Najib: Pertahan Putrajaya walau apa terjadi, 2011 tahun ‘unik’
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Meskipun Datuk Seri Najib Razak tidak membayangkan tahun depan sebagai tahun pilihan raya umum tergempar, tetapi memberitahu ahli-ahli Umno hari ini bahawa “tahun 2011 bukanlah sembarangan” tahun.
“Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka.
“Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka.
“Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis,” kata beliau yang merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan 2010 dengan acara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra sebelum itu.
Banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 tergempar kemungkinan diadakan selepas suku kedua tahun depan walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.
Dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”, Najib berpesan bahawa walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti dipertahakan.
“Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.
“Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.
“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. petikan dari TMI
Ulasan GB
Menarik ucapan Najib, Presiden UMNO diperhimpunan kali ini. Ia mendedahkan satu pengakuan dari hati kecil Najib sendiri bahawa UMNO BN kini berada di dalam situasi amat kritikal. Lalu beliau terpaksa menyuarakan setulus hatinya
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa"...
yang menunjukkan bahawa UMNO BN kini sudah berada di tubir jurang keruntuhan.
Roda kehidupan berputar. Sememangnya itu adalah satu ungkapan akhir dalam mana-mana perjuangan dan rasanya Najib akan menutup tirai pemerintahan UMNO BN selepas pilihanraya kali ini.
Kuasa Tuhan - siapakah yang mampu menandingiNya?
Di situlah dimana pemimpin-pemimpin UMNO lupa.

2 ulasan:
Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka.
huhuuuu
mungkin juga 2011 menandakan
tahun kejatuhan emapayar umno dan bee end
"Melayu tak akan hilang didunia" - kata-kata hikmat Hang Tuah.Waktu itu belum ada UMNO lagi.Kalau Hang Tuah ada dewasa ni,sudah pasti ramai pemimpin UMNO kena tikam keris Taming Sari kerana sudah lebih 50 tahun menipu,berbohong dan menghambakan Melayu.Hang Tuah tak akan rela pemimpin-pemimpin UMNO melanun dan merompak harta rakyat untuk memperkayakan diri.Hang Tuah tak akan membiarkan begitu banyak tanah milik Melayu(Malay Reserve) dinoda oleh UMNO.Jangan pandai sebut nama Hang Tuah aje tapi perangai seperti Pateh Karmawijaya.
Catat Ulasan