9 Dis 2010

Kenaikan Tarif Elektrik: Petanda BN Akan Ditumbangkan Rakyat

Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan...

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan bimbang. Tahun 2011 dijangka naik bil letrik. Tanda sudah nyata.

Tanpa Nama berkata...

minyak naik 5 sen pun BN dah untung berbilion ringgit, senangnya memerintah cara BN

Tanpa Nama berkata...

Menindas rakyat membolehkan BN dan UMNO hidup senang, tapi melayu masih bermimpi dengan BN, walaupun diperbodoh dan diperkudakan

Tanpa Nama berkata...

Naik jangan tak naik. Biar rakyat marhaen yang tanggung segala kenaikan apa-apa barangan dan perkhidmatan. "Orang atasan" tak perlu susah payah kerana mereka boleh guna secara percuma sebab bil-bil mereka ditanggung kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum pilihanraya harga barang keperluan dinaikan untuk beli undi. Setelah menang BN naikkan lagi harga barang untuk mengisi poket kroni yang telah kosong.

Ini cara yang biasa dilakukan oleh BN dalam setiap pilihanraya...

Masih nak sokong Barisan Nasional..? Anda sokong BN 'BARANG NAIK'.

Tanpa Nama berkata...

kalau BN menang PRU13 ramai percaya bukan setakat TNB malahan tol dan sebagainya akan naik harga

bksd berkata...

kalau jadi jugak ini la "tanda" depa yakin depa boleh menang hahaha

cina dan india sudah dalam tangan hahaha

wayang "hantu islam terorist" sudah berjaya hahaha

wayang "hantu cina" sudah berjaya hahaha

malaysia ini ana yang punya hahaha

steamboat berkata...

Semuanya seperti sama jer.buktikan dulu,apa yg nak diperjuangkan?hah berjuanglah.guna akal kalian yg bijak bukan setakat dengan air liur..tapi dari hati .ikhlas.demi agama .demi negara.demi bangsa.menangi hati kami semua.tapi jgn berjanji .sebab ALLAH yg lebih mengetahui.insyaALLAH.jika kalian jujur pasti akan menang.jadi pemimpin yang baik.rakyat semakin senang tapi INGAT ! JANGAN JUAL NEGARA.

steamboat berkata...

Semuanya seperti sama jer.buktikan dulu,apa yg nak diperjuangkan?hah berjuanglah.guna akal kalian yg bijak bukan setakat dengan air liur..tapi dari hati .ikhlas.demi agama .demi negara.demi bangsa.menangi hati kami semua.tapi jgn berjanji .sebab ALLAH yg lebih mengetahui.insyaALLAH.jika kalian jujur pasti akan menang.jadi pemimpin yang baik.rakyat semakin senang tapi INGAT ! JANGAN JUAL NEGARA.