7 Jun 2010

UMNO - Israel : Depan Lain Belakang Lain

Bayaran RM77 Juta Kepada Apco Lebih Baik Diberi Kepada Rakyat Gaza

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menganggap tindakan pembentangan usul Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentang serangan ganas rejim Zionis Isreal di Parlimen hari ini sebagai sudah terlambat dan tidak lagi relevan sedangkan pada masa yang sama Umno-Barisan Nasional masih menyokong rejim Zionis itu secara tidak langsung.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, pembentangan usul ini dilihat sebagai satu tindakbalas terhadap kejayaan besar demonstrasi Pakatan Rakyat di Kampung Baru Jumaat lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 20,000 rakyat.

Berbeza dengan demonstrasi Pemuda Umno pada hari yang sama yang hanya berjaya mengumpul kira-kira 200 orang tanpa kehadiran mana-mana badan bukan kerajaan yang jelas menunjukkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap Umno dan agendanya.

Azmin juga menyuarakan ketidakpuashatian pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru dan Majlis Agama Islam Selangor kerana tajuk khutbah selepas solat Jumaat lalu bertajuk 'Marilah Membentuk Gagasan 1Malaysia', yang langsung tiada kaitan dengan isu semasa atau demonstrasi yang akan diadakan.

"Mais perlu memantau dan memastikan khutbah yang memanfaatkan rakyat, bukan membincangkan sesuatu yang seloah-olah memberikan gambaran bahawa tiada apa-apa yang berlaku," tegas Azmin lagi.

Tambah beliau, Umno-BN mesti memberikan amaran keras kepada Amerika Syarikat kerana kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai satu tanggungjawab moral dalam menghentikan keganasan rejim Zionis Israel.

"Kerajaan Umno-BN bertindak menyokong tindakan Amerika Syarikat membekukan jualan petroleum ke Iran atas alasan Iran cuba membangunkan senjata nuklear tetapi kenapa Umno-BN berdiam diri sahaja, tidak menentang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel yang juga membangunkan senjata nuklear? Ini hipokrasi.

"Hipokrasi memang biasa dalam Umno-BN, sebagai contoh apabila Hamas menang, Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, Amerika juga tidak mengiktiraf dan kerajaan Umno-BN yang suka mengangguk kepada Amerika Syarikat, juga tidak mengiktiraf kerajaan Hamas," tegas beliau lagi.

Tambah Azmin, Umno-BN membuat tentangan terhadap Israel secara luaran sahaja tetapi membuat perjanjian dengan mereka secara senyap.

Ini dilihat dengan jelas melalui perlantikan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan, yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Israel.

"Kalau kerajaan Umno-BN boleh membayar RM77 juta kepada Apco, maka sudah tiada gunanya usul ini. Umno-BN sanggup bayar berjuta-juta, tetapi tidak sanggup berkorban demi rakyat.

"Lebih baik wang ini diberikan kepada Hamas sebagai bukti sokongan kita kepada Palestin daripada menyokong rejim Zionis Israel dengan cara ini. Jika betullah Umno-Bn ikhlas dalam usul ini, hentikan kontrak Apco dan buat kenyataan yang keras terhadap Amerika Syarikat," cabar Azmin lagi.


Isu Palestine: Malaysia Penyumbang Besar Kepada Ekonomi Israel

Umno-Barisan Nasional menunjukkan sikap bermuka-muka menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama membenarkan perdagangan dengan negara haram itu.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) ini terbukti apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada telah mengubal rang undang-undang menarik balik sekatan import barangan Israel dan Afrika Selatan yang telah dibentangkan di parlimen dan telah diluluskan pada 1994 serta berkuatkuasa hingga ke hari ini.

"Malaysia menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Umpamanya di Nilai, Negeri Sembilan, sebidang tanah yang dimiliki Tabung Haji yang telah diberikan kepada syarikat minuman, Coca Cola yang kita ketahui secara langsung penyumbang kepda negara Zionis itu untuk membeli senjata.

"Rakyat sudah menyampah dan meluat dengan sikap rejim Umno-BN ini yang tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang ditindas," tegasnya lagi.

Menyedari hakikat pengkhianatan Umno-BN terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin, rakyat menolak demonstrasi anti Zionis-Israel anjuran Pemuda Umno Jumaat lalu yang tidak mendapat sambutan.

Ini kerana kata CheGuBard, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada dalam keadaan yang tidak popular.

Beliau berkata pemimpin Umno-BN demi kepentingan politik mereka sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis-Israel sejak hampir empat tahun lalu.

Ini berbeza dengan demonstrasi dan persidangan meja bulat di Kampung Baru yang bukan sahaja dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga puluhan pertubuhan bukan kerajaan yang menunjukkan sokongan padu kepada inisiatif Pakatan Rakyat.

"Rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan rejim Umno-BN yang hipokrit yang bermuka-muka kerana Israel mempunyai sumbangan ekonomi kepada negara.

"Rakyat sudah tidak pedulikan dengan sikap pemimpin Umno-BN," ujarnya

Tambah CheGuBard, Umno-BN hanya gila publisiti tetapi pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada rejim Zionis-Israel yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Isnin lalu, komando rejim zionis telah menyerbu masuk kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyebabkan 9 sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan tersebut.

Sabtu lalu, kapal Rachel Corrie yang juga membawa bekalan keperluan seperti ubat-ubatan dan keperluan harian telah diarahkan oleh armada tentera laut Israel mengubah haluan ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mempertahankan tindakan negara Zionis itu memberikan alasan kononnya bertujuan untuk memeriksa kandungan kapal tersebut bagi memastikan ia tidak membawa senjata. -SK

Negara Akan Bangkrap Di bawah BN, Najib Tak Perlu Berdalih.

Bila menteri kata negara akan bankrap
- ABDUL AZIZ BARI

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala (gambar), 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.

Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.

Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.


Sudahlah ia gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet. Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?

Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.

Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik. -SH

Nak Wat Camana, Muyiddin Memang Lembab.

Bantuan Tidak Sampai Ke Gaza, Muhyiddin Tidak Peduli?

Jawapan sambil lewa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai status penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin yang mungkin tidak sampai kepada mereka, ditegur pimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas kenyataan Muhyiddin itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kesal kerana Muhyiddin sebagai antara pimpinan negara seharusnya memberi jawapan yang lebih menyakinkan.

"Yakinkan rakyat yang memberi sumbangan ini,yang memberi sumbangan yang banyak kepada rakyat Palestin ini, harus dan wajib disampaikan ke matlamatnya," katanya kepada TV Selangor.

Sebelum ini, rakaman visual Muhyiddin menunjukkan beliau berkata begini: “Kita kurang pastilah... Bila kapal-kapal sudah ditahan begitu, dah dirampas, memang saya tak fikir dia akan hantar barang-barang ke Gaza. Jadi, kita kurang pasti perkara itu akan dilakukan oleh Israel. Jadi, kemungkinan tidak sampai..."

Abdullah Sani sebaliknya berkata, Muhyiddn juga harus menegaskan pendirian Malaysia bahawa negara tidak akan tunduk kepada kuasa Tel Aviv itu.

"Kita kena mainkan peranan. Kita mesti menggertak Israel Yahudi ini supaya mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa.

"Tujuan asal kita ialah barang itu kena sampai ke Palestin, itu penting. Dan kalau sekadar pergi KLIA, itu hanya sekadar retorik, tidak menyakinkan. Maknanya, Muhyiddin tidak buat kerjalah..." katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan jawapan Muhyiddin itu adalah jawapan klise.

"Kerajaan Malaysia seharusnya lebih pro-aktif dan bukan lagi memberi jawapan yang standard begitu, seolah-olahnya tidak berani menyuarakan pandangan atau tindakan yang lebih kehadapan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mahu membuat usul di Parlimen supaya Malaysia menjadi penganjur kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas ini.

"Kita harus meningkatkan kembali usaha tersebut. Saya rasa ada banyak lagi kapal yang ingin ke Gaza. Biar apa pun yang terjadi, walaupun mungkin akan menjadi korban tetapi biar dunia melihat, kita tidak berhenti setakat ini sahaja," katanya.

"Bagi saya, Malaysia harus untuk merancang, menganjurkan supaya lebih banyak kapal akan ke Gaza dan memastikan bekalan itu sampai kepada umat Islam Palestin di Gaza," katanya. -TVS

Siapakah Agen Yahudi Yang Sebenar?

Rakyat Tolak Sikap Hipokrit Umno-BN Bersekongkol Dengan Pro Zionis Apco

SHAH ALAM 6 Jun - Demonstrasi anti Zionis-Israel yang dianjurkan Pemuda Umno di Masjid Negara tidak mendapat sambutan sekaligus menunjukkan rakyat sedar bahawa Umno-Barisan sebenarnya hipokrit kerana bersekongkol serta mengupah firma pro-Zionis untuk menasihati kerajaan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kehadiran rakyat begitu ramai di Kampung Baru semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar IBrahim bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan Pakatan Rakyat bersama menentang kekejaman rejim zionis itu.

"Serangan bertalu-talu pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Pakatan Rakyat telah retak telah dinafikan dengan sokongan puluhan ribu rakyat yang hadir itu.

"Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Maslan Ahmad yang tidak mahu bersama dengan alasan kononnya sudah terlambat dalam persidangan meja bulat yang diadakan di Kampung Baru menunjukkan ketidakmatangan mereka berpolitik.

Menurut Shamsul, pemimpin di negara lain tidak kira pembangkang dan penyokong kerajaan bersatu dalam isu ini tetapi keadaan yang berbeza berlaku di negara ini.

"Kita bersatu dalam isu melibatkan kepentingan bersama, contoh kita lihat dalam isu kepala babi yang diletakkan di dalam masjid, kita tidak menolak ajakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdemonstrasi bersama-sama.

"Kita lihat dalam isu kekejaman tentera rejim Zionis ini, pemimpin Umno-BN tidak menyokong mendesak Amerika Syarikat kerana mempunyai kepentingan dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Najib sepatutnya memutuskan hubungan dagangan yang mempunyai kaitan Amerika Syarikat dan Israel serta menamatkan kontrak yang dmeterai dengan Apco dengan segera.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya bersama-sama negara lain mengutuk kekejaman rejim Zionis-Israel ini dan menunjukkan kematangan mereka berpolitik dalam isu yang melibatkan kepentingan bersama.Umno yang sering melaungkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara hanya mampu menarik kira-kira 200 orang hadir, kebanyakannya ahli Pemuda Umno dalam perhimpunan anti-Israel di Masjid Negara yang diadakan selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan berarak dari masjid Jamek Kampung Baru sehingga Kedurtaan Amerika Syarikat, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda Umno-BN dan wakil NGO tapa sebarang wakil parti komponen BN yang lain.

Ulasan GB
Ternyata kini, siapakah AGEN YAHUDI yang sebenar.

Jikasebelum ini, UMNO mengembar-gemburkan DSAI sebagai agen yahudi, tetapi pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Kini UMNO dengan APCO berpisah tiada, UMNO belum mahu memutuskan hubungannya dengan agen Yahudi itu, jelasnya, Presiden UMNO adalah agen Yahudi sebenar. Sebab itu tindak-tanduknya begitu menyimpang jauh dari kehendak agama contoh paling jelas ialah meluluskan lesen judi.