23 Sep 2010

Siapa First Lady Malaysia?

First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. -harakahdaily



Kisah RM4b: Gigi Wak Mana? Pergi Bikin!

I'Da World batal niat laksana projek RM313b di K'tan

Syarikat I'Da World Group Sdn Bhd memutuskan untuk membatalkan niatnya melaksanakan cadangan projek pembangunan bernilai RM313 bilion di negeri Kelantan.

"Jadi projek yang kita hendak buat di negeri Kelantan itu telah dibatalkanlah. Kita hendak tutup cerita ini. Saya pun dah malas dah. Kalau dia kata kita disenaraihitamkan, kita hendak tegakkan apa lagi?" kata pengerusi eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab.

"Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat?," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya hari ini.

Abdul Rahim berkata syarikatnya juga belum mempunyai wang RM4 bilion yang hendak didermakan kepada PAS Kelantan.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, beliau akan meneruskan usaha untuk menjayakan projek di negeri-negeri lain.

Syarikat itu dilanda kontroversi ekoran tindakannya yang mengekut semua pihak kerana bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 billion.

Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.

Sementara itu, Abdul Rahim menjelaskan bahawa sumbangan RM4 bilion itu merupakan satu bentuk bayaran pendahuluan daripada jumlah keuntungan daripada projek yang hendak dilaksanakan itu.

"Tiap-tiap negeri, bila buat projek usahasama, 20 peratus akan diperolehi kerajaan negeri, 80 peratus kepada (rakan niaga). Jadi bila bercakap tentang RM300 bilion, 20 peratus itu lebih kurang RM60 bilion.

"Jadi dalam RM4 bilion tadi, sebenarnnya (replika cek) itu tidak ada haribulan. Duit ini kita hendak beri bila kita dapat buat kerja (jalankan projek), dasar daripada 20 peratus tadi," tambahnya.

Katanya lagi, beliau telah berusaha untuk menjalankan projek tersebut sejak tahun 1998 lagi melalui sebuah syarikat dikenali Asas Naim Holdings.

"Pada masa itu Tuanku (Ismail Petra) masih sihat lagi," tambahnya.

Bagaimanapun, sumbangan RM4 bilion yang ingin disumbangkan kepada PAS seperti yang tercatat pada replika cek itu mencetuskan kontroversi.

PAS juga menafikan parti itu telah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion daripada syarikat berkenaan. -mk


Ulasan GB

Cukup hebat.

Kita tiba-tiba dikejutkan ada jutawan, bukan, laksawan (lepas jutawan) di dalam negara kita yang mempunyai sebuah syarikat yang lebih hebat dari lain-lain syarikat yang tersenarai di bursa saham yang khabarnya ada kertas-kerja lengkap untuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7).

Semua ini gara-gara konsultan yang berada di belakang syarikat berkenaan yang menyiapkan semua kertas kerja. Konsultan ini memang diketahui mempunyai kepakaran menjanjikan usahawan dengan projek-projek mega seperti pembinaan logi Petronas, ECER dan sebagainya. Dan konsultan tidak bertauliah ini akan menjerat usahawan-usahawan yang mudah diperdayakan dengan bayaran tertentu untuk mereka "agihkan" projek-projek mega tersebut.

Konsultan ini tidak lain hanyalah "conman" - berlegar di beberapa buah hotel 5 bintang di KL, dan mereka mendakwa mempunyai hubungan-hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO, menteri-menteri, malah PM dan TPM juga, untuk memberikan kelulusan terhadap projek-projek mega yang mereka layarkan.

Conman ini akan membuat kertas-kerja yang canggih sehingga ia boleh meyakinkan pihak yang ditemuinya bagi mendapat surat sokongan yang kemudiannya dilayarkan ke bank bagi urusan mendapatkan pinjaman.

Salah seorang yang terjerat itu ialah Abdul Rahim Abdul Wahab, Pengerusi I'Da World Group Sdn Bhd yang tentunya telah bersama-sama dengan konsultan tersebut bagi menjalankan penipuan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Beliau berjaya mendapatkan surat sokongan.



Surat di atas ternyata benar, daripada Pebadanan Menteri Besar Kelantan.

Tapi malang, seorang usahawan atas angin yang dikatakan ada syarikat bermodal dibenarkan RM1j ini membuat sumbangan RM4b, kepada parti pulak tu, bukan kerajaan negeri. Berdebus Mat Jenin jatuh ke tanah laksana cempedak busuk.

Terbongkarlah segala-galanya mengenai kisah Abdul Rahim dan Ida World ini.

Kata Sudin di dalam Seniman Bujang Lapok: Main-main kasar ..sekali aku cekik…gigi wak mana?...pergi bikin!


Muhyiddin Berdalih : Tiada Kuasa Bertindak Ke Atas Pengetua Rasis

Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua pengetua, kata TPM

SERI KEMBANGAN, 23 Sept – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar mereka bulan lalu meskipun beliau juga merupakan Menteri Pelajaran.

Kata beliau, perkara-perkara yang berkaitan dengan isu disiplin melibatkan pegawai kanan kerajaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Menteri tidak boleh mengambil tindakan (dalam perkara ini). Jadi kes-kes melibatkan sesetengah perkara termasuk kes-kes pengetua ini, yang terletak dalam gred tinggi... jika saya tidak silap, gred mereka antara 48 dan 52, maka ini perlu diputuskan oleh lembaga disiplin (yang terletak di bawah) JPA,” kata beliau di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan upacara pembukaan ABD/OECD Anti Corruption Initiative For Asia and The Pacific Regional Seminar on the Criminalisation Of Bribery di Palace of the Golden Horses di sini.

Muhyiddin menekankan bahawa Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan dengan pihaknya mengadakan siasatan sendiri dan laporannya telah diserahkan kepada JPA untuk tindakan susulan.

“Saya telah meminta JPA menentukan tindakan yang sewajarnya. Ini terletak di bawah bidang kuasa mereka,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri menambah, beliau telah pun membuat keputusan dan berharap orang ramai akan menunggu keputusan JPA.

Pada 3 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata JPA akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua tersebut.

“Saya telah menerima kertas siasatan dari Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pelajaran (pada 2 September), dan saya bersama beberapa pegawai JPA sedang menelitinya.

“Jika ada asasnya (untuk mengambil tindakan), kami akan membentangkan kepada Lembaga Disiplin JPM bagi mendapatkan persetujuan untuk mengemukakan pertuduhan ke atas pengetua tersebut,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin meminta Abu Bakar membuat keputusan segera berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Muhyiddin juga telah mengumumkan sebuah jawatan kuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta sebenar perkara itu.

Abu Bakar berkata jika kertas pertuduhan dikeluarkan, pengetua terbabit akan diberikan peluang untuk membela diri sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman berkata, permohonan maaf itu dibuat ketika pengetua terbabit mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid-murid berkenaan.

Ulasan GB

Tan Sri Muhyiddin kini memberikan alasan terbarunya, iaitu sebagai Menteri pelajaran beliau tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis yang melibatkan pegawai kanan kerajaan kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jawapan untuk menutup kebenaran bahawa beiau juga sebenarnya seorang yang rasis.

Apakah logik seorang menteri tidak ada kuasai ke atas pegawai di bawah kementeriannya. Baik, katakan mereka itu pegawai-pegawai kanan (yang dikatakan berada di superscale G (Gila), dan ia terletak di bawah bidang kuasa JPA, maka Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bila-bila masa boleh bertindak setidak-tidaknya mengarahkan JPA mengambil tindakan serta-merta.

Jika itu pun tidak ada kuasa maka ia adalah satu pendustaan.

Apa yang rakyat lihat, baik Kementerian Pelajaran yang bermenterikan TPM ini dan JPA sengaja melengah-lengahkan tindakan ke atas pengetua-pengetua terbabit.

Rakyat juga boleh persoalkan dimana mutu kecekapan, apa yang dipanggil KPI (Key Performance Index) bagi kementeriannya dan JPA seandai kes sedemikian berlarutan berbulan-bulan lamanya?

Seandainya selama ini, pesalah-pesalah dari Pakatan Rakyat diambil tindakan begitu segera tetapi kerajaan sengaja mencari helah bagi pesalah-pesalah yang menyuburkan semangat perkauman melayu di kalangan para pegawainya.

Itu sebab mengapa rakyat begitu sangsi dengan TPM ini, kerana memang beliau dikenali sebagai rasis yang teramat sangat dan teladan itu kini diikuti oleh orang bawahannya.

Ulasan sebelum ini


Kes Sosilawati: Polis Marin Mencari Hanfon Mangsa

Pembunuhan Sosilawati: Misi Pencarian Telefon Bimbit Milik Mangsa

Gambar: Anggota pasukan penyelam polis marin mencari bahan bukti di kawasan baru kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Kunci Air, Jalan Pasar banting dekat sini, hari ini.
Seramai lima anggota polis marin ditugaskan khusus untuk mencari bahan bukti di kawasan kunci air tersebut.
Foto: Bernama

BANTING: Penyelam pasukan polis meneruskan usaha mencari bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya hari ini dalam misi mencari telefon bimbit milik mangsa dipercayai dicampakkan di dalam parit yang menghubungkan ke Sungai Lang dekat sini.

Pencarian yang bermula sejak pukul 10 pagi, Khamis, menyaksikan empat orang penyelam dari Unit Pasukan Marin menyusuri parit dalam pencarian itu.

Dipercayai telefon bimbit itu kepunyaan salah seorang mangsa dalam kes pembunuhan itu.

Turut kelihatan di tempat kejadian adalah P. Balasandram, suami kepada T.Selvi yang ditikam sehingga mati pada 2009 oleh seorang lelaki dipercayai diupah oleh suspek utama kes.

Salah seorang suspek juga turut dibawa ke tempat kejadian tetapi hanya menyaksikan kerja pencarian dari dalam kereta polis. Pihak polis bagaimanapun enggan mengulas mengenai misi pencarian itu. -mstar

Usharani Dedah Rakaman Perbualan Telefon Dengan Suspek

S Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga individu lain.

Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di Kapar di sini.

Rakaman perbualan menerusi telefon bimbit Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu.

Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.

"ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini," kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan.

Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India, semalam berkata beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya.
Sementara itu, Manikavasagam berkata Usharani akan menyerahkan rakaman perbualan telefon itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 11.30 pagi esok.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, semalam berkata kes kehilangan Allal kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lalu.

Usharani membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lalu dan telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat tengah hari tadi untuk memberikan keterangan kepada polis. - BERNAMA

Shamsul: Saya Tidak Melarikan Diri

Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan beliau tidak pernah dimaklumkan untuk memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Justeru itu, kata peguam itu, adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa gagal menghubungi beliau.

"Sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan," katanya mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa gagal menghubungi Shamsul untuk mendapat kenyataan berhubung kes pembunuhan jutawan komestik itu.

Menjelaskan lagi perkara itu, Shamsul yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, beliau mengetahui mengenai waran yang akan dikeluarkan tetapi berikutan jadual yang padat menggagalkan beliau memberi keterangan.

"Saya sekarang tidak berada di Selangor kerana sedang menghadiri perbicaraan bukan melarikan diri.

"Macam mana pula dikatakan saya tidak ingin memberi kerjasama sedangkan saya mempunyai tugasan pekerjaan yang perlu diselesaikan," katanya.

Menurut Shamsul, beliau tidak menuduh tetapi bertanya apakah wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di pejabat polis daerah Banting gagal bertindak dalam beberapa kes terdahulu yang melibatkan suspek yang telah diklasifikasikan
sebagai kes orang hilang.

Shamsul menambah, beliau telah mengarahkan peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak polis.
Sementara itu, beliau akan mengadakan sidang media berhubung kes Sosilawati di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, petang esok. -FMT


Respon Balas Kenyataan Ketua Polis Selangor Mengenai Kes Pembunuhan Datuk Soosilawati Lawiya

Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Datuk Khalid sendiri.

Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Kedua, ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis. Justeru adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan.

Saya menggesa pihak polis khususnya Datuk Khalid bersikap profesional dalam hal ini. Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media). Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis.

Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan “kaedah Facebook” ini merupakan kegemaran beliau !

Saya telah mengarahkan peguam saya, YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak Polis. Beliau boleh dihubungi di talian : +60123093469 atau emel: yusmadi.yusoff@gmail.com.

Saya akan memperincikan pendirian dan kenyataan saya kepada umum bersabit kes ini pada esok, Jumaat 23 September 2010 bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada jam 3.00 petang.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


"Nyanyu" Bukan "Nyanyuk"

Penyelaras Pakatan Rakyat hari ini menafikan menggelar timbalan presiden PKR Syed Husin Ali sebagai nyanyuk, seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today semalam.

Sebaliknya, menurut Zaid, perkataan yang digunakannya adalah "nyanyu", lapor portal itu dalam penjelasannya hari ini.

"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Zaid, yang bertanding jawatan nombor dua dalam PKR diselar pelbagai pihak, termasuk pesaingnya Naib Presiden Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversi tentang Syed Husin itu.


Syed Husin nyanyuk: Zaid diingat tak sombong

Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.

"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

Syed Husin: Dia macam cili, dia rasa pedas

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini hari ini, Azmin juga berkata, Syed Husin telah terlibat dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan lebih sedekad lalu, termasuk merengkok dalam penjara lebih lapan tahun.

"Janganlah orang baru seperti Zaid ini menyinggung perasaan seorang pemimpin lama yang telah diuji dalam perjuangan ini," kata Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Azmin lagi, berbeza dengan Syed Husin, "dia (Zaid) tak faham apa makna perjuangan".

"Sebab itu saya nasihatkan supaya beliau melihat kembali kepada Pengisytiharan Permatan Pauh. Baca, hayati, jangan sombong dan angkuh. Jangan ingat kita tahu semua. Hentikan sikap ego," katanya.

Pengisytiharan Permatang Pauh pada 12 September 1998, sebelum Anwar ditahan kali pertama, dianggap sebagai asas kepada ideologi dan dasar-dasar penting bagi pembentukan PKR.

Dengan nada tenang, Azmin bagaimanapun mengajak semua pihak supaya bermuafakat dan berbincang penuh semangat kekeluargaan berhubung perkara itu.

"Kalau benar beliau mengeluarkan kenyataan itu, saya minta supaya beliau tarik balik dan tidak meneruskan tindakan seperti ini yang amat memalukan anggota dan pemimpin dalam PKR yang telah lama bersama Syed Husin Ali," katanya.


Sementara itu, mengulas wawancaranya yang mengundang pelbagai reaksi itu, Syed Husin hanya mengucapkan terima kasih atas pujian dan kejian terhadapnya.

"Terima kasih banyak. Untuk yang istimewa: Dia makan cili, dia rasalah pedasnya!" katanya tidak menyebut secara langsung individu itu. -mk


Ulasan GB

Definisi 'nyanyu':
selalu berkata yg bukan-bukan; merepek; menyanyah

Semalam sewaktu artikel pertama itu keluar di FMT, saya sudah dapat mengagak isu ini akan ditimbulkan oleh pihak Azmin dan akan menjadi modal politik bagi menyerang Zaid.

Saya tidak percaya seorang yang seperti Zaid akan mengeluarkan perkataan seperti itu terhadap Timbalan Presiden PKR. Sebelum menyiarkankannya, saya berusaha mencari jalan untuk menghubunginya untuk mempastikan kebenaran rencana itu. Tetapi tidak berjayal. Oleh itu saya ambil keputusan untuk batalkan menyalintampal artikel itu ke blog ini.

Akhirnya barulah hari ini Zaid memberitahu apa perkataan yang disebutkan yang sudah tersilap lapor oleh wartawan berkenaan iaitu nyanyu bukan nyanyuk.

Ini mengingatkan saya kisah Tun Dr Mahathir dahulu yang menyebut "shoo" tetapi dilaporkan oleh wartawan sebagai "shoot" ketika ditanya apakah yang Malaysia akan lelakukan terhadap pendatang haram.

"Shoo" bererti menghalau manakala "shoot" menembak.

Justeru itu, saya rasa tidaklah wajar mengukur seseorang calon daripada laporan-laporan yang diberikan oleh wartawan semata-mata.

Isu Tanah KTMB: Mengapa Perkasa Dan Pemuda UMNO Tidak Menyalak?

Najib Bakal Gadai Tanah KTMB Kepada Singapura

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda Umno untuk tampil ke hadapan menyatakan 'langkah mayat mereka dahulu' berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kini di bawa ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di Geneva yang berkemungkinan mencecah beratus juta ringgit.

Menurut beliau, perjanjian yang pada mula dikatakan dibuat atas dasar menang-menang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menjadi berat sebelah apabila perkara itu terpaksa di bawa ke mahkamah antarabangsa.

"Mana dia Perkasa dan Pemuda Umno yang kononnya mempertahankan artikel 153 Perlembagaan Negara, mengapa dalam isu ini mereka tidak 'menyalak'?

"Ini menunjukkan pendirian Perkasa dan Pemuda Umno dalam isu menjaga kedaulatan hak dan orang Melayu merupakan retorik politik semata-mata dan tidak mempunyai matlamat.

"Sebelum ini, dalam isu Singapura sebasgai negara, Malaysia ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew tetapi kini Najib pula bakal ditipu oleh anaknya yang akan menyebabkan tanah di Tanjung Pagar tergadai malahan terpaksa pula membayar sejumlah yang besar untuk caj pembangunan.

"Mana perginya pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu tetapi dalam isu ini langsung membisu untuk menyatakan pendirian mereka," kata Mahfuz kepada Suara Keadilan.

Dalam lawatan Najib ke Singapura isnin lalu, beliau dan rakan sejawatnya dari singapura, Lee Hsien Loong bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah KTMB di republik itu, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Tanah terbabit dijangka dimajukan sebuah syarikat usaha sama 60-40, M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan antara Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia dan Temasek Holdings Ltd dari Singapura.

Dalam rundingan pertama kedua-dua pemimpin di Singapura 24 Mei lalu Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands menjelang 1 Julai depan.

Di samping itu tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dimajukan secara bersama serta menukar beberapa keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata negara tidak mahu lagi kerugian wilayah apabila sebelum ini Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih akibat persediaan kerajaan yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Tambahnya, perkara ini akan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat apabila parlimen bersidang Oktober ini kerana ia melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara.

Apa yang dikesalkan kata Mahfuz, isu tanah itu umpama tulang yang terlekat di kerongkong pemimpin Singapura dan Malaysia.

Oleh sebab itu tidak perlu tindakan tergesa-gesa malahan ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam proses rundingan dengan Singapura.

"Tindakan Najib menerima tawaran pertukaran tanah itu amat memeranjatkan kerana Malaysia berkemungkinan hilang aset penting negara begitu sahaja dan kita mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.

"Mengapa rakyat tidak tahu mengenai isu caj pembangunan ini dan hanya ditimbulkan sekarang apabila perkara ini akan di bawa ke peringkat antarabangsa untuk mencari penyelesaian. Adakah Najib telah tertipu dengan Singapura?," tanya Mahfuz lagi. -SK

Suspek Utama Dibawa Ke Saluran Air Untuk Cari Bukti

Seorang lelaki, yang dipercayai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sekali lagi dibawa ke sebuah saluran air di sini, dipercayai bagi mencari bahan bukti baru kes itu.

Gambar: ANGGOTA Unit Skuba Pasukan Gerakan Marin mencari bahan bukti berkaitan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di bawah jambatan berdekatan kunci air sungai berhampiran Pasar Besar Banting selepas lokasi ini ditunjukkan oleh suspek utama, hari ini. - Foto Luqman Hakim

Pasukan forensik dilihat membawa suspek, yang berpakaian lokap berwarna ungu dengan tangan bergari, ke sebuah saluran air yang menghubungkan tali air Kampung Sungai Lang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Mereka kemudiannya meninggalkan lokasi itu dua setengah jam kemudian, dengan tidak menemui sebarang objek atau bahan bukti.

Kelmarin, suspek berusia 41 tahun itu turut dibawa polis ke lokasi sama dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - BERNAMA

Kes Sosilawati: Reman Suspek Pembunuhan Dilanjutkan

Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai hari ini.

Majistret Ahmad Shakin Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir hari ini itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

Perintah dikeluarkan Ahmad Shakin itu dibuat di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat kesemua suspek terbabit ditahan.

Ini merupakan kali ketiga tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sementara itu, tempoh tahanan reman tiga lagi termasuk dua peguam adik beradik yang dipercayai suspek utama pembunuhan akan berakhir pada Sabtu ini.

Kelmarin, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Beberapa arahan baru turut diberikan kepada polis termasuk meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44,pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. - Bernama

Khir Toyo Dedahkan Tak Ramai Bukan Melayu Hadir Di Jamuan Hari Raya Rakyat

Kehadiran bukan Melayu tidak menggalakkan

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melahirkan rasa kecewa kerana kehadiran kaum Cina dan India ke Jamuan Hari Raya Rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak memberangsangkan.

Menurutnya, walaupun kehadiran dianggarkan hingga 30,000, tetapi majoritinya adalah kaum Melayu.

Katanya, usaha harus dipertingkatkan dan agresif di kalangan pemimpin yang ada.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehadiran rakyat pada majlis itu tetapi ianya bukan pengukur yang jelas untuk menganggarkan penerimaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

“Penerimaan rakyat tidak dapat diukur pada majlis sebegini kerana setiap rakyat yang hadir bukan hanya datang untuk BN tetapi berdasarkan komitmen terhadap PM yang merupakan ikon popular,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ada juga di antara mereka yang datang kerana BN tetapi tidak kesemuanya berniat demikian.

Katanya, bilangan kehadiran bukan petanda BN akan berjaya menakluki hati rakyat tetapi tanda-tanda positif di peringkat awal.

“Untuk mendapatkan kejayaan, kita harus bekerja lebih kuat dan tiada maknanya jika kita mengabaikan sentimen rakyat ini.

“Untuk memenangi bukan Melayu bukan mudah dan usaha harus diperkuatkan dengan kempen dan sebagainya,”katanya. -SH

"Jika Dapat 2 Budak Ni, Aku Kenakan Dia Cukup-cukup"

Ibu geram lihat gambar

GEORGETOWN: “Ini pertama kali saya tengok gambar dua budak lelaki ini. Jika dapat dua budak ini, saya kenakan depa cukup-cukup, hidup anak saya musnah kerana mereka,” kata Che Noriah Che Hat, 48, ibu kepada Suhaily Abdul Razak, 14, yang menghilangkan diri bersama rakannya, pasangan kembar berusia 14 tahun, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin sejak Aidilfitri kedua lalu.

Che Noriah dan Harlizah Damah, 44, ibu kepada pasangan kembar berkenaan mulanya tidak bercadang pergi melihat anak mereka yang hilang sejak 18 September lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hanya mahu menunggu polis membawa mereka pulang ke Kampar, Perak.

Bagaimanapun, naluri keibuan membuatkan mereka mengambil keputusan menemui anak mereka, lewat malam kelmarin di HPP.

Dua wanita itu bertolak dari Kampar kira-kira jam 7.30 malam kelmarin sebelum tiba di HPP kira-kira jam 10.30 malam dan selepas meluangkan masa bersama anak masing-masing, wanita berkenaan yang ditemani Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 12 tengah malam.

Harian Metro difahamkan, dua wanita itu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit dan akibat keletihan, mereka lebih banyak berdiam diri ketika ditemui di luar balai berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mereka melihat gambar kekasih kepada Nurulashiqin dan Suhaily, mereka mulai berang dan menyumpah dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu.

Harlizah berkata, mereka tidak mahu anak mereka menjalin sebarang hubungan dengan dua lelaki itu dan akan mempertimbangkan untuk bertemu keluarga dua lelaki berkenaan.

“Saya tidak akan membenarkan anak kembar saya menjalin hubungan dengan lelaki yang menghancurkan hidup mereka, apatah lagi membenarkan mereka mengikat tali perkahwinan dengan mereka.

“Kini, saya hanya berharap anak saya sedar dengan kesilapannya dan balik ke pangkal jalan, kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua lelaki itu dan kini menunggu hingga siasatan polis selesai.

Tiga remaja perempuan itu yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu ditemui polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, kelmarin.

Nurulashiqin dan kembarnya, Nurulain serta Suhaily ditemui di rumah itu bersama dua lelaki terbabit.

Tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kini menjalani pemeriksaan lanjut di HPP, manakala dua remaja lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut termasuk berkaitan kesalahan merogol. -hmetro foto: Bernama

Tahniah Nicol David Kerana Harumkan Nama Negara

Persembahan lima bintang Nicol

Pilihan pertama dunia Nicol David merangkul rekod kejuaraan lima kali syuash Terbuka Dunia dengan penuh bergaya di Sharm El Sheikh, Mesir semalam.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu terlalu handal buat pemain pilihan keempat Omneya Abdel Kawy dari Mesir dalam perlawanan akhir, mencatat kemenangan mudah 11-5, 11-8, 11-6 ketika mana pemain negara itu bergelut untuk memberi tentangan walaupun di depan penyokong sendiri.

Sebelum ini, Nicol telah merangkul kejuaraan Terbuka Dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.

"Saya gembira dapat memenangi kejuaraan itu buat kali kelima. Saya tidak menjangka memenanginya dengan straight set," kata Nicol yang dipetik dalam blog squashsite.co.uk.

Kejuaraan kelima beliau menyamai pencapaian pemain Australia Sarah FitzGerald, yang meraih kejayaan pada 1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002.

Kejayaan Nicol semalam merupakan kali ke 13 kemenangan ke atas Omneya dalam 14 kejohanan Persatuan Pemain-Pemain Skuash Wanita Antarabangsa (Wispa).

Nicol berada pada tahap prestasi cemerlang dalam Terbuka Dunia, memenangi kelima-lima perlawanannya tanpa menggugurkan walau satu set.

Dengan kejayaan ini, Nicol kini telah memenangi sebanyak 48 kejohanan Wispa sejak menjadi pemain profesional pada 2000. Kejayaan ini merupakan kali ke tujuh berturut-turut dalam kejohanan Wispa.



Nicol David Wins Record-Equalling Fifth World Crown In Egypt

Malaysia's Nicol David won a record-equalling fifth World Open squash title in Egypt tonight when she beat local hope Omneya Abdel Kawy in straight games in the final of the $147,000 Soho Square Women's World Open in the Egyptian Red Sea resort of Soho Square at Sharm El Sheikh.

It was the latest chapter in the illustrious 27-year-old from Penang's career which was marked earlier this month by her 50th successive month at the top of the world rankings.

The pint-sized Malaysian superstar continued the form she has shown throughout the tournament, looking supremely calm and confident, stroking the ball to all four corners and accelerating when necessary.

Abdel Kawy, the fourth seed from Cairo who became the first Egyptian ever to reach the world final, was unable to get a foothold in the match until the second game, which she led 3-0 and 6-3.

But David was unruffled, and stepped up the pace to take the game. And the third was soon effectively decided with David taking leads of 3-1 and 7-2 before closing out the match 11-5, 11-8, 11-6 after 30 minutes.

"My focus was strong throughout the tournament," said David after the successful defence of the title in which she did not drop a single game. "I really wanted this. I didn't want to let it slip."

Nicol David became the dominant force in women's world squash shortly after the retirement of Sarah Fitz-Gerald, the distinguished Australian who first notched up a fifth World Open title in 2002.

"It's amazing that I can do something that Sarah has done, because she's such a great player," concluded the new champion - now the winner of 48 WISPA World Tour titles from 63 final appearances.

Final:
[1] Nicol David (MAS) bt [4] Omneya Abdel Kawy (EGY) 11-5, 11-8, 11-6 (30m) -squashinfo



Lesen Judi Diganti Dengan Kasino Di Sabah?

Najib Mahu Bina Kasino Di Sabah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider.

Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.

"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.

Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan.

Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.

"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.

"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. -TVS


Sabah minister shoots down casino proposal

KOTA KINABALU: State Tourism, Culture and Environment Minister Masidi Manjun has vehemently shot down a proposal to build a casino in Kundasang, citing its potential adverse impact on the population.

“We should not view it solely on perceived economic benefits. We must also consider its social impact on Sabahans themselves.

"The economic benefits look rosy but the possible social cost of gambling addiction and its social by-products are equally colossal,”
he said.

He made these comments is response to the call made by Batu Sapi MP Edmund Chong Ket Wah (PBS) in urging Prime Minister Najib Tun Razak to approve a casino licence for the state to help boost its tourism industry. He made the call while debating the 10th Malaysia Plan at the Dewan Rakyat on Tuesday.

Chong proposed Kundasang as a suitable site for a casino, citing similarity in climate and environment to that of the Genting Highland during the debate.

Without mincing words, Masidi who is also Karanaan state assemblyman contended that one must not equate Kundasang with Genting, home to the country’s sole casino.

“I don’t think we can equate Kundasang with Genting. Kundasang has more than just the cool weather to lure tourists. It has Mt Kinabalu (Malaysia’s first World Heritage site) and other eco-attractions like birds watching.

"Genting would probably be just another highland without the casino but Kundasang will continue to stand tall in the tourism map even in the absence of a casino,” he said.

Naïve proposal

Blasting the proposal by Chong as naive he said: "Purely anticipating tourism dollars from having a casino is very simplistic way of looking at the issue.

"Sabah has so many tourism products that can be developed and are sustainable. All we need to do is attract investors and provide good infrastructure such as good roads and steady electricity supply.

"We should look beyond our life time to plan and develop the tourism industry in Sabah and avoid a quick-fix strategy which we may regret later.

"Sabahans should learn to be innovators and creators of our own brand of service products and not merely become senseless imitators of others,"
he cautioned.

He also noted that while the Genting casino was built on empty highland, Kundasang, is "overwhelmingly populated by Muslims and the government would need to take into consideration the sensitivity and social norms of the locals."

Chong had contended that the government had already allowed Sabah to be a gambling centre by issuing 44 jackpot licences and authorising the use of 425 jackpot machines. He said that if all 425 jackpot machines were placed in one building, it would already be a casino.

He also argued that in the case of the Genting casino, a host of economic activities that had developed around it had added to the billions of ringgit the gaming facility had encouraged. This, he said, would be the same for Kundasang.

He said Najib should consider it before Singapore establishes itself as the main tourism destination in the region with its three casinos, namely the Marina Bay Sands Casino built at the cost of US$5.5billion, Resort World Sentosa (US$4.7billion) and Crown Resorts Casino. -FMT


Polis Siasat Kemungkinan Sosilawati Juga Dirogol

Pembunuhan Kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma

Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati. -BH

Semua Suspek Disaman RM2Oj Oleh Keluarga Mangsa

Pembunuhan kejam Sosilawati: Semua suspek disaman RM20j

KUALA LUMPUR: Waris jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dibunuh secara kejam di Banting, 30 Ogos lalu akan memfailkan saman RM20 juta terhadap semua suspek kes itu.

Peguam Kamaruddin Ahmad daripada Tetuan Kamaruddin & Partners berkata, tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak yang masih kecil serta hilang tempat bergantung. Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk. Justeru, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi untuk satu tempoh yang lama, katanya kepada Berita Harian.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang sebelum dibunuh secara kejam di Tanjung Sepat, Banting selepas menemui seorang peguam yang juga rakan kongsinya.

Turut dibunuh pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Bukit Aman mengesahkan semua mangsa dilaporkan dipukul hingga mati, kemudian diikat dan ditikam berkali-kali sebelum mayat dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Kamaruddin berkata, tuntutan saman itu akan difailkan plaintif termasuk ibu bapa, dua isteri serta 12 anak semua mangsa, termasuk yang masih kecil dan belum bersekolah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956, katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya sudah berbincang secara tidak rasmi dengan ahli keluarga semua mangsa termasuk rakan kongsinya yang juga Pengurus Kamaruddin & Partners cawangan Putrajaya, Ahmad Kamil Abd Karim dan perbincangan selanjutnya akan diadakan di pejabatnya hari ini.

Kita berharap pihak berkuasa termasuk polis akan mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang suspek utama menyorok atau memindahkan harta seperti kereta mewah milik mereka yang dilaporkan media, katanya.

Kelmarin, Kamaruddin berkata, firma guamannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada ahli keluarga empat mangsa bagi memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap suspek kes itu bagi menuntut hak mereka yang kehilangan tempat bergantung.

Beliau berkata, proses memfailkan saman itu akan dibuat selepas semua suspek didakwa di mahkamah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956.

Kita akan tunggu pendakwaan di mahkamah terlebih dulu, selepas itu baru kita tahu tuntutan itu dikemukakan kepada berapa suspek kerana ketika ini kita tidak tahu berapa ramai yang akan didakwa.

Jumlah keseluruhan tuntutan ganti rugi yang akan difailkan nanti juga bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan keluarga mangsa, katanya. -BH

Peguam Yang Membela Suspek Kes Sosilawati

IInilah peguam yang bakal membela suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang lain. Kita berdoa kepada Allah agar pasukan yang membela kebathilan akan tewas dan tumpas.

Gambar: TIGA peguam bela suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati, V. P. Vijandran (tengah) bersama dua lagi peguam, Puspha Ratnam (kiri) dan Ravi Nekoo hadir ke IPK KL untuk bertemu dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. foto: UM

Baca Laporan Malaysia-Instinct di bawah :

Peguam, Ravi Nekoo hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik mewakili dua beradik yang kini berada dalam tahanan reman berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pelantikan itu dibuat oleh keluarga dua beradik tersebut pada 12 September lalu dan satu pasukan pembelaan juga telah ditubuhkan bagi mewakili kedua-dua suspek terbabit yang juga merupakan peguam.

Pengesahan tersebut dimaklumkan kepada media melalui satu kenyataan akhbar yang dihantar melalui e-mel. Ravi dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil.

Beliau merupakan salah seorang peguam pemerhati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu prosiding Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung klip video perbualan peguam Datuk V.K. Lingam yang dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini, dua tahun lalu.

Beliau turut terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan anak antara S. Shamala dan Dr. Muhammad Ridzwan Mogarajah serta peguam pemerhati bagi pihak Daphne Iking dalam kes seorang ahli perniagaan yang didakwa cuba memikat pengacara terbabit ketika masih isteri orang.

Menurut kenyataan akhbar itu juga, peguam terbabit melahirkan rasa tidak puas hati dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah yang didakwa tidak memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan anak-anak guamnya.

”Kami telah menghantar surat bertarikh 14 September lalu kepada Ketua JSJKL agar diberikan peluang untuk bertemu dengan anak guam kami. Bagaimanapun tiada maklum balas diterima,” ujarnya. Selain itu, Ravi mendakwa, pihak polis gagal memaklumkan kepada mereka mengenai lanjutan tahanan reman terhadap anak-anak guam mereka dan hanya mengetahuinya melalui akhbar. Disebabkan kegagalan tersebut, peguam itu menyatakan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Polis Negara dan timbalannya bagi memohon akses untuk bertemu dengan dua beradik itu.

Pada 18 September lalu, Majistret Mohd. Azeli Ibrahim membenarkan lanjutan reman terhadap seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar Datuk, adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan bakar itu. Perintah reman yang dikeluarkan di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 25 September ini. Suspek utama itu dan adiknya yang juga seorang peguam ditahan polis pada 9 September lalu di Banting manakala enam lagi suspek ditahan pada keesokkan hari iaitu 10 September lalu. -TVS

Kes Sosilawati: DNA 8 Suspek Diambil Di HKL

Lapan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain hari ini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Gambar: SEBAHAGIAN daripada lapan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya diiringi anggota polis selepas menjalani ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur, Rabu. - Foto BERNAMA

Kesemua mereka tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira jam 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiringi dua kereta peronda polis. Mereka yang dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil itu kemudian memasuki sebuah bilik dipercayai bagi mendapatkan sampel DNA berhubung kes terbabit. Tujuh daripada mereka dilihat memakai pakaian lokap berwarna oren manakala seorang lagi memakai pakaian lokap berwarna ungu.

Kesemua mereka kemudian dilihat keluar dari perkarangan terbabit kira-kira jam 5 petang dan dikawal ketat anggota polis yang mengiringi mereka sebelum meninggalkan hospital itu.

Media cetak dan elektronik yang berkumpul di perkarangan hospital terbabit turut ditemani ratusan orang awam termasuk doktor, jururawat dan pesakit yang tidak melepaskan peluang melihat kehadiran suspek.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menerusi laman web sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, polis sudah menerima kembali kertas siasatan kes terbabit yang dipulangkan Pejabat Peguam Negara semalam.

"Proses terbabit adalah prosedur biasa bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama