27 Sep 2010

Pelabur Asing Enggan Melabur Di Malaysia - Sir Richard Branson

Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan. -mk

Branson : Najib Harus “Berani” Berikan Keadilan Kepada Anwar

KUALA LUMPUR 27 SEPT: Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "duri" dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik.

Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberikan pandangan tegas , menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar.

Branson yang dikagumi atas kejayaan meletakkan Virgin Air sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang ulung di dunia, membawa mesej untuk Najib.

"Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal-hal seperti ini yang hanya merosakkan nama baik anda," Branson berkata di Persidangan Mengenai peluang pelaburan di Asia.

“Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia,” tambah beliau.

Komen Branson itu dijangka mendapat perhatian ahli politik dan dunia korporat tempatan dan antarabangsa, kerana beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang berkecuali dalam politik dalam memperjuangkan isu-isu keadilan sejagat.

Anwar menghadapi perbicaraan atas tuduhan liwat untuk kali kedua walaupun pemeriksaan doktor menunjukkan tidak ada tusukan kepada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu Saiful juga disahkan berjumpa dengan Najib sendiri dua hari sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar.

Saiful juga bertemu dengan seorang pegawai polis kanan, Rodwan Ismail yang sebelum ini dikaitkan dengan cubaan merekacipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau pada tahun 1999.

Segala fakta itu menyokong tanggapan umum bahawa, sebagaimana dua perbicaraan awal yang berkesudahan Anwar dipenjara enam tahun, Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang memperalatkan badan kehakiman dan polis.

Pada perbicaraan kali ini, Anwar dikekang daripada mendapatkan kenyataan Saiful kepada polis selain laporan pakar yang memeriksa Saiful dan juga sampel DNA bagi membolehkan peguam belas mantan timbalan perdana menteri itu menyediakan pembelaan tuntas. -tvs


Penghakiman Dalam Bahasa Inggeris, Hakim-hakim Tak Patuh Perlembagaan.

Penghakiman Yang Ditulis Dalam Bahasa Inggeris Tidak Sah

PUTRAJAYA 27 Sept - Penghakiman mahkamah yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah tidak sah, Mahkamah Persekutuan diberitahu di sini hari ini.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar, Karpal Singh mempertikaikan bahawa penghakiman yang ditulis hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah sokongan dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil mestilah dalam Bahasa Malaysia mengikut peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

"Kesemua tiga penghakiman (yang ditulis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad - gambar, dalam bahasa Inggeris yang menolak rayuan Anwar) kekal tidak mengikut perlembagaan kerana ini melanggari Artikel 152 dan Seksyen 8," kata Karpal Singh.

Pada hakikatnya, beliau berkata penghakiman Abdul Malik menyatakan bahawa peruntukan wajib hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata mengikut undang-undang, semua proseding, termasuk penghakiman, mestilah dalam Bahasa Malaysia kecuali jika ia dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan di mana sesebuah mahkamah itu boleh mengarahkan proseding itu didengar separuh dalam Bahasa Malaysia dan separuh lagi dalam bahasa Inggeris, melalui usulnya sendiri atau permohonan untuk mana-mana proseding setelah memberikan pertimbangan dalam aspek keadilan proseding berkenaan.

"Penghakiman itu adalah batal dan tidak sah. Tidak ada penghakiman yang sah untuk mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan) untuk meneruskan lagi kebenaran permohonan rayuan Anwar. Mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) hendaklah mengarahkan Mahkamah Rayuan untuk menulis satu penghakiman yang lebih wajar dalam bahasa kebangsaan," kata beliau.

Peguam veteran itu membangkitkan isu tersebut sebagai perkara permulaan dalam perbicaraan proseding mahkamah mengenai saman fitnah Anwar terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 10 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas alasan teknikal, untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM100 juta beliau terhadap Dr Mahathir.

Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan yang difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat dan tidak sah dan dokumen mahkamah itu mestilah difailkan dalam Bahasa Malaysia.

Anwar mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir pada Januari 2006 kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap beliau di persidangan Hak Asasi Manusia Malaysia, 9 Sept, 2005.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka mengenai perkara permulaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Peguam Datuk V.K.Lingam yang mewakili Dr Mahathir, mengemukakan prosedur tidak pematuhan dengan mengatakan ia menyalahgunakan proses mahkamah untuk membawa perkara permulaan itu pada peringkat permohonan kebenaran.

Lingam berkata sebaliknya Karpal Singh mestiah memfailkan satu permohonanan yang wajar untuk membangkit isu tersebut.

Beliau menerangkan bahawa dalam Mahkamah Rayuan, beliau memohon kebenaran mahkamah untuk mengemukakan kesnya dalam bahasa Inggeris dan mahkamah
membenarkannya berbuat demikian.

"Penghakiman dan perintah (oleh mahkamah) sentiasa dalam bahasa Malaysia tetapi alasan penghakiman adalah dalam bahasa Inggeris kerana peguam dalam proseding tersebut telah memohon untuk menjalankan proseding berkenaan dalam bahasa Inggeris mengikut Akta Bahasa Kebangsaan," kata beliau.

Di luar mahkamah, Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut mengenai perkara permulaan menimbulkan implikasi yang besar.

Beliau berkata ini merupakan pertama kali selepas kemerdekaan, isu tersebut dibangkitkan.

"Saya cadangkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan mengenai isu tersebut, hendaklah kes-kes lain ditangguhkan di mana penghakiman ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya. -Bernama

Jangan Pandang Belakang: Jom Kita Ke Galas Selepas Ini

SPR: Pilihan raya kecil untuk DUN Galas

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lepas meninggal dunia 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

GALAS, sebuah kawasan yang terletak di dalam Parlimen Gua Musang adalah satu-satunya DUN yang dimenangi oleh PAS. Dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dikuasai oleh BN.

Galas bakal menjadi medan untuk parti yang bertanding mnyaksikan samada momentum PRU 2008 masih ada atau telah pupus.

Bagi PAS yang tersentak dengan kemenangan tipis di dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan kekalahan di Bagan Pinang, Galas sepatutnya menjadi penebus kepada kedua-dua PRK berkenaan.

Galas juga bakal menjadi medan untuk mempertautkan kembali komponen Pakatan Rakyat agar terus bekerja bagi mempastikan kemenangan sekalipun baru melalui kepahitan dengan kekalahan di Parlimen Hulu Selangor, dimana Datuk Zaid Ibrahim dari PKR tewas di tangan Kamalanathan dari BN dengan majoriti 1,725 undi.

Ayuh, jangan buang masa, kita ke Galas!

Tsu Koon: Jangan Beri Muka Kepada Perkasa

Tsu Koon: "Jangan Beri Muka Kepada Perkasa"

KUALA LUMPUR 27 SEPT: Perkasa tidak harus dilimpahi publisiti meluas sebagaimana yang dinikmati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Seakan-akan mengiyakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang mengkritik Utusan Malaysia kerana memberi ruang besar kepada pimpinan Perkasa kebelakangan ini, Presiden Gerakan itu menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu sebagai tidak penting dan tidak harus diberi muka serta tiada sebab untuk memberi ruang terlalu banyak.

"Namun, kita harus melihat pada sebab musabab masalah mereka yang boleh kita klasifikasikan sebagai sosio-ekonomi dan politik," katanya kepada wartawan selepas di National Unity Forum 2010 di Jakarta.


Perkasa should not be given so much publicity: Dr Koh

By NG CHENG YEE

KUALA LUMPUR: Malay rights group Perkasa should not be given the publicity that it has now been enjoying, said Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

He said the group was of no importance and that "we should not give them too much space and face."

"However, we should look at the root cause of their problems which are socio-economic and political in nature," he told reporters after giving his keynote address at the National Unity Forum 2010 here on Monday.

He said such voices had always existed in every society but they were not well articulated.

"When the society becomes more open, and with the development of technology and Internet, such groups have become well known," he said.- thestar




ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah

Adun Galas kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. -harakahdaily

ALFATIHAH!

Songkok Tinggi-tinggi, Bodoh Bertingkat-tingkat!

Muhyiddin Minta Guan Eng Jawab Dakwaan Pemuda UMNO

MUAR, 25 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda UMNO mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda UMNO dalam akhbar pada Sabtu yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. -BERNAMA

Ulasan GB

Jawapan oleh bagindareformasi menarik:

GAMBAR BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH!

UMNO ang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena..

Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN..

Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha

Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR..

Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...?



PERTAMA Zaman MADER


KEDUA ZAMAN PAKLAH


KETIGA ZAMAN NAJIB


SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim
klik kasik besar berite di atas dari the STAR




KAHKAHKAH ini baru serba sedikit sebenar nya BANYAK NAK MAMPUS UMNO dok terima DUIT HASIL SYARIKAT-SYARIKAT HARAM (HALAL KAT MESIA) untuk buat MESJID, BUAT HOSPITAL paling banyak BUAT JALAN RAYA Sebab TU banyak EXIDENT JALAN KAT MESIA nih...

Kalau BODOH Jangan TUNJUK kat orang.. ORANG GELAK JER..!!

p.s AMIK DUIT PETRONAS (YANG SEBENARNYE DUIT KITE SEMUA sebab minyak bukan hak kerajaan tapi hak kite semua) dan kemudian tak bagi kat kite, kaut semua buat itu buat ini masuk kocek sendiri bagi BINI belanja luar negara SEMUA TU ADALAH HARAM!!! - bagindareformasi

Ini pula jawapan dari bekas Mufti Perlis.
Intipatinya: penerima tak bersalah, yang menanggung dosa ialah si pemberi.



Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.

Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.

“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.

Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.

“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya. -SH


Betul-betul Punya Kecoh: Ada Dalang Yang Bikin Kecoh Dalam Pemilihan PKR

Bukan Ahli Dalangi Kekecohan Pemilihan Cabang

PETALING JAYA 27 SEPT: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata ketegangan yang berlaku dalam beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan 2010 di beberapa cabang, sebahagiannya didalangi kelompok yang bukan ahli parti.

Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan.

"Kita mendapat gambarnya dan ibu pejabat mengenal pasti identiti mereka yang bukan lagi menjadi anggota parti, malah sudah mengisytihar keluar parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang berlangsung hampir tiga jam di ibu pejabat, malam tadi.

"Apakala menyedari peluang untuk menang itu tipis, maka ketika itulah dilakukan kekacauan. Biasanya dimulakan dengan menghantar beberapa orang yang dengan mudahnya melepasi kawalan kerana jumlah petugas kita yang kecil.

Saifuddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil tindakan segera dengan menambah petugas yang mengendalikan proses pemilihan, selain turut menegur pengurusan cabang.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, status pemilihan bagi cabang yang berlaku bermasalah akan ditentukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tidak lama lagi.

"Sama ada mereka akan mengadakan mesyuarat sebelum kongres, atau sebelum pengundian MPP (Majlis Pimpinan Pusat) atau pun selepas Kongres. Buat masa ini, kami belum mengadakan pertemuan," katanya. -TVS

Ulasan GB

GB merasakan kenyataan Setiausaha Agong PKR ada benarnya.

Beliau berkata, ada kumpulan dari calon tertentu menimbulkan keributan selepas menyedari kehadiran mereka sedikit berbanding pesaing, kemudian memulakan kekecohan bagi menggagalkan proses pemilihan.

Kita ambil satu contoh misalnya di Kota Raja.

Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam.

Keputusan yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi.

Jelas di situ Xavier memenangi persaingan tersebut dengan undi yang banyak.

Saifuddin menyatakan pengurusan cabang perlu lebih cekap dari sudut persediaan pentadbiran, logistik, keselamatan dan lokasi yang menjadi tanggungjawab pada proses pemilihan.

Ini bertepatan dengan apa yang GB ulaskan sebelum ini. Petikan:

Perlu ada sikap tanggungjawab di kalangan pemimpin parti serta peningkatan mutu pengurusan di peringkat cabang supaya hal-hal yang hodoh di dalam pemilihan kali ini tidak berulang.



Tayangan "Kecoh Betul" Di Pemilihan PKR. Xavier Menang Di Kota Raja.

Mesyuarat cabang Klang ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian.

Gambar: Kertas undi pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Selangor dibuang di atas jalan oleh sekumpulan ahli selepas berlaku kekecohan berikutan tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan cabang itu. Keadaan berpunca apabila kira-kira 3,000 daripada 6,000 ahli PKR hadir untuk mengundi di Pandamaran, semalam. Gambar: BH

“Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu,” kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor.

Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir.

“Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli.

“Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto.

“Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung,” kata beliau lagi.

Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye.

Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama.

Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi.

“Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan,” kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli.

“Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan,” kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu.

Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir.

Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira.

“Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti,” kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya.

“Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan,” kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi.

Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang.

Wakil rakyat itu menambah beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini,” kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi.

Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja.

Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan.

Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang.

Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar, berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Dr Xavier adalah ADUN Sri Andalas dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ada laporan yang belum disahkan mengenai pertengkaran berlaku di Kota Raja di mana Dr Xavier Jayakumar mempertahankan jawatannya.

Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman.

Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita.

“Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar,” kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.

TERKINI. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakar sejarah dengan mengadakan pemilihan langsung buat julung kali, mencatatkan satu lagi rekod — pengiraan undi salah satu cabang yang dilihat panas — Kota Raja di Selangor — berlarutan sehingga pagi ini lapr The Malaysian Insider.

Maklumat yang diperoleh sekitar 7 pagi tadi menunjukkan undi masih dikira.

Ia seolah-olah menggambarkan berulangnya sejarah pengiraan undi kerusi sehingga membawa sehingga tengah hari keesokan hari di Lembah Klang sedekad lalu.

Pengiraan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, bermula lewat malam tadi, selepas proses mengira undi di Bukit Naga lewat petang tadi berakhir dengan kekecohan dan tindakan rampas kertas undi dan peti undi.

Sebanyak 18 peti undi dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam.

Keputusan tidak rasmi yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi.

Undi rosak dikatakan dalam lingkungan 30.

Pengiraan undi jawatan ketua cabang siap dikira pukul pukul 5.30 pagi tadi.

Difahamkan setakat pukul 7.40 pagi ini undi bagi jawatan ketua Wanita masih dikira.

“Keputusan ketua cabang dan ketua AMK sudah diketahui, tetapi undi bagi sayap Wanita masih dikira,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Kerusi ketua AMK dimenangi oleh Azmizam Zaman Huri.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengadakan sidang media pukul 10 pagi ini untuk memperjelaskan perkembangan semalam, yang dilihat sebagai paling buruk dan memalukan parti itu.

Kota Raja merupakan salah satu daripada, sekurang-kurangnya enam cabang yang berhadapan dengan insiden kecoh sehingga menyebabkan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan terpaksa ditangguhkan dan dipertikaikan.

Cabang-cabang lain ialah Klang, Kapar, Kuala Langat dan Subang.

Beberapa cabang dari negeri-negeri lain juga dilaporkan bermasalah termasuk cabang Parit Sulong.

Cabang-cabang PKR memulakan mesyuarat masing-masing pada 17 September lalu dan akan berakhir 3 Oktober ini sebelum meneruskan proses pemilihan mulai tengah bulan depan.

Setakat semalam sekitar 130 cabang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan masing yang turut membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan pusat.

Masa "Tun M" Sudah Berlalu

Pas mempersoalkan tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat kini keterlaluan dalam memperjuangkan bangsa Melayu yang sebelum ini tidak menjadi perhatian di bawah pentadbirannya.

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, peluang yang diberikan rakyat kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri gagal di manfaatkan sepenuhnya untuk membela bangsa Melayu.

“Kenapa Tun bercakap soal Melayu sedangkan beliau diberikan masa yang cukup lama untuk membela orang Melayu, jika apa berlaku kini (akan kurangkan kuasa Melayu) adalah berpunca daripada dasar yang dibawa beliau sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi masa kini.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu itu adalah berpunca daripada segelintir individu yang gilakan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Abd Fatah yang juga Timbalan Exco Kerajaan Negeri berkata, isu Melayu yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir tidak menguntungkan UMNO yang mahu menjaga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak tahu sejauh mana isu bangsa mempengaruhi orang Melayu dalam pilihan raya nanti, tetapi UMNO dan BN mungkin mengambil perhatian kerana mereka juga mahu menarik undi dari masyarakat lain.

“Apa yang jelas, isu bangsa tidak seharusnya menjadi modal mana-mana badan atau parti untuk berpolitik, ia sudah tidak relevan dan rakyat juga menyedari perkara ini,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB dah ulas panjang mengenai TDM ini di SINI

Mercu Tanda PAS Pasir Gudang

PAS Pasir Gudang adalah kawasan parlimen yang berjiran dengan PAS Kawasan Johor Bahru yang bersempadan diantara Dun Stulang dengan Dun Permas dan Dun Tanjung Puteri dengan Dun Johor Jaya.

Jumaat 24 September 2010 bertempat di Taman Mawar Pasir Gudang bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pasir Gudang satu majlis perasmian Bangunan PAS Pasir Gudang telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang

Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibeli dengan harga RM 270,000 hasil sumbangan dari penyokong-penyokong dan dermawan yang cintakan Islam dan PAS.

Bangunan ini menempatkan dewan kuliah dan mesyuarat, juga terdapatnya Pusat Aduan Rakyat yang diseliakan oleh En Syed Othman yang pernah beberapa kali menjadi calon PAS bertanding di Dun Permas dan dibawahnya adalah ruang perniagaan restoran yang disewakan sebagai dana ekonomi PAS Pasir Gudang.

Yb Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah dijemput untuk merasmikan bangunan PAS Pasir Gudang sekaligus menjadi batu asas dan mercu tanda di Pasir Gudang betapa PAS kini semakin kehadapan dalam menempuh dan memenuhi impian dan mimpi soleh dalam harapan untuk menawan Nusajaya dan Putrajaya.

Apapun tahniah kepada PAS Pasir Gudang, AllahuAkbar! -pasjohorbahru

Kes Sosilawati: Bomba Digunakan Pam Air Dari Lubang Kubur

Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.

Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.

Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.

Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian.

PKR Perlu Cepat. Kita Kesuntukan Masa.

Pemilihan cabang: Ahad penuh kecoh, malukan buat PKR

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk hari ini — kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan.

Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.

Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor.

Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan.

Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai “sangat teruk” dan di luar jangkaan mereka.

“Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku,” kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan.

Beliau menggambarkan bahawa pegawai-pegawai diugut dan diancam agar meneruskan pemilihan.

Ia jelas merujuk kepada keadaan di cabang Subang yang pemilihannya ditangguhkan ke hari lain tetapi pegawai pengawas terpaksa mengadakan pemilihan ekoran ugutan sekumpulan ahli.

Mesyuarat agung tahunan cabang itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan kira-kira tengah hari apabila sebahagian ahli meninggalkan pusat pemilihan ekoran kelewatan mengeluarkan kertas undi baru.

Kertas undi baru terpaksa dikeluarkan selepas beberapa nama calon tercicir dan dikeluarkan.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan pemilihan Subang diteruskan selepas pegawai pengawas diugut agar meneruskan pemilihan.

Pengundian diteruskan tanpa kehadiran ahli-ahli yang menyokong Naib Presiden R. Sivarasa.

“Kami terpaksa adakan pemilihan di sebalik tekanan dan tegangan. Keputusan pemilihan kami serahkan kepada parti untuk putuskan kesahihan sama ada boleh diterima ataupun tidak,” kata pegawai berkenaan.

Sivarasa yang dihubungi berkata, “pada pandangan saya ia tidak sah kerana pegawai pengawas sudah pun memutuskan pemilihan telah ditangguhkan.”

“Saya tidak boleh komen sebab saya seorang calon,” kata beliau ketika dihubungi sekitar 6 petang tadi.

Jawatankuasa pemilihan difahamkan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi memutuskan beberapa insiden yang berlaku hari ini.

Mesyuarat berlangsung sekitar 10.30 malam ini.

Mesyuarat tergempar itu dipanggil juga ekoran insiden di cabang Kota Raja di mana peti-peti undi dirampas dan “dilarikan” sehingga menyebabkan anggota polis dipanggil.

“Peti-peti undi dibawa ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak pasti sama ada undi akan dikira di ibu pejabat hari ini ataupun esok, kemudian hari,” kata pegawai itu lagi.

Hari ini, sebanyak 34 cabang dijadual untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Di Selangor, lapan cabang mengadakan mesyuarat hari ini iaitu Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang dan Shah Alam.

Di Subang, Sivarasa berhadapan dengan persaingan lima penjuru iaitu Datuk Shawal Salim, Muhammad Najmi Samsudin, Shahrum Kazindin dan P Voolaganathan.

Sivarasa juga Ahli Parlimen Subang.

Satu lagi cabang yang dilihat untuk diperhatikan ialah Kota Raja di mana Ketuanya Dr A. Xavier Jayakumar berhadapan dengan S. Kottappan dan M. Telaiamblam.

Dr Xavier adalah Adun dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Di Kapar, jawatan ketua cabang ditandingi oleh Mohd Bakir Abd Wahab, Abdul Rahman Ibrahim, Azizi Ayob, Mohd Miftahhudin Abdullah, Mohd Ruzaini Mohd Sani dan Khiaarul Anuar Othman.

Mesyuarat itu ditangguhkan ekoran kekecohan disebabkan oleh kehadiran ahli yang terlalu ramai berbanding lokasi pemilihan yang sempit di dewan serba guna Meru dan kehilangan nama calon jawatan sayap AMK dan Wanita.

“Pegawai pengawas tidak dapat mengawal keadaan apabila perwakilan yang hadir mencetuskan kekecohan, tetapi tiada insiden kerusi terbang di cabang Kapar,” kata Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat cabang Klang pula ditangguhkan ekoran kekecohan yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati dengan proses pengundian.

“Tiga calon ketua cabang mengusulkan agar pemilihan ditangguhkan, dan kemudian apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengawas, maka ada yang rampas peti undi dan pecah pintu,” kata ketua cabangnya Suhaimi Mohd Nor.

Kata beliau, kekecohan timbul kira-kira pukul 3 petang, dua jam sebelum proses pengundian dijadual untuk berakhir.

“Kehadiran ahli adalah di luar jangkaan. Jawatankuasa pemilihan menyediakan sebanyak 2,000 kertas undi iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah ahli.

“Tetapi yang hadir 50 peratus dan jawatankuasa pemilihan menyediakan kertas undi yang dibuat salinan foto.

“Ia sepatutnya boleh diterima, tetapi malangnya ada calon yang menolak dan membantah penggunaan kertas salinan foto ini ketika pengundian sedang berlangsung,” kata beliau lagi.

Jawatan ketua cabang itu ditandingi oleh Suhaimi, P. Krishnasamy, Mohd Fuzi Abd Ranee, Sheikh Ahmad Sheikh Sadarudin dan Yew Boon Lye.

Mesyuarat dan pemilihan cabang Kuala Langat juga ditangguhkan atas masalah yang sama.

Ketua cabangnya, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sekumpulan pihak, dipercayai calon yang merasakan akan kalah mencetuskan kekecohan sehingga cuba merampas kertas-kertas undi dan peti undi.

“Ini dilakukan oleh mereka yang merasakan sudah rasakan kekalahan,” kata beliau yang mendakwa cabangnya mempunyai 8,000 ahli.

“Apabila wujud kekecohan sampai peti undi hendak dipecahkan, kami tiada pilihan terpaksa menangguhkan mesyuarat dan pemilihan,” kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Abdullah Sani berkata, ada pihak yang cuba menyerang pegawai pengawas yang mengendalikan pemilihan di cabang itu.

Beliau dicabar oleh Bastani Dahlan, David Cheong Kian Young, Mohd Shukor Haris dan Norazmi Mohamed Tahir.

Dalam pada itu, Xavier ketika dihubungi lewat malam ini berkata, kesemua 18 peti undi telah dibawa ke ibu pejabat PKR dan sedang dikira.

“Proses pengiraan dijangka habis pagi nanti,” kata beliau sambil menambah. penyokong-penyokongnya terpaksa melindungi peti undi daripada dirosakkan dan kertas undi dikoyakkan oleh seorang calon yang menentangnya.

“Saya tidak melihat apa-apa kesalahan di pihak penyokong saya dalam melindungi peti undi dan kertas daripada dirosakkan,” kata Exco Kerajaan Negeri ini sekitar 11.30 malam tadi.

Undi mula dikira di Dewan MPSA Bukit Naga bermula pukul 7.20 petang tadi selepas proses pengundian dijalankan dengan baik pada pukul 5.40 petang.

Wakil rakyat itu menambah beliau menjangkakan pemilihan dapat dijalankan dengan baik dan tenang manakala semua yang bertanding akan kembali bersatu selepas pemilihan untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Tetapi yang ini berlaku sebaliknya, dan saya sungguh kecewa dengan apa yang disaksikan hari ini,” kata beliau yang berada di ibu pejabat parti di Petaling Jaya semasa dihubungi.

Polis dan anggota Rela digunakan untuk meredakan suasana di Kota Raja. -TMI

Ulasan GB

"PKR baru berusia 2 tahun". Dan kita terima alasan tersebut yang menjadi penyebab adanya mesyuarat yang tidak terurus dengan sempurna.

Tetapi kita kesuntukan masa. PKR sekalipun masih muda, ia perlu cepat memprofessionalkan dirinya sebelum rakyat jadi bosan dengan dengan pelbagai karenah yang melembabkan perjuangan.

Perlu ada sikap tanggungjawab di kalangan pemimpin parti serta peningkatan mutu pengurusan di peringkat cabang supaya hal-hal yang hodoh di dalam pemilihan kali ini tidak berulang.