6 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Pengundi Bukan Melayu Kekal Undi PAS Di Bagan Pinang

Selain pengundi pos berjumlah 4,604, kumpulan pemilih yang turut mencorakkan arus sokongan kepada mana-mana parti dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, 11 Oktober nanti ialah pengundi bukan Melayu. Bezanya, jika undi pos pada pilihan raya umum lalu ketara memihak kepada Barisan Nasional (BN), undi bukan Melayu pula menyebelahi PAS.

Sudah jenuh didedahkan kemenangan BN dengan lebih 2,300 undi jelas disebabkan adanya undi pos. Daripada lebih 4,500 pemilih pos, lebih tiga ribu mengundi BN dan hanya tidak sampai seribu memihak kepada PAS.

Tidak sukar dicongak betapa tanpa dicampur undi pos kekuatan kedua-dua parti di medan pertarungan sebenar adalah seimbang. Masing-masing berjaya mengumpul sokongan sekitar tiga ribu undi pemilih awam.

Kumpulan pengundi yang menjadi sasaran dan sandaran kekuatan PAS secara tradisi ialah pengundi Melayu. Di Bagan Pinang kumpulan pengundi ini membentuk kira-kira 66 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar. Sebahagian besar pengundi pos juga orang Melayu.

Meski pun pengundi Melayu tetap menjadi fokus utama kekuatan PAS, sokongan kumpulan pengundi ini terhadap parti itu dikatakan sudah mencapai tahap maksima. Jumlah 1556 undi diperolehi calon PAS pada Pilihan Raya Umum 2004 boleh dijadikan asas ukuran.

Dengan mengandaikan ketika itu para pengundi bukan Melayu hampir tidak ada yang mengundi parti Islam itu, maka jumlah itu boleh dikatakan sepenuhnya datang dari pengundi Melayu.

Undi PAS bagaimana pun melonjak kepada 4,097 pada 2008. Ia bertambah lebih 2,500 undi, sedangkan undi BN meningkat hanya tidak sampai 500 undi.

Lonjakan itu bagaimana pun dikaitkan sebahagian besarnya hasil perubahan sikap pengundi bukan Melayu yang tidak lagi PAS-fobia. Ia berasaskan kepada sekian banyak analisa perubahan sikap pengundi Cina dan India dalam pilihan raya lalu.

Dikatakan fenomena peralihan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang berlaku secara besar-besaran. Ada yang menyebut sekitar antara 60 hingga 80 peratus pengundi kaum berkenaan tidak lagi memilih BN.

Telahan itu dikukuhkan dengan fakta bahawa pengundi India membentuk kira-kira 20 peratus pemilih berdaftar di Bagan Pinang, manakala pengundi Cina pula lebih 10 peratus. Jumlah keseluruhan mereka lebih 4,300 orang.

Dengan jumlah keluar mengundi keseluruhan adalah 81.59 peratus, maka jumlah pengundi India dan Cina yang mengundi adalah sekitar 3,500 undi. Andaikan pula 70 peratus mereka mengundi PAS, maka jumlah mereka adalah kira-kira 2,400 orang.

Berbekalkan modal asal lebih 1,500 undi, maka agak munasabah perolehan undi PAS itu adalah hasil lonjakan sokongan bukan Melayu. Malah, menurut laman web rasmi PAS Negeri Sembilan, dari lapan peti undi di Dun Bagan Pinang, calon parti itu menang tiga iaitu di kawasan majoriti India.

Menurut perangkaan terbaru, seramai 13,664 pemilih berdaftar akan terbabit dalam plihan raya kecil 11 Oktober nanti, iaitu masing-masing 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Jumlah itu merosot kira-kira 500 undi berbanding pilihan raya umum lalu.

Peratusan pengundi mengikut kaum bagaimana pun tidak banyak berubah. Pengundi Cina dan India masih membentuk lebih 30 peratus pemilih berdaftar.

Momentum sokongan mereka kepada pakatan pembangkang juga dikatakan masih kekal, malah semakin meningkat. Jika dalam pilihan raya umum lalu penyertaan PAS tidak digabung secara rasmi dengan kekuatan DAP dan PKR, realiti kini sudah banyak berubah. Hubungan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti semakin mantap.

Di pihak BN pula, imej dan kredibilitinya sebagai pembela rakyat belum berjaya dipulihkan. Ia bahkan semakin lemas dan terumbang-ambing dengan pelbagai masalah. Pergeseran dalaman semakin memburuk dalam semua parti komponen utamanya, sama ada Umno, MCA mahu pun MIC.

Restu yang diberikan para pemimpin BN terhadap penubuhan parti Makkal Sakhti dilihat salah satu usaha terdesak parti pemerintah itu memenangi hati masyarakat India. Ia bagaimana pun satu tamparan hebat dan penghinaan secara terbuka terhadap MIC yang disifatkan sudah gagal mewakili dan membela kepentingan kaum India negara ini.

Cuma perlu diingat, kegagalan MIC adalah juga bererti kegagalan BN. Jika parti yang sudah lebih separuh abad setia bersama BN itu pun tidak berdaya memenuhi aspirasi perjuangan masyarakat India, bagaimana diharapkan sesuatu yang lebih hebat dari sebuah parti yang baru muncul?

Pengundi bukan Melayu sebenarnya tidak ada sebab munasabah untuk menarik balik sokongan kepada PAS di Bagan Pinang. BN masih gagal memperbetulkan kepincangan dan kesilapannya terhadap rakyat, terutama bukan Melayu.

Isu-isu seperti insiden mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam dan bantahan pemindahan lokasi pusat sembelihan babi di Alor Setar tentunya tidak terlepas pandang oleh masyarakat India dan Cina di seluruh negara, termasuk di Bagan Pinang. Tidak sukar dibuktikan bahawa dalang dan pemain utama menggagalkan usaha Pakatan Rakyat meraikan kepentingan dan hak bukan Islam dalam kedua-dua isu tersebut ialah para pemimpin Umno.

Pengundi bukan Melayu ada sebab untuk meningkatkan sokongan kepada PAS di Bagan Pinang. - Mat Zain Mat Isa

Era Najib Altantuya : Media Dilarang Lapor Rekod Rasuah Isa Samad

Pucuk pimpinan Umno-Barisan Nasional melarang media arus perdana melapor penggantungan Tan Sri Isa Samad dalam Umno kerana rasuah politik, bagi memastikan kemenangan beliau pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Ahad depan.

Kumpulan Media Prima telah menyebarkan arahan itu kepada semua stesen televisyen yang dikuasainya, termasuk Tv3, TV8, Ntv7 dan akhbar New Straits Times serta Berita Harian.

Arahan secara lisan itu turut diberikan kepada Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar Cina serta RTM, menurut sumber-sumber media.

Arahan itu dilihat sebagai penting untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak rekod Isa sebagai pemimpin Umno yang terpalit dengan tuduhan rasuah. Isa akan ditentang calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Dalam pemilihan Umno pada tahun 2004, Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan undi terbanyak. Kemenangan itu bagaimanapun dibatalkan kemudiannya selepas Isa didapati terbabit dalam politik wang.

Antara lain beliau disabit sebagai menyogok perwakilan dengan mengadakan jamuan, disamping merasuah mereka untuk membeli undi.

Berikutan itu, Isa digantung keahlian selama enam tahun, atau dua penggal, tetapi hukuman itu dikurangkan kepada tiga tahun selepas beliau membuat rayuan. Tempoh penggantungannya tamat tahun lepas.

Tokoh-tokoh veteran Umno sebelum ini menasihati Perdana Menteri Najib Razak supaya tidak meletakkan Isa sebagai calon kerana ia menjejaskan kredibiliti Umno dan menempelak usaha untuk mengubah imej parti itu sebagai sarat dengan amalan politik wang dan rasuah di peringkat tertinggi.

Namun Najib membelakangkan nasihat oleh tokoh-tokoh seperti Mahathir Mohamad dan Razaleigh Hamzah kerana dikatakan ingin membalas jasa Isa dalam membantu menjaga kepentingan Najib pada masa lalu.

Najib turut mengharapkan bahawa populariti Isa di Bagan Pinang akan membolehkan Umno mencatat kemenangan pertamanya dalam pilihanraya kecil, setelah Umno-BN tewas pada kesemua tujuh pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Era Najib Altantuya : Media Rancak Mengipas

Rakyat Malaysia secara amnya menerima hakikat media arus perdana di negara ini di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. Ia diterajui oleh barisan editor yang akan berbuat apa sahaja untuk “mengipas” Perdana Menteri Najib Razak yang merestui pelantikan mereka.

RTM, misalnya, kini memulakan semua siarannya dengan slogan “Salam Satu Malaysia”. Ini agak melucukan. Bagaimanapun ia boleh diterima sebagai hak stesen itu. Begitu juga di TV3 dan NTV 7. Keghairahan untuk memastikan setiap acara Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri mendapat liputan luas dalam semua buletin juga adalah hak stesen berkenaan. Namun umum juga tahu motif mereka berbuat demikian jauh menyimpang dari nilai-nilai kewartawanan.

Yang memualkan ialah apabila media arus perdana yang sekian lama menolak tulisan-tulisan blog di internet, tiba-tiba menjadikannya sebagai bahan berita utama dalam akhbar atau siaran berita mereka. Yang di pilih tentunya ialah artikel yang dimuatkan untuk menghentam, melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan parti yang mereka wakili.

Artikel-artikel yang mempersoalkan kewibawaan pemimpin BN tidak pula mendapat tempat dalam media arus perdana walaupun ruang siber saban hari sarat dengan artikel dan laporan yang ditulis oleh tokoh-tokoh berpengalaman, secara bernas bersandarkan alasan tuntas.

Akhbar Star dan Utusan Malaysia sudah membuka standard baru dalam kewartawanan di negara kita dengan mula memilih artikel-artikel di ruang siber untuk membidas pemimpin-peimpin kanan Pakatan Rakyat. Mungkin mereka kekurangan bahan berita untuk memenuhi kuota mingguan membidas pembangkang. Mungkin ia mencerminkan agenda sempit pengarang dan ketua pengarang. Apapun ia mencerminkan satu trend yang hanya akan mengakibatkan standard kewartawanan negara menggelongsor lebih teruk.

Lebih mengejutkan, Utusan dan The Star bersengkongkol dalam melakukan “jenayah” kewartawanan ini. Ia dikatakan kegiatan jenayah kerana artikel-artikel itu tidak bersandarkan fakta, dan tidak pula timbul sebarang usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak yang dikritik.

Segala asas keadilan yang menjadi tiang kewartawanan dirobek dan dipinggir begitu sahaja, asalkan tuan punya media dapat “mengipas’ Perdana Menteri dengan sebaik mungkin.

Ia juga satu persengkongkolan kerana setiap laporan fitnah dalam Utusan Malaysia akan diambil, diciplak dan digunakan oleh akhbar Star sehari dua kemudian; seolah-olah ini dilakukan secara terancang.

Kes terbaru ialah tulisan blog Saiful Bukhari Azlan yang membuat tuduhan sempit bahawa Anwar Ibrahim menyalahgunakan sistem mahkamah kononnya untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya. Sehari selepas itu dimuatkan pula reaksi daripada S.Nallakarupan, presiden Parti Demokratik India yang kononnya bersetuju dengan tulisan Saiful. Sehari selepas itu laporan sama “tiba-tiba” wujud dalam The Star.

Anehnya kedua-dua akhbar itu tidak rasa terpanggil untuk mendapatkan reaksi daripada peguam Anwar atau pun pakar-pakar perundangan yang berwibawa.

Tidak pula dirujuk langsung, sikap berdolak dalih, berpeluk tubuh yang diambil oleh Jabatan Agama Islam dalam mengendalikan saman Qazaf yang difailkan oleh Anwar terhadap Saiful.

Tidak pula dirujuk keengganan dan kemudiannya kelewatan pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti terhadap Anwar bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaannya. Atau bagaimana dua perancang utama dalam kes Anwar – Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail cuba memalsukan bukti terhadap Anwar dalam kes mata lebam, sebagaimana yang diakui oleh pegawai penyiasat dalam kes berkenaan. Semua ini adalah dalam rekod awam (public domain).

Ada banyak lagi aspek yang sengaja tidak disentuh dalam laporan Utusan dan The Star. Tidak perlulah diteka kenapa dua akhbar arus perdana yang menggelar diri “Penyebar Fikiran Rakyat” (Utusan) dan “Akhbar Rakyat” (The Star) berbuat demikian.

Sebelum ini Utusan dan Star turut menyiarkan laporan-laporan misteri di Internet semata-mata untuk menguatkan alasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kononnya Teoh Beng Hock adalah mangsa angkara pemimpin Pakatan Rakyat sendiri!

Utusan turut menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin, seorang ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat apabila beliau membidas Khalid Samad mengenai isu tunjuk perasaan kepala lembu. Namun akhbar sama tidak pula sanggup menyiarkan jawapan balas Khalid.

Berdasarkan kepada fenomena terbaru ini, tidak keterlaluan mengatakan jenis kewartawanan yang dibawa oleh Utusan dan The Star membuka satu lagi “detik hitam” dalam kewartawanan negara, sehingga membawa perbandingan kepada amalan media milik rejim di Myanmar dan Korea Utara.

Wartawan dan bekas-bekas wartawan dari akhbar Star khususnya semakin bimbang melihat akhbar itu dimanipulasi oleh pengurusan baru yang dilantik oleh presidennya Ong Tee Keat.

Dalam usaha untuk memenangi sokongan dan mengipas Najib, Tee Kiat telah membawa masuk seorang pengarah urusan baru yang ghairah masuk campur dalam keputusan-keputusan “editorial” semata-mata untuk melindungi kepentingan politik Ong.

Oleh kerana itulah, penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh musuh politik Ong, Chua Soil Lek hampir-hampir digelapkan sepenuhnya oleh akhbar The Star. Yang ditonjolkan ialah berita-berita bagaimana Presiden MCA ikhlas dalam segala tindakannya. Yang dipadamkan ialah bagaimana orang sama menggunakan kapal terbang mewah secara percuma daripada syarikat yang mempunyai urusan dengan kementeriannya. Turut ditutup ialah butir-butir penuh pihak yang mendakwa memberikan RM10juta sebagai derma kepada Presiden MCA.

Rasanya kertas tidak akan mencukupi untuk menghuraikan berita-berita yang dipadam, diolah fakta dan diputarbelitkan oleh Utusan, Berita Harian dan New Straits Times. Begitu juga TV3 dan RTM.

Cukuplah sekadar merumuskan rakyat akan terus disajikan dengan berita-berita fitnah oleh akhbar-akhbar seperti The Star, Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, TV Tiga, RTM dan sebagainya untuk sekian lama lagi.

Selagi Barisan memerintah, keadaan ini akan berterusan. Penguasaan Umno ke atas Utusan, NST, Berita Harian, TV 3 dan sebagainya dan MCA ke atas The Star terlampau sukar untuk dilepaskan parti-parti berkenaan.

Akhbar-akhbar dan stesen televisyen telah begitu lama menjadi alat politik dan propaganda paling utama bagi menjamin kelangsungan Umno-Barisan Nasional.

Itulah hakikatnya. Selagi parti politik tidak memutuskan ikatan mereka dengan akhbar dan media elektronik, selagi itulah kewibawaan media arus perdana di Malaysia akan terus menggelongsor. -TVA

Era Najib Altantuya : Mansuhkan Dulu PPSMI Baru Bercakap Bulan Bahasa

Banyak pihak menyelar sikap Timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan dan semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan ini.

"Ia adalah satu usaha terdesak UMNO untuk mendapat sokongan kaum Melayu sempena pilihanraya kecil Bagan Pinang dimana Muhyiddin menyedari kekalahan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas-lepas, sebahagiannya disumbangkan oleh faktor bantahan masyarakat terhadap sikap kerajaan yang berdolak-dalik di dalam isu PPSMI," tegas soerang pensyarah bahasa di sebuah IPT.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

Sementara itu usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kata seorang sasterawan negara.

Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.

"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.

Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang.

"Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu.

"Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang

Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.

"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.

Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan.

"Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.

Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik.

"Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya.

"Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya.

Era NAjib Altantuya : Mahathir Salahkan Pak Lah, Khairy Terkedu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.

“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.

Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau yang sebelum ini mahu supaya Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit mendakwa, beliau amat tegas dengan pendiriannya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah seperti mana pendiriannya sebelum ini.


Dr Mahathir berkata beliau enggan berkempen kerana tidak ingin orang berpandangan negatif terhadap calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.

“Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen,” kata nya.

Dr Mahathir dijemput UiTM Dungun untuk menyampaikan amanat bagi membuka minda penuntut Melayu mengenai masa depan dan hala tuju sekiranya kaum bumiputera itu hilang kuasa politik, ekonomi dan pendidikan. -SH

Ulasan GB

It is a pot calling the kettle black.

Kenyataan Mahathir itu juga satu tamparan ke muka menantu Pak Lah yang terlibat dengan politik wang di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO baru lalu yang kini sibuk membantu Isa Samad di Bagan Pinang.


Era Najib Altantuya : Tuduh Kelantan Mundur, Muhyiddin Dikecam

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

"Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh."

"Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan," kata beliau.

Idris juga menjemput Muhyiddin dan juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut memperkecilkan pembangunan di Kelantan melawat negeri itu.

"Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu."

"Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

"Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa," kata beliau.

Menurut Idris, beliau sengaja tidak mahu mengemukakan statistik untuk menyedarkan Muhyiddin kerana beliau tidak yakin Timbalan Presiden Umno itu sanggup mendedahkan statistik tentang kadar kemiskinan di negara ini.

"Jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 menunjukkan dengan jelas bahawa bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan."

"Muhyiddin buat apa ketika statistik itu dinyatakan di Dewan Rakyat? Tidak datang ke dewan? Tidur?" beliau mempersoalkan.

Berdasarkan jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat itu, Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

"Ketika perdana menteri memberikan statistik itu, Terengganu, Perak dan Kedah semuanya berada di bawah pemerintahan BN.

"Lebih buruk lagi, statistik itu juga menunjukkan BN sengaja membiarkan Sabah dan Sarawak mundur sedangkan rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling setia dengan BN," kata Idris.

Beliau walau bagaimanapun yakin rakyat di Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan sikap bodoh sombong kedua-dua pemimpin itu. -harakahdaily

355 km Rekod Perjalanan Rosmah Ketika Altantuya Dibunuh

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi?

Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta.

Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam.

Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315.

Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550.

Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut.

Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi.

Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log.

Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang TPM. -TVA

Najib Altantuya Letak Kroni Di Petronas

Perlantikan Mustapha Omar Ong, bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak ketika masih Timbalan Perdana Menteri, menduduki Lembaga Pengarah Petronas, menimbulkan kecurigaan rakyat.

Ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan mahu campur tangan dalam urus tadbir syarikat terkemuka itu, sedangkan ia bertentangan dengan tradisi Petronas.

Apatah lagi, lulusan Oxford itu pernah melanggar kontrak perjanjian pelajaran dengan syarikat minyak itu dan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau pada 2001.

Selepas lapan tahun, Mustapha dicadang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tapi awalnya, ditolak lembaga pengarah tapi kini, anak muda berusia 37 tahun itu, sah sebagai Pengarah bukan eksekutif.

Ia berikutan Petronas terletak dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan sebarang pelantikan tidak berlaku tanpa kehendak dan pengesahan Najib walaupun banyak kecaman dibuat.

Pelantikan itu menjadikan Mustapha sebagai Pengarah bukan eksekutif yang kedua di Petronas selepas Abdul Kadir Md Kassim, seorang peguam bela dan peguam cara.

Senario itu mengingatkan orang ramai dengan fenomena 'Tingkat Empat' pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang banyak campur tangan politik.

"Kebimbangan ini boleh difahami kerana dalam pentadbiran Abdullah, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi..." kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, A Kadir Jasin lewat blognya.

Beliau menganggap kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahan dan sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapa pun wajib didedah dan disekat.

Era Najib Altantuya : PAS Selar Tindakan SPR Turunkan Bendera

NPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera-bendera parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang sebagai satu perbuatan yang kurang bijak.

Ujarnya, selain daripada terpaksa mengerah tenaga kakitangan dengan tugasan yang tidak sepatutnya, SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar memikirkan soal kos dan rasional tindakan mereka.

"Ini bagi saya dikap berat sebelah oleh pihak SPR dan PBT. Jadi kepada mereka yang tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional, yang dilihat ada hubungan dengan BN walaupun tidak berdaftar dengan BN seperti IPF diberi hak menaikkan bendera dan tidak diambil tindakan".

"Jadi saya lihat pihak SPR dan juga PBT harus menghentikan operasi ini kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada pihak PBT dan SPR malah menghabiskan duit" ujarnya.

"Parti-parti politik menaikkan bendera, tetapi mereka buang. Jadi kerja mereka menghabiskan duit sedangkan mereka sendiri tidak dapat duit dari parti lain. Jadi biarlah mereka hendak naikkan bendera kemudian mereka sendiri yang akan menurunkan bendera tersebut selepas daripada pilihanraya".

Sambil mengulas tindakan SPR melarang parti yang tidak bertanding daripada mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin, Mahfuz turut mempertikaikan bagaimana UMNO mempunyai hak untuk berbuat demikian di Bagan Pinang.

Tegas beliau, sekiranya SPR mahu menghadkan aktiviti menaikkan bendera yang menjadi simbolik terhadap proses pilihanraya, SPR seharusnya bersikap adil kepada kedua-dua pihak yang bertanding.

"Bagi saya walaupun UMNO itu berdaftar dengan Barisan Nasional, dalam satu parti komponen Barisan Nasional yang didaftarkan, kalau kita mahu menghujahkannya, kita boleh persoalkan apa perlunya bendera UMNO dinaikkan di Bagan Pinang. Bagi saya tidak salah untuk menaikkan bendera UMNO. Sama juga maksudnya tidak salah untuk menaikkan bendera Keadilan dan juga DAP".

Menurut Mahfuz lagi, tidak ada undang-undang mahupun peruntukan yang melarang mana-mana parti menaikkan bendera, logo mahupun gambar pemimpin mereka pada pilihanraya.

Malah SPR juga gagal membuktikan dari mana mereka mendapatkan garis panduan untuk menurunkan bendera DAP di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

"SPR sendiri tidak boleh menunjukkan yang mana satu undang-undang yang melarang menaikkan bendera daripada parti-parti politik. Ini tidak ada dalam undang-undang. Bila tidak ada dalam undang-undang maka ia tidak menyalahi. Walaupun parti itu tidak bertanding, tetapi untuk menyatakan dokongan dan sokongan kepada rakan parti lain, menaikkan bendera untuk menyatakan sokongan dan dokongan kepada satu perjuangan yang sama". -TVA



Era Najib Altantuya : Senarai Pengundi Bertindih Dikesani

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berhubung bukti terbaru berlakunya pertindihan undi di DUN Bagan Pinang esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS Salahuddin Ayub berkata delegasi berkenaan akan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Menurutnya bukti terbaru menunjukkan senarai dalam daftar pemilih yang ditemui mengandungi beratus-ratus nama pengundi yang bertindih.

"Kita punya bukti yang akan dibawa esok terdapatnya pertindihan undi nama sama menggunakan kad tentera dan kad pengenalan awam dan terbukti mengundi di dua tempat".

"Kita lihat isu pemutihan daftar pengundi sebenarnya masih lagi jadi isu besar dalam pilihan raya di negara kita," katanya pada sidang mediannya di Markas Induk PAS.

Menurutnya PAS akan mendesak pemansuhan undi pos bagi menjamin kesuburan demikrasi dan kebajikan rakyat.

Salahuddin berkata ia bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia.

Beliau turut mempersoalkan tindakan SPR yang hanya memberi tempoh dua hari kepada pengundi pos untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Katanya semasa Pilihan Raya Umum ke-12 lalu pengundi pos di kebanyakan kem di Bagan Pinang diberi tempoh lima hari untuk membuang undi.

"Tarikh pembuangan undi pos pada 8 dan 9 haribulan, 10 haribulan itu yang menjadi tanda tanya".

"Kita tidak menuduh tetapi berhak untuk rasa curiga," katanya.

Salahuddin berkata setakat ini hanya satu kem yang akan dijadikan pusat pembuangan undi iaitu di Pusat Latihan Asas Tentera Darat.

Beliau membantah arahan yang menyatakan bahawa hanya seorang agen polling yang dibenarkan untuk sesebuah parti bertanding.

"Kita hanya diizinkan menghatar satu polling agen sahaja. Perkara sangat kita tidak puas hati, ada 4000 pengundi mana mungkin satu parti boleh memantau satu kem".

"Ini perkara yang saya cukup bimbang, bersetuju pada peringkat SPR pusat tetapi bila sampai pada pihak kem saya bimbang kem ada kuasa sendiri yang diarahkan oleh pimpinan-pimpinan Umno-Barisan Nasional," katanya. -TVA

Era Najib Altantuya : Pemuda PAS Sngor Turut Buat Laporan Polis Tentang Bendera Yang Dicabut & Dibuang

Baru suku pertama kempen bermula, sudah dua laporan polis dibuat PAS dan PKR berhubung pemidang dan bendera yang dibuang pihak lawan.

Semalam, satu lagi laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lukut, Port Dickson, oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuatnya pada hari yang sama.

Laporan polis yang dibuat DPPNS itu berikutan bendera PAS yang telah dipasang sehari sebelumnya oleh jentera Pemuda PAS di pintu masuk Ladang tersebut telah diturun dan dibuang di dalam parit berhampiran oleh pihak Barisan Nasional (BN).


Menurut petugas PAS yang membuat laporan, Muhamad Habib Bin Museri berkata, mereka memasang bendera PAS sekitar jam 2.00 petang – 5.00 ptang semalam (4 Oktober 2009).

Menurutnya, sewaktu memasang bendera tersebut di Simpang Tiga Ladang Bradwall dan jalan utama menuju ke dalam ladang, bendera BN belum banyak kelihatan di situ.

"Dan semasa kami hendak menaikkan bendera tersebut, pihak keselamatan yang bertugas di pondok pengawal Ladang Bardwall meminta kami menurunkan bendera tersebut dan meminta bendera tersebut dipasang rendah,

"Walaupun kami tidak berpuas hati dengan arahan itu, tetapi kami akur dengan arahan tersebut," jelasnya.


Kesal dengan kejadian itu, DPPNS turut mempersoalkan, kenapa pihak keselamatan tersebut tidak menegur dan membiarkan sahaja pihak BN menanggal dan membuang bendera PAS di situ serta menutup semua bendera PAS dengan bendera dan lambang BN.

Jelasnya lagi, selepas selesai memasang bendera disitu, pada waktu malamnya sekitar jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam kami telah membuat program di dalam ladang tersebut dan kami dapati bendera yang dipasang masih berada didalam keadaan yang baik.

Namun pada keesokkan paginya pada jam 10.30 pagi semasa kami membuat rondaan di tempat tesebut kami dapati banyak bendera PAS telah tiada dan tempat tersebut dipenuhi dengan bendera BN, dan setelah disiasat kami menjumpai banyak bendera PAS dibuang di dalam parit berhampiran ladang tersebut, katanya lagi.

Ekoran kejadian itu, laporan polis telah dibuat jam 12.00 tengahari di Balai Polis Lukut oleh, Muhd Habib Museri diiringi oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) DPPNS, Mohd Faizal Mohd Barja dan beberapa orang aktivis DPPNS.

Era Najib Altantuya : PKR Buat Laporan Polis Terhadap Isu Poster Di Bagan Pinang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat dua laporan polis berhubung kewujudan beberapa poster memburuk-burukkan kepim-pinan Pakatan Rakyat (PR) dan kehilangan papan tanda gergasi kempen untuk calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Bagan Pinang.

Laporan berasingan dibuat Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya AMK dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin di Balai Polis Telok Kemang, dekat sini kira-kira 5.30 petang, semalam.

Fariz berkata, beliau menemui beberapa poster yang bersaiz A3 yang dipasang merata-rata tempat sekitar Batu 4, di sini ketika dalam perjalanan untuk memantau pergerakan jentera pilihan raya.

“Poster berkenaan berunsur fitnah, berniat jahat serta boleh menjejaskan keselamatan dan perselisihan kaum termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Ini merupakan satu propaganda yang dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilhan Raya 1954 kerana kesalahan mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan.

“Sepatutnya poster-poster sebegini yang diturunkan SPR dan bukannya poster PKR atau DAP. Kita cabar kalau SPR telus, mereka perlu menurunkan kesemua poster yang memburukkan PR dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya tidak, petang esok (hari ini) kita akan jalankan operasi besar-besaran menurunkan semua poster memburukkan kita,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Telok Kemang, dekat sini semalam.

Sementara itu, Badrul Hisham pula berkata, beliau membuat laporan polis berhubung kehilangan dua daripada tiga papan tanda gergasi berukuran 15” X 15” milik PKR yang dipasang beberapa tempat di sini yang disedari pasukan aktivis mereka kira-kira 9 malam, kelmarin.


Era Najib Altantuya : Wang Kempen PAS Bersih Dari Rasuah


Bahang kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang semakin hebat dirasai. Kedua-dua parti sibuk berkempen. Disebalik kehangatan kempen itu, timbul persoalan dari mana mereka mendapat wang untuk berkempen?

Kami ajukan persoalan ini kepada pengarah pilihanraya kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub bagaimana PAS memperoleh dana untuk membiayai kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dan ini jawapan beliau.

"Bagi PAS sendiri, kita ada tabung pilihanraya yang kita tubuhkan di peringkat UPU, unit peti undi dan tabung itu sendiri diisi oleh ahli-ahli PAS. Itulah cara PAS dalam mendapatkan dana.

Pada 14 Ogos tahun lalu, sejumlah RM16 juta cuba diseludup keluar dari Hong Kong ke Malaysia oleh orang suruhan Umno-BN bagi memperkasa kempen UMNO-Barisan Nasional di Permatang Pauh.

Konco ini, Michael Chia Tien Foh, dikatakan akrab dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan jutaan ringgit yang cuba diseludup itu dipercayai wang hasil sindiket pembalakan haram yang berleluasa di Sabah dan disimpan di akaun-akaun selamat di Hong Kong.

Meskipun mendapat liputan meluas media antarabangsa, namun selepas setahun berlalu, tiada tindakan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas konco Musa Aman ini.

Dengan isu ini kembali menerjah ke perhatian media, Pengarah Pilihanraya Kecil Pas di Bagan Pinang Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap berhati-hati dan cermat dalam hal-ehwal dana pilihanraya.

Salahuddin menambah wang ringgit amat penting untuk menggerakkan jentera kempen, namun itu tidak bermakna Pas perlu merendahkan maruahnya dengan menggunakan wang hasil penyelewengan atau kegiatan haram - sepertimana yang berlaku dalam kes konco Musa Aman itu.

Dana haram ini yang melibatkan satu-satu pihak ini yang ada kepentingan. Saya bagi contoh kita di pihak kerajaan, semua parti yang mendokong kerajaan yang ada pada hari ini, kita boleh melihatlah sumber-sumber itu. Kita boleh guna alasan ini disumbangkan oleh para dermawan. Jadi kita kena tengoklah siapa yang memberi itu. Adakah mereka ini kontraktor, adakah mereka ini tauke-tauke besar yang ada kepentingan kepada projek. Itu yang kita katakan berlakunya penyalahgunaan kuasa itu".

Tegas Salahuddin, seharusnya semua pihak mengamalkan ketelusan dalam memiliki hati rakyat dan bukannya menggunakan wang rasuah.

"Menerima itu, ya, mereka seharusnya kalau kita bercakap soal integriti, tentang kredibiliti, di situlah nilai yang kita pandang tinggi itu. Jadi saya rasa itu yang kita kena pertahankan, yang kita kena perjuangkan."

Salahuddin di hujung perbualan turut menambah, salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam kempen-kempen pilihanraya ujarnya adalah melalui keadilan media dalam memberikan publisiti kepada calon yang bertanding.

"Satu cara sahaja saya rasa untuk mengelakkan berlakunya perbelanjaan besar dalam pilihanraya ini, antara cara yang boleh menyelesaikan perkara ini setidak-tidaknya ialah kebebasan media. Khususnya kalau media ini diberikan, tidak banyak perbelanjaan perlu dibuat untuk memperkenalkan calon. Itu antaranya jalan penyelesaian yang terbaik. -TVA



Era Najib Altantuya : PEMBELA Tawar RM1000 Untuk Gambar Azeez Dipukul

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini. -harakahdaily

Ulasan GB

Pihak PR perlu membuat aduan balas terhadap kejadian ini. Azeez perlu didakwa kerana melakukan penipuan. Beliau juga telah menyebabkan polis membung masa melakukan siasatan terhadap kes yang tidak wujud atau sengaja diwujudkan untuk kepentingan diri.


Era Najib Altantuya : Undi Pos Bukti BN Penakut

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan undi pos sebagai bukti ketidakadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Menurutnya, pengundi pos dibayangi perasaan takut dan terpaksa mengundi Barisan Nasional (BN) kerana undian mereka diketahui majikan.

“Ada bekas perajurit kita mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi.

“Jadi undi mereka tidak lagi rahsia,” katanya bahawa kira-kira 5,000 atau 36 peratus daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang ialah pengundi pos.

Beliau berkata, sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya.

“Takkan semua pengundi yang ada dalam senarai undi pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi.

“Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan “kawalan” mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam,”katanya yang dipetik dilaman blognya di sini, semalam.

Zaid berkata, tidak ada negara demokrasi dalam dunia kini yang mengamalkan sistem pengundian berbeza antara orang awam dengan kakitangan keselamatan seperti di negara ini.

“Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengundian telus dan berintegriti bertapak di negara ini.

“Sikap tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas satu petanda buruk kepada negara,” katanya.

Era Najib Altantuya : Bagan Pinang Bakal Betukar Tangan

Meskipun ditohmah dengan pelbagai isu dan tekanan daripada pelbagai sudut, calon PAS Zulkefly Mohd Omar melihat perkembangan positif dan optimis dengan arus perubahan yang berlaku di serata tempat termasuk di Bagan Pinang sekarang ini.

Ketika ditanya pemberita sewaktu aktiviti kempen di Bengkel Servis Motor percuma dan Sukan Rakyat di perkarangan Rumah Pak Din semalam beliau sedikit pun tidak memperlihatkan kebimbangan.


"Kita sentiasa optimis dan melihat perkembangan perubahan yang positif berlaku setiap masa khususnya kepada pengundi di Bagan Pinang," ujarnya.

Beliau yang turut sama menyantuni peserta program Bengkel Servis Motor Percuma meluangkan masa bersama-sama dengan mereka sambil berkesempatan bermain sukan rakyat seperti karom dan congkak.


Kanak-kanak yang sedang khusyuk bermain begitu teruja dengan keramahan Zulkefly yang tidak kekok bersama mereka.Mereka sempat merakamkan gambar kenangan bersama mereka selain peserta bengkel motor yang berpusu-pusu mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran di perkarangan Rumah Pak Din.Rombongan calon kemudian bergerak menuju ke Estet PD Lukut untuk menemui penduduk estet di sana yang rata-ratanya merupakan pengundi berbangsa india.


Ketibaan beliau disambut mesra penduduk estet yang terus mengadu beberapa janji pembangunan Adun Bagan Pinang sebelum ini.Seorang penduduk yang ditemui melahirkan rasa tidak puas hati terhadap janji bahawa mereka akan diberikan kemudahan rumah kos rendah di kawasan tersebut.

Rata-rata penduduk di kawasan tersebut kelihatan tenang dan gembira apabila menerima beberapa risalah penerangan selain berpeluang berkongsi masalah dengan orang yang dianggap bakal wakil rakyat mereka yang baru.

Zulkefly terus menapak ke beberapa buah rumah lagi di estet berkenaan walaupun ianya agak jauh dengan diiringi beberapa anggota Kelab Penyokong PAS Taman PD Utama. -prkn31



Era Najib Altantuya : Aziz Tenat, Peluang Untuk Hidup Tipis

Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diberitakan tenat dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) harapan untuk hidup agak tipis.... Datuk Azeez diberitakan telah dipukul oleh sekumpulan penyokong Pas,yang dikatakan adalah dari kalangan pesilat-pesilat handalan pada hari penamaan calon.

Doktor mengesahkan ada lebam luar biasa dipangkal tengkuknya,"saya tidak pernah melihat lebam seperti ini, biasanya merah atau biru tetapi yang ini berwarna hitam" kata doktor itu.

Ada sumber maklumat memberi tahu, Datuk Azeez terkena pukulan angin tiga penjuru (penderas).Menurut orang yang biasa dalam bidang ini.. sesiapa yang terkena pukulan ini takkan hidup lama... kalau tak besok, lusa, bulan depan, tahun depan atau akan datang Datuk Azeez pasti akan mati.

"Saya amat terkejut dengan kejadian ini, berkemungkinan besar kalau dia dipanjangkan umur pun hidupnya seperti.. hidup segan mati tak mahu...l ebih baik umurnya dipendekkan sahaja." kata salah seorang penyokongnya.

kah!kah!kah!kah!kah! -cupingmerah

Ulasan GB

Meminjam kata-kata Ahmad Nisfu di dalam Seniman Bujang Lapok sewaktu menjadi Tuan Direktur - kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!

Surat Untuk Najib Dari Bapa Altantuya

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2009 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia.

Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini.

Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.
Yang ikhlas,
daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia: Dr Shaariibuu Setev. -Merdeka review

Era Najib Altantuya : BN Gunakan Undi Pos Untuk Menang Secara Haram Sejak 1959

Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka.

Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.

Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut.

"Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos.

"Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat.

"Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.

Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.

Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka.

"kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagi.

Pada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem.

"Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja.

"Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.

Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.

Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan.

"Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur.

"Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.

Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka. -harakahdaily