9 Dis 2010

Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Amah Bunuh Isteri Majikan Kerana Cemburu

Cemburu punca amah bunuh isteri majikan

SUSPEK kes bunuh warga emas di Kampung Lubuk Tapah dibawa polis ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.

KOTA BHARU: Hubungan sulit antara suami dan pembantu rumah warga Indonesia dipercayai punca pergaduhan dan seterusnya pembunuhan ngeri seorang wanita warga emas di di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Mangsa Yeap Seok Pen, 60, yang juga mempunyai penyakit parkinson sejak beberapa tahun lalu mengesyaki amah yang juga suspek berusia 21 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, Lee Lai Wing, 64.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mazlan Lazim, berkata mangsa cemburu dengan layanan suaminya terhadap suspek yang dikatakan malas bekerja tetapi suami mangsa tetap memberi layanan yang baik.

"Ketika kejadian, mereka dipercayai bergaduh sehingga ada jiran mendengarnya.
Suspek yang tidak tahan dengan sikap Yeap, mengambil sebilah pisau lalu menikamnya bertubi-tubi di muka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Melihat mangsa berlumuran darah, pembantu rumah itu melarikan diri.

Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita warga emas mati berlumuran darah di ruang tamu rumahnya dipercayai ditikam penyerangnya di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu, Yeap dikatakan tinggal berdua bersama seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 21 tahun.

Kejadian itu disedari anak lelaki Yeap, Lee Che Keng, 20-an, yang pulang ke rumah pada jam 2 petang.

Suspek yang ditahan polis kelmarin, direman selama tujuh hari bermula semalam. -BH


Remaja Diserang Sawan Sewaktu Dicekup Berkhalwat

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah.

Beliau berkata, lelaki terbabit turut diambil keterangan kerana disyaki bersekedudukan dengan remaja itu sejak malam Selasa lalu di motel berkenaan.

“Ini kes pertama membabitkan kejadian seperti ini, tetapi tindakan pantas anggota kita mengawal keadaan menyebabkan remaja itu dapat diselamatkan.

“Bagaimanapun, kita akan menahan remaja itu sebaik keluar wad untuk diambil keterangan dan hanya dibebaskan dengan jaminan keluarga sehingga menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, di motel sama, pihaknya turut menahan dua pelajar tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.

Beliau berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri kerana baru pulang bercuti di rumahnya di Johor manakala teman lelakinya berasal dari sini hanya datang menemaninya.

“Bagaimanapun, ketika serbuan, pintu bilik mereka tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa lama sebelum membukanya.

Menurutnya, operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan 28 anggota yang tertumpu sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 32 tahun dengan tiga daripada mereka pelajar universiti dan dua pelajar manakala selebihnya bekerja sekitar negeri ini.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1)dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung hingga mendatangkan syak yang jika dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kebanyakan pasangan memberi alasan menumpang di bilik hotel untuk berseronok,” katanya. -hm

Isteri Kedua Pengerusi SYABAS Tuntut Cerai


Isteri Kedua Pengerusi Syabas Fail Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.

Ulasan GB

Isteri kedua berumum 25 tahun. Tak kisah ler sebab gaji anda berjuta setahun. Tapi nama isteri Justynn Cassandra. Apa bangsanya, apa agamanya? Itu pun tak kisah ler. Tapi takkan gaji berjuta pun tak boleh jaga hati seorang isteri lagi? Kalau demikian memang tak berair lah orang Selangor asyik nak tanggung gaji anda seorang sampai SYABAS terpaksa naikkan tarif air.

Mujur memo air dapat diserahkan kepada Agong.

Setiap kebatilan pasti akan terdedah jua. Nak lari mana?

Seks Paksaan - Seorang Suami Didakwa

Peniaga dituduh paksa isteri seks

MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.

Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela. -BH

Ulasan GB

Sekadar mencatatkan hadith-hadith

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seorang istri bermalam meninggalkan atau menjauhi tempat tidur suaminya, maka malaikat akan mengutuknya sampai pagi."[Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad dan Ad-Darami]

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Demi ALLAH yang jiwaku di tangan-NYA, apabila seorang laki-laki memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan (menolak), maka penduduk langit [malaikat] marah kepadanya hingga suaminya memaafkannya."
[Muslim]


Pengasas Facebook Disaman Kali Kedua

LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.

Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.

Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.

Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.

Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.

Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)

Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).

Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi

Laksanakan Sistem Juri Segera Untuk Tangani Kebobrokan Sistem Kehakiman

Sistem Juri Akan Dikembalikan?

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menimbang kemungkinan untuk mengembalikan semula sistem juri yang telah dimansuhkan sejak sedekad lalu, kata Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan pada Rabu.

Malaysia memansuhkan sistem juri pada tahun 1995 ekoran masalah kesukaran untuk mencari juri yang berkelayakan memandangkan rakyat Malaysia tidak terlatih untuk mempertimbangkan bukti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan semula rancangan untuk mengembalikan sistem yang diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Britain itu.

“Sistem juri adalah sesuatu yang kita sedang pertimbangkan,” katanya pada sidang media dan menambah, walaubagaimana pun tiada keputusan dicapai sama ada sistem tersebut akan diperkenalkan semula.

“Satu individu tidak sebagus tujuh individu untuk menentukan masa depan seseorang,” katanya merujuk kepada kes yang melibatkan hukuman mati.

“Anda tidak boleh membenarkan seorang individu untuk membuat keputusan. Kadang-kadang ada hakim yang keberatan untuk menjatuhkan hukuman mati yang akan menyebabkan ketidakadilan dalam penghakiman.”

Hukuman mati yang dilaksanakan melalui cara digantung adalah hukuman mandatori untuk kesalahan bunuh, pengedaran dadah dan pemilikan senjata api di Malaysia.

Kes terakhir yang dibicarakan oleh juri di Malaysia adalah kes pembunuhan kejam seorang ahli politik yang dibunuh dan dipotong kepada 18 bahagian oleh pasangan suami isteri yang mengamalkan ilmu hitam.

Mereka disabitkan bersalah pada Februari 1995 bersama pembantu mereka dan dihukum gantung sampai mati. -mstar

Ulasan GB

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya sistem juri diperkenalkan semual. Biar ramai yang menentukan kebenaran dan keadilan, bukan hanya ditangan seorang hakim.

Petikan ulasan GB:

Sistem kehaikman yang digunakan di negara ini sudah ketinggalan. Laksanakan sistem juri. UMNO BN takut untuk melaksanakan sistem juri kerana mereka tidak akan dapat memperkudakan institusi kehakiman negara lagi nanti.

Inflasi Diramal Meningkat Tahun 2011

Inflasi dijangka meningkat tahun 2011

KUALA LUMPUR: Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.

Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.

Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya.

Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter. Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.

"Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).

"Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.

Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan.

"Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan.

-theedegefinancialdaily

Harga Tidak Indahkan Aduan: Chegubard Tolak Semua Lantikan

Chegubard tolak semua lantikan parti PKR

Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu tidak diberi penjelasan bertulis.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga berkata beliau juga akur tetapi tidak akan mengiktiraf keputusan pemilihan itu.

“Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

“Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia,” kaatnya dalam satu kenyataan.

Pada pemilihan PKR bulan lalu untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham gagal menumbangkan penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun dikatakan mempunyai sokongan yang meluas.

Menurut beliau, yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang.

“Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu di bawah pemaidani,” katanya.

Beliau berkata, pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan pengerusi tetap dengan cara angkat tangan.

“Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

“Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.

“Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri,” katanya.

Menurut Badrul Hisham, jawatan bukan alasan untuk bekerja dan menegaskan walaupun tidak diberikan jawatan peringkat pusat, beliau akan terus setia dalam memperkasakan PKR.

“Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti,” katanya. -mk