24 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Surat Misteri, Gobind Mahu Mahkamah Teruskan Siasatan (updated)

Surat misteri berhubung kematian Teoh, disiasat sepenuhnya oleh pihak Mahkamah.

Menurutnya, walaupun peguam Negara memberitahu mahkamah, terdapat dua atau tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu tidak mempunyai bukti, tetapi kandungannya didapati konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini.

“Tuan Koroner telah membuat satu keputusan jelas, surat telah disiasat, walaupun peguam Negara ada memberitahu sisatan menunjukkan tidak tunjukkan sebarang bukti, namun ada dua atau tiga kenyataan yang konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind yang ditemui media di lobi Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kematian Teoh boleh mengemukakannya kepada beliau selaku wakil peguam keluarga Teoh dan juga kepada ahli keluarga Teoh sendiri.

“Rayuan kepada masyarakat sape ada pengetahuan tentang surat, kematian, siasatan dan boleh menghantar maklumat kepada saya selaku wakil peguam, atau keluarga Teoh,” katanya.

Turut hadir, anggota keluarga Teoh iaitu ayahnya Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hor ,abangnya Meng Kee, dan adik perempuannya, Lee Lan.

Dalam pada itu, prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan oleh saksi ke-16, bahawa Teoh bukan suspek dalam kes yang disiasat, tetapi sebagai saksi utama.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anuar Ismail menambah, tiada sebarang kekerasan dan ugutan digunakan dalam siasatan itu.

Beliau juga memberitahu Koroner, Azmil Muntapha Abas bahawa tiada sebarang masalah ketika merakamkan percakapan itu. Bagaimanapun, Teoh gagal menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Menurut kenyataannya, seorang pegawai SPRM masih melihat Teoh tidur di sofa pejabat itu pada jam 6 pagi sebelum menemui mayatnya di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam pada jam 1.45 petang, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM, 16 Julai lalu.

Mohamad Anuar memberitahu demikian dalam inkues kematian Setiausaha Politik Setiausaha Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika ditanya oleh peguam Negara, Tan Hock Chuan. -TVS/TVA



Era Najib Altantuya : Tiada Pengundi Hantu, SPR Nafi Dakwaan Khairy

Tiada pengundi hantu seperimana yang digembar gemburkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamalauddin.

Demikian ditegaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengulas dakwaan Khairy baru-baru ini yang kononnya wujud pengundi hantu di Permatang Pasir.

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja.

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan sayap Umno itu yang menyatakan terdapat pengundi hantu pada pilihan raya kecil tersebut yang mengadakan pengundiannya esok.

Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan antara calon PAS Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan calon BN Rohaizat Othman yang juga setiusaha Umno Permatang Pauh.

Abdul Aziz menambah, pihaknya telah menyemak dakwaan Pemuda Umno berhubung pengundi hantu.

"Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir.

"Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal.

"Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata kesemua 14 pengundi itu - yang tidak dinamakan - layak untuk memilih calon masing-masing.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Aziz juga mengumumkan bahawa Jabatan kesihatan Pulau Pinang akan membuka meja kesihatan di lokasi yang sesuai dalam usaha untuk membendung penularan wabak selesema A (H1N1).

SPR juga membekalkan penutup mulut dan hidung kepada petugas suruhanjaya itu untuk mengelak mereka dijangkiti wabak yang berupaya membunuh itu, tambah Abdul Aziz.

Beliau menasihatkan pengundi agar memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar mengundi.

Era Najib Altantuya : UMNO Guna Logo PAS Untuk Burukkan PAS

Umno BN kian terdesak sehingga menaikkan sepanduk yang membuat lemparan fitnah yang bukan-bukan terhadap PAS. Ekoran dari gara-gara sepanduk yang keterlaluan, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dilaporkan sedikit tercemar Isnin dengan perbuatan Barisan Nasional (BN) yang melampau itu.

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan "Awas!!! Pengundi Hantu Pas" yang digantung BN di bilik gerakan itu yang menggunakan logo PAS.

Perang mulut yang mula tercetus kira-kira pukul 1 tengah hari itu menjadi semakin kecoh apabila pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3 petang dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk berkenaan.

Penyokong BN, yang tidak berpuasa hati, meminta sepanduk mereka dipulangkan tetapi tidak dilayani penyokong Pas dan kekecohan yang berlarutan itu reda apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.25 petang turun dari kenderaaanya dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk yang masih tergantung.

Kekecohan itu menyebabkan kesesakan lalulintas dari simpang tiga Sama Gagah ke Jalan Permatang Pauh.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya ketika dihubungi berkata, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dan perkara itu telah selesai.


Era Najib Altantuya : Surat Misteri, Gobind Mahu Mahkamah Teruskan Siasatan

Surat misteri berhubung kematian Teoh, disiasat sepenuhnya oleh pihak Mahkamah.

Menurutnya, walaupun peguam Negara memberitahu mahkamah, terdapat dua atau tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu tidak mempunyai bukti, tetapi kandungannya didapati konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini.

“Tuan Koroner telah membuat satu keputusan jelas, surat telah disiasat, walaupun peguam Negara ada memberitahu sisatan menunjukkan tidak tunjukkan sebarang bukti, namun ada dua atau tiga kenyataan yang konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind yang ditemui media di lobi Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kematian Teoh boleh mengemukakannya kepada beliau selaku wakil peguam keluarga Teoh dan juga kepada ahli keluarga Teoh sendiri.

“Rayuan kepada masyarakat sape ada pengetahuan tentang surat, kematian, siasatan dan boleh menghantar maklumat kepada saya selaku wakil peguam, atau keluarga Teoh,” katanya.

Turut hadir, anggota keluarga Teoh iaitu ayahnya Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hor ,abangnya Meng Kee, dan adik perempuannya, Lee Lan.

Dalam pada itu, prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan oleh saksi ke-16, bahawa Teoh bukan suspek dalam kes yang disiasat, tetapi sebagai saksi utama.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anuar Ismail menambah, tiada sebarang kekerasan dan ugutan digunakan dalam siasatan itu.

Beliau juga memberitahu Koroner, Azmil Muntapha Abas bahawa tiada sebarang masalah ketika merakamkan percakapan itu. Bagaimanapun, Teoh gagal menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Menurut kenyataannya, seorang pegawai SPRM masih melihat Teoh tidur di sofa pejabat itu pada jam 6 pagi sebelum menemui mayatnya di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam pada jam 1.45 petang, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM, 16 Julai lalu.

Mohamad Anuar memberitahu demikian dalam inkues kematian Setiausaha Politik Setiausaha Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika ditanya oleh peguam Negara, Tan Hock Chuan. -TVS

Era Najib Altantuya : Khalid Tidak Terjejas Sebagai MB Selangor

Arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melunaskan hutangnya berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Malah dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan akhbar, bahawa Khalid telah menyalah guna kuasa, dianggap berniat jahat.

Tan Sri Khalid yang ditemui lewat petang semalam berkata, pinjaman tersebut dibuat bertujuan untuk membeli saham syarikat perladangan, Guthrie pada 2001.

Katanya, beliau sudah membuat saman balas dan sedia mengemukakan dokumen berkaitan untuk menghadapi kes berkenaan di mahkamah.

“Kalau ada perkara-perkara yang mereka dapati mereka lakukan jadi jangan mereka buat spekulasi, ini fitnah, dalam bulan yang mulia ini kita tak boleh buat fitnah, jadi kalau niat jahat tu jahat. Tapi saya telah menyatakan persediaan saya untuk mengadakan dirundingkan di mahkamah supaya kita mendapat kebenaran dan saya bersedia disoal siasat dan dibawa dokumen-dokumen yang saya ada, sama dengan dokumen-dokumen Bank Islam supaya kita tunjukkan”, katanya.

Khalid berkata kepada TV Selangor selepas menyerahkan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Iman, Ijok malam tadi.

Beliau turut mengulas tindakan sesetengah pihak yang mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menumpukan masalah hutangnya.

Kata Khalid, tuduhan Khairy itu sudah digembar-gemburkan sejak Pilihanraya Kecil Ijok pada 2007 lagi, dengan mendakwa Bank Islam mengalami kerugian berbillion ringgit berpunca daripada tindakan Abdul Khalid ketika itu.

“Jadi Khairy bersifat begitu maknanya dalam hatinya dia pun buat kelakuan macam itu. Saya ada bezanya dengan Khairy, kerana bezanya saya dah buat tugas-tugas ini, Khairy baru nak merancang membuat, jadi kalau budak muda nak cakap banyak tak boleh, tunjukkan bagaimana beliau memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Saya sudah bagi sumbangan, tapi kalau cakap hanya mengata orang tak boleh, jadi saya harap ini UMNO nie kena baik-baik cakap,” jelasnya.



Era Najib Altantuya : UMNO Memaki Hamun Setelah Menghidu Kekalahan

Kehangatan pilihanraya fasa terakhir ini semakin terasa dengan meriahnya ceramah-ceramah umum yang diadakan hampir di setiap kawasan. Suasana menjadi bertambah hangat apabila kedudukan lokasi tempat ceramah kedua-dua belah parti hanya sebelah-menyebelah, masing-masing ingin mempertahankan parti mereka.

Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution mengulas bahawa calon Umno-BN, Rohaizat Othman tidak mampu meraih sokongan rakyat setelah beberapa rahsia peribadi calon itu terbongkar, dan dia tidak akan mampu menjadi calon yang berkesan.

"Kita mengekalkan budaya politik baru, tidak mengasingkan antara kaum," kata beliau lagi.

"Kita adalah politik yang menghormati setiap hak kaum, dan maki hamun itu bukan mainan politik kita. Cara politik kita hari ini adalah cara politik yang diterima rakyat," jelas ahli parlimen Machang itu terhadap budaya maki hamun yang semakin menjadi-jadi dikalangan pimpinan politik Umno-BN.

Saifudin menegaskan lagi bahawa orang yang pecah amanah adalah orang yang khianat, dan orang yang khianat tidak boleh menjadi pemimpin. Ini berikutan terbongkarnya kes pecah amanah Rohaizat Othman terhadap anak guamnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Adun Hulu Kelang, Syaari Sungib. Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Permatang Pasir khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu menolak Umno-BN kerana kerajaan pimpinan Umno-BN adalah satu kerajaan yang zalim berdasarkan isu pemansuhan ISA yang tidak diendahkan langsung Kerajaan Persekutuan apabila dirayu oleh rakyat pada 1 Ogos lalu.

Turut berucap di pentas yang sama malam tadi ialah, bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng dan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria. -prkn11

Era Najib Altantuya : Umno Edar Risalah Pos, Gantung Panji Hina Pas

Tidak cukup mengedarkan risalah hasutan kepada para pengundi di Dun N11 Permatang Pasir, Umno-BN kini mula menggunakan kaedah baru menghantar risalah hasutan berkenaan menerusi pos.

Ketua Wakita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini terutamanya untuk menilai kos menampung penghantaran risalah berkenaan.

“Kita cuma nak persoalkan sekiranya sekali pusingan yang dikirim setem, kalau 20,000 pengundi maknanya sekali hantar RM6000. Kalau 10 risalah yang ada berbeza kalau 10 kali pusingan bermakna RM60,000.

“Sekiranya kita masukan dalam penyata kira-kira seorang calon sudah tentu calon BN Rohaizat sudah menggunakan wang lebih daripada yang sepatut digunakan untuk berkempen oleh seseorang calon,” katanya.

Setiap sampul mengandungi satu risalah dan sesebuah rumah akan menerima beberapa sampul yang mengandungi risalah yang berbeza.

Zuraida berkata, apa yang lebih mengejutkan penemuan panji-panji yang memfitnah Pas.

“Ini memang tidak beretika langsung dan mengamalkan politik durjana. Jadi mereka perlu bertanggungjawab kalau hendak memperkatakan tentang keburukan parti atau calon mereka perlu ‘gentleman’ mengaku diri sendiri,”katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Zuraida turut mendedahkan para pengundi di sini menerima khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Sehubungan itu, beliau menjemput seorang mangsa yang membuat pendedahan bahawa di kampungnya iaitu Kampung Pelet seramai 60 penduduk menerima sms berkenaan.

Mangsa, Zalizan Abdul Rahman berkata, beliau kecewa dengan sikap BN yang membuat tomahan memalui sms dan tidak beretika.

“Kita tidak puas hati dengan kiriman-kiriman sms yang dihantar kepada kita mengutarakan keburukkan-keburukkan kita yang berunsur fitnah,” katanya. Menurutnya satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini.

Seorang lagi mangsa Fauzi Darus berkata, dia telah menerima lebih enam sms berlainan dari nombor yang sama dan terbaru pada 6.18 petang semalam.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Timbalan Ketua Wanita Keadilan Rodziah Ismail berkata isu yang dibangkitkan Umno-BN lebih kepada perkauman dan tidak langsung sama dengan saranan 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri.

Katanya, isu yang ditimbulkan juga dilihat bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat khususnys di Permatang Pasir.

“Mereka begitu terdesak dan rasa tiada cara lain hanya dengan memecah belahkan, memfitnah, taktik-taktik kotor dan durjana yang sebenarnya pada saya adalah satu idea yang korup,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Umno-BN cuba membeli para pengundi sehingga sanggup memberikan wang palsu.

“Bagi saya pihak yang mengedarkan wang ini boleh dihukum di bawah ISA kerana mengeluarkan wang palsu kalau di lihat dari mata kasar seperti wang yang asli,”katanya.

Rodziah menggesa pihak berkuasa mengenalpasti dalang penyebaran wang palsu ini dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya kes ini tidak boleh ditutup dan diminta diselesaikan sesegera yang mungkin.

“Jangan disebabkan Pakatan Rakyat yang membuat aduan kes ini ditutup. Kita mahu berlaku adil dan mahu tahu siapa di sebalik sms, duit dan poster yang menjelikan ini,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Bukan Serangan Karakter, Tetapi Soal Memilih Pemimpin

PAS sehingga ke hari terakhir kempen mereka hari ini, konsisten dengan pendirian bahawa isu pecah amanah calon BN, Rohaizat Othman bukan isu peribadi sebaliknya isu kredibiliti sebagai bakal wakil rakyat.

Kes ini lebih jelas apabila bekas rakan kongsi firma Rohaizat, Yusri Ishak berkali-kali menyatakan pediriannya bahawa beliau tampil membuat penjelasan untuk membersihkan nama baik beliau dan keluarganya.

Pengarah Pilihanraya PAS Pengkalan Pasir, Dato' Mahfuz berkata, keengganan Rohaizat dan pimpinan Umno menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan kepada YUsri membuktikan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah parti itu.

Sambil menyifatkan Rohaizat sebagai orang yang tidak tahu menghargai kejujuran seorang rakan, beliau berkata Rohaizat dan pimpinan Umno tidak seharusnyamenjadikan Yusri sebagai kambing hitam.

Beliau turut menafikan dakwaan Rohaizat bahawa penjelasan Yusri sebelum ini telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya PAS.

PAS tegasnya hanya memberikan tempat untuk Yusri membuat penjelasan bagi membersihkan namanya dari tuduhan Rohaizat dan Umno.

Tegasnya juga, Yusri sendiri yang tampil menafikan tuduhan Rohaizat dan meminta Pakatan Rakyat memberikan ruang untuknya menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau menegaskan dakwaan terhadap Rohaizat tidak harus dipandang ringan kerana Majlis peguam tetap memutuskan Rohaizat yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes pecah amanah yang dilakukan.

Keputusan itu dibuat lembaga disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh ahli lembaga disiplin Umno, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Ini sekaligus katanya membuktikan isu ini bukan sengaja ditimbulkan PAS seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.

Tindakan Rohaizat yang mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan juga terus menimbulkan keraguan banyak pihak.

Yusri telah menggunakan platform PAS pada Khamis dan Jumaat lalu untuk menjelaskan pendiriannya dalam isu pecah amanah Rohaizat selepas sidang medianya Khamis lalu.

Malam tadi Yusri sepatutnya muncul di pentas ceramah PAS di Kubang Semang, Permatang Pasir untuk 'berdebat' dengan Rohaizat. Bagaimanapun kedua-dua Yusri dan Rohaizat tidak muncul. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : PR Semakin Kuat Selepas Isu Lunas

Sekalipun Pakatan Rakyat kehilangan sebuah kerusi di Kedah ekoran tindakan seorang ahli dewan undangan negeri yang tidak bermaruah, Mohd Radzhi Salleh, namun Pakatan Rakyat masih lagi kukuh dan tidak perlu cemas dengan tindakan ADUN tersebut.

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Najib dan Muhyiddin, telah memnyambut kejayaan dan kegembiraan mereka terlalu awal sehingga masyarakat telah menghidu bahawa ia adalah dari "perancangan licik" UMNO-BN sendiri.

Tetapi malangnya keputusan ADUN PKR yang bertindak keluar dari Pakatan Rakyat, sepertimana yang berlaku di Perak, adalah hasil dari tindakan kotor UMNO-BN sendiri, dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengasak ADUN-ADUN berkenaan ditambah pula dengan "tawaran lumayan" sehingga akhirnya mereka terpaksa "surrender" untuk menapak keluar dari Pakatan Rakyat.

Dalam ertikata lain perlakuan ADUN yang meninggalkan parti mereka bukan di atas restu pengundi-pengundi di DUN mereka.

Malah dipercayai jika mereka bertanding semula di DUN yang sama, permerhati politik yakin kesemua mereka yang melompat parti ini akan kalah semuanya, tetapi tidak ada seorang pun dari kalang yang melompat ini berani dan mampu untuk menghadapi pengundinya semula.

Justeru itu kekuatan UMNO-BN adalah palsu, tempang, temporari dan tidak bermakna.

Ucapan-ucapan Najib dan Muhyiddin setakat ini hanyalah sebagai "penglipur lara" dan cuba untuk melakukan "sindrom penafian" agar mereka berdua dilihat masih boleh terus memimpin dan bekerja walhal pada hakikatnya roh perjuangan kedua-dua mereka telah diasak dengan pelbagai kebimbangan mengenai masa depan politik mereka, malah masa depan UMNO sendiri yang nampaknya sedang menuju ke lembah kehancuran.

Sedangkan bagi Pakatan Rakyat, tindakan Radzhi itu adalah sebagai sebahagian proses pembersihan Pakatan Rakyat dari mereka yang tidak jujur, serta yang menjadi duri dalam daging PR sendiri yang kelaknya tindakan-tindakan mereka melompat parti itu akan hanya menyihat dan menyuburkan lagi Pakatan Rakyat.


Era Najib Altantuya : Bukan Melayu Terima PAS Tolak BN

Harapan Barisan Nasional (BN)untuk mengharapkan sokongan masyarakat bukan-Melayu di dalam pilihanraya k ecil Permatang Pasir hancur berkecai dengan disebabkan dua isu penting yang melibatkan kaum bukan-Melayu.

Yang pertama ialah isu skandal Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang. Pendedahan bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat menerima RM10 juta dari CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dari kontraktor utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Datuk Seri Tiong King Sing di samping Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sudah cukup untuk menghancurkan kredibiliti parti MCA, sebuah parti komponen utama BN.

Tiong juga tekah membuat satu lagi pendedahan, dengan mendakwa anak syarikatnya hanya mengenakan kadar sewa RM1 bagi kesemua 32 unit yang menempatkan kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) milik MCA, di Penampang, Sabah.

Kesemua unit kedai terdiri daripada lapan blok bangunan empat tingkat milik Wawasan Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dijaya Corporation. Ia disewa oleh KTAR sejak Februari 2007.

Sebelum ini, ketika ditemubual oleh akhbar berbahasa Cina, Tiong dilaporkan menyifatkan jumlah RM1 itu sebagai tanda simbolik sumbangannya kepada kolej dan parti berkenaan.

Pendedahan terbaru ini merupakan rentetan daripada pertelingkahan terbuka di antara Tiong dan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang semakin serius - ekoran isu membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ong Tee Keat hari ini telah menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing.

Tindakan undang-undang itu susulan dakwaan Tiong, yang juga ahli parlimen Bintulu, bahawa Ong menerima RM10 juta daripadanya.

Ia difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memberikan tempoh selama seminggu bagi Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya.

Sementara isu N.Gobalakrishnan yang tercedera akibat keganasan polis telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat India yang akan berkempen habis-habisan menentang calon BN di Permatang Pasir.

Malah tidak cukup mencederakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat tersebut, beliau kini dikenakan pula tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memprovokasi anggota polis yang kononnya tercedera untuk menyaman Gobala.

"Beliau (polis) juga seperti orang biasa dan mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi terpulanglah kepadanya untuk mengambil tindakan berkenaan," katanya

Namun banyak pihak melihat tindakan Hishamuddin membela polis akan hanya menjatuhkan imejnya dan imej kerajaan UMNO BN kerana TELAH JELAS polis yang bertindak keterlaluan di hari penamaan calon tersebut.

"Polis juga seperti orang biasa sepatutnya bertugas mengikut undang-undang bukan bertindak sesuka hati," tegas seorang pensyarah Sains Politik.

Kedua-dua isu itu telah menimbulkan kemarahan kaum bukan-Melayu dan meletakkan BN kini menjadi parti yang amat dibenci oleh mereka di Permatang Pasir yang membentuk hampir satu pertiga dari jumlah keseluruhan pengundi.

Era Najib Altantuya : Ingin Bersama Islam Atau UMNO?

Kerajaan pimpinan Umno-BN sejak tiga generasi gagal membawa agenda pembangunan rakyat, bermula dengan gagasan bawaan Bapa Permodenan, agenda Wawasan 2020 hanya tinggal kenangan apabila Bapa Pembangunan Modal Insan terus diabaikan oleh kemunculan gagasan Islam Hadhari yang disambut dengan penuh harapan oleh rakyat.

Selepas sepenggal, Bapa "baru" era Najib yang diketuai Rosmah cuba membawa wajah '1 Malaysia' sebagai satu strategi terus menggula-gulakan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Bercakap dalam satu ceramah di Markaz Dewan Ulama' semalam, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Badrul mengatakan Umno telah melakukan siri penipuan berterusan untuk mengaburi mata rakyat apabila ketiga-tiga gagasan ini hanya menjadi retorik pimpinan BN semasa dan hanya membazirkan wang rakyat apabila agenda setiap gagasan ini ditinggalkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu juga berkata, Tun Abdullah Badawi telah mengunakan slogan Islam Hadhari berikut perkembangan pada waktu untuk menunjukkan kecenderungan alim ulama', professional serta rakyat Malaysia yang cenderung kepada PAS.

"Seterusnya bagi mendapat sokongan pelbagai kaum lain di Malaysia, Najib telah mengistiharkan slogan 1 Malaysia. Pengunaan slogan tersebut telah diamalkan oleh pemimpin Israel iaitu Israel 2020 dan One Israel. Malah belia mendedahkan bahawa syarikat perunding imej yang dibayar sebanyak RM20 juta ini juga merupakan perunding yang sama kepada zionis Yahudi," katanya kepada lebih 200 penyokongyang hadir.

Dalam ceramah yang sama, beliau memberikan penjelasan berkenaan isu pemberian tanah di Perak semasa Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Nizar adalah merupakan pemberian adil berdasarkan tahap kemiskinan bukan pemberian kuota kaum yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang secara jelas menunjukkan sikap pilih kasih yang mana diberikan kepada orang-orang UMNO atau penyokong mereka sahaja.

"Nizar dituduh menyebelahi orang-orang Cina sedangkan orang-orang Melayu yang lebih banyak mendapat hak milik tanah berikutan kegagalan UMNO untuk menaikkan taraf kehidupan orang Melayu Perak selama pemerintahan 50 tahun," tegasnya.

Beliau menasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan taktik tradisi UMNO yang selalu mengkudakan media arus perdana untuk mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membahayakan kepada rakyat.

"Di depan kaum Cina, mereka menfitnah PAS akan mengharamkan babi dan arak jika dapat memerintah sebaliknya di depan orang Melayu mereka menuduh PAS mrnghalalkan arak dan babi," demikian ujarnya.

Ceramah ini juga dihadiri oleh isteri calon PAS, Siti Fatimah beserta anak-anak dan ibu calon. -prkn11

Era Najib Altantuya : Pemimpin UMNO Bersengketa Kerana Rohaizat

Umno yang disifatkan tersilap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir terus berada dalam dilema untuk menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak lawan terhadap calon berkenaan.

Sehingga hari ini berkempen parti itu dilihat masih berada dalam situasi bertahan - apabila kempen-kempen penerangan mereka yang melibatkan pimpinan dari pelbagai peringkat terpaksa memberi tumpuan untuk menjawab serangan ke atas calon mereka, Rohaizat yang menjadi isu utama modal kempen di pihak PAS setakat ini.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dalaman Umno mendedahkan isu keperibadian Rohaizat Othman (calon) kini menjadi masalah dalaman kepada Umno apabila para pemimpin mereka mula menunding jari sesama sendiri atas kesilapan memilih Setiausaha Umno Permatang Pauh itu sebagai calon.

Menurut sumber tersebut, dalam satu mesyuarat Umno yang diadakan pada Jumaat lalu berlaku salah menyalah antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Muhyiddin tunding jari pada Zahid kerana tidak periksa latar belakang calon betul-betul, Zahid pula seperti salahkan Jalil kerana dikatakan tidak memaklumkan kepada beliau.... Jalil pula cuba mengelak dengan pelbagai alasan lagi," kata sumber tersebut.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasation juga mengesahkan turut mendapat maklumat daipada beberapa orang dalam Umno perihal salah menyalah antara pemimpin Umno ekoran pemilihan Rohaizat sebagai calon.

Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Petani, Saifuddin berkata masalah tersebut bertambah parah apabila bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohammad turut mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Rohaizat.

Umno di peringkat awal masih cuba untuk menutup isu tersebut melalui penjelasan para pimpinannya bagaimanapun perkembangan demi perkembangan yang berlaku di Permatang Pasir teruamanya kemunculan Yusri Isahak yang berceramah dipentas PAS semakin menyukarkan parti itu.

Yusri merupakan rakan kongsi Rohaizat dalam bidang guaman yang cuba disalahkan berhubung penggunaan wang koperasi pekebun getah oleh firma guaman mereka.

Yusri muncul dihari ketiga berkempen untuk menjelaskan perkara sebenar serta membersihkan namanya - satu tindakan yang semakin memberi tekanan kepada Umno.

Saifuddin mengulas lanjut perkembangan tersebut berkata, pimpinan Umno sepatutnya tidak perlu tunding menunding antara satu sama lain kerana rekod kesalahan moral Rohaizad sebenarnya telah didedahkan sebelum hari penamaan calon lagi.

Kata beliau, Rohaizad sewaktu diambil tindakan oleh Bar Council melalui jawatankuasa disiplin badan itu adalah ketika badan (disiplin) itu dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan Umno Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Tan Sri Khalid juga merupakan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu Tan Sri Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri berada di luar negara.

"Beliau (Tan Sri Khalid) juga salah seorang ahli lembaga disiplin Umno, jadi tidak timbul soal tidak tahu latar belakang Rohaizad ini," katanya.

Era Najib Altantuya : Exco ADUN Lunas Digugurkan - MB Kedah

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan mana-mana exco. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan.

"Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman di Alor Star, Azizan berkata Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini, Mohd Radzhi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan exco.

Sementara itu, Ahmad berkata PKR kesal sikap tidak bertangungjawab Mohd Radzhi yang keluar parti.

"Khabar angin dia hendak melompat telah lama kedengaran tetapi mengapa dia pilih hari ini untuk keluar parti. Ia tidak lain untuk melemahkan PKR dan merendahkan pimpinan PAS Kedah," kata Ahmad.

Ahmad berkata PKR akan meminta Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai ADUN Lunas kerana beliau menang bertanding atas tiket parti itu.

Kedah mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

PAS mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN, manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.

Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah, Ahmad bin Kassim menyatakan PKR Kedah telah menerima maklum bahawa ADUN Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah katanya beliau amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Beliau menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah Radzhi di dalam kerajaan negeri juga dikatakan amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah.

Beliau telah diberikan amaran keras untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh MPP dan diambil aleh pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu katanya, kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga menurut kenyataan itu, mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Era Najib Altantuya : MIC Bergolak, Samy Vellu Dikecam

Datuk Seri S Samy Vellu dikecam kerana berkempen untuk seorang calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 12 September ini sebagai tidak profesional dan bersikap kebudak-budakan.

Datuk S Subramaniam menyifatkan tindakan Presiden MIC sebagai satu sikap yang tidakprofesyenal yang ditunjukkan oleh Presiden MIC.

“Sepatutnya dia (Samy Vellu) yang mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden semalam, barulah sesuai dia buat kerja kempen seperti itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) cemerlang anjuran Koperasi Nesa di sini, semalam.

Subramaniam mengulas tindakan Samy Vellu menyatakan secara terbuka calon Timbalan Presiden yang direstuinya selepas majlis penamaan calon di ibu pejabat MIC semalam.

Pada majlis itu, tiga orang menyerahkan borang pencalonan sebagai Timbalan Presiden iaitu penyandang, Datuk G Palanivel, Naib Presiden, Datuk S Sothinathan dan Subramaniam sendiri.

Subramaniam berkata, tindakan Samy Vellu secara terang-terangan menyokong calon Timbalan dan Naib Presiden yang beliau mempunyai kepentingan dan menolak calon yang tidak digemarinya adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberi tekanan kepada perwakilan serta menimbulkan perpecahan dalam parti.

Samy Vellu sudahpun memenangi jawatan Presiden MIC bagi penggal ke-11 Mac lalu apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Subramaniam juga membidas tindakan Samy Vellu yang berdolak-dalik mengenai bila beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Katanya, sebelum bertanding untuk jawatan Presiden bagi penggal ke-11 Samy Vellu memberi jaminan tidak akan lama memegang jawatan itu dan berundur pada September selepas Timbalan Presiden baru dipilih parti.

“Kemudian beliau (Samy Vellu) berkata pula akan berundur selepas memberi cukup latihan kepada Timbalan Presiden yang dipilih selama satu tahun dan selepas itu beliau kata akan mengundurkan diri apabila penggal habis pada 2012 dan kemudian pada 2015.... jadi ini menampakkan sikap Samy Vellu yang sudah tidak profesional dan sering berdolak-dalik,” katanya.

Era Najib Altantuya : Rakyat Lunas Akan Bangkit Minta Radzhi Letak Jawatan

Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.

Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO Perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim. -prkn11

Era Najib Altantuya : Rohaizat Ikon Watak UMNO Sebenar

Rohaizat Othman, calon UMNO BN N11 Permatang Pasir menggambarkan secara umum watak sebenar pemimpin-pemimpin UMNO dari peringkat paling tinggi hinggalah peringkat paling rendah.

Kerendahan akhlaknya dengan perlakuan pecah amanah dan juga karakter kotor sehingga sanggup memperdaya dan mempermainkan kaum wanita dengan menafikan beliau pernah beristeri dua sebenarnya adalah contoh tipikal yang terdapat di dalam diri kebanyakan pemimpin UMNO semua peringkat.

Malah Presiden UMNO serta beberapa orang pemimpin yang berada di dalam barisan kabinetnya selaku Perdana Menteri mempunyai kehebatan ciri-ciri tersebut, mungkin lebih hebat lagi.

Pemimpin seperti Hishamuddin Tun Hussein, Ahmad Zahid Hamidi, Jamaluddin Jarjis adalah nama-nama yang diketahii umum mempunyai masalah akhlak dan disiplin.

Justeru itu tidak hairan mengapa pemimpin-pemimpin UMNO mengangkat Rohaizat sebagai calon dan kemudian mengisytiharkan itulah calon terbaik UMNO BN yang ada.

Jika demikianlah calon terbaik UMNO BN, ini bererti UMNO BN memang telah benar-benar telah bangkrap untuk menawarkan calon-calon yang bersih dan tidak bermasalah.

Jika diperhatikan di dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan kita akan dapat mengesani UMNO BN memang menghadapi masalah calon yang sesuai untuk ditonjolkan.

Bermula dari PRK Kuala Terengganu, UMNO telah mengakui pemilihan yang salah apabila Ahmad Farid dikalahkan kerana dikatakan seornag calon yang elitis dan bongkak. Di Bukit Gantang, UMNO menghadapi masalah dengan calonnya Ismail Safian yang hebat pula dengan isu Manok, di Bukit Selambau, S. Ganesan, seornag peguam yang bermasalah dan dilaporkan pecah amanah, di Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat yang dilebih-lebihkan propaganda mengenai dirinya walhal belaiu hanyalah seorang pengurus pemantauan projek Kesedar.

Justeru itu, dari senario pilihanraya kecil yang disertai oleh UMNO BN setakat ini, jelas menunjukkan UMNO BN persis sudah muflis dengan soal calon. UMNO ketandusan claon yang bersih dan berwibawa dan apa yang berlaku di Permatang Pasir UMNO selah-olah membentuk "ikon" pemimpin dan kepemimpinannya.

Era Najib Altantuya : Wanita Geli Tengok Rohaizat (updated)

Ramai kaum wanita di Permatang Pasir merasakan mereka geli melihat muka calon UMNO BN, Rohaizat Othman yang berdusta bahawa kononnya beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

"Kaum wanita merasa begitu terhina dengan perbuatan Rohaizat itu, sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak betul kerana terlah terlanjur perbuatan, kemudian berbohong pula," ujar seorang muslimah yang berasa berang dengan perlakuan calon UMNO BN itu.

"Rasa geli setiap kali mukanya dipaparkan di kaca TV," tambahnya.

Rohaizat dikenali sebagai seorang pemuda yang rendah akhlaknya apabila kes pecah amanah dan membohongi isteri-isterinya terbongkar.

"Akak menyampah tengok mukanya, terus-terang jer ler hanya kaum wanita yang gatal-gatal jer yang akan undi dia jadi wakil rakyat kita," ujarnya lagi.

Beliau menyatakan mana mungkin seorang yang sedemikian hendak dipilih sebagai wakil rakyat. Kita akan ditanya oleh Allah mengapa memilih calon yang telah diketahui rendah akhlaknya sebagai pemimpin kita.

Beberapa hari lepas Nasrudin telah menyatakan, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.

“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain.

“Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin.

Semalam, harakahdaily melaporkan ayah kepada Rafizah selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian.

Era Najib Altantuya : Razhi Tewas Dengan Tawaran Lumayan

ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.

“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.

“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberapa bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.

Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.

Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.



Era Najib Altantuya : Fitnah Dan Bohong Amalan Umno BN (updated)

Tindakan stesen swasta menyiarkan semula visual sebenar membuktikan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengatakan ‘Umno ini Islam kacukan, Islam Palestin’ membuktikan tindakan pembohongan Umno- BN.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, fitnah dan pembohongan menjadi amalan Umno-BN sehingga ia menjadi satu ketagihan.

“Ia telah menjadi makanan harian, ini merupakan dadah yang menjadi ketagihan Umno kalau tidak fitnah dan manipulasi, tidak berbohong mereka tidak boleh buat seperti mana penagih dadah yang tidak dapat bekalan dadah.

“Jadi mereka perlukan bekalan fitnah dan bekalan pembohongan yang saya sifatkan seperti morfin, syabu dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Penasihat Undang-Undang Pas Mohamad Hanifa Maidin berkata, pihaknya akan menyaman beberapa media cetak berbahasa Melayu dan stesen televisyen berhubung laporan yang menfitnah menteri besar berkenaan.


Hanifa berkata, beliau telah mengumpulkan beberapa dokumen berkaitan dan notis saman akan diberikan kepada media yang berkaitan dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya ia lebih kepada akhbar berbahasa Melayu dan ia amat dikesali," Hanifa berkata.

“Saya harap akhbar-akhbar ini dengan pendedahan di TV3 tentang rakaman sebenar apa yang dikatakan Tok Guru sepatutnya sudah menjadi satu keterangan yang terbukti untuk mereka menghentikan fitnah-fitnah serang peribadi,” katanya lagi.

Beliau kesal dengan tindakan stesen televisyen berkenaan yang hanya menyiarkan rakaman sebenar ucapan Nik Aziz setelah didesak dan enggan memohon maaf.

Semalam TV3 menyiarkan rakaman sebanar berkenaan yang menjelaskan Nik Aziz menyatakan Islam yang dibawa Umno adalah Islam kacukan, Islam plastik. Bukanya seperti apa yang dimainkan media berkenaan iaitu Islam Palestin. -TVA



Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno

Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.


Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimanapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. -harakahdaily




Era Najib Altantuya : Salleh Man Terajui MAIPP Bila Menang

Pakatan Rakyat akan mencadangkan supaya Mohd Salleh Man dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan penyandang sekarang sekiranya calon PAS itu menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor malaysiakini.

Jawatan itu masih dipegang oleh setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahabudin Yahaya dan tempoh perkhidmatannya akan tamat dua bulan lagi.

"Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang.

"Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama ()(Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri," katanya.

Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata selepas kerajaan Pakatan pimpinan Lim menerajui negeri tersebut, jawatan tersebut, masih dipegang oleh Shahabudin.

"Selalunya mengikut kes biasa, perubahan itu berlaku awal, tetapi kita terimalah keadaan sekarang. Kita tunggu sampai tempohnya habis dalam dua bulan lagi, sebelum peralihan kuasa ini berlaku," katanya.

Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, merupakan seorang guru agama yang berkelulusan Syariah dari Universiti Malaya.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir Selasa ini, Mohd Salleh berdepan calon BN, Rohaizat Othman yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

Menurut Anwar, Mohd Salleh dilihat mampu memantapkan institusi masjid, kegiatan agama Islam di masjid dan pengajian agama Islam di Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan kewangan yang lebih untuk tujuan tersebut, berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, Anwar berkata kerajaan Pulau Pinang tidak mengumumkan cuti pada hari pengundian Selasa ini, tetapi akan mengambil langkah untuk memastikan pengundi pulang mengundi.

"Saya merayu agar pegawai kerajaan diberi waktu untuk mengundi dan pejabat ketua menteri, akan menguruskan supaya pengundi daripada kilang-kilang, berkerja mengikut syif dan diberi masa yang cukup untuk datang ke Permatang Pasir untuk mengundi," katanya.

Era Najib Altantuya : Wanita Geli Tengok Rohaizat

Ramai kaum wanita di Permatang Pasir merasakan mereka geli melihat muka calon UMNO BN, Rohaizat Othman yang berdusta bahawa kononnya beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

"Kaum wanita merasa begitu terhina dengan perbuatan Rohaizat itu, sudahlah berkahwin dengan cara yang tidak betul kerana terlah terlanjur perbuatan, kemudian berbohong pula," ujar seorang muslimah yang berasa berang dengan perlakuan calon UMNO BN itu.

"Rasa geli setiap kali mukanya dipaparkan di kaca TV," tambahnya.

Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.

“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain.

“Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin.

Semalam, harakahdaily melaporkan ayah kepada Rafizah selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian.

Era Najib Altantuya : Fitnah Dan Bohong Amalan Umno-BN

Tindakan stesen swasta menyiarkan semula visual sebenar membuktikan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengatakan ‘Umno ini Islam kacukan, Islam Palestin’ membuktikan tindakan pembohongan Umno- BN.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, fitnah dan pembohongan menjadi amalan Umno-BN sehingga ia menjadi satu ketagihan.

“Ia telah menjadi makanan harian, ini merupakan dadah yang menjadi ketagihan Umno kalau tidak fitnah dan manipulasi, tidak berbohong mereka tidak boleh buat seperti mana penagih dadah yang tidak dapat bekalan dadah.

“Jadi mereka perlukan bekalan fitnah dan bekalan pembohongan yang saya sifatkan seperti morfin, syabu dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Penasihat Undang-Undang Pas Mohamad Hanifa Maidin berkata, pihaknya akan menyaman beberapa media cetak berbahasa Melayu dan stesen televisyen berhubung laporan yang menfitnah menteri besar berkenaan.


Hanifa berkata, beliau telah mengumpulkan beberapa dokumen berkaitan dan notis saman akan diberikan kepada media yang berkaitan dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya ia lebih kepada akhbar berbahasa Melayu dan ia amat dikesali," Hanifa berkata.

“Saya harap akhbar-akhbar ini dengan pendedahan di TV3 tentang rakaman sebenar apa yang dikatakan Tok Guru sepatutnya sudah menjadi satu keterangan yang terbukti untuk mereka menghentikan fitnah-fitnah serang peribadi,” katanya lagi.

Beliau kesal dengan tindakan stesen televisyen berkenaan yang hanya menyiarkan rakaman sebenar ucapan Nik Aziz setelah didesak dan enggan memohon maaf.

Semalam TV3 menyiarkan rakaman sebanar berkenaan yang menjelaskan Nik Aziz menyatakan Islam yang dibawa Umno adalah Islam kacukan, Islam plastik. Bukanya seperti apa yang dimainkan media berkenaan iaitu Islam Palestin. -TVA



Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno

Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.


Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimanapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. -harakahdaily




ERa Najib Altantuya : SPR Diperkudakan UMNO

Tindakan terbaru Surahjaya Pilihan Raya (SPR) melepaskan Barisan Nasional dari dikenakan sebarang tindakan kerana menyalahgunakan kakitangan kerajaan memperlihatkan suruhanjaya berkenaan terus menjadi ‘kuda tunggangan' Umno.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan di Permatang Pasir sahaja tetapi dalam setiap pilihanraya bukan sahaja JKM di’Umno’kan, malah banyak lagi agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KEMAS, RISDA, PERDA, KADA turut terlibat.

Tindakan Pegawai SPR Pulau Pinang Sulaiman Abdullah melepaskan mereka begitu sahaja dengan tidak menyiasat bersama penglibatan langsung agensi-agensi kerajaan terbabit membuktikan SPR tidak serius memastikan pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir bebas, adil dan demokratik.

“Adakah SPR mahu terus dilihat ‘kuda tunggangan Umno’ sebagaimana agensi-agensi kerajaan terbabit? Saya minta SPR menyatakan pendirian serius dan terbuka berhubung insiden di Bilik Gerakan BN Samagagah semalam,” katanya.

Semalam SPR membuat serbuan di bilik gerakan berkenaan dan mengesahkan bahawa terdapatnya penyalahgunaan kakitangan kerajaan iaitu lima hingga enam pegawai JKM di sana.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan lanjut dan siasatan diambil SPR malah apa yang lebih mengejutkan mereka dilepaskan begitu sahaja.

Mahfuz berkata, tindakan Umno-BN memperkudakan agensi kerajaan membuktikan parti berkenaan tiada kekuatan fizikal sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

“Ini menunjukkan selama ini bagaimana pembaziran wang rakyat yang telah dibelanjakan oleh BN dengan menggunakan agensi kerajaan bagi kepantingan politik Umno dan BN. Umno selama ini bukan bergantung kepada kekuatan fizikal partinya tetapi bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Mahfuz berkata, Penerangan Negeri telah menjemput calon Umno-BN Rohaizat Othman dan Yusri untuk menyertai jemputan khas Depat Perdana-Penjelasan Isu Pecah Amanah jam 10 malam ini.

Katanya, Yusri menyatakan persetujuan untuk menghadiri debat berkenaan dan sekiranya Rohaizat bersih, jujur dan benar beliau perlu menyatakan persetujuan yang sama. -TVA