11 Mei 2010

500 Hadir Tapi 1,700 Yang Keluar Parti?

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menafikan laporan media yang dipetik kononnya 1,700 ahli KEADILAN isytihar keluar parti di Kulim, Kedah hari ini

Johari turut menafikan laporan tersebut kerana menurutnya tidak sampai 20 orang yang mengumumkan keluar parti dalam Majlis Hari Ibu yang telah disalahguna oleh MIC.

"Sebenarnya apa yang diadakan semalam adalah program meraikan Hari Ibu.

"Kehadiran dalam majlis tersebut cumalah 480 orang dan rata-ratanya daripada kaum India.

"Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja ahli KEADILAN tetapi orang ramai daripada mana-mana parti pun boleh datang tetapi ada dalang mengambil kesempatan dalam majlis tersebut.

"Tetapi yang peliknya, kehadiran dalam majlis itu tidak sampai 500 orang tapi yang diumumkan 1,700 orang keluar parti," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan MIC itu sebenarnya untuk mendapatkan undi kaum India dan semata-mata untuk memperkukuhkan personaliti pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Tambah beliau, gimik keluar parti ini biasanya akan kedengaran di musim pilihan raya terutamannya di Sibu yang menyaksikan pilihan raya kecil 16 Mei nanti. -SK

2 ulasan:

  1. BETUL.AKU ADA SAMA DALAM MAJLIS ITU.YANG RAMAI PUAK UMNO DAN MIC.DEPA PI KERANA DIAJAK SAJA.PADA AWALNYA DEPA PUN TAK TAU MAJLIS APA.JANGAN PERCAYA LAPORAN PEMBOHONG SAHAJA.DEPA DAH TAK ADA MODAI.SYOK SENDIRI.PEMIMPIN MIC PUN TAK RAMAI.DEPA PUN ADA MASAALAH.UMNO DI SINI PUN ADA MASAALAH.BEREBUT PROJEK KATANYA.AMNO.....

    BalasPadam
  2. Masalah keluar masuk parti ini perkara biasa.

    Dr Mahathir, Dato Onn Jaafar, Sanusi Junid pun keluar drpd UMNO.

    PRK Hulu Selangor. Zaid Ibrahim bekas UMNO bertanding sebagai calon PKR. Ezam Md Noor, Roslan Kassim, Lokman Nor Adam-antara pengasas PKR berkempen untuk calon BN melawan calon PKR.

    Politik Malaysia. Semuanya pening. Jalan dlm Pakatan Rakyat tetap berliku selagi ramai pemimpin yang meletakan kepentingan perut dan bawah sebagai keutamaan. Hanya yang ampuh shj akan menempuh kejayaan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.