 475 perwakilan daripada 119 kesatuan gabungan MTUC, antara lain turut menyaksikan hampir 80 peratus jawatan tertinggi MTUC dimenangi oleh kumpulan bekas setiausaha agung, G Rajasekaran.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, beliau akan memastikan kepemimpinan baru yang dipilih perwakilan semalam, akan terus berjuang membela nasib pekerja di negara ini.

“Jika sebelum ini wujud dua kumpulan dalam MTUC, selepas ini kita perlu bersatu-padu demi membela nasib pekerja dan saya akan terus membuat yang terbaik untuk MTUC serta menyelesaikan beberapa masalah pekerja yang tertangguh,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Shahir berkata, beliau tidak kecewa apabila gagal mempertahan jawatannya sebaliknya mahu kepemimpinan baru terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

“Saya menghormati keputusan perwakilan dan selama enam tahun memegang jawatan Presiden MTUC, saya beri sumbangan terbaik kepada pekerja di negara ini, sama ada mahu bertanding atau tidak pada masa hadapan, saya belum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Rajasekaran yang membuat keputusan untuk tidak lagi mempertahankan kerusi setiausaha agung selepas 17 tahun mendudukinya, berkata beliau sungguh gembira dengan keputusan semalam dan yakin kepemimpinan baru akan terus membela nasib pekerja di negara ini. -BH


Ulasan GB

PKR berpenyakit, tetapi tak menerima nasihat ahli-ahlinya. Umpama seorang tua yang sudah terlantar yang enggan mendengar nasihat anak-anaknya supaya berubat di hospital.

GB melihat trend sokongan yang menurun terhadap PKR di kalangan rakyat dan jangan sampai PKR menjadi liabiliti untuk Pakatan Rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Mujur masih ada yang berani bersuara di dalam PKR - itu gerombolan anak muda yang menjadi harapan menggantikan pelekok-pelekok di dalam PKR yang perasan diri mereka bagus sangat.

GB dan rakyat marhaen bersama dengan gerombolan anak muda ini, bukan bersama pemimpin mereka yang penipu, angkuh dan sombong.

[Video] Khairul Fahmi Wajar Diberi Penghargaan

Terima Kasih Khairul Fahmi Kerana Kembalikan Keseksian Bola Sepak Malaysia - Peminat

Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA


Penjaring gol pasukan Malaysia benar-benar bermain bagus, Rabu (29/12/2010) malam ini. Berkali-kali ia berhasil menyelamatkan gawangnya dari serangan pemain-pemain Indonesia. Namanya pun langsung masuk ke dalam daftar trending topics Twitter.

"Khairul Fahmi" kini berada di peringkat keempat dari 10 daftar topik yang popular saat ini. Kebanyakan berisi sanjungan terutama dari pengguna Twitter dari Malaysia. Tak sedikit pengguna Twitter perempuan yang langsung menggilainya.

Dalam perlawanan kedua final AFF 2010 di Stadiun Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), gawang Malaysia hanya kebolosan 2 gol. Saat pertandingan leg pertama gawangnya sama sekali tak kebolosan. Dengan demikian, agregat skor Indonesia-Malaysia 2-4 sehingga Piala AFF 2010 menjadi milik Malaysia untuk pertama kalinya. -kompas










Rais, Kenapa Kau Membisu?

Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan.. (dah dibesarkan kat bawah)

Illustrasi: Dasyat punya tunduk. Cium tangan sedemikian rupanya ada makna tuh...

Biarpun credibility WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.. namun begitu secara amnya kita tidak boleh mempraktikan undang-undang yang berbeza untuk golongan yang berbeza iaitu satu untuk pemimpin dan satu lagi untuk rakyat.

Siapa saja yang dituduh mesti dibawa kemuka pengadilan bagi menghadapi perbicaraan mengikut lunas undang-undang, apatah lagi kali ini yang didakwa melakukan jenayah itu adalah adalah seorang pemimpin yang telah mendapat mandat dari rakyat..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampak tak?? terpapar nama DATUK SERI UTAMA .... ..... disitu..

Kalau tak nampak jugak.. kilik kat (SINI)


Jika dakwaan yang terdapat dalam dokumen ini adalah benar..

Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Tenang yang akan diadakan pada 30 January 2011 ini. Dokumen ini membuktikan betapa rakusnya nafsu pemimpin UMNO/BN itu dan dokumen ini juga telah menyerlahkan satu nama yang menjadi sebutan kerana dakwaan merogol amah yang bekerja untuk keluarganya mengesahkan segala spekulasi...

Tapi dokumen ini juga sewajarnya digunakan untuk menegakkan keadilan buat semua tanpa mengira Pangkat, Bangsa atau apa Ideologi pegangan pemimpin itu kerana sepatutnya tiada antara kita yang dikecualikan dari undang-undang..

Buat pihak PDRM kalau di Terengganu terbukti memang cekap dalam mengendalikan satu kes rogol dengan penangkapan tiga suspek yang masih muda remaja diharap laporan yang hanya melibatkan seorang Menteri yang sudah tua ini dapat di siasat dan dibawa kemuka pengadilan…

Sila dakwa dan heret Menteri yang bernafsu binatang ini kemuka pengadilan!!

Buat DS Najib pula… jangan dilindung pemimpin ini..

Sumber dokumen : BigDogDotCom

Artikel dari: darisungaiderhaka.

Ulasan GB

Jika pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky’s Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara, mengapa di dalam isu yang besar ini, dilaporkan oleh kebanyakan blog dan portal, Rais tiba-tiba membisu, seperti tikus yang menyorok di celah-celah lubang angkasapuri?

Apakah sudah tidak mampu untuk bersilat dengan kata-kata atau sudah hilang kosakata dengan telo minangkabau kamu yang seringkali digunakan untuk memukau para wartawan dan pemberita? Apakah sudah kecut untuk berdepan dengan wartawan/blogger, Datuk Ahiruddin Atan yang kamu telah memulai laporan polis terhadapnya?

Selain itu, sebelum ini Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat.

Nah kini, apa tunggu lagi? Kenapa tidak buat laporan polis untuk bersihkan nama kamu keana bukankah itu (pendedahan Wikileaks) jelas ditujukan kepada kamu? Atau sudah kecut bahawa sudah ternampak sisa-sisa hidup akan dihabiskan di dalam penjara?

Najib, you too, why all of a sudden so silent on the issue?

Awas! Gajet Harga RM95 Berupaya Tipu ATM & Kad Kredit Dicipta

Saintis buktikan kelemahan nombor PIN


Omar Chaodary (kiri) bersama gajet yang diciptanya bagi menipu mesin pengeluaran wang automatik.


CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.

Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafahnya (PhD).

Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.

Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.

Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.

Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.

Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.

Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.

Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut. - Agensi


British banks try to censor research

Cambridge student exposes flaw in chip and PIN technology

A Cambridge University professor has come to the defense of a student whose research exposed a flaw in debit card chip and PIN technology. In his master’s thesis, computer science student Omar Choudary demonstrated how chip and PIN technology, intended to make cards more secure, can be overridden with a simple device.

“When the card is inserted into a chip and PIN machine at a till, the device uses electronics to ensure the card is accepted,” the Daily Mail reported.

Former Labour Treasury Minister Melanie Johnson, who now chairs the UK Cards Association, requested that Cambridge’s press office remove the research from its website.

Ross Anderson, one of Choudary’s advisors, told Johnson that “It’s not the PR department who decides what gets published at a university.”

He added that “Censoring writings that offend the powerful is offensive to our deepest values.” -oncampus.macleans.ca


[Bergambar] Dua Wanita Bergumpal Di Jalanraya Rebutkan Seorang Lelaki

Kuching, Dua wanita, kedua-duanya bertubuh gempal, bergomol di tepi jalan kerana berebutkan seorang lelaki kurus di Lorong X, Jalan Foochow di sini kelmarin.

Pada mulanya pasangan lelaki dan perempuan itu sedang berjalan kaki pada pukul 3 petang sebelum tiba-tiba muncul seorang perempuan lain yang memberhentikan keretanya lalu keluar dan terus meluru menyerangnya .

Kedua-dua wanita itu saling memaki hamun, menendang, menarik rambut, menumbuk, berguling, antara satu sama lain di jalanraya kira-kira 10 minit sebelum ada orang yang datang meleraikannya.

Ketika mereka berdua bergaduh, terdapat beberapa orang budak-budak nakal di kawasan itu bersorak-sorak ke arah mereka.

Lelaki kurus yang pada awalnya berdiri dan melihat kedua-dua perempuan itu bergaduh telah meminta mereka berhenti.

Apabila beliau mendapati beliau tidak dapat mengawal aksi kedua-dua perempuan itu, dia terus meninggalkan tempat berkenaan.






Ada Lagikah Alasan Indonesia Selepas Ini?

Apa lagi alasan Indonesia?

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?

Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.

Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.

Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.

Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.

Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.

Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.

Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.

Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?

Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?

Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.

Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah.

Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison.

Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca.

Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.

Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.

Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?

Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.

Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.

Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.

Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.

Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.

Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.

Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.

Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.

Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.

Tahniah Malaysia! -kosmo

Banner dengan kata-kata kesat dari penyokong Indonesia


Bendera Malaysia dikoyak dan dipijak

SEKUMPULAN penyokong pasukan bola sepak Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang berbaur provokasi


Kedah Sediakan Tanah Untuk Rumah Transit Mangsa Kebakaran

Kedah Sedia Bina Rumah Transit Untuk Mangsa Kebakaran Di Bukit Malut

Gambar: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak (dua kiri) menyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada salah seorang mangsa kebakaran di Bukit Malut di sini, hari ini.

Kerajaan Kedah sedia membina rumah transit kepada mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut di sini semalam sekiranya mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita tiada masalah untuk membina pada bila-bila masa sekiranya mendapat persetujuan MKN kerana penduduk kawasan Bukit Malut adalah di bawah pengawasan MKN," katanya kepada pemberita selepas manyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit di Bukit Malut di sini pada Rabu.

Kebakaran 59 buah rumah di sini menyebabkan 260 orang kehilangan tempat tinggal.

Azizan berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebidang tanah di Langkawi untuk pembinaan rumah transit itu kerana kawasan yang mereka duduki sekarang dimiliki tiga pemilik termasuk Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pada masa ini, mangsa-mangsa itu ditempatkan di khemah sementara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makan minum mereka. Sebelum ini, mereka ditempatkan di surau dan rumah keluarga.

-- BERNAMA

Ampang Diancam Hakisan

Ampang: “Kami bimbang,” itu yang diluahkan Presiden Persatuan Penduduk Pandan Perdana, AC Lim terhadap kejadian tanah runtuh berdekatan pangsapuri Pandan Lake View, dekat sini.

Gambar: BERBAHAYA...Lim menunjukkan tanah runtuh berdekatan pangsapuri Pandan Lake View.

Katanya, kejadian itu berlaku sejak dua bulan lalu selepas kerja membaiki paip kumbahan tersumbat dilakukan Indah Water Konsortium (IWK) dengan mengorek tanah, tetapi bertambah parah dua minggu lalu selepas lubang yang digali tidak ditimbus.

Menurutnya, kerana hujan berpanjangan runtuhan terbabit semakin curam kira-kira tiga meter dengan keluasan 20 meter.

“Runtuhan itu semakin hampir dengan pangsapuri Lake View yang didiami 2,000 penduduk iaitu hanya setengah meter selain menghakis laluan utama penduduk untuk ke bandar.

“Kami takut kerana tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama retak dan sempit sedangkan ia dilalui lebih 1,000 kenderaan sehari.

“Kami tidak mahu kejadian ini meragut nyawa terutama kanak-kanak,” katanya ketika ditemui pada sidang media penduduk Lake View, semalam.

Lim berkata, tanah runtuh menyebabkan seorang penduduk terbabas minggu lalu dan hampir masuk ke dalam cerun, tetapi bernasib baik kerana penduduk membantu.

Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkenaan, ia akan meragut nyawa penduduk.

Residen Ahli Komuniti Pandan Perdana, Chong Ah Kong, berkata aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi tiada tindakan diambil.

Ulasan GB

Hakisan itu juga "amaran besar" untuk Pakatan Rakyat di Ampang.

[Bergambar] Makan Bangkai Ayam

Ayam mati lemas sebelum disembelih???

Sembelih tidak sempurna dan lemaskan ayam selama 10 minit dalam air, merupakan kaedah sembelihan yang digunakan oleh sebuah pusat sembelihan di Batu 13 1/2 Jalan Kuching Serian di sini dan cara operasi tersebut telah mengecewakan pihak Majlis Islam Sarawak yang membuat satu operasi bersepadu pusat sembelihan ayam di Kuching tengah malam tadi.

Operasi yang turut disertai Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Putit Matzen itu telah bertindak untuk mengantung serta merta sijil halal yang telah dikeluarkan kepada pusat sembelihan terbabit selama sebulan.

Putit berkata pemegang sijil halal bertanggungjawab dalam memastikan setiap operasi pemprosesan makanan termasuk penyembelihan mematuhi standard yang telah ditetapkan JAIS.

“Kalau cara sembelihan tidak sempurna walaupun daripada penyembelih yang diiktiraf Jais, ia tetap tidak sempurna dan begitu juga kalau ayam sengaja dilemaskan selama 10 minit, itu lebih daripada had,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Jawatankuasa Taknikal Persijilan Halal akan memastikan pusat sembelihan terbabit benar-benar telah mematuhi standard sembelihan yang telah ditetapkan sebelum mereka mendapat balik sijil tersebut.

Ada sembilan pusat sembelihan ayam segar beroperasi di Kuching.

Kira-kira 40 pegawai daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pasukan polis turut serta dalam operasi yang berakhir jam 3 pagi itu. -sarawakupdate

Gambar ehsan Bernama:







Safee Sali Dinobat Pemenang Anugerah Kasut Emas


SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.


'Saya bersyukur dinobat pemenang Anugerah Kasut Emas'

PEMENANG Anugerah Kasut Emas, Mohd Safee Sali bersyukur dapat menjulang piala kejohanan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada saya,” kata Safee. “Pada awal kejohanan saya tidak yakin dapat menjulang piala ini, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan saya memuncak untuk muncul juara.”

Pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi, Safee sekali lagi menyatakan kesediaannya menyertai kelab luar termasuk dari Indonesia sekiranya diberi tawaran.

“Sebagai seorang pemain profesional, saya akan menyahut cabaran bermain di luar Malaysia jika ada tawaran. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada apa-apa tawaran,” katanya.

Safee berjaya meledakkan lima gol dalam kejohanan, termasuk satu malam tadi untuk muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali in.

Dalam perlawanan final kedua, malam tadi, Safee yang mendapat umpanan cantik daripada pemain sayap, Mohd Ashari Samsudin pada babak kedua permainan menyambut dan merembat deras menggunakan kaki kiri. Tetapi usahanya gagal membantu Malaysia menang selepas lawan membalas dua gol Mohd Nasuha dan Muhammad Ridwan. -BH


Safee tak sangka

SAFEE bangga dengan gelaran sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

JAKARTA – Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui yang dia tidak menyangka akan membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee, 26, gagal menjaringkan sebarang gol ketika aksi peringkat kumpulan di sini dari 1 hingga 7 Disember lalu.

Namun, penyerang Selangor kelahiran Kajang itu meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada final kedua di sini malam tadi, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.

“Sepanjang sebulan kejohanan ini, saya sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan prestasi.

“Apa pun, ini semua terhasil menerusi usaha dan kerjasama sepasukan yang telah membantu saya menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini,” kata Safee pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.

Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia. -kosmo


[Bergambar & Video] Tahniah Malaysia, Akhirnya Indonesia Akur Kehebatan Pasukan Negara

Media indonesia yang walaupun sebelum ini telah melaporkan secara sinis, malah menerbitkan tulisan bernada provokatif terhadap pasukan Malaysia, namun kini mereka akur kehebatan Malaysia disamping mengucapkan tahniah di atas kejayaan negara menjulang trofi Piala AFF suzuki 2010.

Ucapan tahniah kepada Malaysia atas keberhasilan mereka dalam menjulang trofi Piala AFF 2010 akhirnya menggema di dunia maya. "Congratulation Malaysia" kini masuk dalam daftar trending topics Twitter atau topik paling popular yang sedang menjadi perbincangan, demikian tulis komps.com

Malaysia menjadi juara Piala AFF untuk kali pertama setelah menang skor agregat terhadap pasukan Indonesia, 4-2. Dalam perlawanan final pertama di Stadiun Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Minggu (26/12/2010), Malaysia menang 3-0. Sementara itu, pada perlawanan final kedua di Stadiun Utama Gelora Bung Karno, Indonesia menang 2-1.

Tidak sedikit pengguna Twitter Indonesia yang juga akur memberikan ucapan tahniah kepada Malaysia. Pengguna Twitter dari Indonesia yang sebelum ini berang dan sempat memaki-maki Malaysia, namun, malam ini banyak yang menerima hakikat mengenai kehebatan Malaysia.

Rio Ferdinand mengucapkan kepada pasukan Malaysia yang berhasil menjulang trofi Piala AFF 2010.

"Tahniah kepada Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya bermain melawan pasukan U-23 Malaysia 18 bulan lalu, pasukan yang amat baik," tulis Ferdinand dalam bahasa Inggeris di akaun Twitter-nya, @rioferdy5.

Rio Ferdinand memang termasuk diantara yang aktif menggunakan Twitter untuk berkomunikasi dengan para penggemarnya. Kini, jumlah follower-nya sudah mencapai 339,164 orang. Bahkan ia disebut sebagai "Raja Twitter" oleh salah satu media Inggeris.


Penantian 14 tahun berakhir

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.


Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol. -kosmo














Laporan sebelum ini

[Bergambar & Video] Malaysia Juara Piala AFF Suzuki, Jumaat Diisytihar Cuti Umum

[Bergambar & Video] Malaysia Juara Piala AFF Suzuki, Jumaat Diisytihar Cuti Umum


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.

Penjaring:

MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)

Laporan Perlawanan

Minit ke 1:- Perlawanan sudah bermula.

Minit ke 2:- Serangan pertama dari Indonesia oleh penyerang Arif Suyono dengan pantas khairul fahmi menangkap bola.

Minit ke 6:- offside buat Indonesia, Gonzales yang terlalu gelojoh disitu.

Minit ke 8:- Serangan demi serangan oleh Indonesia, sepakan sudut pertama buat Indonesia.

Minit ke 11:- Sepakan pecuma buat Indonesia, perggh ada orang main laser kat muka khairul fahmi. Mendapat sepakan sudut lagi, buat Indonesia.

Minit ke 15 :- Sepakan sudut buat Malaysia yang pertama.

Minit ke 17:- Penalti buat Indonesia. Yess tak gol!!!! selamat ….cayalah khairul fahmi.

Minit ke 20:- Percubaan yang menarik dari Ashaari, penjaga gol markus pantas menyelamatkan keadaan.

Minit ke 25:- Percubaan dari gonzales hasil dari hantaran bola lambung, tapi tak gol pun.. keke

Mint ke 28:- sekali lagi penjaga gol Malaysia di uji, berjaya diselamatkan dengan mudah.

Minit ke 32:- Percubaan yang menarik dari Safee Ali , walaupun tersasar jauh.

Minit ke 38 :- Fuh terselamat dari serangan Indonesia (cayalah khairul fahmi), sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 40-42:- Serangan demi serangan dari Indonesia, nampaknya mereka memang tertekan untuk mendapatkan gol awal, Arif Suyono membuat serangan yang macam offside, serta gonzales. Fuh bahaya nie!! Malaysia must do something!!

Minit ke 45:- masa tambahan sebanyak 2 minit, asakan demi asakan dari pemain Indonesia menampakkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir yang kedua ini. Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol, nasib baik diselamatkan oleh pemain pertahanan, keeper khairul fahmi sudah pun keluar, tak sempat nak balik ke position asal dek kerana nak membuat clearance.

Tamat separuh masa pertama!

Memang diakui separuh masa pertama, melihatkan Indonesia begitu garang dalam membuat serangan. Namun pujian buat penjaga gol Malaysia, khairul fahmi yang begitu cemerlang dalam menyelamatkan gawang apabila Indonesia menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke 17, termasuk semua adalah 4 kali saves.

Separuh masa kedua, kemungkinan besar, Indonesia akan menukarkan corak permainan dan Malaysia sudah tentu akan buat strategi tertentu. Apapun kita tengok perlawanan separuh masa kedua nanti, apa yang Raja Gopal akan membuat percaturannya.


Separuh masa kedua! Sudah bermula.

Minit ke 45-51 :- Tiada serangan yang betul-betul mengancam, cuma serangan demi serangan dari Indonesia. Mereka betul-betul bersungguh -sungguh. Pertahanan dari Malaysia masih dalam kawalan yang ketat.

Minit ke 53:- Goooool dari Safee ALi… terbaik!! Sepakan yang sangat kencang… kedudukan terkini Malaysia 1- Indonesia 0. Aggregate 4-0.

Mnit ke 62 :- Serangan demi serangan dari Indonesia, tetapi kebal disitu pertahanan, sepakan sudut buat Malaysia. Kelihatan muka raja gopal, happy jer.

Minit ke 72 :- Golll buat Indonesia. Dijaringkan oleh Mohammad Nasuha , kedudukan sekarang ialah Malaysia 1- Indonesia 1. Aggregate 4-1

Minit ke 77:- Amri Yahya dimasukkan.

Minit ke 81:- Cubaan yang menarik, tetapi tak gol lah pulak!! Tandukkan yang kencang oleh syahrul, hasil hantaran yang cantik dari Safee Ali. Sikit jer lagi nak gol.

Minit ke 88:- Golll lagi oleh Indonesia, oleh Muhammad Ridwan. Kedudukan terkini Malaysia 1-Indonesia 2. Aggregate 4-2 .

Minit ke 90:- Sepakan percuma oleh Indonesia. Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi.Sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 94 :- tamat perlawanan!! Malaysia juara Piala Suzuki 2010!! -zikrihusaini


















Laporan sebelum ini

[Video] Malaysia Juara Piala AFF Suzuki - Agregat 4-2, Safee Penjaring Gol Terbanyak - updated