6 Sep 2009

Era Najib Altantuya : BN Perak Bergegar, 600 Ahli Sertai PKR

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.

Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.

Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.

Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.

Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.

Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.

Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.

"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.

"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cian, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.

Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.

Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam itu. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.


Era Najib Altantuya : ADUN Terengganu Berbalah, Rakyat Jadi Mangsa

Perbalahan di kalangan ADUN Umno yang terdiri daripada kumpulan pro mantan Menteri Besar Datuk Ideris Jusoh dan kumpulan pro Menteri Besar Datuk Ahmad Said di Terengganu semakin parah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata, tindakan ADUN-ADUN berkenaan jelas merugikan rakyat apabila mereka tidak lagi berfungsi dalam sidang DUN berkenaan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan sanggup mengenepikan tugas untuk membela rakyat khususnya dalam Sidang DUN.

“Sebelum ini 10 hingga 11 ADUN Umno tidak hadir persidangan dengan alasan menerima SMS ugutan bunuh, bila disiasat mereka sendiri yang rancang walaupun pegawai kerajaan jadi kambing hitam.

“Kalau dulu tidak hadir mesyuarat, sekarang hadir tetapi dalam keadaan tidak bersuara, soalan tidak dibuka, tidak bercakap dan tidak berfungsi sebagai ahli Dewan. Saya rasakan suasana nampak parah antara dua kumpulan dalam Umno Terengganu payah hendak diselesaikan pada peringkat ini,” katanya.

Percakaran sesama mereka, menyebabkan rakyat di negeri berkenaan gagal mendapatkan hak royalti minyak mereka yang dirampas kerajaan sejak Pas memerintah pada tahun 1999.

Beliau menyifatkan pergaduhan berkenaan berlaku atas kepentingan kroni bagi mendapatkan projek dan bukannya untuk membela rakyat.

“Saya kemukakan satu usul dalan sidang DUN 25 dan 26 Ogos lalu tetapi ditolak, maknanya mereka bergaduh yang rugi rakyat. Mereka tidak boleh bersatu bagi memastikan hak kita rakyat Terengganu dapat balik hak mereka.

“Pergaduhan dan perbalahan bukan soal perkara asas nak bela rakyat dan negeri. Mereka gaduh sebab tidak puas hati bila Ideris jadi Menteri Besar jaga kroni dia dan bila Ahmad Said jadi Menteri Besar, dia ketepikan kroni Ideris dan ada kroni sendiri,” katanya.

Wahid berkata kegagalan Umno-BN memerintah Terengganu jelas apabila negeri berkenaan menjadi negeri kedua mempunyai rakyat paling miskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber minyak sendiri.

Sehubungan itu, Pas Terengganu berusaha membuka mata dan minda rakyat mengenai kegagalan Umno-BN sekali gus cuba menarik sokongan rakyat.

“Kita beri penjelasan pada rakyat termasuk anggota Umno supaya mereka faham politik. Apa yang hendak diharapkan pada Umno dan pemimpin mereka dalam keadaaan begitu? Tidak membela rakyat sendiri, sekarang rakyat Terengganu nombor dua rakyat paling miskin dalam negara.

“Negeri kaya sumber minyak dan bajet negeri antara tertinggi tetapi rakyat miskin ramai ada sesuatu yang tak kena. Hasil negeri kaya tapi rakyat miskin ramai inilah kegagalan kerajaan pihak pimpinan Umno,” katanya.

Wahid berkata kini terdapat satu corak kesedaran yang cukup baik di Terengganu apabila rakyat mula memahami keadaan yang berlaku.

“Satu trend kesedaran cukup baik dan bila mereka mula faham dan dapat bezakan waktu Pas menang walaupun 4 tahun dan dinafikan hak duit royalti yang begitu banyak, tapi kita bekerja dan pastikan pentadbiran memberi tumpuan untuk kebaikan rakyat berbanding mereka.

“Penyelewengan yang jelas, perbelanjaan yang tidak dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat kononnya buat bangunan yang hebat tetapi rosak, bocor, mendap, runtuh. Dalam keadaan begitu terus bergaduh dan berbalah,” kataya.

Mengulas mengenai desas-desus ADUN berkanan akan lompat parti , Wahid berkata sehingga kini ianya hanya sekadar cakap-cakap dan beliau yakin ADUN-ADUN berkenaan tidak berani untuk lompat parti bagi menjaga kepentingan poltik mereka.

Katanya, Pas tetap dengan pendirian tidak akan menerima ADUN yang lompat parti hanya kerana atas dasar tidak berpuas hati.

“Kalau mereka datang hendak lompat atas dasar nak ikut dasar yang diperjuangkan kita alu-alukan tetapi kalau atas dasar tidak puas hati bagi kami kumpulan Ideris Jusoh atau Ahmad Said serupa dua kali lima.

“Bila masih jadi ahli dan wakil rakyat pemerintah pelbagai keistimewaan mereka dapat. Bila lompat parti mungkin dari segi masa depan politik mereka habis,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Anwar Palu Gendang Perang Untuk PRK Bagan Pinang

Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.

Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.

Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.

Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.

Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.

Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.

Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.

"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.

"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cian, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.

Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.

Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam itu. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.

Era Najib Altantuya : 600 Ahli BN Sertai PKR Di Perak

Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak yang kebanyakannya dari MCA telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini semalam.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

Borang-borang penyertaan telah diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam satu dewan yang penuh sesak untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang itu dengan bekas Naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng yang telah menyertai PKR lebih awal.

Chua, di dalam ucapannya menyatakan penyertaan beramai-ramai ahli MCA ke PKR mencerminkan kesedaran telah timbul di kalangan para ahli MCA bahawa parti MCA hanyalah penutup rekahan di dalam struktur BN yang telah retak.

Beliau yang sebelumnya merasa gembira kerana telah membuat keputusan menyertai PKR menyatakan kini kebolehan berceramah yang dimilikinya telah dapat dipergunakan sebaik-baiknya dan orangramai akan benar-benar mendengar apa yang diucapkannya.

Mereka yang hadir tidak diberikan apa-apa yang percuma seperti pengangkutan, nasi bungkus, wang atau cenderamata lain.

Malah, ramai yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis-majlis ceramah.

Bekas pemimpin MCA itu menyataka beliau belum pernah melalui pengalaman seperti sambutan yang paling meriah dan hebat untuk mana-mana majlis politik yang dihadirinya sehinggalah beliau menyertai PKR.

“Saya telah berada di Permatang Pasir, membantu pilihanraya kecil dan begitu mengkagumkan untuk melihat rakyat berpusu-pusu hadir.

“Sungguh mengharukan untuk melihat rakyat dari pelbagai lapisan kaum bekerjasama dan bersatu tenaga — untuk melakukan perubahan,” tegas Chua di dalam satu sidang media selepas majlis tersebut.

Ditanya mengenai pilihanraya kecil Bagan Pinang apakah beliau akan turut sama di sana, beliau secara spontan menjawab, "sudah pasti saya akan di sana."

Era Najib Altantuya : Polis Berat Sebelah Dan Tidak Akan Diterima Rakyat

Tindakan polis menahan 16 orang termasuk bekas tahanan ISA P.Uthayakumar sewaktu perarakan nyalaan lilin di ibu negara malam tadi dilihat sebagai mencemarkan imej polis itu sendiri.

Ketikdakadilan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa itu dapat dilihat dengan jelas apabila kumpulan yang membawa lilin ini terus ditahan malah turut dikasari sedangkan peristiwa mengheret kepada lembu di Seksyen 23, hanya dilihat dan dibiarkan begitu sahaja, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali.

"Menunjukkan mereka ini bertindak dengan cara yang tidak adil. Kita tahu sebelum daripada ini, bila ada perarakan dan kemudiannya meletakkan kepala lembu, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis. Mereka misalnya tidak bertindak kepada perarakan dan tidak bertindak kepada mereka yang membawa kepala lembu itu" katanya kepada TV Antara.

Pada kejadian menjelang kemerdekaan itu apatah lagi pada bulan Ramadhan, kira-kira 50 orang penduduk yang mendakwa diri mereka penduduk seksyen 23 shah Alam telah mengadakan satu tunjuk perasaan dengan menyeret kepala lembu yang masih berdarah di hadapan Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri selangor.

Bukan sahaja membawa kepala binatang yang dianggap suci dalam agama Hindu itu, malah mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat beserta sepanduk mengutuk pemimpin Selangor.

Walau bagaimanapun, polis yang berada di tempat kejadian langsung tidak melakukan sebarang tindakan apatah lagi menahan mereka.

Tindakan kumpulan itu seolah-olah "direstui" pihak polis walhal sentimen perkauman boleh wujud akibat dari menggunakan kepala lembu.

Manakala perarakan nyalaan lilin malam tadi yang berlangsung secara aman dengan membawa bunga mawar dan nyanyian lagu meminta masyarakat Malaysia saling hormat-menghormati, disuraikan polis dengan kekasaran dan tangkapan pula.

"Alasan yang diberikan oleh menteri, ialah kerana golongan mereka kecil, tidak nampak seperti mengancam, dan dia faham kenapa mereka berbuat demikian, itu alasan yang mula-mula diberikan oleh menteri, tapi misalnya mengambil tindakan menangkap golongan hindraf ini. Mereka pun tak ramai, mereka tidak berarak, mereka hanya memegang lilin, jadi mengapa lain cara tindakannya?" tambahnya lagi.

Lantaran itu kata Syed Hussin, jangan marah jika rakyat membuat kesimpulan sendiri terhadap organisasi yang sepatutnya menjaga keamanan negara itu.

"Itu sebabnya timbul tuduhan bahawa pihak polis misalnya berpihak atas dasar kaum. Dan misalnya bila ada tanggapan yang seperti ini, ada persepsi seperti ini, ini akan memburukkan imej polis itu sendiri. Nampaknya sekarang rakyat tidak percaya pada polis kerana mereka sendiri. Tindakan yang tidak adil, tindakan yang korup dan sebagainya"

Era Najib Altantuya : Sikap Double-Standard Polis Perlu Dihentikan - Menteri

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan mana-mana individu yang terbabit.

Beliau berkata cadangan ini bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.

"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan Selangor di sini , Ahad.

Beliau berkata polis kemudian bolehlah bertindak melalui bukti yang didapati menerusi rakaman video yang dibuat seperti melakukan penahanan sekiranya didapati peserta demonstrasi atau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekecohan.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan.

"Tapi kalau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekacauan dan menunjukkan kekerasan atau keganasan, maka selepas merakamkannya polis boleh bertindak untuk mencegah daripada insiden ini merebak. Ini termasuk juga sekiranya tunjuk perasaan itu menggunakan cara yang akan melukakan atau menghina perasaan orang lain yang berbabit dengan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan polis menahan 16 individu kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit pada Sabtu selepas berarak dari pejabat Majlis Peguam ke Dataran Merdeka sambil membawa bunga ros dan beberapa kain rentang bagi memprotes perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Sebaliknya, polis masih belum menahan mana-mana individu yang terlibat dalam demonstrasi sambil membawa kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.


Sementara itu, Koh turut merayu semua pihak di Selangor supaya bertenang untuk membolehkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menyelesaikan masalah berkaitan penubuhan kuil Hindu itu.

"Saya rayu kepada semua pihak untuk bertenang kerana implikasinya amat serius. Kita mesti kawal perasaan atas semangat muhibah supaya dapat bertolak ansur," katanya.

Berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Koh yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau menyambut baik rancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentangkan laporan pasukan petugas khas mengenai hasil siasatan PKFZ yang diterimanya pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu ini.

Katanya sebarang pengumuman mengenai keputusan atau tindakan yang akan dibuat diserahkan kepada kuasa Perdana Menteri atau Menteri yang memegang portfolio berkaitan. "Masih terlalu awal untuk saya mencadangkan bentuk tindakan... untuk sesiapa saja bukan saya saja. Ia adalah kuasa mutlak PM selaku pengerusi Kabinet untuk membuat keputusan muktamad dan langkah seterusnya yang perlu diambil.

"Sebagai sebuah parti, kami telah menjelaskan pandangan rakyat bahawa apa yang mereka minta hanyalah gambaran sebenar mengenai apa yang telah berlaku dan mereka menunggu tindakan seterusnya daripada kerajaan. Kami perlu menyedari sepenuhnya harapan rakyat," katanya. -Bernama

Era Najib Altantuya : Kebiadaban UMNO Terpapar Untuk Semua

Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun penguatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah meredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak menghalang penghuni rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan.

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid, ADUN Khalid Samad, ADUN Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk ke dalam dewan. Pihak Penguatkuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar, TV and penulis –penulis blog. Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh, “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi.

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB. Beberapa kali timbul pergaduhan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap. Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama. Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membiarkan penghasut berbuat demikian.

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini. Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dan Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2 atau 3 orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITI BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah. Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majoriti Melayu tidak rational. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembelinya haruslah orang Melayu. Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority bukan Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majoriti Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20, 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan.

Malangnya suara majoriti orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri, adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR.

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO, maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO. Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa rakyat perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan. Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor. Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb.Mac, 2008 yang lalu.

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini. Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini. Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian, Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian, Buddist, Taoist, Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras perkauman.

Sivarajan
Ahli Majlis MBSA,
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM

Era Najib Altantuya : UMNO Salah Strategi Lagi Dalam Isu Kuil

Salam, terus terang saya katakan bahawa saya tidak berminat dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor pada peringkat awal. Selepas bermulanya isu kepala lembu, saya rasa belas melihat bagaimana Menteri Besar dan Exconya cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut. Mungkin mereka baru dan kerjasama dengan rakyat perlu diperolehi.

Namun semalam apabila melihat video sessi Majlis berdailog dengan penduduk Seksyen 23, saya merasakan ada pihak yang mahu menggagalkan majlis tersebut. Hanya sekelompok kecil yang membantah dan lebih ramai yang memerhati. Kalau di luar SUK pada minggu lepas terdapat mereka yang berkopiah. Mungkin pulang dari Solat Jumaat, tapi perjumpaan kedua kali ini, tidak kelihatan langsung. Yang menonjol nampaknya mereka mereka yang bertocang rambut dan bersongkok tinggi. Siapakah mereka itu?

Timbul pula rasa belas dan ehsan, betapa sabar nya pemimpin pemimpin PR yang bertemu dengan mereka yang tidak tahu hadir ke majlis selain hanya tahu menjerit jerit dari awal sehigga akhir. Lihat gambar yang saya kepilkan bersama.

Alhamdulillah, Menteri Besar Selangor telah membatalkan perjumpaan itu kerana kalau ikut pada keadaan, saya pun tidak rasa ianya akan selesai melainkan ada unsur unsur provokasi yang timbul. Jika nasib tidak baik, mungkin ada yang cedera.

Saya ucapkan terima kaseh kepada TV3, Astro, serta media arus perdana yang lain, yang turut menyiarkan klip insiden tersebut untuk tatapan rakyat Malaysia. Mungkin niat nya mahu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya kita dapat lihat sikap manusia rambut bertocang dan bersongkok tinggi beraksi.

Insyaallah, dengan insiden tersebut, maka saya rasakan, sokongan kepada PR bertambah. Tahniah dan syabas kepada YB pakatan rakyat di Selangor. Silap benar kalau pendekatan merusuh, provokasi dan merosakkan majlis digunakan untuk menawan hati rakyat. Bukankah Melayu itu berbudaya? -hamzahbuang/kopitiambangnan

Era Najib Altantuya : Kapal Selam KD TAR Antara Yang Termahal

SSemalam, kapal selam Scorpene yang telah ditempah oleh kerajaan dari Perancis telah pun sampai di Pelabuhan Klang. Kapal itu telah diberi nama KD Tunku Abdul Rahman bersempena dengan nama bapa kemerdekaan negara.

Sementara itu, sebuah lagi kapal selam Scorpene yang diberi nama KD Tun Razak dijangka akan tiba pada April tahun depan.

Kapal selam yang berharga US$580 juta sebuah yang dibeli oleh kerajaan adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan dua negara lain yang turut sama membeli kapal selam tersebut dengan harga yang lebih murah.

Chile membuat pembelian pada harga USD250 juta manakala India pula USD540 juta sebuah. Tiada sebarang sebab diberikan menjelaskan lonjakan kos ini, namun ramai mengesyaki bahawa pemberian komisyen mungkin antara faktor utamanya, lebih-lebih lagi apabila syarikat Perimekar Sdn Bhd dilaporkan menerima komisyen setinggi RM360 juta dari urusniaga ini.

Bagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, beliau tidak menolak kepentingan menambahbaik pertahanan negara. Namun beliau mempersoalkan mengapa kepentingan syarikat - syarikat kroni didahulukan dalam perolehan senjata negara.

“Bagi saya untuk memilikinya memang satu kewajaran untuk kita memiliki kapal selam dalam menghadapi corak peperangan laut, zaman ini yang memberi tumpuan kepada peperangan kawasan literal waters, bagi saya Malaysia melalui zon eksekutif, ia mempunyai aktiviti perlombongan minyak, gas dalam kawasan literal, 200km dari pantai negara kita ini, maknanya kita perlu kepada soal keselamatan dan pertahanan yang menggunakan keperluan kapal selam.

“Ya ini yang menjadi isu selama ini kalau kita melihatkan bahawa isu dari sudut berlakunya wujud rasuah dan dalam kes pembelian kapal selam ini. Dan ini juga isu yang dikatakan menjadikan sebab kepada kematian pembunuhan kematian ke atas gadis Mongolia iaitu Antantulya, oleh sebab itu bagi saya bahawa saya minta dan cabar pihak kerajaan supaya mengemukakan perbandingan-perbandingan jika ada tender terbuka antarabangsa yang membolehkan syarikat-syarikat daripada negara lain dan juga Scorpene mengemukakan cadangan-cadangan mereka seperti mana yang dikehendaki oleh spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak kerajaan kita," katanya ketika dihubungi.

Di bawah kerajaan BN, kepentingan politik bercampur-baur dengan kepentingan keselamatan negara sepertimana urusniaga pembelian Eurocopter misalannya, Mahfuz berkata
kegagalan kerajaan untuk membuat pembelian berhemah menghakis kemampuan untuk menambahbaikan keselamatan negara.

Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk memperolehi helikopter baru daripada pengeluar-pengeluar helikopter Eropah, lantaran itu Eurocopter dipilih bagi menggantikan Nuri dengan tujuan untuk mengelak dari dipersoal nilai integriti dan ketelusan.

Eurocopter Cougar EC725 adalah satu daripada empat pesawat disenaraipendekkan oleh kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri. Tiga yang lain adalah Sikorsky S92,
Agusta Westland EH-101 Merlin dan Mi-17 Hip.

Timbalan Menteri Pertahanan Abu Seman Yusop menerima satu tamparan hebat daripada MP Pakatan Rakyat hari ini apabila beliau secara terbuka mengakui yang helikopter tentera yang berharga bilion ringgit tidak menjalani mana-mana pemeriksaan fizikal.

“Jadi jika mereka mendapat tawaran atau apa nama cadangan yang diberikan oleh negara-negara lain untuk menjual kapal selam kepada negara kita, jadi di situ kita dapat melihat sama ada tepat atau pun tidak nama pembelian Scorpene ini. Jadi sebab itu, kita dapat melihat sama ada tepat atau pun tidak pembelian Scorpene ini.

“Jadi sebab itu saya katakan tadi bahawa di sini perlu kepada satu penyiasatan sebab apa yang dipersoalkan selama ini ialah isu komisyen. Mungkin negara-negara lain tidak boleh memberikan tawaran komisyen yang lebih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam urusan jual beli umpamanya, jadi sebab itu, saya rasa kita beli dengan meletakkan harga yang lebih berbanding negara lain.

“Padahal ia mungkin kapal yang sama dan menggunakan sistem yang sama kerana lebihan daripada harga yang kita belikan itu akan dipulangkan kepada orang tengah yang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli kapal selam. Kalau orang lain membeli dengan lebih murah, dia tiada sistem itu mungkin apa nama kepatutan kepada harga yang mungkin kita beli. Tetapi kalau negara lain pun tida sistem tersebut, kita pun tiada sistem tersebut atau pun negara lain ada sistem tersebut dan kita lebih mahal, jadi ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap proses pembelian."

"Dan kita tidak boleh menafikan bahawa dalam perkara ini, kerajaan sehingga sekarang masih belum boleh menangkis dan menafikan dan membersihkan nama mereka daripada dakwaan-dakwaan yang dibuat sebelum ini ada usul pembelian dalam kes rasuah sebelum ini khususnya atas apa yang dikatakan bahawa telah diberikan kepada Razak Baginda tetapi mereka mengatakan bukan kerajaan yang beri tetapi syarikat pengeluar kapal selam yang mengeluarkan telah memberi komisien dan sebagainya, jadi ini yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kerajaan seharusnya mengemukakan tender terbuka ke atas pembelian kapal selam itu dan bukannya dibuat secara senyap dengan menggunakan orang tengah.

“Ya itu yang disebut dalam parlimen, beberapa kali yang lalu, pembelian ini bukanlah yang kita beli daripada tender terbuka maknanya senjata yang kita beli ini bukan dari kerajaanmelalui kerajaan, jadi soalan yang timbul kenapa kita harus menggunakan orang tengah sebagai perunding sedangkan yang ini ialah G to G, jadi kalau G to G, kerajaan dengan sendiriya akan membuat keputusan mengenai kos.

“Mungkin awak perlukan apa nama perunding yang paling minima untuk sesuatu level tetapi sudah pasti harganya pasti lebih jauh dari murah kerana kita tidak ada kos-kosyang lain, sebab itu kita ada bukti sepertimana Datuk Seri Anwar sebut, kita ada bukti yang jelas bahawa yang dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada pihak tertentu mencapai ratusan juta,” katanya.

Beliau menegaskan sekiranya pembelian kapal selam Scorpene itu dibeli melalui kaedah ‘Government to Government’ (G to G), beliau menegaskan tidak akan terdapatnya kebocoran wang negara.

“Jadi, persoalannya ialah kalau ianya dilakukan melalui G to G, kita boleh save. Mungkin kerajaan dah sebut kita tak bayar komisyen, yang bayar belah sana, mungkin belah Peranchis tapi soalnya sebelah mana pun tidak peduli, soalnya duit komisyen itu telah pun dianggap sebagai satu faktor, sebabnya kalau G to G, komisyen itu tidak akan menjadi satu faktor. Dengan sendirinya kita akan mendapat menyelamatkan berapa ratus juta ringgit,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Si Rambut Panjang Tarik Kerusi

Jelas salah satu bentuk provokasi yang didasari semangat perkauman!..

Rakaman pada minit ke 6.00 ini menunjukkan seorang pemuda (melayu) menarik kerusi ketika seorang dewasa (berbangsa India) ingin duduk, menyebabkan beliau tersungkur jatuh.. tindakan seperti ini sudah pastinya mengundang 'malapataka' perkauman!.. apa reaksi orang India apabila melihat video ini? apakah insiden ini sebenarnya penguat hujah bahawa perhimpunan mengarak kepala lembu tempoh hari juga sebenarnya bertujuan menyindir dan menghina kaum lain?..

Keseluruhan rakaman video ini juga menunjukkan terdapat pihak yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan kekecohan dlm majlis dialog tersebut.. babak awal rakaman menunjukkan bagaimana 'samseng-samseng' ini menjerit-jerit sambil tersenyum dan tergelak.. apakah mereka ikhlas mahu meluahkan perasaan, atau sememangnya mereka
ikhlas' untuk mencetuskan kekecohan?..

Benarlah telahan beberapa pihak sebelum ini.. dasar perjuangan kebangsaan dan perkauman yang dibawa oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini sememangnya tidak membawa keuntungan kepada negara berbilang bangsa seperti Malaysia, apatah lagi bertepatan dengan nilai-nilai yang diperjuangkan Islam..dasar ini bukan sahaja gagal menyatupadukan umat Islam, malah merenggangkan hubungan sesama bangsa lain.. bak kata seorang rakan, Melayu racist sangat bahaya! sepertimana bahayanya jika bangsa Cina dan India racist..

Apa yang pasti, jika wujud peristiwa berdarah rentetan dari kejadian2 ini, faktor utamanya sudah dapat dikenal pasti...inilah bahana perjuangan berasaskan bangsa dan perkauman! - ruangbicarapriamalaya



Era Najib Altantuya : DAP Gerakkan Jentera PR Untuk Bagan Pinang

DAP Telok Kemang semalam bertindak menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah penting sebagai persediaan awal melaksanakan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil secara sistematik.

“Untuk persiapan awal ini, tindakan pantas harus diambil. Barisan jawatankuasa akan mencari penempatan untuk bilik gerakan di sekitar DUN Bagan Pinang dan seterusnya perancangan untuk merebut kerusi DUN berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata penubuhan jawatankuasa itu akan memantapkan lagi jentera pilihan raya kecil bagi memastikan kemenangan pembangkang di kawasan berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Timbalan Pengerusi DAP, P Gunasekaran; Naib Presiden II DAP negeri, John Fernandez dan Setiausaha Perhubungan PKR negeri, Sabaruddin Mat Yassim.

Sementara itu, di SEREMBAN, Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, Pas telah bersedia berhapan pilihan raya kecil itu dan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman bagi penamaan calon.

“Kalau ikutkan, kita mahu mengekalkan penguasaan pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya

Era Najib Altantuya : Bagan Pinang Milik PAS Sebenarnya Jika Tanpa Undi Pos

Takdir Allah s.w.t. memanggil pulang hambaNya yang bernama Azman Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Maka terdedahlah satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi. Di Permatang Pasir cuma ada 8 undi Pos.

Najib setelah diumumkan keputusan pilihanraya Permatang Pasir tempohari menyatakan "beliau tahu sebab kekalahan UMNO", dan spekulasi besar sebabnya ialah kegagalan SPR untuk menggunakan "formula Pekan" di Permatang Pasir.

Justeru itu PAS hari ini menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Sewaktu mengumumkan bahawa PAS akan bertanding kerusi tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyuarakan kebimbangannya samada keputusan pilihanraya kecil tersebut akan mewakili pilihan rakyat sebenar, memandangkan jumlah undi post yang tinggi bagi kawasan tersebut.

Ini, katanya, kenapa SPR perlu menukar proses pengundian pos dan membersihkan keraguan keatas ketelusan sewaktu pembuangan undi.

“Saya menggesa Pengerusi SPR yang baru supaya melakukan beberapa perubahan keatas sistem tersebut dan saya bukan bercakap mengenai perbahan kosmetik sahaja.

“Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengindi.

“Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor,” katanya selepas sembahyang Asyar bersama pemimpin-pemimpin PAS Perak di Surau Al-Ikhlasiah di sini.

Abdul Hadi berkata bahawa jika SPR melakukan perubahan keatas sistem tersebut dan membenarkan pengundi pos membuang undi seperti lazimnya pengundi biasa, ini akan memastikan keadilan, ketelusan dan demokrasi dalam proses pengundian.

“Kami juga mahukan mereka (pengundi pos ) diberi kebenaran untuk menghadiri kempen politik dan ceramahs tanpa dihalang oleh pihakn tertentu.

“Jika boleh, kami mahu wakil parti politik dibenarkan hadir dan memantau keatas proses pengundian dan kami mahu undi mereka benar-benar dirahsiakan,” katanya.

Beliau menambah bahawa pengundi pos tidak harus berada dibawah tekanan, diugut atau berasa bimbang dan tertekan apabila mereka membuang undi untuk calon yang benar-benar mereka sokong.

Kerisauan Abdul Hadi berpunca daripada fakta terdapatnya lebih 5,000 pengundi pos di kawasan pilihanraya Bagan Pinang Negeri Sembilan.

“Ini adalah sangat tinggi bilangannya. Pilihanraya yang lalu, Barisan Nasional menang dengan 6,000 lebih undi sementara calon kami mendapat lebih kurang 4,000 undi.

“Siapa tahu, jika bukan disebabkan undi post, jurang mungkin sekitar 1,000? Atau mungkin lebih kurang lagi?” katanya.

Meskipun begitu, Abdul Hadi berkata bahawa partinya berkeyakinan beberapa perubahan boleh dilakukan dan PAS akan muncul sebagai pemenang dalam PRK kesembilan ini.

“Kami berharap walaupun mereka mengundi dibawah tekanan, kami mungkin masih mampu memperolehi beberapa undi pos.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pada Isnin akan datang ini untuk mendengat taklimat oleh PAS Negeri Sembilan. Insyaallah, kami akan bertanding,” katanya.

Wakil rakyat Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, meninggal dunia Jumaat lalu, memberi laluan untuk PRK kali ke-9 selepas PRU 2008.

Era Najib Altantuya : Tindakan SKMM Arah Malaysiakini Buang Klip Video Dikecam

Kelab GB menyokong tindakan pengurusan Malaysiakini yang tidak tunduk kepada tekanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan video perarakan kepala lembu dibuang dari lamanweb mereka yang kononnya video tersebut mengandungi kandungan yang ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Kami di Kelab GB berpendirian yang menimbulkan kemarahan orang India bukan penyebaran klip video itu tetapi tindakan pendemo perarakan kepala lembu tersebut yang sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh polis

Dan yang menimbulkan kemarahan orang India juga ialah tindakan SKMM yang cuba menghalang maklumat itu diketahui oleh orangramai dengan memaksa portal internet, Malaysiakini dari menyiarkannya di lamanweb mereka.

Apakah tujuan sebenar SKMM mengarahkan video klip berkenaan dibuang? Untuk menghapuskan bukti perlakuan mereka yang mengarak kepala lembu tersebut di atas arahan pihak-pihak tertentu?

Semalam pegawai SKMM telah memulakan siasatan berhubung dua video tersebut dengan mengambil kenyataan rasmi daripada ketua pengarang portal berita independen di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama pada jam 2 petang.

Ketua pengarang malaysiakini, Steven Gan, menegaskan video tersebut tidak akan dibuang dari lamanweb itu sepertimana yang diminta oleh SKMM.

Suruhanjaya itu telah menghantar surat meminta Malaysiakini membuang video tersebut yang menurutnya berunsur 'provokatif', termasuk klip kumpulan yang membantah kuil Hindu dipindah ke Seksyen 23 Shah Alam dengan mengarak kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pertemuan selama 45 minit hari ini, Gan memberitahu pegawai penyiasat SKMM, Mohd Shukri Jamaluddin bahawa Malaysiakini menjalankan tugasnya sebagai sebuah organisasi media dalam melaporkan berita-berita penting.

"Saya beritahu mereka bahawa kami tidak melanggar Akta tersebut kerana kami tidak berniat untuk menimbul 'kemarahan' sesiapa pun dengan menyiarkan video tersebut, tetapi menyiarkan protes kepala lembu itu untuk pengetahuan awam," katanya.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.

Era Najib Alrantuya : Polis Bertindak Liar Lagi

Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini, lapor malaysiakini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

Ulasan GB

Ini adalah bukti nyata bahawa Polis Malaysia menjalankan tugas mereka secara berpilih dan tidak professional.

Saya ingin bertanya kepada Polis kenapa pendemo-pendemo perarakan kepala lembu beberapa hari lalu diganggu dan sehingga kini polis masih berdalih menyatakan ia dalam siasatan?

Kenapa polis mempertahankan ektremisme melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan pertumpahan darah?

Kenapa polis hanya bertindak ke atas mereka berhimpun secara aman yang dilakukan oleh bukan-UMNO dan bukan-BN?

Tiada siapa yang akan menghormati dan bekerjasama dengan polis jika demikian sikap polis kepada rakyat Malaysia.


Era Najib Altantuya : Dialog Isu Kuil Dicemari Kekecohan

Majlis dialog berhubung isu pemindahan kuil di Shah Alam, dicemari dengan kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa "orang luar" dan pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil itu dengan mengheret kepala lembu pada minggu lalu.

Beberapa orang melemparkan kata-kata kesat kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan enggan memberi kerjasama untuk memastikan penduduk Seksyen 23 dapat memberi maklum balas mereka secara teratur dan berdisplin pada dialog di Dewan Bankuet MBSA.

Penduduk Seksyen 23 sendiri terpaksa menghalau beberapa orang yang dikenal pasti bukan menetap di kawasan itu daripada majlis dialog berkenaan.

Kira-kira 337 penduduk dari Seksyen 23, hadir pada dialog awam ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini bertujuan memberi penerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.
Kerajaan Barisan Nasional,_baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan_akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Cadangan itu bingkas dieksplotasikan oleh Umno dan beberapa pemimpinnya yang kemudian mendalangi tunjuk perasaan dengan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Jumaat lalu.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Polis yang berada di tempat kejadian tidak bertindak untuk menghentikan penghinaan ke atas agama Hindu oleh juak-juak Umno itu.

Pada dialog hari ini, beberapa individu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail.

“Kita tidak membuat keputusan apa-apa lagi dan kita dapati tentangan dari masyarakat cukup hebat, kita akan menerima juga beberapa cadangan,

“tetapi cadangan ini boleh dilaksanakan bila kedua-dua pihak bersetuju, bukan satu pihak, kita dapati pemilik rumah di kawasan itu tidak setuju, boleh pindah dimana-mana bila dua pihak bersetuju,” katanya.

Sebaik sahaja dialog bermula, individu terbabit naik atas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang terpaksa diiring keluar oleh pegawai MBSA bagi membolehkan dialog itu diteruskan dengan aman.

Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila individu tertentu menjerit-jerit apabila Khalid Samad dan Rodziah menjawab soalan penduduk.

Tindakan itu mengundang wakil penduduk India pula untuk membangkitkan isu-isu sensitif yang jelas membelakangi matlamat dialog berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid kemudian dengan tegas mengarahkan supaya dialog itu ditamatkan bagi menghindar perlakuan yang tidak diingini.

“Ada permintaan saudara dengar sendiri, kita nak cari penyelesaian, saudara suruh sebab itu kita akan terima,

“Buat masa ini saya tidak mahu bincangkan perkara ini saya terima pandangan daripada saudara yang tadi, kalau kena beli tanah kita beli tanah, itu bukan perkara yang sukar,” katanya. -TVA


Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil


Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

"Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.
-harakahdaily