6 Ogo 2010

Musa Hassan Wajar Dibersarakan

IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya,” kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi melanjutkan kontark Musa.

“Kalau ada apa-apa, kita yang pertama akan mengetahui tetapi setakat ini kita tiada maklumat (berhubung sambungan kontrak itu),” katanya ketika dihubungi.

Khabar angin kontrak Musa akan dilanjutkan timbul baru-baru ini kerana ada pihak yang mendakwa ketiadaan calon yang sesuai untuk dilantik sebagai ketua polis negara yang baru.

Menurut khabar angin itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berpuas hati dengan prestasi Musa.

Pihak pembangkang, bagaimanapun membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan. Ini khususnya kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis. -mk

Ulasan GB

Musa Hassan. Itu namanya. Dikenali pertama kali oleh rakyat Malaysia sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar. Kemudian dinaikkan pangkat, naik, naik sampai pegang Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau menipu kelulusannya. SIla ikuti laporan di bawah:

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama, di sini terhadap keterangan palsu Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mendakwa beliau (Musa) mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang.

"Musa telah melakukan kesalahan jenayah dengan memberi keterangan palsu kepada mahkamah berhubung kelulusan akademiknya,” kata Sivarasa yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “apa yang dibuat oleh Musa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.”

Menurut beliau, Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

“Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri,” katanya.

Sivarasa berkata, “kenyataan palsu Musa ini bersifat material kerana ianya mempengaruhi kredibiliti dan keboleh-percayaan peribadi beliau dalam pembicaraan kehakiman ini.


GB pernah mengulas hal ini dimana GB menyatakan:

Jika benar Musa Hassan menipu mengenai kelulusan akademiknya berarti wang gaji yang diterimanya selama ini tidak sah dan perlu dibayar semula kepada Perbendaharaan Negara.

Selain itu ia adalah "wang haram" kerana gaji yang diperolehi adalah tidak bersih kerana terdapatnya unsur penipuan untuk membolehkan beliau menjawat jawatan KPN.

Bagaimana seorang anak kepada seorang ustaz (Hassan Azahari) boleh memakan harta dengan cara yang tidak betul dan bersih?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak tahu apa2 atau pun sengaja nak sembunyikan sesuatu... saya rasa ini hanya lakunan aje.. tentunya najib semakin sayang pd musa yang mengikut kehendak hatinya tak kan nak lepaskan begitu aje ayam tambatan tu. rugi lah.. takut nanti dapat yang baru tak sama dengan simusa ni.. boleh ikut telunjok dia.. rasa2nya memang dapat sambung... selagi najib berkuasa, selagi itulah si musa ni akan jadi ketua polis negara....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN wajar dibersarakan, maka yang tak betul juga kan bersara mengikuti ketuanya

Tanpa Nama berkata...

50 tahun lebih UMNO perintah malaysia, dah masuk zon bersara dan nyanyuk

Tanpa Nama berkata...

Seorang Ketua Agensi Penguatkuasa Kerajaan seperti PDRM,wajar punya kredibiliti dan dihormati oleh orang ramai(orang awam)(public).Sekiranya 2 kualiti ini sudah tak ada pada diri yang berkenaan,tak usah tunggulah untuk disambung kontrek,lebih baik bersara sahaja.

Amuraria berkata...

UMNO@UMCO@APCO MEMPERKUDAKAN BARUA/PECACAI INI DEMI KESINAMBUNGAN KUASA & MALAUN INI JUGA BERAGENDA UNTUK KELANGSUNGAN KUASA YG HARAM ! MENGANIAYA ORANG-ORANG YANG DIRASAKAN MENGANCAM KEDUDUKKAN TANPA RASA MALU ATAU SEBAGAI SEORANG ISLAM,KERJA-KERJA DAJAL DIUTAMAKAN,APAKAH JAWAPANNYA DIMAHSYAR ?

Tanpa Nama berkata...

Seperti dalam lirik lagu Kump. Raihan:
" Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa "
Tak hairanlah kalau seorang anak ustaz boleh menipu...

Tanpa Nama berkata...

tindakan polis terhadap majlis PR baru2 ini memboktikan satu tindakan mengambil hati pehak penguasa.

Tanpa Nama berkata...

Dia bekerja utk UMNO.....

Tanpa Nama berkata...

Menipu dalam keterangan bersumpah di mahkamah adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara.
Tapi kelayakan untuk menjadi KPN atau mana-mana pegawai kanan polis tidak semestinya mempunyai ijazah. Profesyen polis bukannya profesyen profesional seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam atau ahli kimia. Cuma sekarang je, syarat masuk jawatan Inspektor mesti ada ijazah.

Matketor berkata...

Si Musang Hassang ni pun kaki bodek no 1..
lidah memang dah bercabang..sejak dia ni jadi ketua polis negara kredibiliti polis jatuh hingga tahap rakyat menyampah bila nampak polis..tengok muka polis rasa cam nak tempeleng ngan sepak sepak aje sebab polis yang buat camtu kat sesiapa saja yang ditangkap tak kiralah salah ke tidak...Musang Hassang nilah punya kerja sampai rakyat tidak lagi menghormati polis..