15 Jun 2010

Lulus Lesen Judi Untuk Dapatkan Dana Pilihanraya

Najib 'Terpaksa' Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan.

Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri.

Malah, desas desus mengenai tiga ADUN Perak dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dikatakan bertitik tolak dari alasan berkaitan kelulusan lesen judi sukan.

“Saya kurang yakin Najib akan tunduk atas desakan yang terbaru dari Umno sendiri. Kerana tidak banyak yang boleh dilakukan oleh menteri kewangan. Ekonomi lembab. Pelabur luar tidak datang. Mereka terpaksa guna cara yang merosakkan masyarakat selagi ia memberi pendapatan yang lumayan,” katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Shamsul berkata bukan mustahil fenomena ini akan merebak ke negeri lain yang dikuasai Umno Barisan Nasional.

“Saya yakin negeri lain selepas ini akan mengambil sikap sama. Sebab saya yakin kerana di kalangan raja-raja Melayu membantah keras dalam hal yang berkaitan dengan lesen ini,” katanya.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang membantah kelulusan judi sukan kerana aspek negatifnya, bangkangan pimpinan akar umbi Umno lebih menjurus kepada faktor politik.

“Umno khuatir akan hilang sokongan melayu islam jika teruskan lesen itu. Sebab itu timbul desakan yang kuat dari Umno sendiri sebab mereka takut hilang sokongan orang Melayu. Orang melayu begitu marah dengan tindakan Najib,” katanya. -TVS

Inkues Teoh : SPRM Cuba Untuk Melepas Diri Sebagai Penyebab Kematian Teoh

Ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dilihat masih cuba untuk menunjukkan bahawa SPRM tidak terlibat di dalam kematian Teoh Beng Hock, malah cuba untuk membantah permohonan pakar patologi Thai Dr Pornthip Rojasunand untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock melalui sidang video.

Abdul Razak juga berkata, Pornthip mahu memberi keterangan melalui sidang video kerana tidak mempu mempertahankan pendapatnya sebelum ini berhubung faktor kematian Teoh Beng Hock.

"Tujuan sebenar dia tidak boleh hadir adalah kerana dia tidak boleh mempertahankan dakwaannya sebelum ini,” ujarnya.

Katanya lagi, pendapat Pornthip juga berlawanan dengan kenyataan oleh empat pakar patologi lain yang sependapat bahawa Teoh masih sedar ketika jatuh daripada tingkat sembilan bangunan tersebut.

Abdul Razak Musa mendakwa kononnya SPRM telah menjadi mangsa tuduhan yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock.

"Dia (Pornthip) telah mengatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mungkin dibunuh.

"Bagaimanapun, empat pakar patologi (tiga merupakan doktor kerajaan dan seorang doktor yang diupah SPRM, Dr Peter Venezis) telah membuktikan bahawa Teoh masih sedar ketika beliau jatuh. Ini menunjukkan Teoh tidak dibunuh dan bukti ini sepatutnya membebaskan SPRM daripada dakwaan tidak berlaku jujur," katanya, lapor malaysiakini.

Katanya lagi, sekiranya ia dilihat dari segi perlawanan bola sepak, "jumlah jaringan ialah 4-0 (memihak kepada SPRM)".

Bagaimanapun, peguam yang dilantik kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berkata SPRM tidak sepatutnya membuat kesimpulan seperti itu.

"Ini kurang bijak untuk SPRM bagi membuat sebarang kesimpulan dengan cuba untuk mempengaruhi mahkamah ini,” katanya.

Malik sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Selangor membuat permohonan mendapatkan keterangan melalui telepersidangan video untuk kepentingan keadilan dan membenarkan Pornthip untuk memberikan keterangan dengan memastikan keselamatan daripada ancaman-ancaman yang dihadapinya.

Malik mengemukakan permohonan tersebut di bawah Seksyen 272(B), Kanun Acara Jenayah

"(Pornthip) bersedia untuk memberikan keterangan dan kerajaan Selangor juga bersedia untuk memberikan kemudahan untuk mengadakan telepersidangan video." katanya.

Permohonan ini disokong oleh ahli keluarga Teoh dan Majlis Peguam.

Abdul Razak juga telah menyerahkan bantahan berdasarkan peruntukan bahawa pendengaran secara sidang video hanya membenarkan jika ia dibuat di Malaysia.

Peruntukan tersebut, katanya adalah menyerupai Akta kanak-kanak 2007 di mana testimoni adalah di buat dalam satu mahkamah yang berasingan.

"Ia harus dilakukan dalam suasana mahkamah.

"Tambahan pula, terdapat satu kemungkinan jika Pornthip tidak bercakap benar, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami tidak ada kuasa di Thailand." katanya.

Dr Porntip dalam keterangannya dalam inkues tersebut sebelum ini menyatakan punca kematian Teoh adalah "80 peratus dibunuh" berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian dan kecederaan pada mayat Teoh.

Beliau kemudiannya menyatakan menghadapi tekanan dan ancaman hingga tidak dapat hadir memberikan keterangan lanjut. Keterangannya sepatutnya didengar selepas bedah siasat kedua dilakukan.

Ulasan GB

4 ahli patologi yang dikemukakan oleh SPRM sebenarnya tidak mempunyai hujjah yang kuat bahawa Teoh Beng Hock "terjun" membunuh diri.

Hujjah doktor yang diupah SPRM, Dr Peter Venezis yang kononnya membuktikan bahawa Teoh masih sedar ketika beliau jatuh tidak memberi gambaran sebenar yang Teoh tidak dibunuh kerana tidak ada kaitan secara lansung kematian dengan keadaan sedar diri sebelum dibunuh.

Malah Dr Peter Venezis telah bergegas pulang semata-mata kerana mendakwa kononnya beliau mendapat ancaman bunuh. Apakah ia benar? Jika benar mengapa tiada siasatan mengenainya oleh pihak polis? Atau apakah kerana tidak mahu disoalbalas secara rapi oleh peguambela?

Seterusnya, penemuan-penemuan bukti oleh ahli patologi yang diupah SPRM tidak dapat menjuruskan secara jelas bahawa Teoh mati membunuh diri, rumusan dilakukan hanya bersandarkan kepada andaian yang tidak memenuhi kriteria jumpaan fakta, hingga ada satu ketika kesimpulan dibuat tidak lansung sepadanan dengan penemuan bukti. Sebagai contoh kesan pengeluapasan di kasut Teoh yang sebenarnya ia bukti bahawa Teoh telah diseret sedangkan ahli patologi menyatakan ia kesan geseran kerana faktor terjunan dari tempat tinggi.

Masyarakat diperbodohkan sedemikian rupa!

Di dalam beberapa ketika dilihat terdapat percanggahan diantara laporan perubatan ahli-ahli patologi terbabit yang mana kesan cekikan di leher mangsa tidak disebut di dalam laporn pertama.

Jangan Salahkan Tanah Tinggi Rendah

Hasan Ali: Tanpa pengundi baru semua negeri PR boleh jatuh

PAS Selangor pula menegaskan bukan sahaja negeri itu akan tumbang, malah tiga negeri lain diterajui Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami nasib yang sama jika gagal memikat pengundi baru dalam jumlah yang banyak.
\
“Memang diakui bahawa setiap negeri PR akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Justeru, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini menegaskan, PAS telah menyedari akan hal itu dan sudah pun menggerakkan jentera untuk mendapatkan pemilih yang masih belum mendaftar di negeri tersebut.

Hasan mengakui kedudukan PR khususnya di Selangor dan Kedah akan “terancam” sekiranya tidak mempergiatkan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar.

PR juga menerajui kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang.

Kata beliu, usaha-usaha untuk mendapatkan pengundi baru perlu dipergiatkan sekiranya PR mahu terus menerajui negeri-negeri yang dipimpin sekarang.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang mengatakan bahawa PAS Selangor dan Kedah perlu melipatgandakan usaha memikat minimum 50 peratus daripada 1.2 juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi baru di negeri itu jika mahu PR mengekalkan tapak kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

“PAS perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi baru... kerana kini ada kira-kira 700,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Selangor dan 300,000 orang lagi di Kedah.

“Jadi, kita perlu meletakkan sasaran untuk mendaftarkan separuh daripada mereka jika mahu menarik pengundi kepada Pakatan dalam pilihan raya,” kata Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Abdul Halim memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendaftar 500,000 pengundi baru di Selangor dan Kedah.

Hasan berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dan menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru di negeri itu.

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru... akan menggerakkan jentera kita di seluruh negeri bagi memastikan sasaran itu tercapai,” katanya.

Hasan menambah PAS telah pun menggerakkan jentera melalui Gerakan Mendaftar Pengundi Baru dengan cara berkempen dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pemilih-pemilih baru.

“Ini kerana pengundi baru ini penting bagi menentukan parti mana yang akan menerajui sesebuah negeri pada pilihan raya umu akan datang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan yang dikeluarkan Abdul Halim hanya sebagai peringatan supaya jentera tidak leka akan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan pengundi baru.

“Saya anggap kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat untuk memotivasikan jentera supaya melakukan satu lonjakan bagi mendapatkan pengundi-pengundi baru.

“Ia hanya peringatan biasa sahaja memandangkan Abdul Halim adalah Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, jadi beliau perlu tegas dalam isu ini.

“Walau bagaimanapun peringatan itu tidak boleh diambil ringan kerana ia penting untuk mendapatkan pengundi baru bagi memastikan kemenangan kita pada pilihan raya umum nanti,” kata beliau yang juga Naib Presiden.

Menurutnya, PAS Kedah telah menggerakkan jentera di semua peringkat untuk mencari dan mendaftarkan pemilih yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.

“Kita telah pun menggerakkan jentera kita sejak dari dulu lagi iaitu selepas pilihan raya umum (2008) dan sehingga kini, kita masih menjalankan kerja-kerja mencari dan mendaftarkan pemilih baru.

“Justeru, saya harap jentera PAS dapat menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab bagi memastikan pemilih yang masih belum mendaftar didaftarkan sebelum pilihan raya umum nanti,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Oooohh begitu kata Hassan Ali...

GB kata lain, dipetik:


Kekalahan PR Selangor nanti, seperti yang diresahkan oleh pelbagai pihak jika berlaku, bukanlah kerana faktor kuraangnya pendaftaran pengundi muda, tetapi faktor PAS Selangor sendiri yang tidak caca marba.

Berlakunya hal demikian kerana wujudnya seorang pemimpin yang mengamalkan budaya cah keting dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah memecat ahli jawatankuasa harian PAS negeri untuk digantikan dengan kroninya - kemudian diperkuatkan lagi dengan amalan perlantikan dengan kaedah kronisme oleh Presiden PAS sendiri terhadap jawatan-jawatan utama parti. Itulah sebab UTAMA PERPECAHAN Parti.

Saya hairan mengapa "mereka itu" mengamalkan budaya UMNO di dalam PAS. Dan "mereka itu" adalah yang bergelar "pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS.

Sebelum PRU, pastikan "pemimpin bermasalah" itu dibersihkan daripada parti, jika tidak PAS memang bermasalah menghadapi PRU dan cah keting di Selangor akan berlaku lagi untuk menurunkan hanya kroni-kroninya untuk bertanding.


Ya demikianlah. Nak heret GB ke mahkamah? Ayuh silakan.

Petikan lain:


Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba sahaja Dato' Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor memecat dua nama besar dalam Gerakan Islam Malaysia, Khalid Samad (Pengasas Suara Islam UK) dan Saari Sungib (Abu Urwah yang banyak menulis dan menterjemah buku-buku haraki serta pernah menjadi Amir IRC) dari Badan Perhubungan PAS Selangor. Tindakan Hassan Ali seperti mencantas tanpa ada pokok bergoyang.

Inilah sebenarnya hakikat di dalam PAS. Soal pecat-memecat sangat garang berlaku terutamanya di antara faksi-faksi yang berlainan. Tahun 2009 bukannya terlalu lama untuk ditunggu, tetapi nampaknya Hassan Ali seperti sudah kepanasan berhadapan dengan dua nama ini. Kita tidak tahu bagaimanakah jikalau mereka memerintah negara nanti. UMNO hendak memecat orang pun berfikir seribu kali, dan jika dipecat pun tentulah salahnya besar bukannya sekadar mengkritik pimpinan. Politik sebegini adalah politik Sivaji the Boss, bukannya politik Melayu (Islam).