10 Sep 2010

Bakar Al-Quran: Kiamat Semakin Hampir

Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjid

Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

“Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran,” kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

“Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

“Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

“Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian,” kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau “berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau.”

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

“Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi,” kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

“Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran,” kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

“Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa,” kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. -TMI


Nik Aziz Sifatkan Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. - BERNAMA


Ulasan GB

Sebagai seorang umat Islam memang saya tersentak mendapat tahu adanya pihak yang merancang untuk membakar AL-Quran.

Dan rancangan itu dibatalkan.

Seandainya ianya diteruskan, umat Islam mungkin bangun untuk bertindak balas di dalam cara yang lain. Ia terus-terusan bakal menimbulkan pertelagahan agama Kristian-Islam yang tiada berkesudahan.

Itu pendirian sebahagian besar umat Islam. Mempertahankan agamanya.

Bagi GB pula, GB tetap yakin dengan firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Hijr -ayat 9: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan Kamilah yang akan menjaganya".

Bahawa yang ditentang oleh mereka bukanlah umat Islam tetapi yang ditentangnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dan kita yang yakin denga firmanNya meyakini juga janjiNya akan pertahankan Al-Quran itu, yang sejak diturunkan sehingga kini tidak ada sebatang alif pun berubah, apatah lagi jika mahu dibakar atau dihapuskan Al-Quran itu.

Jika berlaku juga pembakaran yang tak dapat dihalang oleh umat Islam, itu petanda hampir masa untuk berakhirnya alam dunia yang kita tinggal ini - namanya kiamat.

Kiamat itu memang sudah hampir. Banyak petunjuk dari Tuhan. Malah orang barat sendiri mengakui kiamat semakin hampir. Filem 2012 arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang perut bumi yang semakin panas dan tidak stabil yang menyebabkannya ledakan gunung berapi dan gempabumi berterusan yang menunggu masa untuk alam dunia ini musnah seluruhnya.

Akhbar Media Arus Perdana Di ambang Kebangkrapan. Teruskan Boikot

Akhbar-akhbar Malaysia kini sedang mengalami kejatuhan di dalam edarannya apabila pembaca beralih kepada Internet untuk berita-berita terkini dan kisah skandal mirip tabloid untuk bacaan hiburan dan sensasi mereka.

Edaran akhbar arus perdana — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia dan Berita Harian — telah merudum sejak lima tahun belakangan ini, malah di dalam beberapa kes begitu dramatik sekali. Hanya satu akhbar terkecuali iaitu akhbar harian Cina Sin Chew yang memperlihatkan peningkatan.

Angka-angka dari Audit Bureau of Circulations (ABC) menunjukkan dalam masa 2005 ke 2009, edaran The Star jatuh dari 310,000 ke 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times dari 139,000 ke 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia dari 213,000 ke 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian dari 204,000 ke 155,000 (-24 peratus).

Walau bagaimana pun Sin Chew, menyaksikan lompatan dari 324,000 ke 382,000 (+18 peratus).

Arah-aliran menurun ini berterusan untuk tahun ini dengan edaran NST menjunam bawah 100,000 naskah beberapa hari sebelum ini.

Selain dari kejatuhan di dalam edaran, akhbar arus perdana juga tidak dapat dijual banyak di luar Lembah Klang, sehingga menjurus persoalan samada mereka upaya untuk mempengaruhi pendapat orang awam sepertimana yang diharapkan oleh Barisan Nasional (BN).

The Malaysian Insider difahamkan editor-editor kanan akhbar ingin memberikan pandangan alternatif dan pembangkang lebih luas dengan kawalan ketat dari Putrajaya dan Umno tetap berterusan.

Kombinasi perubahan citarasa dengan ledakan persaingan Internet telah menyebabkan kejatuhan ini.

Ramai pembaca korporat telah beralih membaca akhbar online dan mengurangkan langganan untuk pejabat mereka.

Masyarakat awam pula dilihat begitu bosan dengan darama politik dengan pendapat bahawa media arus perdana begitu dikawal oleh kerajaan dan dilihat menapis berita-berita yang disiarkan.

Satu kajian dari pihak bebas, Merdeka Center menemukan 54 peratus Melayu dan 55 peratus Cina tidak percaya dengan laporan dari media arus perdana.

Pelajar-pelajar kolej pula, samada tidak yakin dengan media arus perdana atau mengabaikannya terus, lebih suka mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. -petikan dati TMI Terjemahan bebas GB.

Ulasan GB

Demikian episod terkini dan kita yakin edaran media arus perdana ini akan terus merudum sehingga akhirnya mereka gulung tikar!

Terlalu membiarkan diri mereka menjadi lembu-lembu UMNO BN yang sedang menghampiri kepupusan itu ditambahi pula dengan ledakan internet yang mungkin disekat, pembaca yang kini berminda global tidaklah mudah untuk diperbodohkan oleh media-media arus perdana ini.

Kita yakin para pengiklan yang masih mempercayai akhbar media arus perdana kini, akan beransur-ansur beralih membelanjakan bahagian pengiklanan mereka untuk akhbar alternatif dan seterusnya menghentikan pembaziran mereka di perbelanjaan peingiklanan di media arus perdana. Sehingga akan sampai di satu ketika rakyat juga akan memboikot para pengiklan yang mengiklankan produk mereka di media arus perdana.

Selain daripada akhbar, media eletronik seperti radio dan TV dari arus perdana juga akan menerima kesan yang sama dimana penonton TV1, TV2, dan TV-TV kepunyaan Media Prima akan beralih kepada stesyen-stesyen luar negara serta menonton berita-berita dari internet seperti Al-Jazeera dan lain-lain.

Rakyat Malaysia telah berubah, lebih berilmu dan globalisasi, cuma UMNO BN dengan konco dan pencacai mereka masih tinggal di dalam gua.

Lucu: Bila Gambar Berbicara Senada Dan Seirama

Bila gambar berbicara senada dan seirama....

Lambat lagi jatuh BN ni. Panjang ni lagi. Aik PM. Tak sampai sejengkal ke?


Aku tak kisah. Aku taknak turun. Biar kalah kat SIBU pun. Boleh tahan lagi. Panjang ni lagi hah.


A'ah. Boleh tahan lagi. Kalau kail panjang sejengkal. Lautan dalam jangan diduga. uhuukkss.


Auw. Sempat lagi. Aku baru pegang naib presiden. tapi tak cukup sejengkal ni. Sempat tak?


Relax. Boleh tahan lagi. Takkan tak sempat jadi PM. Sekejap cukuplahh.


Ish dang lagi. Bertahan. Terus bertahan. Paling kurang dang reboh Mat Said jadilah.


Helo brother. Jangan khoyal banyok sangat. Dok dang doh ni . Tinggal skat ni doh. Pr- 13 mapuh


Hoh. Orang dok caye doh ke BN. Umur pendek doh


Betul tu. Betul tu. Singkat doh nyawa tu


Ceh. Dok syok gitu lah tu. Rakyat dok berahi belaka doh ke mung. Rasuah pun orang dok pakoh jugok. P'raye umum kekgi mampuh lah lagu ni.


aku panggil dulu nok royak hok nilah. Setakat ni je. Mung dok sibuk caye ke APCO.


Jangan bimbang. Abang him ada. Panjang lagi masa. Dang kita perkasa kan lagi.


Tutup kun doh. Brahim mung nok lompat mane lagi. Rapat jip dah ni. Tenggelam doh kapal ni.


Hah! hah! hah! mung khianat sgt kat ku. Sampai masa doh. Giliran mu pulok. Pong!!!!


Apa pandangan Tok Guru Presiden? Hah! Setakat ni je. Nyawa2 ikang.


Pandangan Tok Guru? Ambo raso supo ja. Takat ni. Bleh gali liang doh siap2.


Saya sependapat. Setakat ini saja lagi tinggal nyawa UMNO-BN ni


Aik. Cik Lim. makin singkat pe. Rakyat dah meluat maa..


Wan Azizah. Bersabar dik. Habis dah UMNO-BN. Mereka dah takde chance


Yes! Sudah sampai ajal kamu.


Sememangnya kezaliman tiada masa depan.


I rasa pun macam tu jugak. Giliran PR pulak


Habis macamana Tok Guru? Oooo kito tolak UMNO-BN tepilah. Giliran Kitolah pulok


Datuk Seri. Kalau dia main tipu macamana? Haiyakkk! Kita ada strategiii.


Itu macam ke? alamak! susahlah


Jangan libatkan aku. Nasib ko lah labu! Aku nak pindah Australia. bagi kat depalah memerintah.


Boleh masuk Pas semula ka?


Hancussssssss... oak alohhh... setakok je lagi... uwaaaa


Hi HI Bye Bye.... semua aku kecewa kerja kami digangu pihak ketiga...ha ha ha dah pencen baru kecewa ....



terima kasih kepada pemilik dan pengumpul tulisan dan gambar-gambar di atas. GB rembat entah dari mana...



Malaysia Negara Saman?

Bersempena dengan musim kita semua ramai yang balik kampung beraya, ada baiknya semua berhati-hati di sepanjang perjalanan. Bacalah doa sebelum berlepas/turun dari rumah untuk ke kenderaan dan baca Basmalah bila masuk kenderaan diikuti dengan doa manaiki kenderaan. Bagi yang menaiki pesawat terbang (apa jenis sekali pun-murah, mahal, kelas ekonomi/business), harap tak lupa juga berdoa seperti menaiki kereta. Dalam perjalanan pula tidaklah dilalaikan dengan percakapan kosong (lagha) dan bercerita sampai lupa kepada Allah. Sebaiknya berzikir dan baca al-Quran, sesuai dengan amalan Ramadhan. Semoga perjalanan anda sekalian bergerak dengan rahmat Allah SWT.

Sambil-sambil itu, ingatlah setiap perjalanan kita ni akan diawasi dan dicatit sentiasa oleh Malaikat. Amat tidak disenangi, bila ada polis trafik turut memerhati kita. Paling tidak suka juga, bila polis itu sekat dan beri notis saman. Mungkin paling mengejutkan bila ada singal, ada speed track (saman ekor di selekoh depan). Maka, sebelum pulang tu, ambillah masa sikit baca ANALISIS di bawahuntuk dijadikan imbauan dan peringatan.


Kisah saman-menyaman

Kisah saman menyaman hangat diperkatakan kebelakangan ini. Mungkin ia hangat ekoran daripada tindakan Kerajaan Barisan Nasional menguatkuasakan “senarai hitam” kes-kes saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Paling hangat lagi, apabila mangsa yang disaman dan tersenarai dalam senarai hitam pihak PDRM itu berhadapan dengan tamat cukai jalan dan dihalang memperbaharuinya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia berlaku kerana sudah dilakukan hubungan maklumat mana-mana kenderaan yang disenarai hitam oleh PDRM, maka akan ‘terkunci’ peluang memperbaharui cukai jalan di JPJ.

Akibatnya ramai pemilik kenderaan yang ‘terkena’ senarai hitam naik berang, merungut malah menyumpah pihak berkuasa, hatta pemimpin Barisan Nasional. Lalu muncul pula beberapa kerat pemilik kenderaan yang tidak dapat menerima hakikat tindakan PDRM itu. Mereka itu sanggup membawa perkara itu ke mahkamah––mahu saman balik pihak PDRM dan JPJ––kerana menganggapnya tidak adil dan bercanggah dengan peraturan yang ada.

Sampai satu peringkat pihak PAS melalui Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar telah menawar khidmat untuk membuat “move” para pemilik kenderaan yang terlibat agar tampil bersatu untuk mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional menarik balik tindakan saman ekor itu. Move itu kemudian dilaksanakan oleh Pemuda PAS Pusat dengan melancarkan kempen tanda tangan online membantah saman ekor. Walhasilnya, pihak JPJ terpaksa berhubungan semula dengan PDRM, kerana sudah ramai kenderaan yang tamat cukai jalan tetapi pemiliknya enggan membayar cukai jalan baru. Kini JPJ sudah merosot pendapatannya. Seiringan itu, pihak PDRM tidak kurang juga ternganga, bila mana ada pemilik yang disaman ekor sudah tegar dan berkeras tidak mahu membayar. Mereka itu adalah antara yang bersetuju dengan saranan move oleh Mahfuz Omar. Akhirnya, move itu sudah menampakkan hasil apabila pihak Kerajaan Barisan Nasional yang mengimpikan rakyat membayar saman ekor sudah membuat keputusan menangguhkan penguatkuasaan senarai hitam itu.

Perkembangan terbaru (mulai 1 September 2010) saman ekor telah ditarik balik tindakan senarai hitam dan mereka terlibat boleh membayar secara ansuran sehingga 28 Mac 2011. Mulai 1 Mac 2011 mereka yang tidak membuat pembayaran akan disenarai hitam sekali lagi malah mereka juga dilarang membuat bayaran secara berkala. Maka saman ekor sudah tidak mengerunkan orang yang menjadi mangsa saman. Malah mereka sedia menyaman balik Kerajaan Barisan Nasional!

Saman Felda

Bulan lepas Kementerian Dalam Negeri gagal meperbaharui permit penerbitan Suara KeADILan kerana antara lain tidak berpuas hati dengan penyiaran berita yang dikatakan memfitnah Felda atas dakwaan ‘bangkrap.’ Ia tidak berhenti di situ, kerana pihak Felda melalui Ketua Penerangan Umno telah bertindak menyaman parti KeADILan atas isu ‘Felda bangkrap’ yang disiarkan muka depan Suara KeADILan. Berlakulah saman fitnah dengan pengiraan kos dituntut supaya KeADILan membayar sebanyak RM200 juta. Saman Felda tetap menjadi realiti, namun parti KeADILan terus bersuara atas isu Felda bangkrap. Meskipun, Suara KeADILan sudah tamat permitnya, namun pemimpin KeADILan tetap boleh bersuara. Parti itu melalui pemimpinnya ‘sanggup’ berdepan dengan saman RM200 juta. Mereka terus bersuara mempertahankan dakwaan ‘bangkrap’ itu dengan laras bahasa berbeza. Pemimpinnya, Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pemuda, Shmasul Akmal terus mendedahkan Felda yang sudah tenat.

Sekadar ingatan, sebelum ini Felda telah disaman oleh masyarakat peneroka Kemahang kerana membeli buah sawit secara menipu. Pihak peneroka menang dan fakta kes penipuan itu telah dijaja di seluruh Negara. Malah peguam, Wan Rahimi yang memenangkan kes itu telah menjaja ke segenap ceruk masyarakat Felda betapa ada penipuan itu. Terbaru, mahkmamah Rayuan sekali lagi tidak menyebelahi Felda dan mengekalkan perintah membayar RM11 juta kepada peneroka Kemahang yang pernah ditipu sebelumnya.

Kononnya, cerita penipuan itu tidak tamat di Kemahang sahaja. Malah pihak Pengerusi Anak, Mazlan Aliman turut mendedahkan 22 penyelewengan dan salah urus pihak Felda di dalam projek dan tugasannya. Kelantangan Mazlan, membuatkan Felda hilang sabar. Sampai peringkat berlaku cabar-mencabar mahu berdebat antara Mazlan dengan Ahmad Maslan. Kedua-dua dari Johor itu sudah bersidang media di parlimen dan bersetuju berdebat. Tetapi kesungguhan berdebat itu tidak disambut RTM. Tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek satu ketika dulu yang jadi berdebat atas isu harga petrol. Mungkin RTM dulu lain, sekarang lain. RTM sekarang dipengaruhi Datuk Seri Utama Rais Yatim hanya suka meraih publisiti peribadi, tetapi tidak suka membuat publisiti untuk menteri lain.

Mazlan saman Felda

Berikutan kesungguhan Mazlan mendedahkan penyelwengan Felda kepada masyarakat peneroka, maka bulan Mac lalu beiau dicekup polis, direman dan ditahan serta disoal siasat. Hanya atas kes tindakan seorang PDRM berpangkat inspektor bertindak kononnya atas lunas undang-undang dengan menuduh Mazlan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau, Pahang. Mungkin Mazlan baru terpikir, kerana pada awal Ogos baru tindakan saman dibuat di Temerloh. Peguam yang mewakilinya adalah hero peneroka Kemahang, Wan Rahimi. Beliau telah menyaman pihak terbabit dan menuntut bayaran ‘kerugian’ akibat ditahan PDRM itu sebanyak RM20 juta. Jelaslah isu saman menyaman sudah jadi budaya dan ‘orang’ nampaknya tidak takut lagi kepada saman dan suka pula untuk menyaman balas. Mazlan adalah ‘orangnya’ yang turut pandai saman balas. Kesannya, pihak mahkamah dan peguam pula yang terpaksa pikul beban yang sudah banyak terbeban kerana terlalu banyak kes tertangguh.

Isu saman Felda itu tidak tamat di situ sahaja. Satu lagi saman dikemukakan pada 9 Ogos 2010 oleh sekumpulan 766 orang peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias Negri Sembilan. Asas saman atas dakwaan Felda menipu gred buah sawit mereka. Saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban (Malaysianinsider, 9 Ogos 2010). Menurut peguam yang mewakili peneroka, Sivarasa Rasiah, selama ini Felda telah melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka-peneroka di kedua-dua rancangan Felda tersebut.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

Saman royalti minyak

Muka depan akhbar Sinar Harian (edaran Kelantan, 26 Ogos 2010) mempamerkan wajah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dengan tajuk “Jumpa di mahkamah” yang menyentuh keputusan mesyuarat majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada Rabu, 25 Ogos bersetuju meneruskan saman terhadap Petronas Writ saman dicadang dikemukakan pada Isnin (30 Ogos) di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tujuan saman adalah bagi menuntut royalti minyak seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Ekoran itu pada Isnin 30 Ogos 2010, tindakan saman itu telah menjadi realiti dan sah Petronas sebagai pihak yang saman kerana dikatakan tidak mematuhi butiran perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kesan daripada saman itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (Harakahdaily, 2 September 2010) melihat ia sudah menjadi ketakutan kepada pemimpin BN. Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Sinar Harian, 2 September) yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara. Sudah nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah. Sewajarnya, Peguam Negara menjadi saksi penting di mahkamah nanti. Apa pun tunggu keputusan pengadilan yang mungkin memberi harapan baru kepada rakyat Kelantan.

Semoga perhimpunan solat hajat (28 Januari 2010) di Stadium Sultan Muhammad IV yang menghimpunkan puluhan ribu rakyat bakal menjadi realiti. Apa yang utama, sokongan rakyat telah menolak tindakan mempolitikkan wang hasil minyak apabila angkara pemimpin BN menukarnya kepada wang ehsan. Maka, tindakan dan usaha serta perjuangan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedang bergerak dilandasan yang betul demi maruah dan harta rakyat Kelantan. Justeru sepakat kita menolak gerakan politik songsang pemimpin BN itu yang sudah tergelincir daripada kehendak dan aspirasi rakyat.

Khatib mahu saman

Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Samannya berasaskan tidak puas hati dengan pihak berkenaan yang memutar belitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang. Malah terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi khatib itu yang seolah-olah jahil di dalam agama Islam ekoran kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai. Sasaran samannya adalah dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang dikenalpasti sebagai memutar beli berita mengenainya.

Antara individu yang paling awal membangkitkan isu doa dalam khutbah ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Diikuti oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut. Sementara televisyen yang begitu ghairah mensensasikan cerita doa dalam khutbah pula mungkin televisyen milik pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, peristiwa ahi parlimen Sepang (22 Ogos lalu) belum ada pihak yang ingin menyaman ekoran tindakannya memasuki Surau al-Huda, Kajang tanpa tutup aurat. Jika ada pihak yang ingin menyaman, mungkin banyak sangat peristiwa sebegitu boleh disaman. Ini kerana ekoran kebelakangan ini sudah banyak pendedahan dibuat mengenai tindakan yang serupa, termasuk melibatkan isteri orang kenamaan.

Saman penyelesai?

Justeru itu, apakah saman menyaman itu boleh menguraikan segala kekusutan, kecacatan dan kebobrokan semacam apa yang berlaku antara KeADILan dengan KDN, peneroka dengan Felda, Mazlan dengan Ahmad Maslan, PDRM-JPJ dengan pemilik kenderaan ‘senarai hitam’ atau antara mahkamah dengan peguam serta antara khatib dengan media?

Mungkin kata kunci untuk menyelesaikan kesemuanya itu adalah keadilan. Persoalannya di manakah keadilan itu? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui, tetapi rakyat di negara ini sudah menunggu untuk menjawabnya. Mungkinkah, salah satu petunjuk protes rakyat terhadap saman menyaman itu adalah perubahan kuasa dalam pilihan raya umum (PRU) 13? Maksudnya PRU13 nanti, mungkinkah parti Mazlan atau parti Ahmad Maslan yang akan dipangkah rakyat. Ataukah dacing terus berkuasa? Perdana Menteri ada jawapannya, kerana tarikh membubar parlimen ada padanya dan SPR sedia menetapkan waktu untuk rakyat memangkah nanti.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.