9 Jan 2010

Nasib Hassan Ali, Khalid Samad Ditentukan Minggu Depan

Jawatankusa disiplin PAS yang selesai mendengar keterangan dua pemimpin parti itu dari Selangor akan membuat keputusannya minggu depan.

Jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas selesai mendengar keterangan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali selama tiga jam petang ini.

Bekas timbalannya Khalid Samad telah memberi keterangan kelmarin dengan membawa seorang saksi.

Ketika ditemui The Malaysian Insider di Ibu Pejabat PAS di sini lewat petang ini, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya boleh membuat keputusan membabitkan kedua-dua mereka hujung minggu depan.

Beliau ada tarikh ditetapkan untuk tujuan itu.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat pagi esok tetapi ia tidak akan sentuh kes mereka.

“Kami rasa hujung minggu depan sudah boleh membuat keputusan... sudah agak lama juga siasatan dijalankan,” kata beliau.

Bagaimanapun jelas beliau pihaknya menanti satu dokumen yang hendak dikemukakan oleh Hasan dan saksi yang beliau bawa hari ini.

Hasan membawa tiga saksi hari ini, kata Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS.

Saksi Hasan terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dan Bendaharinya Yusof Ludin yang juga bekas setiausaha perhubungan negeri.

Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.

Dalam pada itu Khalid berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.

Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.

Jawatankuasa disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.

“Tidak ada saksi lain akan dipanggil.

“Jawatankuasa disiplin merasakan cukup maklumat cuma dokumen tambahan yang akan dibekalkan oleh pihak Datuk Hasan.

“YB Khalid tidak ada apa-apa dokumen tambahan lagi. Jawatankuasa disiplin berpuas hati dengan penjelasan mereka yang diberikan ruang yang luas,” katanya.

Terdahulu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor tiba di pekarangan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini kira-kira pukul 2.53 petang tadi.

Beliau menghadap jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim mulai 3 petang.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan sebelah pagi tadi tapi ditangguhkan sehingga 3 petang ini.

Penangguhan itu ekoran majlis taklimat isu-isu semasa anjuran parti itu di Shah Alam.

Hasan yang didampingi The Malaysian Insider sebelum memasuki pejabat PAS enggan mengulas apa-apa.

Bagaimanapun ketika selesai sesi pendengaran yang berakhir 6 petang, Hasan berkata, “saya OK kerana telah diberikan kemudahan dan masa untuk memberikan penjelasan.”

“Sama ada gembira atau tidak ia adalah subjektif,” katanya.

Turut mengiringi beliau ketua penerangan PAS Selangor Roslan Sharir dan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Dr Che Rosli Che Mat.

Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.

Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin.

Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.

Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.

Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama. -MI

Ulasan GB

Kita juga ingin tahu apakah sikap J/K Disiplin terhadap kenyataan Hassan Ali yang terang-terangan menentang pendirian parti.

Hassan Ali telah bertegas menyatakan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam.

Sedangkan pendirian PAS di dalam isu berkenaan telah diketahui umum bahawa PAS mengambil sikap sederhana membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama samawi, hanya sanya tidak mahu ianya disalahgunakan.

Apakah nanti Tuan Ibrahim akan menyatakan tiada laporan salahlaku Hassan Ali sedangkan akhbar tempatan telah jelas membuat laporan berkenaan dan setakat hari ini, Hassan Ali sendiri tidak menafikan?

GB ingin bertanya sekali lagi kepada Tn Ibrahim, mengapa sewaktu Khalid Samad membuat kenyataan tiba-tiba Tn Ibrahim mengarahkan Khalid supaya berhenti keluarkan kenyataan yang kononnya bertentangan dengan pendirian parti (skalipun akhirnya terbukti pendirian parti menyokong kenyataan Khalid)?

ADILKAH BEGITU?

Tidakkah Tuan Ibrahim itu sendiri yang perlu diheret ke Jawatankuasa Disiplin kerana telah bertindak bias dan pilih kasih secara terang dan nyata?

Jika PAS tidak boleh membetulkan J/K Disiplin Parti, kita terpaksa menyerahkan kepada Allah s.w.t. kerana GB yakin, bukankah Dia sebaik-baik Hakim? (Alaisallaahu biahkamil haakimiin- At-Tiin 8).

7 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Biasala....tu, puak2 UG ni kalau terkena org dia, dia buat tak tahu je... tapi klau terkena tokoh propakatan secepat kilat beri amaran....nasiblah pas boleh hakim macam ni... itupun kesahihannya boleh dipertikaikan.

Tanpa Nama berkata...

ramai kalangan ahli Pas berkebolehan tetapi tidak mahu menonjol...

Tanpa Nama berkata...

yg tak berkebolehan tu yg gila jawatan, lepas tu beri amaran secara diskriminasi semata-mata tak sebulu dgn mereka.

alahai, perasannya dah dapat gelaran datuk boleh buat sesuka hati.

itulah juga kategori datuk-datuk yang menjahanamkan parti.

ibn_sabil berkata...

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin berkata: “Kami rasa hujung minggu depan sudah boleh membuat keputusan... sudah agak lama juga siasatan dijalankan,”

Tahu pun dah lama, letak ler jawatan kerana tak cekap kerana amik masa yg lama nak selsaikan ks ni. atau sahaja panjang2kan utk beri ruang hassan ali cari helah sampaikan :
"Pertemuan itu sepatutnya diadakan sebelah pagi tadi tapi ditangguhkan sehingga 3 petang ini.

Penangguhan itu ekoran majlis taklimat isu-isu semasa anjuran parti itu di Shah Alam."

NAMPAK KETARA HASSAN ALI DIBENARKAN BUAT ROADSHOW SEHINGGAKAN BOLEH KAWAL LEWAT2KAN MASA PENDENGARAN KESNYA DEPAN JWTNKUASA DISIPLIN.

DAN JWTNKUASA BOLEH TUNDUK KPD HASSAN ALI.

APA PUNYA DASYAT JWTNKUASA DISIPLIN PAS NI?

Tanpa Nama berkata...

pas takut nak ambil tindakan terhadap haron din dan taib azamuddin, terang-terang kenyataan mereka bercanggah dengan kenyataan dewan ulama dan lajnah politik membenarkan ALLAH di gunakan oleh kristian, tapi dalam kes khalid samad laju je j/kuasa disiplin mengambil tindakan.

http://darulehsantoday.blogspot.com/2010/01/berani-ke-pas-siasat-taib-azamuddin-dan.html

Tanpa Nama berkata...

lansung aku tak percaya tuan ibrahim ni. dah ketara ketidak-adilannya.

Anak PR Selangor berkata...

Tengoklah keputusannya nanti mesti menyelebahi Hassan Ali punya..

Tak percaya??? tengok je lah nanti.