Ahli Dewan Undangan Negeri N05 Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia
ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.
Menurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.
Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.
Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.
Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.
Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.
Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.
Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya. -mk
Ulasan GB
Al-fatihah... semuga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t.
Dan TENANG, bakal melalui pilihanraya kecil di dalam tempoh 60 hari. Ia adalah medan pertarungan UMNO dan PAS.
Sejak malam tadi, beberapa blogger PR telah menyiarkan berita kematian ADUN Tenang. Malah ada yang gembira kerana akan wujud satu lagi PRK.
Saya tidak faham kenapa ada blogger PR tiba-tiba melompat kegembiraan. Apakah DUN itu boleh dimenangi oleh PR? Atau hanya kerana blogger PR selama ini memang terbiasa, teruja dan ghairah bersorak semata-mata apabila setiap kali berlakunya PRK tanpa mengira samada kita boleh menang atau akan ditimpakan lagi kekalahan dan kehinaan seperti Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas?
Bilalah blogger-blogger PR ni nak cerdik ...
Grow up blogger PR!

Takziah utk ahli keluarganya.. Tapi tumpang gembira buat rakyat di dun tenang, dpt jalan baru, permata negara, duit saku, hamper.. Silap2 universiti atau kolej komuniti... Yg berniaga, yg ada rumah sewa, murah rezeki...
BalasPadamhany geng gerombolan jer yg tak suke dengar kes2 kematian mcm ni,..,.nah sekarang dengan TENANG kita akan berkampung di tenang,,.,kepada para pengundi ini lah hak rakyat untuk tentukan pemimpin,.,,GB macam tak suke je dengar PRK ni,.,ehehehehee cara kita menulis pun org akan tahu arah GB skg ni,.,.,
BalasPadamalhamdulillah pengudi dan ratyat tenang akang dapat durian runtoh perojek mi segera umno/bn akan bermurah hati kita muhon doa supaya ramai lagi adun yang akan meninggal dunia.
BalasPadam