17 Ogo 2010

Peneroka Felda Dibuli Oleh UMNO

Selamat membuli peneroka, Mr Prime Minister – Mohd Hanipa Maidin

Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda, peneroka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut (lihat The Star 14/8/2010 ).

Bagi kita Pas, segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti .

Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini?

Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka.

Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja – namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan.


Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimpin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman. Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran.

Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda (selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri.

Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula.

Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula.

Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001, Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar.

Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain.

Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar. Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka.

Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB – Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB – Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB – Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula.

Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling – Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga.

Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan.

Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda.

Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka.

Mereka yang tanam semula melalui Felda, meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah (baca riba) yang mana kadar itu boleh diubah dari semsa ke semasa.

Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang.

Untuk Najib – selamat membuli para peneroka !!!

Kerana Polis Tidak Hentikan Kezaliman, Rakyat Tak Akan Beri Mereka Peluang Lagi

Perhimpunan Bersih: Mangsa keganasan FRU saman RM2juta

KUALA LUMPUR: Mangsa keganasan unit simpanan persekutuan (FRU) polis semasa perhimpunan Bersih 2007 hari ini memfailkan writ saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia sebanyak RM2juta di Mahkamah Tinggi disini.

Aleyasak Hamid@Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur (pada ketika itu) DCP Zul Hasnan Najib Baharudin sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi (pada ketika itu) Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman sebagai defendan kedua, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (defendan ketiga), dan kerajaan Malaysia (defendan keempat).

Plaintif yang menyertai perhimpunan Bersih sebagai orang awam itu mengalami kecederaan patah kaki kiri akibat diserang, dipijak, disepak, dan ditolak oleh FRU berkali-kali dengan kuat serta dimaki tanpa sebab yang munasabah ketika cuba beredar semasa berhimpun di Jalan Tun Perak, disini.

Akibat kecederaan itu, beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM1juta, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM1juta, ganti rugi khas, dan faedah atas jumlah gantirugi sebanyak 8% dari tarikh writ saman difailkan hingga penghakiman.

Beliau juga menuntut faedah sebayak 8% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian, kos, relief selanjutnya dan yang lain sebagaimana yang difikirkan wajar.

Saman itu difailkan oleh Tetuan Daim&Gamany di pejabat pendaftar disini pada pukul 3.15 petang tadi.

Aleyasak diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Murnie Hidayah Anuar.

Aleyasak, peniaga dan bapa kepada dua anak dan ketika kejadian menyertai perhimpunan Bersih yang menuntut agar sistem pilihanraya negara dirombak untuk menjadi lebih telus dan adil.

Semasa anggota FRU cuba menyuraikan orang awam, keadaan menjadi kecoh dan plaintif cuba beredar dan mengelak daripada dirempuh oleh FRU yang meluru ke arah orang awam.

Namun beliau terjatuh akibat rempuhan dan beliau kemudiannya dipijak dan disepak berkali-kali dibahagian lutut dan rusuk kanan dengan kuat serta dimaki dengan kata-kata kesat oleh FRU.

"Saya merayu agar tidak dipukul, namun tidak diendahkan. Mereka angkat saya dengan kasar ke trak, walaupun kaki dah patah polis tanpa simpati membiarkan saya sahaja kesakitan dalam trak yang dipenuhi tahanan penyokong sebelum dibawa ke IPKKL dan HKL untuk dirawat," katanya ketika ditemui pemberita.

Disebabkan kecederaan itu, beliau terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan rawatan susulan sehingga kini sehingga menyukarkannya membuat aktiviti seharian secara normal.

"Sekarang saya tidak boleh lari, tak boleh buat kerja berat, dan bergerak aktif.

"Oleh itu saya mengemukakan saman ini untuk menuntut keadilan kerana atas kekejaman polis terhadap saya kerana saya ingat polis selama ini melindungi rakyat.

"Saya bukan masuk dalam kumpulan itu malah tidak memakai baju kuning, saya hanya orang awam yang memerhatikan sahaja.

"Saya tak sangka dilayan sebegini oleh polis. Saya ingatkan Malyasia sebagai negara demokrasi ada hak untuk berhimpun secara aman tanpa mengganggu ketenteraman orang awam yang lain," katanya. -FMT


PAS hantar 2 memo keganasan Polis kepada Suhakam

Peserta Felcra PAS Perak dan Johor yang diwakili oleh Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS, Mazlan Aliman hari ini menghantar memoramdum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap keganasan dan gangguan polis dalam majlis himpunan warga Felcra.

Wakil peserta Felcra Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, penyampaian memorandum kepada suhakam adalah untuk meminta bantuan bagi mendapat penjelasan dari pihak polis berkaitan tindakan anggotanya menggunakan kekerasan kepada peserta Felcra ketika hadir ceramah di Johor dan Perak.

"Kita hari ini menghantar dua memorandum kepada Suhakam iaitu satu mewakili Felcra Johor dan Satu lagi Mewakili Felcra Perak untuk membawa isu ini kemuka pengadilan mengenai keganasan polis terhadap orang awam.

"Kita harap bantuan suhakam ini akan mendapat penjelasan penuh dari pihak polis yang telah menangkap beberapa ahli jawatankuasa peserta Felcara tanpa menyatakan sebab,"katanya.

Mazlan mewakili Felcra Perak berkata, setiap ceramah yang dilakukan oleh Felcra mendapat permit kelulusan dari pihak polis tetapi dengan sengajanya pihak polis mencerobohi lokasi ceramah dan menghalau orang ramai tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Memorandum ini terkandung segala perincian tentang himpunan yang dijalankan untuk menunjukkan bahawa gangguan polis adalah tidak berasaskan dan keterlaluan melalui gambar-gambar yang dipaparkan sebagai bukti.

"Saya amat berharap agar pihak Suhakam dapat menyiasat dengan telus demi menjamin keadilan kerana peserta Felcra kerana setiap perhimpunan telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan sebelum ianya dianjurkan," katanya bersama-sama 50 warga Felcra yang lain untuk menyampaikan memorandum tersebut di ibu pejabat Suhakam hari ini.

Himpunan warga Felcra diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lepas bertujuan untuk mengumpul isu-isu dan masalah peneroka serta memberi penjelasan dan kesedaran tentang hak-hak peneroka melalui saluran undang-undang.

Pesuruhjaya Suhakam Siva Subramaniam ketika menerima memorandum pula berkata, memorandum itu akan dibawa ke mesyuarat suruhanjaya itu untuk tindakan selanjutnya.

"Kita akan meneliti semula memorandum ini untuk dibincangkan bersama pihak berkaitan dalam mencapai persefahaman diantara peserta Felcra dan juga pihak berkuasa.

"Perkara ini perlu kerjasama dari kedua-dua pihak bagi segera diselesaikan supaya ianya tidak akan berulang kembali,"katanya.

Pada 31 Julai lalu dikawasan Batu Pahat, pihak polis telah menceroboh ceramah Himpunan Warga Felcra Johor dengan menangkap beberapa peserta Felcra menggunakan kekerasan.

Di Perak pula, Himpunan Felcra Bandar Seberang Perak .Changkat Lada turut dicerobohi oleh polis menggunakan kekerasan walaupun himpunan tersebut mendapat permit. -FMT


Selamat Datang Pornthip

Pornthip tiba diselubungi kerahsiaan, kawalan ketat

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinanTeoh mati akibat dibunuh.

Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan beha siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu.

Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada behah siasat itu.

Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian.

Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri.

Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya.

Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen. -MK

Ulasan GB

Rakyat menunggu penuh debar untuk mengikuti inkues kematian Teoh Beng Hock esok. Dr Pornthip akan memberikan keterangan.

Rakyat sebelum ini dihidangkan dengan laporan dari ahli patologi kerajaan. Kesemua keterangan mereka seperti sudah diskripkan terlebih awal. Kerana tidak ada keterangan yang benar-benar meyakinkan untuk membuktikan Teoh terjun dari bangunan kecuali andaian-andaian dari premis yang dangkal dan tidak betul.

Ahli patologi tempatan, seingat GB setahun yang lalu, tidak pernah takut untuk menipu di bulan Ramadhan. Dengan bersahaja beliau memberikan keterangan palsu untuk membodohkan rakyat kononnya Teoh terjun dari bangunan. Bila ditanya kesan kasut seperti diseret, beliau memberikan alasan yang tidak logik, kesan seretan samasa jatuh menjadikan ia demikian.

Kini teori terjun nak diperkuatkan dengan kononnya ada surat terakhir dari Teoh. Peguam Negara yang sudah gila babi merekacipta skrip untuk menipu kini akan merasakan sendiri bahana penipuannya. Kau ada skandal rupanya. Informer untuk Pakatan Rakyat ramai. Dari kakitangan hotel, bank, kapalterbang, malah di mana-mana ada rakyat yang tetap berdiri dengan kebenaran... mengisahkan perlakuan jahat pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik UMNO BN ini.

Now, pray to God, may truth prevails and the real culprit who had killed Teoh be brought to justice and the eternal truth of righteousness triumphing over evil.

Polis Biadab Memang Ramai Di Negara Ini

Jurugambar ditampar ASP

SEORANG Krew Sabahkini.net, Mohammad Hafiz Jamail, 26, yang sedang bertugas merakamkan gambar hadirin di Ruang Legar Mahkamah Majistret Sandakan, tiba-tiba diserang seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang datang ke arahnya dan menampar kamera yang digunakannya sehingga terkena pipi dan muka; tanpa memberikan sebarang amaran terlebih dahulu.

Menurut Hafiz, beliau terkejut dengan aksi pegawai polis berkenaan yang bertindak samseng mengganggu tugas wartawan sedangkan sewajarnya pegawai polis harus berdiri tegak mempamerkan pangkat dan tag nama ketika digambar wartawan.

“Saya sudah rakam lebih 15,000 gambar polis di seluruh negara, termasuk Ketua Polis Negara, tapi inilah pertama kali polis bertindak kasar dan melampiaskan dendam kepada jurugambar dan wartawan seperti saya,” ujar Hafiz yang mengakui pegawai polis berkenaan, ASP Tan Hiap Wah menyimpan dendam akibat ditukar daripada Balai Polis Kunak setelah dihujani dengan laporan demi laporan yang ditulis Hafiz berhubung insiden Tingkayu Gate.

Tegas Hafiz, jika ASP Tan ada masalah dengannya hendaklah menurut saluran undang-undang dan jangan meletakkan hukuman di tangan sendiri dan mengguna pakai ‘Hukum Rimba’ di Kunak dengan menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap tanpa bukti yang melampaui keraguan munasabah.

“Jika dia rasa tulisan saya mencemar nama baiknya, sila saman saya. Saya akan buktikan di mahkamah siapa sebenarnya ASP Tan Hiap Wah; bukan dengan memukul kamera atau mengugut saya,” ujar Hafiz yang mengakui tidak gentar menghadapi pegawai polis yang tidak beretika seperti ASP Tan yang mempunyai kes jenayah di Tingkayu, Kunak sehingga ditukarkan ke Balai Polis Kinabatangan.

Hafiz yang baru selesai memberi keterangan di Balai Polis Sandakan berharap agar Ketua Polis Negara mengambil tindakan tegas terhadap ASP Tan yang mencemar nama baik polis dengan menzalimi orang awam sepertinya.

Menurut laporan polis yang dibuat Hafiz, SDK/RPT/11694/10 pada jam 12.12 tengah hari tadi beliau menyatakan bahawa;

"Pada lebih kurang jam 09.15 pagi, bertempat di ruang pejalan kaki depan Mahkamah Majistret 2, seorang anggota polis yang saya kenali bernama ASP Tan telah memukul kamera sedang saya gunakan untuk mengambil gambar hadirin yang berada di Mahkamah majistret pada ketika itu. Saya buat aduan ini supaya PDRM tangkap dan dakwa ASP Tan di bawah Undang-Undang Jenayah.”

Dalam pada itu, ASP Tan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya, namun dimaklumkan Balai Polis Sandakan bahawa beliau juga telah membuat laporan balas di balai polis yang sama dan mendakwa jurugambar Sabahkini.net merakamkan gambar dengan niat curang. -sabahkini

Tiada Esok Buatmu UMNO BN

Perang mulut MCA-Umno: Chua bidas Hishammuddin

Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan lupa perjuangan BN, menunjukkan sesetengah pemimpin BN belum belajar daripada tsunami politik 2008, kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan.

Hishammuddin dilapor mengingatkan MCA supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.

Naib presiden Umno itu berkata MCA tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini.

MCA, tambah Hishammuddin, tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

Mengulas lanjut, Chua berkata, keputusan pilihan raya umum 2008 jelas mencerminkan perubahan dalam pemikiran rakyat.

"Kepimpinan baru MCA juga memahami bahawa ia mesti berubah untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, MCA menghormati pandangan Hishammuddin tetapi tegasnya, naib presiden Umno itu tidak boleh menuduh MCA beralih daripada matlamat dan perjuangan BN, hanya kerana parti itu mempunyai suara yang berlainan daripada beliau (Hishammuddin) atau pemimpin parti komponen yang lain.

Menurut Chua lagi, MCA tidak takut berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dari segi faedah kepada masyarakat dan tidak akan lari daripada menyatakan pendiriannya.

Menurutnya, MCA akan berusaha keras bagi pelaksanaan 12 resolusi yang diluluskan dalam kongres ekonomi Cina Sabtu lalu.

Katanya, ia kerana resolusi tersebut bukan sahaja berkaitan dengan masyarakat Cina tetai juga masa depan pembangunan ekonomi negara.

MCA, katanya, menerima hakikat bahawa ia mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan hasrat masyarakat Cina ekoran globalisasi.

Jika tidak, tegasnya, bukan sahaja MCA yang akan kehilangan sokongan masyarakat, tetapi ia juga tidak akan dapat menjustifikasikan kewujudan politiknya.


Muhyiddin beri amaran MCA kekal dengan semangat BN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.

“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.

“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.

“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.

“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.

Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.

“Jika anda menyentuh dasar kerajaan, MCA perlu faham bahawa hak keistimewaan, pengagihan kekayaan adalah tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan dasar-dasar sedemikian,” kata Muhyiddin.

“Apa sahaja yang mereka hendak berjuang, mereka perlu mempertimbangkan kepentingan BN. Saya tidak fikir MCA akan mengetepikan kepentingan kerjasama dalam BN,” kata Timbalan Presiden Umno ini.

Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan di sini, dua pemimpin kanan MCA membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam BN.

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.

Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.

“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.

“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.

Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.

“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.

Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.

Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.

“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan,” katanya lagi.

Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.

“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya. -TMI



Ulasan GB

Bukan sekadar pertentangan UMNO-MCA, kini segala-galanya terbongkar. Pelbagai skandal dan isu penyalahgunaan kuasa serta dana awam akan menyebabkan UMNO BN tersungkur lebur.

FELDA bangkrap atau diambang kebangkrapan. Sekalipun cuba diangkat kain untuk menutup yang atas, terdedah di bawah. Ditutup bawah terdedah yang atas. Kuasa Allah hendak dilawannya. Akhirnya terdedah FELDA berhutang RM3 billion termasuk dari KWSP. Najib dan Ahmad Maslan menipu rakyat Malaysia. Kini FELCRA pula sedang berantakan.

Di sini, GB sentiasa mendedahkan kepincangan SPRM, penyelewengan SPR, kezaliman polis serta kebejatan sistem kehakiman negara. Keempat-empat institusi ini selama ini merupakan kuda-kuda tunggangan UMNO BN untuk terus kekal berkuasa.

Namun, segala-galanya akan berakhir jua - insyaAllah. Dan GB meminta seluruh rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan supaya memohon kepada Allah s.w.t. agar dihancur dan dimusnahkan kesemua mereka dari keempat-empat institusi itu yang menjadikan diri mereka pak-pak turut dan lembu-lembu UMNO BN selama ini.

Hipokrisi Najib dan sekalin pemimpin UMNO BN perlu didedah dan ditentang habis-habisan. Rakyat perlu bangun serentak untuk menyatakan dengan terang dan jelas "no more for UMNO BN".


GEMPAR: Gani Patail Ada Hubungan Sulit Dengan Azailiza

RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.


"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. -SK


Okay, what about this affair then?

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

In other words, is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

***************************************************

Affair claim in Malaysia's Anwar trial deemed true

(Associated Press) - A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case.

Anwar insists the sodomy charge against him should be dropped after an opposition-linked activist claimed last month that a young female prosecution attorney in the trial had a recent affair with Anwar's accuser, a 25-year-old male former aide. Neither of them has directly responded to the allegation.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing his ex-aide, Saiful Bukhari Azlan. He insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

High Court Judge Mohamad Zabidin Diah ruled Monday that the prosecution team in the trial had accepted the allegations of an affair to be true because it did not directly confirm or deny them.

"The court must accept what is stated as true," he said.

However, Mohamad Zabidin rejected Anwar's request for the charge to be dropped, saying the affair claim did not compromise the prosecution's integrity. Prosecution lawyers have argued that Farah Azlina Latif had been a junior member of the team and never had important documents in her possession.

Malaysia's attorney general ordered Farah removed from the case last month. He said although there was no proof to support the claim of an affair, the move would protect the prosecution's credibility.

The defense claims Farah might have leaked confidential information to Saiful, who should not have access to prosecution strategies.

Mohamad Zabidin postponed trial hearings until Sept. 20 after Anwar's lawyers said they would appeal his decision.

This is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.


Ulasan GB

GB telah berulangkali menyatakan di Palace Of Justice penuh dengan hakim-hakim binatang yang tidak lagi mempertahankan kebenaran dan keadilan tetapi tunduk kepada kemahuan dan kehendak Raja Binatang, si Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang merupakan bekas Penasihat Undang-undang UMNO. Hakim-hakim yang mementingkan kedudukan, pangkat serta harta. Yang hina, yang jijik, yang durjana dan yang sentiasa bertindak mementingkan nafsu dan menyengsarakan rakyat.

Lebih banyak skandal bakal terbongkar. Di bulan yang mulia ini kita memohon ke hadhrat Allah s.w.t. agar sistem kehakiman negara dibersihkan dari manusia-manusia yang berperangai binatang ini demi untuk meletakkan kebenaran dan keadilan di tempat yang lebih wajar.