4 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : SUARAM Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Negara

Sebuah Sebuah badan hak asasi manusia, Suaram hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana ‘mencabuli hak kebebasan awam’, lapor malaysiakini.

Penyelaras Suaram Enalini Devi Elumalai mengetua delegasi 6 orang membuat laporan polis pada pukul about 11.30 pagi tadi di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Di dalam kenyataannya kepada media, Enalini berkata laporan polis dibuat ekoran beberapa tindakan polis sewaktu Perhimpunan anti-ISA yang berlansung Sabtu lalu.

* Menggunakan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan tanpa sebab
* Menunjukkan kurang pertimbangan kepada mereka yang bawah umur
* Melakukan penangkapan secara tidak sah tanpa memberitahu kesalahan kepada tahanan
* Menyebabkan ketidakselesaan dengan sekatan jalanraya dan penutupan Star LRT Line
* Menunjukan ‘hasrat yang tidak baik’ dengan menahan peserta tanpa sebab.

Pengarah Suaram S Arutchelvan yang turut hadir, menyatakan “kita tak haraplah KPN akan menyiasat dirinya sendiri, namun laporan ini merupakan langkah pertama untuk lain-lain siasatan terhadap salahlaku polis - siasatan oleh Suhakam atau lain-lain badan”.

Beliau juga mendakwa terdapat beberapa tahanan yang terdengar pegawai-pegawai polis yang bertelingkah sesama sendiri tentang siapa yang menahan, atau apa tuduhan yang hendak dikenakan dan seumpamanya.


Era Najib Altantuya : Utusan Berada Di ambang Kehancuran

Akhbar Utusan Malaysia mutakhir ini kerap menyiarkan tulisan dan rencana berbau perkauman dan bersifat menghasut tetapi tiada tindakan yang diambil ke atasnya.

Utusan Malaysia menyedari bahawa survivalnya amat bergantung kepada UMNO BN. Apabila UMNO BN tergugat bererti survival akhbar itu turut tergugat.

Maka apabila timbul dan tampak sokongan rakyat kepada UMNO BN semakin merudum, maka lahirlah penulis-penulis "assabiyah" ini yang kononnya mengingatkan bangsa Melayu dengan pelbagai peringatan yang meniupkan api perkauman dan hasutan. Tanpa mereka menyedari sikap yang sedemikianlah nanti yang akan mempercepatkan kehancuran akhbar berbahasa Melayu itu.

Seorang tokoh politik, Dr Syed Hussin Ali menyatakan rasa kesal dengan nada perkauman melampau akhbar pro-kerajaan Utusan Malaysia.

Beliau menyifatkan Utusan kini terputus dari tradisi progresif suatu masa dahulu dan sudah tidak relevan hari ini, demikian lapor TVAntara.

Sambil menyifatkan akhbar bertaraf lidah rasmi kerajaan itu bersalah kerana menyelewengkan fakta mengikut telunjuk segelintir ahli politik yang mahu mempertahankan kuasa masing-masing.

"Utusan sekarang ni maaf cakaplah bukan sahaja alat tapi barua paling tidak beretika yang bertungkus lumus buat apa sahaja untuk mempertahankan segelintir orang yang berkuasa dari segi politik dan ekonomi," ujar Syed Hussin.

“Sekarang nie banyak suara rakyat banyak ditenggelamkan oleh suara akhbar milik kerajaan. utusan bukan sahaja menenggelamkan fikiran rakyat tapi tidak mahu nyatakan fakta- fakta bahkan lebih terus lagi mereka menyelewengkan cerita- cerita untuk menyembunyikan fikiran rakyat yang sebenarnya,“ tambahnya lagi.

Semalam Utusan dengan angkuhnya menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang lantang menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat terbesar perjuangan orang melayu dan pemimpin lidah bercabang yang memutar belitkan fakta untuk manafaat politik semata- mata.

Namun, Muhyiddin bagai terlupa kenyataanya itu juga bersifat perkauman yang boleh menyuburkan tunas ketidakselesaan kaum lain dinegara ini.

"Itu bukan sahaja bersifat perkauman tetapi bersifat fitnah. Pengkhianat bangsa yang sebenarnya ialah beberapa kerat pemimpin- pemimpin besar yang rakus yang korup yang benarkan kekayaan negara negara dirompak begitu terangan- terangan, yang benarkan kroni- kroni mereka kaya dan benarkan korupsi yang besar misalnya RM 500 juta dalam pembelian kapal selam dan pembelian kapal perang sukoi," katanya.

"Pengkhianat yang paling besar sekarang ini ialah yang melakukan rasuah besar- besar. Orang politik yang kononnya mahu menolong kaum melayu tetapi hanya mengkayakan segelintir kroni- kroninya," Syed Hussin menambah.

Dr Syed Husin, yang berkecimpung dalam dunia politik berkata akhbar 70 tahun itu kini sudah berubah dan tidak lagi mendokong aspirasi bangsa Melayu negara ini.

Walaupun masyarakat Melayu beramai-ramai menyokong Pakatan Rakyat, namun Utusan terus-menerus memusuhi majoriti ini.

"Sebenarnya utusan dulu dengan sekarang tak usah dibanding. Utusan dulu merupakan wadah untuk memperjuangkan pertama sekali kemerdekaan, keduanya keadilan sosial dan yang ketiganya kebajikan untuk rakyat. Sekarang ini semua itu habis dilempar kedalam laut. Kerana Utusan sekarang ini sudah menjadi alat dan badan suruhan kepada UMNO tetapi bukan seluruh UMNO, sebab bukan semua jahat. Sebaliknya menjadi alat kepada mereka yang berkuasa yang rakus membolot kekayaan negara ini," kata Syed.

"Utusan menjadi pejuang untuk rakyat dan menjadi saluran terutama sekali untuk perkembangan kebudayaan, bahasa, sastera tapi sekarang ini peranannya sudah hampir tak ada lagi selepas mogok Utusan dan seterusnya diambil alih oleh UMNO. Dan sekarang ini bertambah buruk sebab dia tidak segan dan tidak silu jalankan dasar mengeluarkan tulisan- tulisan yang sebenarnya tidak ada nilai dari segi kewartawanan dan tidak ada nilai dari segi etika," katanya lagi.

Pada 15 April lalu Utusan menyeru agar bangsa Melayu bersatu untuk ‘berhadapan dengan bangsa lain”. Pengamal politik mempertikaikan apakah rasional Utusan mengeluarkan berita yang tebal sentimen perkaumannya.

Sebagai lidah berpengaruh di Negara ini, Utusan sepatutnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Tetapi apa yang mendukacitakan ialah dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, akhbar masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan.

"Utusan sekarang ini gunakan perkauman untuk dapatkan sokongan orang melayu supaya mereka dapat jalankan segala kerakusan dan merugikan rakyat," sinis Syed Hussin lagi.

Bernada sinis, Syed Hussin yang juga naib presiden parti keadilan rakyat itu berpendapat akhbar ini sudah tidak ada tempat di hati masyarakat malaysia.

“Tak tahulah nak sedih ke nak ketawa nak keciwa, dia bercampur- campur. Akhbar seperti ini sepatutnya tidak diberikan peluang lagi untuk berperanan,” ujarnya.


Pakatan condemns racist Utusan article, calls it seditious
By Debra Chong

PETALING JAYA, Aug 4 — Pakatan Rakyat (PR) leaders scoffed at an opinion piece published in Umno-owned Utusan Malaysia today accusing the multi-racial three-party opposition bloc of deliberately working to undermine the special rights and privileges of the Malays.

“I think it's an article which shows the severe desperation of Umno apologists,” PAS central committee member Dr Hatta Ramli told The Malaysian Insider in an immediate reaction to the scare-mongering piece written by Noor Azam.

“I don't think Malays will be influenced by such racist articles which are intended to split the unity of the Malaysian people,” he added.

The Kuala Krai MP noted that the public was well-aware of the duplicity of the Barisan Nasional (BN) leadership which had failed to create unity among the different ethnic and religious groups.

“The three main parties in BN are trying to create opportunities for their own leadership, not create a prosperous Malaysia for all Malaysians. That's why the people are angry at them,” he said.

He sighed when asked to comment on Noor Azam's declaration turning public institutions such as the courts, the police and the military into Malay institutions.

It seemed a familiar and frequently-asked question he had faced before.

“That's the whole problem. It's as if they are all Malay racial institutions when they are actually Malaysian institutions upheld by everyone,” Dr Hatta said.

He added that even if the institutions were presently staffed more by the Malays than Chinese or Indian, it is “all preferential; these people want to be there.”

“It is unwise and it is dangerous to classify the institutions as Malay. Any criticism to these institutions will then be taken as a challenge to the Malay position, which is a lop-sided view and may have been the wrong strategy used in the past to get bigger support,” he said.

Dr Hatta assured the Malay community that all their rights and privileges would be protected under PR leadership, a point which his fellow PR national lawmaker from the Chinese-dominated DAP highlighted, referring to the Utusan journalist's claims that the Malays had lost their special position in three states governed by PR after their landslide win in the March 8 general election last year.

DAP's Tony Pua claimed that Penang Malays had benefitted the most out of all the three main races after Lim Guan Eng's administration ran a programme to give families hit by hardcore poverty a monthly allowance.

“We're the first state to increase kafa allowances for religious teachers,” he said. Pua is also the Penang chief minister's investment officer based in the Klang Valley.

“This shows that it does not take a Malay government to benefit Malays,” he added.

The DAP publicity secretary objected to the Utusan commentary painting his party as an evil Chinese organisation puppeteering its Malay partners in order to reach its own political gains, including top government posts.

“If Pakatan comes to power, the chief posts may be given to non-Malays. But such posts are not the monopoly of any one race, not in our Constitution,” he said.

Pua added that the DAP was not “challenging” the special rights of the Malays, and especially not the royal institution.

In his view, the Attorney General should review the “racist and more important than that, seditious”article, which Pua feels really threatens the security of the country.

“In this case, there should be no selective prosecution,” he concluded.

Malaysian Insider


Era Najib Altantuya : Kesan Keganasan FRU Kepada Kanak-Kanak

Tindakan Unit Simpanan Persekutuan yang menembak gas pemedih mata secara rambang telah mengakibatkan ramai mengalami sesak-nafas, bahkan trauma dengan keganasan polis dalam Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu.

Bagi orang dewasa sendiri bahana terkena gas pemedih mata begitu sukar untuk dilupakan apatah lagi jika mangsanya ialah kanak-kanak. Mereka bukan hanya menerima kecederaan fizikal malah kecederaan emosi yang memakan masa untuk disembuhkan.

Rodziah Ismail, Naib Presiden PEKAWANIS berkata, pihak polis perlu lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas.

"Sepatutnya mereka menjaga keselamatan tetapi polis menghalakan tembakan itu rambang dan lebih kepada orang awam yang tidak terlibat. Ini membabitkan trauma kepada anak-anak yang tidak tahu apa-apa. dan kita kena tengok kesan psikologi kepada anak-anak, dalam tempoh trauma ini, benda ini akan berulang kepada emosi mereka. dan ini akan mengambil masa untuk mereka settle down".

Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyelar keras tindakan polis pada kejadian 1 Ogos lalu.

Malah apa yang lebih teruk kata Rodziah Ismail, trauma ini mungkin berkekalan kepada kanak-kanak yang terlibat secara tidak langsung dalam operasi besar-besaran polis menghalang perarakan aman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Istana Negara.

"Penderaan ini bukan hanya kepada fizikal tetapi penderaan emosi dan memberi tekanan. contoh kalau dia orang bakar sampah, mungkin dia teringat asap itu. Asap yang dia pernah hadapi semasa perhimpunan sewaktu beliau melalui kawasan yang polis telah tembak waktu itu, yang ini yang kita rasakan unfair ini dalam konteks kita menyatakan kanak-kanak ini perlu dilindungi, kanak-kanak ini ada akta yang menjaga keselamatan mereka, tetapi kita juga yang melanggar. Jadi, double standard dari sudut sistem. kita buat sistem, kita langgar sistem itu. kita buat akta, kita ignore akta itu".

Dalam nada sinis, beliau menyuarakan kebimbangannya tentang keselamatan rakyat di negara ini terutamanya keselamatan kanak-kanak dan wanita yang tidak diambil berat oleh pihak yang sepatutnya menjaga keamanan negara.

Beliau menambah tindakan polis pada 1 Ogos itu merupakan serangan paling ganas dilakukan oleh agensi kerajaan itu dalam menangani satu perhimpunan aman.

75 das tembakan gas pemedih mata ditembak tanpa mempedulikan keselamatan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut serta orang awam.

"Perhimpunan secara aman itu boleh dibenarkan. tetapi apa yang berlaku pada 1 ogos yang lepas, kita berkumpul beramai-ramai tanpa membawa apa-apa senjata, hasrat kita untuk kita nyatakan, kita nak berikan satu memorandum kepada agong untuk menyatakan beberapa perkara bukan hanya isa, tetapi kematian Teoh Beng Hock dan sebagainya, tentang keselamatan tetapi kita tidak dibenarkan. malah pihak polis yang sepatutnya menjaga dan mengawal, saya ulang menjaga danmengawal perhimpunan itu supaya tidak berlaku sebarang telah dibuat provokasi". - TVAntara



Era Najib Altantuya : Kezaliman Polis Terus Dikecam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyelar tindakan polis yang melanggar hak asasi manusia kerana menjalankan tugas secara membabi-buta sedangkan tindakan yang relevan boleh diambil sebelum ibu negara menjadi tunggang-langgang pada 1 Ogos lalu.

Itu jawapan yang diberikan SUHAKAM apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan yang bertindak kasar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Polis mendakwa perhimpunan itu mengancam keselamatan negara lantas bertindak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap perhimpunan itu.

Datuk Dr Denison Jayasooria (gambar), Pesuruhjaya SUHAKAM berkata, ada cara yang lebih tepat bagi menangani keganasan 1 Ogos dari berlaku.

"Kalau kita berhentikan mereka dengan menggunakan air dan gas dan sebagainya, maka itu akan menimbulkan suasana yang kelam kabut dan akan memberikan impak yang negatif di persada dunia kerana aktiviti yang berlaku pada hari itu disaksikan di dalam berita dunia kerana ia keluar di internet, News Media Global. Maka, kita kena beri sedikit laluan kepada kebebasan supaya rakyat termasuk pembangkang atau masyarakat madani atau sivil society, boleh menyuarakan hak mereka dan ia boleh berlangsung dengan aman"

SUHAKAM mengulangi pendirian suruhanjaya itu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan politik harus diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka selaras dengan jaminan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.

Pesuruhjaya Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi JUGA berkata, hak rakyat untuk berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman termaktub dalam perlembagaan di negara ini dan hak tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.

"Ini adalah kebebasan yang polis dan kerajaan perlu hormati tetapi di mana-mana situasi di mana kumpulan yang membuat demontrasi tidak memberi kesan seperti keganasan, jika memberi keganasan, maka itu tidak digalakkan dan tidak boleh dibuat. Dari perspektif hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, perhimpunan adalah cara yang digunakan di seluh negara kecuali ada keganasan seperti berlaku pembakaran bas dan sebagainya. Itu tidak boleh digalakkan. Apa yang kita lihat di negara kita, di mana permit perlu diambil yang terletak dalam akta polis dan sebagainya. Permit perlu diambil sebelum mengadakan apa-apa perhimpunan dan di sini saya nak nasihatkan kepada pegawai-pegawai polis supaya memberi sedikit laluan kepada perhimpunan aman di dewan, di stadium atau di mana-mana supaya polis boleh mengawal,trafik dan sebagainya"

Malah merujuk kepada apa yang berlaku pada 1 Ogos lalu, Denison berkata, telah berlaku keganasan yang dicetuskan oleh polis dan FRU sendiri dan bukannya dari mereka yang berhimpun.

Lantaran itu, ia jelas menyangkal kenyataan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa, perhimpunan yang berlangsung di tiga tempat di ibu negara pada 1 Ogos lalu iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara untuk menghantar memorandum kepada yang DiPertuan Agong sebagai perbuatan yang mencabuli lima hak warganegara yang digariskan oleh perlembagaan oleh Gerakan Mansuhkan ISA terbabit.

Mereka tidak melakukan sebarang keganasan, mereka tidak bersenjata tetapi kehadiran mereka disambut dengan ledakan gas pemedih mata, air yang bercampur kimia dan tangkapan secara rawak yang tidak mengenal siapa mangsanya termasuk ADUN, kanak-kanak dan peguam yang sedang menjalankan khidmat sosial.
-TVA


Era Najib Altantuya : Khairul Azam Bukan Ahli PAS

PAS akan menyemak benar atau tidak satu-satunya orang yang berjaya menghantar memo kepada Istana Negara pada 1 Ogos baru-baru ini adalah ahlinya dan menghantar memo pro-ISA.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak mengenali orang yang bernama Mohd Khairul Azam Abd Aziz itu tetapi akan menyemaknya.

Akhbar The Star hari ini melaporkan dakwaan Khairul (gambar) bahawa dia berjaya menghantar memo pro-ISA ke Istana Negara.

Namun, memo itu hanya diletakkan di pintu pagar istana kerana tidak ada orang yang menerimanya.

Mohd Khairul, mendakwa dia Magaran (Majlis Gabungan NGO Pembela Negara) dan pro kepada ISA berbanding dengan PAS yang anti-ISA.

Sementara itu, siasatan Siasah kepada Pejabat Agung PAS tidak menemui sebarang ahli PAS yang bernama Mohd Khairul Azam Abdul Aziz itu.

Bagaimnanapun semakan lanjut akan dibuat oleh mereka.-siasah



Penasihat Undang-Undang MAGARAN = BUKAN Ahli Pas

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ, iaitu Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sebelum ini membuat kenyataan bahawa beliau adalah AHLI PAS di Kawasan Sungai Ramal, Kajang, SEBENARNYA BUKAN AHLI PAS yang berdaftar.

Semakan telah dibuat kepada Pejabat Agung PAS melalui Sekretariat Jom Join PAS dan perkara itu telah disahkan secara rasmi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang juga ingin mengesahkan bahawa TIDAK TERDAPAT Kawasan sebagaimana yang diadu oleh beliau wujud. Yang wujud HANYALAH Cawangan Sungai Ramal iaitu salah satu cawangan di bawah Kawasan Serdang dan bukannya Kawasan Sungai Ramal.

Ketika masih menjadi mahasiswa di kampus UKM, beliau pernah memegang jawatan TERTINGGI di dalam pertubuhan haram TINDAKAN SISWA BERSATU (TSB), iaitu sebagai Presidennya. Suatu FAKTA yang menarik adalah, ketika beliau menjadi Presiden, TSB telah KALAH di KESEMUA 51 kerusi yang dipertandingkan. Majlis Perwakilan Pelajar UKM ketika itu telah dikuasai oleh ISLAM PENYELAMAT UMMAH (Kumpulan Pro Mahasiswa) yang bermottokan Mahasiswa MAMPU Memimpin.

Semenjak daripada itu, TSB tidak lagi dikenali sebagai "Parti" Tindakan Siswa Bersatu TETAPI dicatat di dalam lipatan sejarah sebagai TAHUN SAPU BERSIH atau TERSUNGKUR SEPERTI BUZER @ BUZZE (Buzer @ Buzze adalah "Nickname" Khairul Azam di UKM).

PAS KAWASAN SERDANG


Era Najib Altantuya : Upah Untuk Berdemo? Hanya Ada Pada UMNO BN!

Cemburunya UMNO terhadap Pakatan Rakyat yang dapat menghimpunkan rakyat sehingga mencecah 100,000 orang di perhimpunan Anti-ISA sekalipun telah diugut, dihalang dan dihalau, menyebabkan UMNO melamparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap parti-parti PR.

Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan peserta-peserta demo diupah.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyatakan peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga" - sebagai jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan itu.

"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," tambah Ustaz Idris.

"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."

Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:

"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Siasat pemberi upah

Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun petang Sabtu walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, edisi web Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu dengan upah.

"Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," Najib dipetik berkata.



Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin Rais Yatim fikir di belakang penganjur demo ialah taukeh judi dan perasuah politik. Untuk pengetahuan Rais Yatim, peserta demo ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri. Walaupun kami miskin harta tetapi kami kaya semangat. Kami bukan rakyat yang lidah bercabang, tidak mempunyai pendirian politik. Kami tidak pernah membakar jambatan sebagai ikrar tidak akan kembali kepada umno. Kami pejuang tulin, kezaliman akan kami lawan tanpa diupah. Kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga.

Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA. Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.

Kita tahu bahawa Rais Yatim menuduh mereka yang datang ke perhimpunan aman menentang ISA mendapat upah kerana bimbang kuasa bn akan jatuh tidak berapa lama lagi. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang. Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM





Era Najib Altantuya : PAS Ucapkan Syabas Kepada GMI

Sabtu lalu telah menyaksikan kejayaan penganjuran himpunan mansuhkan ISA di ibu kota Kuala Lumpur yang dihadiri paling kurang oleh 20,000 demonstran, mengikut perangkaan rasmi. Perhimpunan ini adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan sokongan berpuluh pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik.

PAS melalui sayap pemudanya, sebagai sebuah organisasi yang berafiliasi dengan GMI telah menghantar lebih kurang 1,000 tentera merahnya (Unit Amal) sebagai tanda sokongan. Bahkan penyertaan Dewan Pemuda PAS dalam perhimpunan tersebut diketuai sendiri oleh ketuanya iaitu Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Nasrudin dalam perutusan tahniahnya kepada GMI turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga yang terlibat, termasuklah pimpinan Pakatan Rakyat, pemimpin pemuda Pakatan Rakyat dan rakyat prihatin yang turut sama menjayakan perhimpunan bersejarah itu.

Sepatah komentar Nasrudin, perhimpunan tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Jika dikutip para demonstran yang berterabur di pelbagai lokasi kerana gagal mendekati Istana Negara, maka jumlah tidak rasminya boleh sahaja mendekati angka sasaran, 100,000 orang!

Tegas Nasrudin lagi, rakyat telah menyatakan sikap mereka terhadap perlaksanaan ISA, yang diterima sebagai sebuah akta yang zalim dan kejam, rakyat mahu ia dimansuhkan. Pemerintah yang didokong oleh Umno dan BN mesti akur dengan kehendak rakyat ini, jika tidak, Nasrudin memberi amaran, Umno mesti berundur atau tunggulah Umno akan dimansuhkan oleh rakyat.

Namun apa yang berlaku pada Sabtu lalu jelas tidak menunjukkan kepedulian kerajaan pimpinan Umno dan BN ini, lebih 500 demonstran ditangkap, termasuk beberapa orang dari kalangan pimpinan GMI dan parti politik.

Nasrudin menyifatkan ini satu rekod dan juga satu kejayaan manis, biarpun beliau sendiri sampai termuntah dan jatuh berguling akibat penangan semburan air berasid dari water cannon FRU yang tepat menyinggahi mukanya. Apa yang terbit dari bibirnya akibat insiden ini cumalah “jahanam Umno.”

Walaupun perhimpunan tersebut dihalang dengan cukup ketat oleh pihak polis sehingga menggagalkan usaha untuk sampai ke Istana Negara, tetapi dalam masa kumpulan demonstran terperangkap di sisi pusat beli-belah Sogo, deklarasi GMI sempat dibacakan oleh pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh. -MI


Era Najib Altantuya : BN Akan Kalah Teruk Dalam PRU 13 Jika Polis Teruskan Hasrat tangkap pemimpin PR

BN akan mengalamai kekalahan teruk di dalam pilihanraya akan datang jika pihak polis ingin meneruskan hasrat mereka mengungut dan menahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai perhimpunan Anti-ISA Sabtu lalu.

Pihak polis telah dilihat cuba mengalihkan perhatian isu kezaliman mereka di dalam meleraikan perhimpunan tersebut yang telah dikecam hebat oleh beberapa pertubuhan NGO dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur ugutan terhadap pemimpin-pemimpin pakatan Rakyat yang dituduh mereka sebagai dalang kepada perhimpunan Anti-ISA yang telah disertai oleh ribuan rakyat di ibu kota.

Di dalam satu perkembangan terbaru, polis dikatakan akan meneruskan siasatan untuk mencari mereka yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam demonstrasi berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mendakwa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan itu tanpa perlu memanggil mereka memberi keterangan.

"Kita akan teruskan siasatan dan mendakwa mereka yang menjadi dalang (demonstrasi) termasuk pemimpin-pemimpin secepat mungkin.

"Kita akan tuduh mereka yang didapati bersalah menghadiri demonstrasi itu.

"Kita tidak payah panggil, kita boleh tuduh sahaja," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila 11 individu termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi itu akan dipanggil memberi keterangan.

Antara 11 yang dikenal pasti polis menghasut demonstrasi itu termasuk Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Polis telah menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.

Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu. SIvarasa walaubagaimana pun mendakwa penahanannya sebagai satu komplot untuk menekan dan menyeksanya kerana beliau adalah salah seorang peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kes liwat2.

Era Najib Altantuya : Operasi Meroboh Kg Buah Pala Ditangguh Lagi

Operasi untuk merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala yang asalnya dijadual hari ini sekali lagi ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaru kes tersebut.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, yang mengumumkan perkara itu, berkata kerajaan negeri telah mengaturkan satu perbincangan antara penduduk kampung dan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk pada pukul 7.30 malam ini di Komtar bagi membincangkan satu draf penyelesaian yang sedang dirangka," kata P Ramasamy selepas menemui penduduk Kampung Buah Pala hari ini, lapor Bernama.

Pada pertemuan pagi tadi, penduduk kampung itu membidas Ramasamy kerana kegagalan kerajaan negeri bertindak pantas menyelesaikan masalah berkenaan.

Sejak 6 pagi tadi, seramai 200 orang yang memakai kemeja T berkumpul di kampung itu untuk memberi sokongan kepada penduduk di situ, dan ada yang duduk di tengah jalan utama menghala ke kampung itu bagi menghalang kerja meroboh itu.

Turut kelihatan di kampung itu ialah anggota polis dan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C Tharmaraj, berkata penduduk kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang asyik menangguhkan keputusan berhubung jalan penyelesaian kawasan berkenaan.

Isu Kg. Buah Pala yang berlarutan semenjak kerajaan BN memerintah Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penduduk-penduduk terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada pemilik tanah itu, Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja pembangunan.

Dan sejak itu penduduk Kg. Buah pala menyalahkan pula kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Lim Guan Eng kerana menurut mereka gagal menggunakan kuasanya untuk membantu kemelut tersebut untuk diselesaikan.



Era Najib Altantuya : 60 Berlepas Ke Pelantar Minyak

Ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak Kelantan bermula pagi ini dengan disertai oleh 60 peserta. Mereka dilepaskan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan diketuai oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Sebelum berlepas, Husam memberikan taklimat kepada para peserta yang terdiri dari Adun, Anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wartawan dan blogger di samping juruukur profesional yang dilantik oleh kerajaan negeri. Turut serta adalah wartawan The Malaysian Insider.

Mereka bertujuan untuk mengesahkan kedudukan pelantar minyak itu adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan dengan itu kerajaan negeri berhak mendapat royalti minyak lima peratus dari Petronas.

Sasaran mereka adalah pelantar Cakerawala yang dijangka akan mereka temui selepas 8-10 jam berlayar dengan kapal nelayan laut dalam. Mereka menggunakan tiga buah kapal dan bertolak jam 10 pagi tadi. Satu berlepas dari Tok Bali manakala dua lagi berlepas dari Pengkalan Kubur.

“Ini adalah misi moral dan menuntut moral Umno agar menunaikan hak rakyat Kelantan,” kata Husam dalam taklimatnya.

Tuntutan hak royalti minyak untuk Kelantan menjadi isu utama menjelang pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut RM1 bilion royalti dari Petronas.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dalam suratnya kepada Nik Aziz bersetuju dengan tuntutan itu dan menyifatkan ianya sebagai hak kerajaan negeri Kelantan. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga menyokong tuntutan Kelantan itu. Katanya, Tengku Razaleigh sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.

Ketika melawat Kelantan 1 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tuntutan ini sedang dikaji oleh kerajaan pusat. -MI

Era Najib Altantuya : Polis Cuba Tutup Kezaliman Dengan Hendak Mendakwa Pimpinan PR

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan sementara itu berkata majlis itu menyelar tindakan kerajaan yang menggunakan kuasa secara keterlaluan dalam menyekat hak orang ramai dalam mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pandangan mereka dalam perhimpunan membantah ISA itu.

"Kami juga menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan desakan bagi dilakukan pembaharuan daripada segi undang-undang dan hak asasi manusia, termasuk hak semua individu untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya dalam kenyataan.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Panglima Simon Sipaun dalam kenyataannya menegaskan bahawa rakyat berhak menyertai perhimpunan secara aman.

Beliau mencadangkan dalam keadaan apabila polis perlu untuk mengawal dan menyuraikan orang ramai, kaedah sesuai dan tidak ganas patut dilaksanakan.

Sementara itu, polis akan mengkaji cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan perhimpunan aman di stadium bagi mengelakkan perhimpunan di jalanan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Katanya, polis menyambut baik cadangan Perdana Menteri itu namun setiap permohonan untuk membuat perhimpunan perlu dikaji sebelum kelulusan diberikan.

"Saya rasa itu cadangan yang baik bagi menjaga keamanan serta ketenteraman awam dan memastikan kejadian (perhimpunan haram barubaru ini) tidak berulang lagi. Kita akan mempertimbangkan permohonan seumpama itu terlebih dahulu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, Najib berkata kerajaan bersedia menyediakan tempat yang sesuai kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman seperti di stadium untuk mengelak daripada menganggu ketenteraman awam.

Ismail berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dalang dan penganjur perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua hari lepas, sebaik sahaja mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. "Kita kena siasat dahulu. Semuanya bergantung pada laporan siasatan. Sekiranya cukup bukti dan keterangan, kita tidak teragak-agak untuk mendakwa penganjur yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengambil langkah-langkah tertentu seandai polis mengambil tindakan mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu perhimpunan Anti-Isa yang berlansung Sabtu lalu.

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu bahawa kezaliman dan keganasan yang cuba ditutup dengan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat adalah perbuatan yang idak wajar dan perlu ditentang oleh semua pihak.

Parti Gerakan pula menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk membenarkan perhimpunan aman di stadium dan berkata adalah lebih baik perhimpunan diadakan di tempat tertutup bagi memastikan ia lebih aman dan memudahkan polis mengawal keadaan.

Naib Presidennya Datuk Mah Siew Keong dalam kenyataan berkata mana-mana perhimpunan perlu memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu membenarkan peserta menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan di pihak kerajaan untuk memahami isu di depan mereka.

Parti gerakan telah menyuarakan sokongannya kepada Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun tidak turut serta di dalam Perhimpunan yang diadakan baru-baru ini.


SUHAKAM : Hormati hak untuk BERHIMPUN

THE Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) regrets to note that in the process of dispersing the 15,000-strong crowd marching in protest of the Internal Security Act (ISA) in Kuala Lumpur on 1 Aug 2009, the police used tear gas and water [cannons] excessively, which also affected bystanders.

The day of the public assembly ended with the police reportedly arresting [nearly] 600 people and 44 juveniles aged between 13 and 17 years old at different locations in the city.

In this regard, Suhakam strongly maintains its stand that the people have the right to participate in peaceful assemblies. Suhakam has consistently urged the government to consider and take into account the recommendations made by the commission on freedom of assembly, as enunciated in the reports of the Kesas Highway and KLCC Bloody Sunday Public Inquiries.

It is therefore recommended that in the event where police find it necessary to control or disperse a crowd, proportionate and non-violent methods should be invoked.

In addition, it is also Suhakam's grave concern that the children who were arrested during the rally were handcuffed, detained and held under remand together with the rest of the adult protesters.

Suhakam would like to draw the government's attention to its obligations to observe and protect the rights of children as stipulated under the Child Act 2001 and the Convention on the Rights of the Child.

Consequently, in view of the situation that took place last weekend, Suhakam urges the government to seriously consider Suhakam's recommendation made since 2003 to repeal the ISA due to its nature of detention without trial, which is clearly an infringement of the principles of human rights.

Suhakam would like to reiterate its stance that the ISA should be repealed and replaced by a new comprehensive legislation that balances national security and human rights, [such as] a specific Anti-Terrorism Act to deal with anti-terrorism and mass acts of violence.

Tan Sri Simon Sipaun
Vice-Chairperson
Suhakam



Era Najib Altantuya : Bapa Altantuya Akan Ke Permatang Pasir

KKenyataan Anwar Ibrahim mengenai ada permintaan untuk KEADILAN letak calon di Permatang Pasir disambut gempita oleh media milik regim Bn. Umpama orang kelemasan yang akan capai apa saja isu untuk dimanipulasi.

Anwar berkata benar ...ada permintaan.... apa salahnya ? Dalam Pakatan Rakyat kita bebas menyatakan pendapat, namun ia bakal diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Umno sekali lagi tidak selesa medan yang dipilih Allah untuk berlaku pertarungan bukan medan selesa bagi Umno. Namun kepada Pakatan Rakyat juga jangan cepat selesa.

Walaupun Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh bukan anak Pulau Pinang kerana krisis dalaman dan kekurangan tokoh tempatan tetap bersikap bongkak dan sombong. Datuk Zahid Hamidi selaku pengerusi Umno P.Pinang mengatakan keyakinan akan menang di Permatang Pasir.

Di peringkat Bahagian Umno lebih realistik. Ketua Bahagian Datuk Jalil yang menyedari hakikat hampir mustahil untuk Umno menang telah umum tidak akan bertanding, sebaliknya Pemuda telah mencadangkan Ketua Pemuda Umno P.Pauh, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon BN. Bagi Pakatan Rakyat yang kemungkinan besar akan menurunkan calon dari PAS akan berdepan dengan siapa sahaja yang diturunkan Bn, tetapi kalau Zaidi menjadi calon ia amat dialukan kerana mengikut 'bisik-bisik' anak tempatan punya banyak perkara tidak selesai denganya.

Zahid menyatakan isu pembangunan fizikal mungkin bukan isu utama sebaliknya tumpuan akan diberikan kepada isu spiritual. Apa pun isu Ahmad Zahid harus menjawab isu pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel yang jelas mengkhianati umat Islam dunia dan rakyat pro kebebasan seluruh dunia, kedengaran juga cerita Amir Bazli mangsa jenayah Ahmad Zahid Hamidi juga akan muncul ketika kempen Pilihanraya nanti.

Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok juga sedang mengusahakan 'lawatan khas' bapa dan keluarga Altantuya ke kawasan pilihanraya itu nanti ketika kehangatan kempen. -chegubard

Era Najib Altantuya : Himpunan Lebih Besar Akan Diadakan

Pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang berbeza pendapat mengenai kenyataan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan bersedia untuk mengadakan venue khas bagi membolehkan penunjuk perasaan menyuarakan pandangan tanpa mengadakan demonstrasi jalanan, lapor MSTAR.

Ketika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkannya sebagai perkembangan positif, pembangkang pula mahu Perdana Menteri mengotakan janji beliau.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menganggap kesediaan kerajaan menyediakan tempat untuk pembangkang mengadakan perhimpunan jelas memperlihatkan ia tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat.

"Sejak dari awal lagi kerajaan memang bersikap terbuka kepada semua pihak tidak kira mereka daripada parti politik pembangkang atau pun sebaliknya.

"Apa sahaja yang kerajaan buat tak pernah mereka (Pakatan Rakyat) sokong, mereka hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan sahaja," katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pada masa yang sama berharap pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan memanipulasikan isu berkenaan.

"Kita (Puteri) sentiasa menyokong usaha positif seperti ini," katanya.

Kelmarin, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perhimpunan anti-ISA di ibu negara, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan selain disertai kira-kira 20,000 orang mendesak kerajaan agar menghapuskan ISA.

KOMEN PEMIMPIN PAKATAN

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan pandangan berbeza dalam isu tersebut.

"Saya minta Perdana Menteri (Najib) kotakan apa yang dikata. Beliau (Najib ) dah lepas cakap dan berjanji sedemikian (sediakan stadium)," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pakatan akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada yang diadakan Sabtu lalu.

"Kita (Pakatan) akan adakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini, kita harap dia (Najib) akan laksanakan apa yang dijanjikannya.

"Kita akan mohon untuk adakan perhimpunan di Bukit Jalil. Kita harap Perdana Menteri akan bagi kelulusan. Jangan beliau (Najib) beri alasan pula ketika itu," katanya.


Ketika ditanya bila perhimpunan terbaru itu akan diadakan, Mahfuz berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

"Kita akan bincangkan mengenainya. Namun sekarang bukan masa yang sesuai untuk adakan perhimpunan kerana kita sudah hampir ke bulan Ramadan dan kita juga akan hadapi pilihan raya kecil (Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) tidak lama lagi.

"Mungkin selepas semua perkara itu selesaikan kita akan adakan perhimpunan itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kerajaan sepatutnya bersikap adil kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

"Mereka (kerajaan) perlu bersikap adil. Kalau perhimpunan itu diadakan secara aman, kerajaan kena bagi ruang mereka berhimpun, jangan disekat dan mereka (kerajaan) perlu beri kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berpendapat isu kerajaan menyediakan tempat untuk mengadakan perhimpunan tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan tidak boleh mencampuradukkan urusan kerajaan dengan politik.

"Kita tak perlu kerajaan sediakan tempat untuk kita adakan perhimpunan. Mereka (kerajaan) tidak harus campur tangan dalam isu ini.

"Bagi saya apa yang perlu dilakukan ialah pihak polis meluluskan permit yang kita mohon selepas itu mereka (polis) perlu jaga lalu lintas dan keselamatan... itu sudah cukup.

"Polis juga harus bersikap profesional dan tidak boleh mengikut pendirian yang melibatkan kepentingan parti politik tertentu," katanya.


Era Najib Altantuya : Muhyiddin Dan Utusan Disaman RM100juta Jika Gagal Minta Maaf Drp Anwar (Updated)

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin".

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.

Katanya sekiranya kedua-dua pihak gagal memenuhi tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, saman ganti rugi berjumlah RM100 juta akan difailkan terhadap mereka.

“Ia telah diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO. Sebab telah pun dicetak, surat ini juga ditujukan kepada Utusan Melayu berdasarkan satu artikel bertajuk Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.

“Anak guam kami menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Klien saya mengatakan bahawa dengan terbitnya artikel ini ianya berniat jahat terhadap beliau,” katanya.

Menurutnya artikel berkenaan yang diterbitkan hari ini menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.

Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.

“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah menghantar satu permohonan semakan kehakiman terhadap kes pertuduhan liwat Anwar.

“Bersama-sama ini, pada jam 2.40 petang kami telah memfailkan satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi. Ini adalah terhadap satu kenyataan oleh pihak pendakwa yang mereka katakan mereka tiada apa-apa dokumen yang berpihak kepada kes Datuk Seri Anwar. Ini adalah permohonan untuk semakan kahakiman,” katanya.

Berita kami yang berkaitan:

Muhyiddin Pengkhianat Melayu Yang Sebenar



Era Najib Altantuya : Speaker P.Pinang Umum Kekosongan DUN Permatang Pasir Secara Rasmi

YB Abdul Halim Hussein, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009 dan beliau juga telah menyerahkan surat kepada SPR pada jam 2.25petang tadi untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada parti PAS meninggal dunia akibat sakit jantung pada 31 Julai 2009, yang akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Ujar beliau, SPR akan menentukan tarikh pilihan raya kecil dan seterusnya mengumumkan tarikh tersebut.

Dalam sidang media berkenaan juga, beliau turut mengumumkan sidang Dewan Undangan Negeri kali kedua untuk penggal kedua iaitu pada 10 Ogos dan 11 Ogos ini.

Beliau yang enggan memberitahu dengan lebih terperinci hanya berkata bahawa ada undang-undang dan usul akan dibentangkan dan terdapat 58 soalan lisan dan 382 soalan bertulis.

Sidang DUN hanya dijangka akan berlangsung selama 2 hari dan jikalau perlu, masa akan dipanjangkan atau dilanjutkan kepada hari yang akan dimumkan kelak. Sidang DUN akan berjalan seperti biasa iaitu dari jam 9.30pagi sehingga 5petang. -TVAntara


Era Najib Altantuya : Penahanan Sivarasa Satu Komplot Jahat

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa berkata penahanan ke atas beliau mungkin ada kaitan dengan komplot politik memandangkan beliau adalah salah seorang peguam kes sodomi 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemui oleh TV Antara di lobi Mahkamah Sesyen, Jalan Duta berkata beliau yang sepatutnya telah dibebaskan telah ditahan semula atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Tindakan macam ini seperti cuba seksa saya kerana tahu saya adalah salah seorang peguam Datuk Seri. Sebelum ini peguam YB Muzahib ditangkap tapi sudah dibebaskan begitu juga dengan saya. Tapi apakan daya, selepas itu saya ditangkap semula atas arahan khusus dari Bukit Aman. jelas menunjukkan bahawa ini keputusan politik.

“Saya lihat memang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Saya ditahan atas alasan tidak berguna dari segi undang-undang iaitu belum siasat lagi.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula pada 2 September depan. Antara peguam yang mewakili Anwar dalam kes berkenaan adalah Amir Hamzah Arshad, Sankara Nair dan Latefa Koya.

Sivarasa dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta hari ini selepas ditahan reman terlibat dalam perhimpunan membantah anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun perlu melaporkan diri semula di Mahkamah yang sama pada 17 Ogos depan.

Sivarasa yang ditemui wartawan selepas itu, melahirkan rasa kecewa dengan layanan pihak polis terhadapnya serta tahanan lain ketika dalam tahanan.

“Saya dilayan sama dengan tahanan lain, dipaksa tidur di atas kerusi kayu tanpa bantal makanan juga teruk dan tanda yang disediakan juga adalah tandas terbuka.

“Saya berpendapat, rakyat Malaysia yang ditahan perlu diberi layanan yang baik,bukan di seksa sehingga satu lokap 80 tahanan disumbat sekaligus. Ini adalah tindakan seperti menindas.

Beliau ditemani oleh PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan peguamnya Puravalen.

Sementara itu, 29 tahanan termasuk 13 tahanan bawah umur ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan yang sama Sabtu lalu,turut didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.

Enam belas daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala tiga belas yang lain didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. - TVAntara


Era Najib Altantuya : Polis Langgar Prosedur Tahan Kanak-Kanak Bawah Umur Dikesali

Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.

Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.

“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan dating ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.

“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.

Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.

Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.

“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.

“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA


Era Najib Altantuya : Khir Toyo Luluskan Banyak Projek Gajah Putih

Projek gajah putih…
Itulah kenyataan yang didakwa Adun Sekinchan, Ng Suee Lim terhadap projek-projek pembinaan di Selangor, semasa pemerintahan bekas menteri besar, Khir Toyo.

Katanya, kebanyakan projek yang diluluskan oleh Khir Toyo merupakan satu pembaziran dan tidak mendatangkan pulangan positif kepada kerajaan negeri, malah merugikan.

“Dalam tempoh pentadbiran beliau dalam lapan tahun, terlalu banyak projek gajah putih, yang paling nyata Sg Haji Dorani Marine Park, dan Jalan Cross Ban 4 Sekinchan, menuju ke Haji Dorani, 20.5 kilometer menelan belanja RM1.18 juta, sedangkan anggaran JKR pada ketika itu hanya sekitar RM50 juta sahaja, tetapi beliau belanja lebih.

“Ini satu pembaziran kerana kalau berdiri di situ, dalam lima minit hanya ada satu kereta yang lalu lalang di situ, ia satu projek gajah putih oleh Khir Toyo,” katanya.

Ng yang ditemui pemberita di luar banglo Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi, menyifatkan Khir telah menyalah guna wang rakyat untuk projek tidak bermanfaat.

Katanya lagi, begitu juga dengan projek Sungai Haji Dorani Marine Park, yang menelan belanja keseluruhan sebanyak 30 juta ringgit, berbanding angaran asal sebanyak 10 juta ringgit sahaja.

Beliau berkata, projek itu kononnya untuk mempergiatkan sosial ekonomi, namun sehingga sekarang, tiada sebarang pembangunan dan keuntungan yang diperolehi daripada projek berkenaan.

“Dalam masa 30 tahun pun tak akan pulang modal untuk buat projek Sg Hj Dorani Marine Park itu, buat apa nak buat projek yang tak datangkan untung begitu, suatu pembaziran, itu duit kerajaan negeri, membazir.

“Konon boleh mempergiatkan sosial ekonomi, tapi kita tengok sekarang langsung tak beri apa-apa impak secara langsung atau tak langsung kepada penduduk sekitar,” katanya.

Ng hari ini membawa lebih 40 penduduk Sungai Panjang dan Sekinchan untuk melihat banglo mewah Khir di Seksyen 7, Shah Alam yang didakwa bernilai 24 juta ringgit.



Era Najib Altantuya : Melawat Istana Khir Toyo (Updated)

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini membawa lebih 40 penduduk Sekinchan dan Sungai Panjang melawat banglo mewah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam.

Katanya, ia adalah permintaan penduduk tersebut untuk melihat secara lebih dekat banglo mewah milik Khir yang didakwa bernilai 24 juta ringgit ini.

“Mereka meminta untuk datang melihat sendiri dan hari ini mereka membelanjakan duit sendiri, seorang RM50, termasuk makan tengahari kerana mereka nak datang, iaitu pengundi Sungai Panjang dan Sekinchan kerana mereka nak tahu bagaimana wakil rakyat mereka itu mampu memiliki rumah anggaran berjumlah RM 24 juta dalam masa lapan tahun sahaja,” katanya.

Mereka hadir sambil membawa sepanduk bertulis Lawatan Sambil Belajar ke “Istana KT” Yang Luar Biasa dan Menakjubkan.

Ng yang ditemui pemberita di perkarangan luar rumah Khir berkata, ia sekaligus membuka mata orang ramai tentang wakil rakyat ini yang bergelar jutawan dalam masa lapan tahun menjadi menteri besar.

Selain itu, katanya sehingga ke hari ini Khir masih belum menyerahkan kunci rumah tersebut kepadanya sebagai ejen menjual banglo mewah itu.

Menurutnya, terdapat pembeli yang telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan berjumlah 24 juta ringgit itu, bagaimanapun Khir perlu memansuhkan syarat 10 peratus deposit daripada harga jualan kerana ia tidak menetapi pasaran sekarang.

“Saya sekali lagi menyeru agar Khir segera memberi kunci kepada saya dan mansuhkan syarat 10 peratus deposit bayar sebelum masuk tengok rumah kerana tak ikut pasaran.

“Sehingga sekarang kami masih pertikaikan syarat 10 peratus itu sebelum masuk rumah, telah bagi kami kononnya ada pembeli yang sudi beli dengan 24 juta.

“Saya memang sudah ada pembeli yang cukup minat, mampu dengan tawaran harga itu yang cukup tinggi, cuma nak dapatkan kunci bagi memastikan apa yang terdapat di dalam, untuk elak tersalah hitung,” katanya.

Dalam pada itu, Ng juga memaklumkan telah menerima surat saman fitnah daripada Khir yang meminta 20 juta ringgit sebagai ganti rugi menjatuhkan maruahnya sebagai wakil rakyat dan bekas Menteri Besar.

“Saya sudah terima surat saman dari Khir Toyo yang menyatakan saya memfitnah beliau dan surat itu saya sudah jawab diwakili peguam M.Manoharan, saya tiada masalah dan akan lawan habis-habisan.

“Saya terima sebab di tempat yang proper, takde masalah untuk lawan. Kenyataan beliau mengatakan saya telah merosakkan namanya sebagai wakil rakyat dan bekas menteri besar dengan saman bernilai RM20 juta, katanya.

Sementara itu, penduduk yang menyertai rombongan itu rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan pembinaan banglo mewah itu kerana hanya dalam tempoh lapan tahun sahaja menjadi menteri besar dapat memiliki kekayaan yang besar.

“Apabila melihat istana ni agak terkejut, selama ni saya rakyat Selangor tak tahu pun seorang pemimpin boleh memiliki kekayaan yang begini banyak, jadi duit rakyat tidak disalurkan dengan betul, digunakan untuk kepentingan sendiri sebegini, ia tak sesuai untuk rakyat negeri Selangor, kata seorang pengundi dari Sungai Panjang, Mohamad Haron Roslan, 43.

Manakala bagi penduduk Sekinchan, Mohd Rosli Md Isa, 31, dia terperanjat apabila melihat banglo mewah Khir dan tidak rugi menyertai rombongan ini untuk melihat dengan mata kepala sendiri, katanya sebagai wakil rakyat, Khir sepatutnya menitikberatkan rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

“Rumah ini, saya pun heranlah, mahligai macam ini besar boleh kata susah nak Nampak, hanya jadi menteri besar lapan tahun boleh kaya sampai gitu, rasa banyak pelik, sebab itu datang tengok sendiri,” kata Loo Kim Yong, 68.-TVS



Era Najib Altantuya : Muhyiddin Dan Utusan Disaman RM100juta Jika Gagal Minta Maaf Drp Anwar

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin".

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.

Katanya sekiranya kedua-dua pihak gagal memenuhi tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, saman ganti rugi berjumlah RM100 juta akan difailkan terhadap mereka.

“Ia telah diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO. Sebab telah pun dicetak, surat ini juga ditujukan kepada Utusan Melayu berdasarkan satu artikel bertajuk Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.

“Anak guam kami menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Klien saya mengatakan bahawa dengan terbitnya artikel ini ianya berniat jahat terhadap beliau,” katanya.

Menurutnya artikel berkenaan yang diterbitkan hari ini menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.

Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.

“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah menghantar satu permohonan semakan kehakiman terhadap kes pertuduhan liwat Anwar.

“Bersama-sama ini, pada jam 2.40 petang kami telah memfailkan satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi. Ini adalah terhadap satu kenyataan oleh pihak pendakwa yang mereka katakan mereka tiada apa-apa dokumen yang berpihak kepada kes Datuk Seri Anwar. Ini adalah permohonan untuk semakan kahakiman,” katanya.