1 Nov 2010

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Baru "sikit" saja tu dicuit Tuhan, tanda peringatan bahawa kita bernama manusia ini semunya di dalam genggamannya.

7 ulasan:

  1. Najib tak faham makna "cuit". Has nothing to do with God

    BalasPadam
  2. bleh siap sedia PRK Parlimen pekan pulak pas ni

    BalasPadam
  3. Ada peluang melancung ke pekan pulak.. dapat merasa asam pedas tempoyak.

    BalasPadam
  4. Najib pura2 sakit padahal dia tu malas p Galas n Batu Sapi

    BalasPadam
  5. Pergi Galas akan ditonyoh dengan IFF. Pergi Batu Sapi kena sumbat dengan bajet seluar dalam.

    BalasPadam
  6. Lebih baik buat pemeriksaan rapi untuk menentukan sama ada cacar atau siplis.

    BalasPadam
  7. Berbagai 'balak' Allah timpakan. Daripada masaalah peribadi yang menyelirati diri yang sering diperkatakan orang hingga ke hal putera Jaya yang bakal terlepas.

    Beruntunglah tempat-tempat yang ditakdirkan Allah s.w.t. ada pilihan raya kecil. Rezeki melimpah ruah...

    Apa pun kita berdoa semoga dia sembuh dan meneruskan agenda UBN. Agenda UBN skarang amat bagus unruk mempercepatkan putera jaya bertukar tangan.

    Galaslah tanggung jawab perubahan itu di Galas dan Batu Sapi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.