4 Nov 2010

Keputusan PRK Galas & Batu Sapi & MUHASABAH AWWAL


Keputusan Pilihanraya kecil Galas Dan Batu Sapi

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.


GALAS:

Allah dah tunjukkan mengenai kekalahan PAS/PR melalui ayat-ayat manzurahNya:

1) Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan"
2) Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas
3) Ada coklat berulat
4) Tiang Gol Padang Pilihanraya Juga Akan Patah (updated)
5) Pejabat PAS Terbakar

Mengenai no.4, tiang gol patah, yang GB tafsirkan beberapa penipuan di dalam pilihanraya akibat SPR yang mengubah posisi tiang gol seperti penggunaan helikopter, menyerang wang zakat dan wang tambang PAS tapi membiarkan habuan RM250 yang diedarkan BN, sehingga tiang gol yang dialih-alihkan dan itu telah menyebabkan seorang pemantau pilihanraya(pegawai seranta) meninggal dunia selepas muntah darah hari ini. Dah pun GB ramalkan sebelum ini.


Hari ini "tiang gol" yang sentiasa di alih-alihkan oleh SPR pula untuk memberikan kemenangan kepada BN di dalam setiap kali padang pilihanraya akan patah juga dan ada yang terkorban disebabkannya!


Muhasabah Awwal:

Selain penipuan dan seumpamanya seperti yang GB telah nyatakan di dalam artikel-artikel di atas, dari sudut introspeksinya pula:

1) Pimpinan PAS tidak pro-aktif lagi semenjak masing-masing telah menang pilihanraya. Lebih banyak utamakan kuasa dan kekayaan diri. Malah ada yang memusuhi blogger. Tak pandang orang miskin dan orang marhain macam GB lagi. Ada yang dah takut untuk berdemo dan sebagainya.

2) Pemuda PAS sewaktu Ijtima Tarbawi menyisihkan golongan yang dituduhnya "erdogan". Hanya mengutamakan satu kelompok dalam parti. Atas pentas semasa perasmian cuma ternampak TG Hadi, Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik...

3) Muslimat dengan Briged Muslimat gagal. Gadis belasan tahun belum pandai untuk menerima seruan dari muslimat bertudung labuh. Puteri UMNO berjaya menyerang dan memikat gadis-gadis di Galas. Ini kenyataan.

4) Pemilihan PKR ada kesan. Selain dari PKR tidak membatalkan pemilihannya di musim kempen pilihanraya, Masyarakat Cina menolak kepimpinan Anwar dalam PR dan PKR. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang PR menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu. Menolak Anwar yang dilihat terlalu berpihak kepada Azmin yang bagi mereka Azmin adalah waris ketuanan Melayu di dalam PKR. Zaid, sebagai calon liberal dalam PKR dihentam oleh Anwar. Kekalahan Shamsul Bahrin (pengurus kempen Azmin) di Port Dickson adalah bukti. Undi yang tinggi diperolehi oleh Tian Chua dan Gobala sbg calon Naib Presiden juga mengesahkannya. GB dah ulas di sini.

5) PAS perlu perbanyakkan aktiviti peningkatan ilmu pengurusan, ekonomi dan sebagainya. Perlu berlapang dada dengan krtikan dari golongan ilmuan. Ini tidak, Prof Dr Abd Aziz Bari kritik pun dibelasahnya balik. Apalah mentaliti kita terlalu sempit. Jangan hadkan welstanchaung hanya kepada kelompok "kita-kita" sahaja.

6) Banyak lagi...
**********************************************

KEPUTUSAN RASMI
PAS : 4134 BN 5324.
Majoriti : 1190


KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
PAS 3048, BN 3864. Majoriti 816

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi.
PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi

7.15pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi.
Majoriti 910 undi.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
Peti undi Bandar Baru Gua Musang BN menang 16 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
Peti undi Sg. Ber BN menang 160 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI UNDI POS:
PAS (46), BN (107)

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
Peti undi Kg. Bharu BN menang majoriti 44 undi

Keseluruhan undi yang telah dikira setakat ini:
BN (2102), PAS (1923)
BN mendahului majoriti 179 undi.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi. - PAS menang 8 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi. - PAS kalah 53 undi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi. - PAS kalah 37 undi

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

Peti undi Kg. Pulai BN menang majoriti 74 undi
Peti undi Batu Papan, BN menang 114 undi

BATU SAPI

Keputusan tidak rasmi

7.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) -5,084
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,250
Ansari Abdullah (PKR) - 2,022
Undi rosak votes - 420
Majoriti - 3,062

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

7.12pm: Calon BN, Datin Linda Tsen dilaporkan tiba di rumah Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau diberi tepukan gemuruh daripada penyokong.

Setiap kali saluran yang dikira memihak BN, tepukan gemuruh bergema daripada skrin besar yang dipasang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Musa sedang makan malam dan dijadualkan ke pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Sandakan, selepas itu.

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

6.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) - 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) - 814
Ansari Abdullah (PKR) -1,269
Undi rosak - 420

6.34pm Keputusan tidak rasmi

Linda Tsen (BN-PBS) - 1496
Yong Teck Lee (SAPP) - 422
Ansari Abdullah (PKR) -752
Undi rosak - 394

6.30pm: Keputusan tidak rasmi (3 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) - 514
Yong Teck Lee (SAPP) - 156
Ansari Abdullah (PKR) - 208

6.25pm: Keputusan tidak rasmi (2 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) - 266
Yong Teck Lee (SAPP) - 94
Ansari Abdullah (PKR) - 177

5.28pm: Keputusan tidak rasmi

Tronglit (pusat pengundi majoriti Bumiputera Islam) yang berakhir jam 3 petang:

Saluran 1:
Linda Tsen - 153
Yong Teck Lee - 14
Ansari Abdullah - 4

dikemaskinikn sentiasa. Sila refresh setiap 10 minit

19 ulasan:

sb dehlawi berkata...

terima kasih bn kejutkan wakil rakyat pas kelantan yg terlena. Apa lagi? perkemas kembali jentera pas gandakan strategi untuk pertahankan kelantan.

AE PRINTING berkata...

Alhamdulillah. walau apa pun tanggungjawab dakwah telah terlaksana. Tahniah kepada pengundi PAS yang mencintai ISLAM. ISLAM untuk semua.Kalah mungkin ada hikmahnya.Kita fikir-fikirkan.

MatKedah berkata...

PR pasti akan menang di kawasan yg majoriti pengundi celik, yg tak boleh dibeli, sy dah jangka awal sebab 2 kawasan ni majoriti pengundi tiada pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak cakap 2 benda ja kat PAS dan PKR..PADAN MUKA DAN BARU ADA AKAI!! Tok soh duk berangan sangat dah lepas ni!!!

Dr Rita Coolidge berkata...

dah 3 tahun..!
setiap PRK pakatan rakyat masih tak de logo bersama..tidak seperti BN..di sini rakyat Malaysia melihat dimanakah keikhlasan PR

Tanpa Nama berkata...

kekalahan di galas menunjukkan bahawa kemerosotan pengaruh tok guru kita..tok guru telah melakukan beberapa kesilapan di saat akhir menyebabkan pengundi swing kpd BN. Antara yg ketara ialah isu duit zakat yg hebat dimanipulasikan oleh lawan. Mungkin faktor usia menyebabkan tok guru gagal melihat implikasi ke atas perbuatannya itu.

sudah sampai masanya tok guru mengundurkan diri dan memberikan laluan kpd pemimpin lain.

pandangan ikhlas dari saya

ziana zun berkata...

Amboi madah berhelah lu.... menyayat hati.

Tanpa Nama berkata...

Orang asli berjaya meyelamatkan umngok.. apa2pun lihat ke depan talian hayat akhir umngok hanyalah orang asli. perkemaskan jentera utk PRU 13

Tanpa Nama berkata...

Aku lihat selagi Pilihanraya di adili oleh sistem haprak ni, selagi itulah rasanya susah utk PR ambilalih Putrajaya,

Masih ingat lagikah kita kpd perkara utama tuntutan BERSIH tempohari? antaranya menuntut celup jari dlm dakwat, hapus undi pos dan lain2 lagi...

Di pihak PR sudah tidak lagi kedengaran desakan ke atas perkara ini...

Letihlah penyokong PR kalau kekal bertanding dgn sistem haprak ni...

Nak harapkan anjakan sokongan luarbiasa rakyat semata-mata untuk kambus segala 'silap mata' SPR & Umngok mampuslah PR jawabnya...

Apa kata GB?

Tanpa Nama berkata...

Apa hal nak fikir-fikir tolak pemimpin yang memperalatkan islam....islam is only a tool for PAS...To GB Lim Kit Siang said kafir to UMNO do u agree with that....

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemimpin PAS terimalah hakikat bahawa pendekatan mereka lebih berkesan. PAS kata cara BN salah dan tak betul tetapi masyarakat boleh terima yang salah itu, kenapa ? Bangun dan mula menggempur, berikan kefahaman secukupnya kepada penggundi !

kembara putih berkata...

Batu Sapi 2008: 9479+5771 = 15250 (jumlah pengundi).
2010: 9773+3414+2031 = 15218.

Galas 2008: 4399+3753 = 8152.
2010: 5324+4134 = 9458.
Ada penambahan pengundi seramai 1306 berbanding PRU12. Dari mana datangnya ni? Lebih mencurigakan BN menang dengan majoriti 1190. Cara kempen BN sama dikedua2 kerusi, dengan merasuah duit, tapi penambahan bilangan pengundi begitu berbeza sekali berbanding Batu Sapi.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz yang dikatakan mempunyai fahaman liberal/terbuka. Tetapi gagal mendapat sokongan kaum Cina/India.

Kenapa pula boleh menang di Kuala Terengganu tempoh hari walaupun walaupun kepimpinannya Haji Hadi yang dilihat terkongkong mindanya.

Kenapa tak digunakan kelebihan dua manusia ini dari sibuk mencari perbezaan tentang si anu kurang si anu lebih.

Unknown berkata...

anon 10.11

Jika bukan TGNA yang perintah Kelantan mungkin kekalahan PAS lagi teruk.

Dengan sebab TGNA lah kekalahan itu dapat dikurangkan.

Mengenai isu pemberian wang zakat, ia adalah hak si muallaf. Walaupun isu itu dimanipulasi musuh, TGNA tidak bersalah.

Yang bersalah ialah sibebal yang mengambil gambar "pemberian wang" tersebut dari Team I.T. kemudian memaparkannya di lamanweb.

Sedangkan pemberian zakat itu sepatutna tidak wajar dihebohkan jika kita selidiki dahulu akibatnya dari sudut pilihanraya. Tetapi tidak bererti zakat tidak patut diberikan hanya kerana pilihanraya. Yang tidak wajar ialah publisiti yang tidak tepat.

Unknown berkata...

anon 11.41

PAS menang di Kuala Terengganu Terengganu, itu cerita lama.

Semasa itu masih ada lagi mood PRU12 dan ia tidak boleh dijadikan ukuran dengan pilihanraya masa kini.

Jika tid ak percaya, cuba berlakunya pilihanraya di negeri Terengganu sekali lagi. Saya terkata, PAS/PR akan terkangkang.

Gunakan kelebihan dua manusia ini iaitu TGNA dan TGHH?

Anda sendiri sudah jelaskan TGHH terkongkong mindanya. Maka sebab itu kelebihan beliau tidak dapat dikesani dan hendak dimenafaatkan ahli.

Pemerhatian GB, TGHH berjuang dengan menunggu peluang musuh datang, kemudian baru di"pancing".

Tanpa Nama berkata...

tak payah cakap pasal spr.. pakatan sendiri tiak boleh menunjukkan contoh sistem pemilihan yang telus an berkesan, jangan kata orang asli tidak berpelajaran dan diguna oleh bn.. pengundi cuna juga memilih bn..
akuilah kelemahan diri.. pas pun ada masalah dalaman, dan yang penting fikir2 kedudukan dalam pr

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat waktu DSAI sertai UMNO/BN dulu. Ada seorang aktivis politik yang kata kalau dia bentuk parti lain dan bukan sertai parti yang sedia ada macam Ahmad Boestamam bary betul. Aku kata dalam hati betul juga tu. Alih-alih dia disingkirkan barulah nak bentuk parti baru. Memang UMNO/BN amat tercabar dengan PKR bila ada bekas Ahli Parlimen menjelang PRU 12 dulu kata musuh politik UMNO/BN kini ialah PKR. Seperkara lagi yang terlintas dalam kepala aku ialah kalau DSAI sertai PAS dan bukan UMNO/BN barangkali wajah politik tak jadi macam sekarang ni. Barangkali PAS dah jadi kerajaan Malaysia sekarang. Orang PAS memang berharap sangat supaya dia masuk PAS. Sebelum tu dia cukup rancak kempen di pentas-pentas PAS dan sambutan amat memberangsangkan. Fikir-fikirlah!

Tanpa Nama berkata...

Anon 10.42pm,
Betul sangat komen anta tu.Pilihanraya mesti pakai strateji dan tektik.DiGalas nampaknya strateji UMNO lebih kemas dan efektif.Sebaliknya PAS banyak buat kesilapan dari segi strateji,sebagaimana yang disebut-sebut dalam blog ni.Soalnya siapa yang bertanggungjawab dalam soal strateji diGlas?Adakah kumpulan ini,berkebolehan dan berkemampuan untuk buat kerja ni?Soalan-soalan yang munkin tidak akan ditanya dan tidak akan mendapat sebarang jawapan,selagi Hadi Awang menjadi Presiden PAS.

Tanpa Nama berkata...

saya hairan betul dengan pengikut2 pr ini. kalau menang tak pernah pula dikata SPR salah. kalau kalah aje, mulalah SPR tak betul. cuba contohi BN, walaupun mereka kalah tak pernaha dengar mereka salahkan SPR. Kalau betul SPR anjing kerajaan, tak akan sekali pun PR dapat menang p'raya. anda mempunyai ejen2 p'raya dalam setiap proses. mereka ni tido ka?