31 Ogo 2010

GB Jawab 2 orang Yang Menonjol Diri Sebagai Ulamak

Zul Noordin: Ironis bukan Islam masuk surau

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin mempersoalkan keadaan orang bukan Islam dibenar 'bertazkirah' dan memasuki surau dan masjid sedangkan ilmuan Islam sendiri tidak dibenarkan.

Memetik tulisan pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahaya, Zulkifli berkata apa yang berlaku itu amat ironis kerana pada masa yang sama golongan bukan Islam dibenarkan, "sambil memijak tempat sujud umat Islam".

"Dikenali sebagai seorang yang giat berdakwah melalui ceramah dan penulisan, beliau (Fathul Bari) sendiri pernah ditahan kerana memberikan tazkirah (tanpa tauliah) di dalam sebuah surau," kata Zulkifli yang dipecat daripada PKR sebelum ini berpunca daripada pendapat berbezanya dalam isu kalimah Allah.

Zulkifli dipercayai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dan memberikan ucapan di sebuah surah di Kajang - yang mengundang perdebatan hangat, sehingga Sultan Selangor dikatakan amat murka dan dukacita.

Walaupun dilaporkan memberikan 'tazkirah', Teo bagaimanapun menjelaskan beliau hanya hadir memberikan sumbangan kewangan kepada pengurusan surau dan tidak menyentuh langsung perkara politik dalam ucapannya.

Menulis dalam blognya, Zulkifli juga memperli sikap umat Islam yang didakwanya "tanpa segan (dan) malu menghulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini."

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah sehari sebelum itu.

Fathul Bari dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan. Kes tersebut masih dibicarakan.

Fathul: Urusan niat adalah milik Allah

Sementara itu, Fathul Bari dalam tulisannya yang dirujuk Zulkifli itu antaranya berkata, apa yang berlaku sekarang berbeza dengan keadaan di masa lalu apabila bukan Islam masuk ke masjid "untuk didakwah".

"Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah.

"Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama," tulisan Fathul Bari dalam Utusan Malaysia itu dipetik.

Dalam tulisan itu, Fathul Bari juga memuatkan pendirian majlis fatwa ulama Arab Saudi yang "bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali."

Justeru, anak bekas mufti Perlis itu meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam memohon bantuan kewangan agar tidak melanggar dasar dan prinsip Islam.

Manakala orang Islam yang berkemampuan pula dinasihatkan tidak terlalu memilih parti sahaja untuk dibantu.

"Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram.

"Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah," tulisan Fathul Bari itu dipetik. -MK

Ulasan GB

Ini betul-betul dua ekor ular dalam semak.

Pertama: Kedua-duanya menuduh YB Teo menyampaikan "tazkirah". Ada bukti? Jika tiada kedua-dua kamu pemfitnah di bulan Ramadhan.

Kedua: Kata mereka 'amat ironis kerana pada masa yang sama golongan bukan Islam dibenarkan, "sambil memijak tempat sujud umat Islam"'

Dengar sini kamu-kamu yang mengaku ulamak.
Apakah pengertian sujud dan tempat sujud? Sujud ialah merendahkan diri, menghambakan diri kepada Allah s.w.t. manakala tempat sujud ialah tempat yang paling bawah searas tempat kita berpijak iaitu lantai (tanah).

Tempat sujud umat Islam sememang tempat dimana "semua orang boleh pijhak", jika tidak ia bukan tempat sujud namanya.

Tempat orang boleh pijak itu lah tempat paling hina dan disitulah kita sujud menghinakan diri kita kepada Allah s.w.t.

Seandainya tempat sujud itu tempat orang tak boleh pijak seperti ditinggikan tempat sujud itu dengan pelbagai alas, dihiaskan dengan pelbagai hiasan, maka ia bukan tempat serendah-rendah dimukabumi dan ia bukan tempat sehina-hina untuk kita menghinakan diri kita di depan Allah.

Ketiga : kamu menuduh umat Islam menagih angpaw dan bantuan dari tangan kafir harbi. Sedangkan kamu-kamu berdua tidak sedar selama ini kamu makan dari hasil apa? Kamu menerima gaji, elaun dan imbuhan dari kerajaan mana? Kerajaan dari jenis pemerintahan apa? Hasil yang datang dari mana? Lebih buruk lagi kamu berdua bersekongkol dengan UMNO, sebuah parti yang mengaku Islam tetapi jelas menentang hukum Islam! Nak kata apa lagi?

Kamu menuduh DAP kafir harbi. Abis kamu nak iktiraf MCA dan MIC kafir dzimmi semata-mata kerana mereka kawan UMNO? Pergi tanya MCA dan MIC samada mereka mahu hukum Islam atau tidak?

Jahat kamu berdua ini, leih jahat daripada syaitan-syaitan yang telah diikat di bulan Ramadhan ini.

27 ulasan:

  1. Bhai Greenboc..

    Gua ader tulis tentang mamat Zulkifli Nordin nih... gua ulas aper yang di tulis di blog dier...

    Harap lu dapat komen skit...

    Ngarut jer Zulkifli Nordin nih... perasan dier tue hero Islam la konon....

    BalasPadam
  2. itulah pemikiran ulamak gerombolan UMNO..

    mungkin mereka akan keluar fatwa Gerombolan UMNO minum Arak tidak haram kerana minuman rasmi..

    Melayu minum arak difatwa.. haram kerana rakyat kasta bawah tiada ada sebarang kurniaan darjat..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, jawapan mantap daripada GB.

    Pancung jer dua-dua ingusan ni GB!

    BalasPadam
  4. tak lama lagi zul jd lebih kurang sama ngan astora jabat...merapu ikut kepala dia...ilmu agamanya x der mana pun....

    BalasPadam
  5. Manusia mcm zul tu kalau asas agama x byk jadi macam tu lah. Boleh nampak asas kejahiliahnya spt kata Tok Guru. Jenis kapir pun tak gheti nak buat pengkelasan tu pun nak cakap pasal Islam. Jadi lowyer buruk bolehlah. Subhanallahhh..

    BalasPadam
  6. mengarut ape sikelembai zulkifli nie... org bagi ucapan ringkas bukan bertazkirah pasal Islam. mangkok betul si kelembai zul nie.

    BalasPadam
  7. salam,
    saya tersenyum membaca hujah balas GB sebab kebetulan saya juga bersependapat, cuma libasan GB jauh lebih bagussss. Maju terus!

    BalasPadam
  8. bersyukur kita tidak dijadikan Allah seperti mereka..kefahaman Islam yang cetek tetapi ingin mewakili orang islam kononnya..yang penting bagi manusia ini jangan lepas..soroo..sudah itu yang penting. agama itu kadang2 ikut tafsiran pengetahuan,bukan rujuk pada alim ulama..manisia seprti ini yang diperlukan oleh gerombolan.. sekarang...untuk terus kekal berkuasa..

    BalasPadam
  9. apa nak buat dah nama UMNO..camtu lah taraf IQ..mamat2 ni..kesian aku..kat Melayu2 ni!!kononnya ada ilmu..tapi acuan ilmu keris!!

    BalasPadam
  10. Slm ramadhan GB..
    Ana tertarik dgn ayat ULATMAK UMNO "bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali."
    - sbnrnya bkn tiada muslim yang mampu tp yg nak membantu mmg ssh dicari.klu tidak, kelantan xkn masuk mahkamah utk tuntut hak royalti yg salah satu dr kegunaannya adalah utk membina masjid..yg menidakkan hak itu adalah "MUSLIM YANG MAMPU TP X MEMBANTU MALAH MENINDAS"..
    SAH!!MEREKA ADALAH ULATMAK..BKN ULAMAK..

    BalasPadam
  11. Dua ekor ni memang mangkok hayun. main tembak aja tanpa tau cerita sebenar. Si YB tu bagi "taklimat" yang dua ekor mangkok hayun ni tuduh bagi "tazkirah". Apa ke bende la dua ekor ni.

    Woiii mangkok zul...hang bila nak letak jawatan. Muka tak malu ke? Bukan kah orang yang mengundi hang dulu tu dari orang "kafir" yang hang tak suka tu?

    Betoi-betoi la hang ni mangkok hanyun.

    BalasPadam
  12. Kenapa masih ramai yg tak nampak kejahilan dan keburukan UMNO sedangkan secara terang-terangan mereka lari dari sistem Islam dan menyusahkan rakyat demi kepentngan amsing2??

    BalasPadam
  13. Syabas GB...kupasan tuan hamba padat dan mantop.. bersyukurlah PAS mempunyai ahli yang berfikiran maju seperti tuan hamba..

    Syabas sekali lagi.. kedua2 mangkok ni memang dah takda pengikut sangat.. tin kosong saja..

    BalasPadam
  14. Abaikan saja cakap 2 mangkok ni...
    Kalau pasal Pakatan Rakyat cepat jea bagi komen...

    Bila pasal BN seperti judi bola, apco, salahguna kuasa dan lain2 lagi...diam seribu bahasa...

    piirrraaahhh luuu...

    BalasPadam
  15. setuju sangat tulisan Gb ni memang mereka ini nampak sahaja pandai agama tapi sebenarnya mereka ini penyelewengan dalam urusan agama dan sememangnya kafir harbie jika nak ditukarkan kepada islam munafiq adalah lebih jahat kaum munafiq ini kerana hukumannya adalah tertentu kepada Allah semata2 manakala kafir harbie kita wajib perangi mereka dan matinya kita adalah mati shahid tetapi bagaimana jika ia bergelar seperti ustaz atau alim ulamak tetapi sering putarbelit hukum hingga ramainya umat islam habis terkeliru mereka lebih teruk dan lebih jahat seperti apa yg Gb gelarkan itu ..sekian dari shbt sperjuangan kc....

    BalasPadam
  16. setuju sangat tulisan Gb ni memang mereka ini nampak sahaja pandai agama tapi sebenarnya mereka ini penyelewengan dalam urusan agama dan sememangnya kafir harbie jika nak ditukarkan kepada islam munafiq adalah lebih jahat kaum munafiq ini kerana hukumannya adalah tertentu kepada Allah semata2 manakala kafir harbie kita wajib perangi mereka dan matinya kita adalah mati shahid tetapi bagaimana jika ia bergelar seperti ustaz atau alim ulamak tetapi sering putarbelit hukum hingga ramainya umat islam habis terkeliru mereka lebih teruk dan lebih jahat seperti apa yg Gb gelarkan itu ..sekian dari shbt sperjuangan kc....

    BalasPadam
  17. salam, sepatutnya saudara kita patut di beri ajaran yang betul, jangan menhina tau. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG TUNJUKAN.... DUA ORANGNI BARU BELAJAR.... KALAU TAK, MENANGIS PANGIL MAK,,,,, JADI tak payahlah kita sibuk sebab mereka masih tidur bawah ketiak mak lagi... pamper pun kena salin kalau tidak busyuk sapai kering tahi, lepes tui gatal lah mulut cakap bukan bukan....

    BalasPadam
  18. Si mangkok Zul ni jadi wakil rakyat pun kerana Cina juga.
    Harapkan undi Melayu misti kojol punya.
    Bak kata P. Ramlee "cakap lawa konon".
    Manusia tak sedar diri.
    PRU13 nanti taulah nasib kau ke mana.
    Bagus GB balun cukup-cukup.
    Dia perasaan dirinya hebat sangat.
    Tak tau ramai yang dah meluat.

    BalasPadam
  19. Salam GB,

    Memamg patut GB balun je 2 mangkuk hanyun tu...hebat idea bernas dari GB.Semoga 2 mangkuk hayun tu akan mandpt keinsafan di bulan yg mulia ini. tu pun kalau nk insaf...

    BalasPadam
  20. Dua ekor nie ikut telunjuk yahudi APCO. Sama macam perangai yahudi tak suka berbaik dengan orang lain dan sentiasa menggangap mereka lebih mulia. Sebaliknya nie lah golongan yg dilaknat oleh Allah.

    BalasPadam
  21. Bravo GB cantas rapat Si Zul ni. Aci tengok PRTU 13 saheh bungkus punya dia. Wakaka....

    BalasPadam
  22. bagus juga ada pelapis ulam mak umno ni boleh juga kita tau setakat mana otak dia tu,kalu nak ulas pun dptkan berita yg soheh bukan dari media taghut tu,

    BalasPadam
  23. Mereka ni bukan boleh dipanggil ulamak..diaorang ni semua pukimak...

    BalasPadam
  24. entahlah apa nk jadi dgn Zulkifli nordin ni, dulu masa sama2 dlm PKR blh sembur sana sini hentam UMNO, sekarang dah jilat balik ke? ciri-ciri munafiq inilah yg patut kita jauhi....

    BalasPadam
  25. Kita jaga kubur masing masing lagi baik dari kita umpat orang. Sia sia je sebab pahala kita gi kat mangkok 2 orang tu.

    BalasPadam
  26. Astora Jabat di mana sekarang?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.