3 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Penahanan Sivarasa Satu Komplot

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta hari ini selepas ditahan reman terlibat dalam perhimpunan membantah anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun perlu melaporkan diri semula di Mahkamah yang sama pada 17 Ogos depan.

Sivarasa yang ditemui wartawan selepas itu, melahirkan rasa kecewa dengan layanan pihak polis terhadapnya serta tahanan lain ketika dalam tahanan.

“Saya dilayan sama dengan tahanan lain, dipaksa tidur di atas kerusi kayu tanpa bantal makanan juga teruk dan tanda yang disediakan juga adalah tandas terbuka.

“Saya berpendapat, rakyat Malaysia yang ditahan perlu diberi layanan yang baik, bukan di seksa sehingga satu lokap 80 tahanan disumbat sekaligus. Ini adalah tindakan seperti menindas.

Beliau berkata penahanan ke atas beliau mungkin ada kaitan dengan komplot politik memandangkan beliau adalah salah seorang peguam kes sodomi 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemui oleh TV Antara di lobi Mahkamah Sesyen, Jalan Duta berkata beliau yang sepatutnya telah dibebaskan telah ditahan semula atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Tindakan macam ini seperti cuba seksa saya kerana tahu saya adalah salah seorang peguam Datuk Seri. Sebelum ini peguam YB Muzahib ditangkap tapi sudah dibebaskan begitu juga dengan saya. Tapi apakan daya, selepas itu saya ditangkap semula atas arahan khusus dari Bukit Aman. jelas menunjukkan bahawa ini keputusan politik.

“Saya lihat memang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Saya ditahan atas alasan tidak berguna dari segi undang-undang iaitu belum siasat lagi.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung semula pada 2 September depan. Antara peguam yang mewakili Anwar dalam kes berkenaan adalah Amir Hamzah Arshad, Sankara Nair dan Latefa Koya.

Beliau ditemani oleh PKR Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan peguamnya Puravalen.

Sementara itu, 29 tahanan termasuk 13 tahanan bawah umur ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan yang sama Sabtu lalu,turut didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.

Enam belas daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan manakala tiga belas yang lain didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. -TVA




Era Najib Altantuya : Isu Kg Buah Pala - Siapa Dalang Dibelakangnya?

Pegawai Daerah Timur Laut Azizi Zakaria dilihat telah melengah-lengahkan untuk menandatangani dokumen berkaitan untuk pemfailan notis permohonan di Mahkamah Tinggi bagi menghalang rumah-rumah di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor daripada dirobohkakan.

Pemerhati berpendapat tindakan Pegawai Daerah berkenaan adalah untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dijadikan sasaran penduduk Kg. Buah Pala yang tidak berganjak dengan keputusan mereka untuk tidak membenarkan rumah-rumah mereka dirobohkan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi esok bagi menghalang rumah-rumah di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor daripada dirobohkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer berkata, pihaknya sepatutnya memfailkan notis hari ini tetapi Pegawai Daerah Timur Laut Azizi Zakaria belum menandatangani dokumen berkaitan.

Sementara itu Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ng Wei Aik pula berkata, kerajaan negeri telah melantik Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Rayer untuk memfailkan permohonan itu.

Ng, yang melawat Kg. Buah Pala pagi tadi berkata, kerajaan negeri akan menyokong pendirian penduduk kampung berkenaan.

"Walaupun masa semakin suntuk, kami akan cuba untuk berunding dengan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd dan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd.," katanya.

Dalam pada itu, Lim memberi amaran kepada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemilik tanah Kampung Buah Pala, supaya tidak merobohkan rumah penduduk di situ esok sehingga satu penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak dapat dicapai.


"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita hari ini bagi mengulas kenyataan Pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan.

Sebanyak 23 keluarga yang masih tinggal di kampung itu gagal dalam rayuan mereka di mahkamah untuk terus tinggal dan telah diarah berpindah dari tanah milik koperasi itu selewatlewatnya hari ini.

Namun mereka enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada janji beberapa ahli politik pembangkang semasa kempen pilihan raya tahun lepas untuk membantu mereka.



Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Georgetown pada 30 Jun 2009:

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu sedar bahawa Kampung Buah Pala masih utuh sehingga kini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya menghalang mereka daripada diusir pada pertengahan tahun 2008.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan mahupun membenarkan sebarang tindakan untuk merobohkan Kampung Buah Pala.

Sebarang tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju (developer) adalah menerusi perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan.

Pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah telah ditawarkan oleh syarikat pemaju kepada penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya dipersetujui dan diterima oleh kebanyakan keluarga kecuali penduduk-penduduk yang masih berada di Kampung Buah Pala.

Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh mereka yang masih menghuni di Kampung Buah Pala untuk menolak sebarang tawaran pampasan dan melawan kes mereka di mahkamah.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak bersimpati dengan rintihan penduduk di situ, maka syarikat pemaju berkenaan sudah tentu telah berjaya mengusir penduduk-penduduk pertengahan tahun lalu sebaik sahaja mereka memperolehi perintah mahkamah.

Pengusiran tersebut berjaya disekat kerana usaha-usaha yang diambil oleh P. Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II dan Abdul Malek selaku Ahli Exco Pulau Pinang yang menghalang syarikat pemaju daripada memasuki perkampungan tersebut dengan jentolak beberapa kali di pertengahan tahun lalu.

Oleh yang demikian, kesemua pihak mestilah sedar bahawa hanya kerana usahausaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, penduduk Kampung Buah Pala masih berupaya menghuni di kawasan itu.

Tan Sri Koh Tsu Koon mesti menjelaskan sepenuhnya mengapa beliau menjual Kampung Buah Pala dengan harga RM10 sekaki persegi pada tahun 2007 tanpa rundingan dengan penghuni-penghuni di sana.

Tanah tapak Kampung Buah Pala yang merupakan milik Kerajaan Negeri telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebanyak dua kali oleh Exco Kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005 dengan premium berharga RM6.42 juta atau RM20 sekaki persegi.

Saya tidak memahami rasionalnya Kerajaan Negeri BN meluluskan projek ini tanpa berunding dengan penduduk-penduduk mahupun menjualnya pada harga serendah itu.

Lanjutan daripada itu, Exco di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengurangkan premium sebanyak 50% kepada RM3.21 juta atau RM10 sekaki persegi, mengikut 2 cadangan Timbalan Ketua Menteri dari UMNO.

Koh Tsu Koon perlu menjelaskan perkara ini kepada penduduk Kampung Buah Pala mengapa beliau menjual kampung tersebut pada harga yang murah iaitu hanya RM10 sekaki persegi pada 2007 apabila harga pasaran di kawasan perdana tersebut berkali-kali ganda dan jualan dibuat tanpa sebarang rundingan dengan penduduk.

Dalam usahanya untuk membantu penduduk Kampug Buah Pala, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak patut dipersalahkan dan menjadi sasaran oleh Hindraf.

Masalah ini berpunca daripada BN, Gerakan, MIC, UMNO dan MCA yang menjadi dalang, mengabaikan kepentingan penduduk kampung, dan menjual tanah Kampung Buah Pala.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa atas tindakan Hindraf yang tidak bertanggungjawab kerana mensasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju dalam pengusiran penduduk di Kampung Buah Pala.

Hindraf mahukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertindak melawan perintah mahkamah yang diperolehi oleh syarikat pemaju bagi mengusir penduduk di situ. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir di bawah kedaulatan undang-undang dan terpaksa akur kepada perintah mahkamah yang dikeluarkan.


Selain itu, timbul cadangan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tanah tersebut secara paksaan bagi tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah. Tetapi dengan melakukan sedemikian, pihak syarikat pemaju sahaja yang akan mengaut keuntungan yang banyak tanpa perlu membelanjakan sesen pun.

Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan penyelesaian yang baik, tetapi pengambilan tanah secara paksaan sepertimana yang dicadangkan itu akan melibatkan kos raksaksa di luar kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kos pampasan yang terlibat bukan sekadar jutaan ringgit atau puluhan jutaan ringgit, tetapi jauh lebih tinggi lagi!

Jelas sekali bahawa Hindraf tidak dapat membezakan siapakah rakannya dengan membandingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan tindakan-tindakan zalim UMNO yang merobohkan kuil-kuil Hindu. Kita tidak nampak pun Hindraf menganjurkan protes besar-besaran terhadap perobohan beberapa kuil Hindu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya dipersalahkan atau menjadi sasaran Hindraf bilamana kita sedang cuba membantu seberapa yang boleh dan tidak terlibat dalam perobohan mana-mana kuil Hindu di Pulau Pinang.


Mengapakah Hindraf tidak mengadakan demonstrasi terhadap UMNO atau Gerakan, MCA mahupun MIC yang menjadi dalang di sebalik isu Kampung Buah Pala?

Sikap seperti ini mencetuskan syak wasangka samada berkemungkinan Hindraf kini telah dipengaruhi MIC dan BN apabila mereka sepatutnya berjuang dalam mempertahankan perobohan kuil-kuil bukannya menentang Kerajaan Pulau Pinang yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang adil bagi penduduk Kampung Buah Pala.

>Hindraf perlu mengiktiraf usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk masyarakat India, kuil-kuil dan sekolah-sekolah rendah Tamil.

Kami bukan hanya mempunyai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kaum India yang pertama di Malaysia, malah kesemua 28 sekolah rendah Tamil telah diberi peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta sama seperti yang diperolehi oleh sekolah rendah Kebangsaan Cina, Sekolah Agama Rakyat, sekolah wawasan dam sekolah menengah bebas Cina.

Selain itu, Pulau Pinang telah mendirikan papan-papan tanda jalan (road signs) berbahasa Tamil yang pertama di negara ini bersama-sama tanda jalan dalam Bahasa Arab, Cina dan Inggeris di Georgetown. Sedangkan Hindraf tidak pernah membangkitkan perkara papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Dengan menghentam Kerajaan Pulau Pinang, secara tidak langsung Hindraf membantu UMNO dan BN dengan meletakkan kesemua kejayaan yang diusahakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam keadaan berisiko.

Kita mungkin tidak ada lagi Timbalan Ketua Menteri II berkaum India, tiada lagi peruntukan dana untuk sekolah-sekolah rendah Tamil dan tidak ada lagi papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Hindraf sepatutnya rasional dan bukannya bertindan secara emosi dan marah, dan patutlah mengkaji semula siapakah musuh dan rakan sebenar masyarakat India.

Apa yang lebih mustahak ialah untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan masyarakat India samarata bersama masyarakat Cina dan Melayu sebagai warga Malaysia, di mana pemimpin Cina boleh menjaga masyarakat Melayu dan pemimpin Melayu dapat menjaga kebajikan masyarakat Cina.

Malah pemimpin India juga mampu untuk menjaga masyarakat semua kaum. DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada BN atau diintimidasikan oleh BN, UMNO mahupun Hindraf yang melihat segala masalah daripada sudut sempit kaum Cina, India atau Melayu.

DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa isu-isu India bukannya masalah masyarakat India, isu-isu masyarakat Cina bukanlah masalah kaum Cina mahupun isu-isu Melayu bukanlah masalah kaum Melayu. Kami menganggap semua masalah sebagai isu rakyat Malaysia.

Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia di bawah prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan rakyat bagi memastikan kita melawan rasuah dalam usaha menjana pertumbuhan dan kemakmuran di samping memastikan setiap rakyat dapat berkongsi keuntungan dengan adil.

Sungguhpun kami berasa kecewa terhadap kenyataan Hindraf yang mengutuk secara melulu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Hindraf mempunyai hak di bawah peruntukan hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dalam membangkitkan isu yang mereka prihatin.

Saya telah pun mengarahkan pegawai-pegawai saya supaya menghormati hak-hak mereka dan menerima sebarang memorandum yang dihantar selaras dengan prinsip tanpa keganasan Mahatma Gandhi.

Saya juga menyeru pihak berkuasa polis supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan membawa kepada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak akan terjejas oleh tindakan-tindakan penduduk yang menuduh Kerajaan Negeri sungguhpun pelbagai bantuan telah dihulurkan. Kerajaan Negeri akan terus membantu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, dan akan membantu sekiranya penduduk yang daftar ingin menerima tawaran pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah daripada syarikat pemaju Kampung Buah Pala.

Setakat ini, Kerajaan Negeri juga tidak memberi sebarang kelulusan mahupun persetujuan kepada syarikat pemaju untuk merobohkan mana-mana bangunan.

Sebarang tindakan sedemikian adalah atas keputusan syarikat pemaju sendiri mengikut perintah dan kuasa Mahkamah TInggi dan Mahkamah Persekutuan.

LIM GUAN ENG




Era Najib Altantuya : SUHAKAM Selar Cara Polis Leraikan Himpunan

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa kecewa tentang proses meleraikan peserta himpunan Anti-ISA yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Kuala Lumpur, demikian lapor Siasah.

Menurut kenyataan Suhakam, polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air berkimia yang boleh memudaratkan sesiapa yang terkena bahan itu.

Dalam himpunan itu, ujar Suhakam lagi, 600 orang ditahan termasuk 44 remaja di bawah umur antara 13 hingga 17 tahun di tempat berlainan di ibu negara.

“Suhakam tetap berpendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman,” tegas kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan Suhakam ini dibuat atas nama Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, Pengerusi Jawatankuasa Isu, Kerjasama Antarabangsa dan Siasatan, Dato’ Dr Michael Yeoh, Dato’ Choo Siew Kioh, Dato’ Haji Khalid Haji Ibrahim dan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Denison Jayasooria.

Dalam hal ini, Suhakam tetap konsisten merayu Kerajaan menimbang dan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dibuat oleh Suhakam tentang kebebasan untuk berhimpun yang telah berlaku dalam laporan Inkuiri Awam ke atas peristiwa Ahad Berdarah di KL dan Lebuh raya Kesas.

Menurut kenyataan itu lagi, Suhakam menyatakan pihak polis boleh mengambil tindakan paling perlu untuk mengawal himpunan tanpa perlu mencederakan sesiapa.

“Dalam hubungan ini, Suhakam sangat prihatin dengan kanak-kanak yang ditangkap yang digari, ditahan termasuk direman bersama dengan peserta himpunan dewasa.

“Suhakam meminta kerajaan agar melihat semula hak-hak menjaga dan melindungi dalam keadaan konflik begitu di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen terhadap Hak Kanak-kanak (CRC)," kata kenyataan itu.

Melihat kepada apa yang berlaku 1 Ogos lalu, Suhakam mendesak kerajaan mempertimbangkan cadangan Suhakam yang dibuat sejak 2003 untuk merombak ISA yang menahan tanpa bicara, yang secara jelas amat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Di akhir kenyataan itu, Suhakam sekali lagi mengulangi kenyataannya iaitu ISA perlu dihapuskan dan ditukar dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif yang menyeimbangi antara keselamatan negara dan hak asasi manusia.


Era Najib Altantuya : Himpunan Bubar DUN Perak Capai Sasaran

Himpunan Pemuda Pakatan Bubar Dun Perak mencapai sasaran kehadiran apabila lebih 5,000 pemuda seluruh Perak membanjiri Dewan Haji Wahab Nor, Masjid Tinggi.

Himpunan ini bertujuan mendesak pembubaran DUN Perak dan melancarkan gerak kerja pemuda menghadapi pilihan raya.

Pelancaran gerak kerja pemuda ini disempurnakan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasharudin Tantawi.

Dia berbangga dengan kebangkitan pemuda di Perak dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Pemuda mesti bersedia mewakafkan diri untuk perjuangan dan tidak gentar dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO,” Ucap Nasharuddin.

Turut memberi ucapan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Beliau menyelar tindakan UMNO yang terbukti zalim, melanggar undang-undang serta memperalatkan SPRM, Polis dan SPR

“Mereka rampas semua, rampas negeri, rampas dewan dan yang terbaru merampas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Pemuda mesti bangun menentang kezaliman Umno ini ,” katanya dalam ucapan berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad yang turut memberi ucapan berkata, himpunan ribuan pemuda ini menjadi syarat kejatuhan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Dia berkata, UMNO akan jatuh dan kejatuhan UMNO berpunca dari tindakan mereka sendiri.

“Kezaliman yang dilakukan oleh UMNO akan meruntuhkan UMNO sendiri.

“UMNO juga akan jatuh di tangan orang yang beriman yang memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman,” kata Idris.

Katanya, kehadiran pemuda yang ramai menyebabkan ramai yang terpaksa berada di luar dewan bagi mengikuti atur cara himpunan.

Himpunan ini juga mengumpul tandatangan pemuda Perak mendesak pembubaran DUN Perak

Turut hadir dan berucap dalam himpunan ini adalah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin, Pengarah Pilihan raya Pas Perak Haji Asmuni Awi dan Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Abu Hasan.

Tetamu yang turut hadir pada program berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Haji Ramli Tusin, ADUN Selinsing Haji Husin Din, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Era Najib Altantuya : Anwar Mahu PAS Bertanding Di Permatang Pasir

Secara peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu calon Pas diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak lama lagi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata langkah itu wajar kerana prestasi wakilnya, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman cukup baik dan menggalakkan.

“Kawasan itu adalah kubu kuat Pas dan saya menghormati kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahlinya di Permatang Pasir selama ini.

“Secara peribadi, saya nasihatkan mereka (ahli PKR) supaya memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di kawasan itu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis kahwin di rumah seorang penduduk di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh diminta mengulas gesaan beberapa pemimpin PKR agar parti itu diberi peluang bertanding kerusi berkenaan atas alasan ia semakin kuat dan mantap di Parlimen Permatang Pauh termasuk DUN Permatang Pasir.

Bagaimanapun, Anwar berkata ia akan dibincangkan pada peringkat tertinggi memandangkan cadangan sudah dikemukakan kepada parti sebelum dirujuk kepada pakatan pembangkang untuk pertimbangan.

“Melalui konsep musyawarah, pandangan dan hasrat akar umbi itu akan dibincangkan dengan presiden parti dan kepimpinan pakatan pembangkang sebagai menghormati permintaan mereka.

“Kita perlu memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan walaupun secara peribadi berpendapat mereka harus mengambil kira persetujuan yang dicapai antara pakatan pembangkang sebelum pilihan raya umum tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu, semua pihak perlu menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan pembangkang sebagai calon dan bertanding di situ kelak.

Menurutnya, faktor calon memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pada pilihan raya kecil walaupun terdapat kecenderungan sokongan rakyat kepada gabungan pembangkang, terutama di Semenanjung meningkat.

“Calon yang bakal diketengahkan perlu mempunyai kewibawaan dan boleh berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Ditanya mengenai tahap sokongan rakyat kepada pembangkang di Permatang Pasir terus teguh berikutan kemenangan tipis Pas di Manek Urai, beliau berkata keadaan atau latar belakang penduduk Manek Urai amat jauh berbeza dengan Permatang Pasir.

“Saya yakin rakyat akan terus menyokong pembangkang. Kemenangan Pas di Manek Urai perlu dihormati kerana sebelum ini ia tidak pernah memenangi pilihan raya kecil di Kelantan.

“Pengundi Permatang Pauh sudah cerdik dan dapat menilai apa yang berlaku di negara ini. Mereka tahu memilih calon yang boleh bekerja untuk rakyat,” katanya.

Secara sinis, beliau mahu pengundi Permatang Pasir meminta pelbagai projek pembangunan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan apabila pemimpinnya turun berkempen kelak.

“Mintalah macam-macam projek kerana saya yakin ia akan dilimpahkan ke kawasan Permatang Pasir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sungguhpun begitu, mereka mesti terus mengundi Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Sementara itu, jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.

Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ.

Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ.

Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti.

"Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi," tambahnya.


Era Najib Altantuya : Rombongan Ke Istana Khir Toyo Buka Mata Rakyat

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini membawa lebih 40 penduduk Sekinchan dan Sungai Panjang melawat banglo mewah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam.

Katanya, ia adalah permintaan penduduk tersebut untuk melihat secara lebih dekat banglo mewah milik Khir yang didakwa bernilai 24 juta ringgit ini.

“Mereka meminta untuk datang melihat sendiri dan hari ini mereka membelanjakan duit sendiri, seorang RM50, termasuk makan tengahari kerana mereka nak datang, iaitu pengundi Sungai Panjang dan Sekinchan kerana mereka nak tahu bagaimana wakil rakyat mereka itu mampu memiliki rumah anggaran berjumlah RM 24 juta dalam masa lapan tahun sahaja,” katanya.

Mereka hadir sambil membawa sepanduk bertulis Lawatan Sambil Belajar ke “Istana KT” Yang Luar Biasa dan Menakjubkan.

Ng yang ditemui pemberita di perkarangan luar rumah Khir berkata, ia sekaligus membuka mata orang ramai tentang wakil rakyat ini yang bergelar jutawan dalam masa lapan tahun menjadi menteri besar.

Selain itu, katanya sehingga ke hari ini Khir masih belum menyerahkan kunci rumah tersebut kepadanya sebagai ejen menjual banglo mewah itu.

Menurutnya, terdapat pembeli yang telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan berjumlah 24 juta ringgit itu, bagaimanapun Khir perlu memansuhkan syarat 10 peratus deposit daripada harga jualan kerana ia tidak menetapi pasaran sekarang.

“Saya sekali lagi menyeru agar Khir segera memberi kunci kepada saya dan mansuhkan syarat 10 peratus deposit bayar sebelum masuk tengok rumah kerana tak ikut pasaran.

“Sehingga sekarang kami masih pertikaikan syarat 10 peratus itu sebelum masuk rumah, telah bagi kami kononnya ada pembeli yang sudi beli dengan 24 juta.

“Saya memang sudah ada pembeli yang cukup minat, mampu dengan tawaran harga itu yang cukup tinggi, cuma nak dapatkan kunci bagi memastikan apa yang terdapat di dalam, untuk elak tersalah hitung,” katanya.

Dalam pada itu, Ng juga memaklumkan telah menerima surat saman fitnah daripada Khir yang meminta 20 juta ringgit sebagai ganti rugi menjatuhkan maruahnya sebagai wakil rakyat dan bekas Menteri Besar.

“Saya sudah terima surat saman dari Khir Toyo yang menyatakan saya memfitnah beliau dan surat itu saya sudah jawab diwakili peguam M.Manoharan, saya tiada masalah dan akan lawan habis-habisan.

“ Saya terima sebab di tempat yang proper, takde masalah untuk lawan. Kenyataan beliau mengatakan saya telah merosakkan namanya sebagai wakil rakyat dan bekas menteri besar dengan saman bernilai RM20 juta, katanya.

Sementara itu, penduduk yang menyertai rombongan itu rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan pembinaan banglo mewah itu kerana hanya dalam tempoh lapan tahun sahaja menjadi menteri besar dapat memiliki kekayaan yang besar.

“Apabila melihat istana ni agak terkejut, selama ni saya rakyat Selangor tak tahu pun seorang pemimpin boleh memiliki kekayaan yang begini banyak, jadi duit rakyat tidak disalurkan dengan betul, digunakan untuk kepentingan sendiri sebegini, ia tak sesuai untuk rakyat negeri Selangor, kata seorang pengundi dari Sungai Panjang, Mohamad Haron Roslan, 43.

Manakala bagi penduduk Sekinchan, Mohd Rosli Md Isa, 31, dia terperanjat apabila melihat banglo mewah Khir dan tidak rugi menyertai rombongan ini untuk melihat dengan mata kepala sendiri, katanya sebagai wakil rakyat, Khir sepatutnya menitikberatkan rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

“ Rumah ini, saya pun heranlah, mahligai macam ini besar boleh kata susah nak Nampak, hanya jadi menteri besar lapan tahun boleh kaya sampai gitu, rasa banyak pelik, sebab itu datang tengok sendiri,” kata Loo Kim Yong, 68.-TVS

Era Najib Altantuya : UMNO Takut Untuk Turut Serta Ukur Pelantar Minyak

Usaha kerajaan Kelantan untuk memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya tidak mendapat kerjasama pemimpin Umno, demikian lapor harakahdaily.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed dan ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad tidak memberi sebarang jawapan di atas pelawaan menyertai rombongan kerajaan negeri bagi meninjau lokasi pelantar.

Selain itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga gagal memberi sebarang jawapan terhadap surat jemputan kerajaan negeri yang dihantar sebelum ini.

Sedangkan menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lalu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menganggap Kelantan tidak layak mendapat royalti 5 peratus.

Alasannya kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih antara tiga negara iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Rombongan kerajaan negeri seramai 50 orang yang diketuai Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud akan meninjau kedudukan pelantar terbabit bersama anggota Exco, Dato' Husam Musa esok.

Turut sama pada tinjauan itu beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger.

Pegawai Khas anggota Exco, Dr Rosli Alaani Abdul Kadir berkata, rombongan tersebut akan berkumpul di jeti Pengkalan Kubor sebelum bertolak kira-kira jam 8 pagi.

"Rombongan kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim yang berpangkalan di Tok Bali," katanya di sini.

Difahamkan pelantar yang akan dilawati rombongan berkenaan dikenali sebagai Cakerawala.

Menurutnya, misi tersebut diharap akan menambahkan maklumat kepada rakyat negeri ini mengenai tuntutan royalti minyak sebanyak 5 peratus kepada Petronas.

Sebelum ini kerajaan negeri menuntut royalti sebanyak RM1 bilion memandangkan pelantar carigali minyak dan gas di PM301 didakwa berada dalam kawasan perairan Kelantan.

Pengeluaran minyak mentah dan gas di kawasan itu bermula sejak 2004.

Era Najib Altantuya : Ahli UMNO Bertumbuk Dalam Mesyuarat UMNO Pdg Serai

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.

Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.

Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.

Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Jubai, Mohd Zohari Abu Seman mendakwa abangnya, Ridzhuan Abu Seman telah diganggu oleh seorang individu dalam UMNO bahagian itu yang Ridzhuan meletak salah satu jawatan yang dipegang.

“Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Kampung Jubai, Saudara Ridzuan Ramli. Kami datang bukan nak bergaduh, cuma mahu menyampaikan memorandum bantahan kami terhadap individu berkenaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Masalahnya, apabila kami sampai, kami telah disekat oleh orangnya yang mengakibatkan berlaku kekecohan. Saya ingin mempersoalkan, dalam bidang kuasa apa, dia berkuasa mengarahkan abang saya memilih salah satu jawatan yang dia sandang sekarang ini.

Abang saya merupakan kakitangan Tekun Nasional dan merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Serai. Dia mendesak abang saya dan menyatakan kalau mahu terus bergiat dalam Belia 4B, letak jawatan sebagai pegawai Tekun. Apa hak dia untuk melucutkan jawatan orang. Keputusan itu yang saya pertikaikan dan laporan polis telah dibuat terhadapnya,” katanya.


Era Najib Altantuya : Himpunan Sengaja Dihuruharakan Untuk Beri Persepsi Buruk Kepada PR

Gesaan pelbagai lapisan rakyat supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan nampaknya menjadikan para pemimpin Umno gelisah tak tentu pasal.

Isu-isu sampingan yang melatari perhimpunan Mansuhkan ISA di ibu negara 1 Ogos lalu diperbesar-besarkan. Perhimpunan raksasa yang sepatutnya berlangsung secara aman bagi menyerahkanh memorandum kepada Istana Negara sengaja dijadikan kucar-kacir dengan tindakan keterlaluan polis.

Polis yang pastinya bertindak atas arahan pemimpin kerajaan BN telah menghalang lalu lintas daripada masuk ke pusat bandar khususnya ke jalan menuju Istana Negara bermula dari awal pagi Sabtu, 1 Ogos.

Sekatan jalan raya diadakan di semua laluan masuk ke ibu kota bermula sehari sebelumnya.

Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) pula bertindak keras menghalang perhimpunan dengan menangkap orang awam, membelasah dengan belantan, menembak gas pemedih mata dan menyemburkan air menggunakan meriam air (water cannon) kepada mereka yang disyakki peserta perhimpunan.

Akhirnya, perhimpunan aman itu bertukar menjadi medan membelasah dan menangkap orang awam dan suasana aman ibu kota menjadi 'huru-hara' kerana tindakan-tindakan keterlaluan pihak polis.

Suasana huru-hara yang sengaja dicipta ini kemudiannya dijadikan modal oleh pemimpin Umno dan BN untuk memburuk-burukkan peserta perhimpunan dan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Seorang menteri kabinet yang dilantik atas ihsan Perdana Menteri secara semberono memberikan angka kerugian hasil kejadian 1 Ogos itu yang didakwanya mencecah RM200 juta!

Bagaimanapun menteri yang sama tidak menjelaskan apakah punca sebenar 'kerugian' itu selain meletakkan kesalahan kepada demonstrasi jalanan. Mengapakah beliau yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal Wilayah Persekutuan tidak langsung terfikir bagaimanakah perhimpunan mega itu mampu memberi impak positif kepada ekonomi Kuala Lumpur khususnya para peniaga kecil?

Cuba bayangkan jika perhimpunan itu berlangsung secara aman, pastinya seratus ribu rakyat yang datang daripada seluruh pelosok Semenanjung itu akan berbelanja di Kuala Lumpur. Paling tidakpun menghilangkan dahaga dan menjamu selera di Chow Kit, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain tempat yang menjadi tumpuan para peniaga kecil.

Cuba bayangkan jika seorang peserta perhimpunan membelanjakan RM50 sepanjang berada di di Kuala Lumpur, transaksi itu boleh mencecah RM5 juta. Dan apabila dicampurkan dengan 'kerugian' RM200 juta itu, jumlahnya akan menjadi RM205 juta.

Dan jika Dato' Raja Nong Chik, menteri terbabit dapat berfikir di luar kotak, pastinya beliau akan mengalu-alukan kehadiran peserta himpunan anti-ISA ke Kuala Lumpur!

Beliau boleh menasihati polis supaya memberikan kerjasama kepada penganjur perhimpunan dengan mengawal lalulintas. Jalan tidak menjadi sesak manakala rakyat yang mahu menyuarakan pandangan dan rasa hati mereka boleh berarak ke Istana Negara dengan selesa dan bersisplin. Kehadiran seribu ahli Unit PAS pasti membantu.

Jika tidak mahu para peserta perhimpunan menambahkan kesesakan lalulintas ibu kota, Raja Nong Chik boleh menasihati mereka supaya menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretapi, LRT, teksi dan seumpamanya. Ini sekaligus boleh membantu menambah pendapatan operator pengangkutan awam.

Sebenarnya banyak lagi faedah yang boleh didapati daripada perhimpunan 1 Ogos itu jika Raja Nong Chik, polis dan pemimpin kerajaan boleh berfikir di luar kotak.

Janganlah terlalu jumud untuk berfikir sehingga tergamak mengajak Ahli Parlimen wanita untuk menuruti beliau ke tandas! -Kemat Baba

Era Najib Altantuya : Kaum Bukan Melayu Juga Turut Serta Himpunan

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua menafikan bahawa demonstrasi Anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan kelmarin hanya terdiri kaum Melayu sahaja.

Katanya, tidak timbul isu terbabit kerana kaum lain juga turut terlibat secara langsung dalam perarakan itu dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Menurutnya, bangsa Cina dan India juga hadir menyertai perhimpunan itu tetapi kebanyakannya berkumpul di Kompleks Pernas Sogo.

“Dalam konteks ini saya rasa tidak timbul isu bangsa lain tidak terlibat. Kalau hanya fokus di Jalan Masjid India, kawasan terbabit memang ramai Melayu, tetapi jika dilihat secara keseluruhannya lokasi kaum lain pun kelihatan,

“Justeru jangan timbulkan soal perkauman di sini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang kononnya kaum Melayu lebih ramai terlibat dalam demonstrasi Anti-Isa yang diadakan pada Sabtu lalu anjuran Gerakan Mansuh Isa (GMI).

Tony berkata, dalam apa juga situasi persoalan berbau perkauman tidak patut digunakan sama sekali kerana ia akan mencetuskan keadaan negatif kepada masyarakat.

Beliau berkata, rakyat yang keluar adalah merangkumi semua kaum, tujuan asal mereka adalah satu iaitu untuk memansuhkan ISA.

“Perkara itu (mansuh ISA) lebih penting daripada mencetuskan perkauman. Bagi saya isu siapa ramai yang terlibat langsung tidak timbul.

“Saya rasa isu itu tidak pentingnya, tetapi matlamatnya adalah penting,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perhimpunan yang dilaksanakan itu membuktikan rakyat negara ini sanggup keluar menyokong mansuh akta itu.

“Penyertaan mereka (rakyat) merupakan satu cara untuk memberi desakan kepada kerajaan untuk bertindak memansuhkan akta terbabit,” katanya. -SH



Era Najib Altantuya : Sivarasa Rasiah Dibebaskan

AParlimen Subang Sivarasa Rasiah, yang telah ditahan kerana dituduh mengambil bahagian di dalam perhimpunan haram Sabtu lalu, telah dibebaskan di Mahkamah Sessi hari ini.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 12.05 tengah hari tadi tetapi perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi 17 Ogos ini.

Sivarasa, ketika ditemui berkata, tiada dakwaan akan dikenakan kepadanya buat masa ini.

Beliau antara kira-kira 600 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Sabtu lalu.

Sivarasa turut mengecam kerajaan dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan tersebut yang menyaksikan gas pemedih dan meriam air digunakan, manakala beratus orang ditangkap.

Mengulas lanjut, pemimpin PKR itu berkata, beliau terperanjat apabila mendapat tahu 40 orang di bawah umur turut ditahan.

Katanya, mereka tidak sepatutnya digari atau ditahan dalam lokap biasa.
Makanan lokap

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah mereka telah ditahan reman," katanya.

Sivarasa juga berkata beliau diberitahu seorang tahanan bahawa makanan yang disediakan kepada mereka lebih teruk daripada makanan kucing.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga wakil rakyat Subang berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sidang parlimen yang akan datang.

Era Najib Altantuya : UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi Jalanan, Bukan Stadium

Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?

Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda. -perisikrakyat



Era Najib Altantuya : Permatang Pasir Menunggu Strategi Muhyiddin

Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir diakui kubu kuat Pas, UMNO mempunyai strategi tertentu untuk menggugat kekuatan parti pembangkang itu di kawasan terbabit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Bernama

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata, UMNO telah membuktikan kemampuannya ketika menghadapi Pas pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, sebuah lagi kubu kuat parti pembangkang itu baru-baru ini.

“Ya, ia kawasan kubu kuat Pas, tetapi telah terbukti di DUN Manek Urai yang juga adalah kubu kuat (Pas) tetapi kita boleh gugat kekuatan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh di sini, semalam.

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud menyatakan Umno akan kecundang lagi dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir akan datang.

Nasaruddin berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu Penasihat Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Umno seperti biasa akan menggunakan kekuatan wang ringgit dalam setiap pilihan raya untuk mencapai kemenangan tetapi mereka tewas juga seperti mana dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

"Kali ini kita mahu melihat Umno kalah dan serik berhadapan dangan PAS dalam pilihan raya," ujarnya pada majlis penerangan PAS kawasan Kuala Krau.

Menurutnya, walaupun majoriti kecil diperolehi PAS dalam pilihan raya itu, PAS tetap menang.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi 31 Julai lalu di Institut Jabtung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan sebelum pilihan raya umum ke-11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nasaruddin menyeru seluruh ahli turun ke Permatang Pasir untuk berhadapan dengan Umno sekali lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyatakan keyakinannya bahawa PAS mampu mempertahankan kerusi Permatang Pasir.

Rakyat Permatang Pasir tidak sabar menunggu ketibaan Muhyiddin untuk datang berkempen di Permatang Pasir.

"Kita nak tengok apa pulak janji-janji dan temberangnya di Permatang Pasir nanti. Dia boleh cakap macam-macam kat Manek Urai dimana 99% pengundinya adalah Melayu. tetapi tidak di Permatang Pasir di mana 40% pengundinya bukan Melayu," kata seorang pemerhati politik.

Era Najib Altantuya : ISA Hina Mertabat Manusia - TGNA

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghina martabat manusia di muka bumi ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, manusia merupakan makhluk terbaik ciptaan Ilahi dan penggunaan ISA tidak ubah seperti ‘melayan haiwan’ yang boleh diperlakukan pelbagai cara oleh manusia.

“Penggunaan ISA, bukan manusia melayan seperti manusia, (tetapi) ia seperti haiwan yang (boleh) dipukul dan diperlakukan dengan pelbagai cara,” katanya ketika ditemui selepas hadir di Kelantan Delight, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perarakan yang dilakukan oleh penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan di beberapa lokasi di ibu negara semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ISA tidak seharusnya dipinda seperti mana yang dinyatakan oleh pimpinan BN, sebaliknya harus dihapuskan dan diganti dengan penambahbaikan undang-undang jenayah.

“(Jika) Nak pinda, ertinya ISA masih ada dan menteri masih lagi berkuasa daripada undang-undang, kuasa menteri lebih, itu tidak betul, menteri juga terletak di bawah Allah, tidak boleh,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku kini, undang-undang di negara ini hanya berkuat kuasa kepada rakyat sebaliknya ia tidak diperuntukkan kepada menteri yang melakukan kesalahan.

Mengulas mengenai kenyataan pimpinan UMNO yang menyuarakan keyakinan tinggi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, Nik Aziz berharap parti tersebut tewas dalam pilihan raya itu.

“Saya harap UMNO tidak akan naik (kembali) sampai bila- bila, tidak perlu ada UMNO tetapi jika tidak ada Pas tidak boleh. Kalau orang UMNO masuk Pas lagi baik, selagi ada UMNO selagi itu tindakan karut berlaku.

“Di Manek Urai, undi (Pas) turun sebab duit, orang kampung kelabu mata. Jika tidak ada duit UMNO tidak akan wujud di muka dunia ini,” katanya. -SH


Era Najib Altantuya : Permatang Pasir Tetap Kerusi PAS

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa Permatang Pasir adalah kerusi PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menghormati dasar yang dibuatnya sendiri mengenai status quo kerusi pilihan raya sebelum membuat cadangan untuk meletakkan calonnya bertanding di Permatang Pasir, demikian kata Dr Mujahid seperti yang dilaporkan oleh MSTAR.

Beliau berkata, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa status quo kerusi yang diperuntukkan kepada manamana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mujahid berkata, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti baru-baru ini, PAS pernah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Penanti selepas wakil rakyat PKR, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

"Ketika itu, permintaan kami berdasarkan kepada prinsip tanggungjawab sosial kepada pengundi di situ kerana wakil rakyatnya meletak jawatan atas sebab peribadi dan Anwar kata status quo kerusi itu kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Jadi, perkara yang sama diguna pakai di Permatang Pasir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang terkejut dengan permintaan akar umbi PKR untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil itu, berkata PAS tidak mempunyai sebarang masalah jika PKR mahu berbincang mengenai perkara itu.

Semalam Anwar berkata, terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi PKR supaya parti itu meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal kerana kedudukan parti itu yang semakin kuat dan mantap di Permatang Pasir.

Kerusi negeri Permatang Pasir kosong apabila wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari PAS meninggal dunia Jumaat lepas di Insitut Jantung Negara (IJN) kerana sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pencalonan dan pilihan raya kecil kawasan itu 10 Ogos ini.

Mengenai calon pada pilihan raya kecil itu, Mujahid berkata PAS Pulau Pinang akan menimbangkan nama yang sesuai sebagai calon setelah menerima cadangan daripada kawasan itu sebelum menyenarai pendek dan menyerahkan kepada PAS pusat untuk perakuan.

Beliau berkata antara ciri calon yang dicari ialah orang yang tidak melakukan maksiat, tidak mengulangi dosa kecil, tidak melakukan dosa besar serta mempunyai keperibadian yang boleh diterima semua kaum di kawasan Permatang Pasir.

Era najib Altantuya : Peguam Puspawati Ditahan Semasa Jalankan Tanggungjawab Sosial

Dalam keghairahan polis memuaskan arahan pihak atasan memburu dan menangkap aktivis anti-ISA dalam perhimpunan aman semalam, akhirnya mengundang padah apabila mereka bertindak menahan seorang peguam yang sedang menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada orang-ramai.

Peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Puspawati Rosman, ditahan semasa mengedarkan risalah hak-hak tahanan polis di Masjid Jamek. Beliau dipercayai ditahan dalam operasi tangkapan rawak.

Ketika dihubungi TV Antara, Puspawati berkata sewaktu memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai hak mereka sekiranya ditahan polis.

Ketika saya sedang sibuk mengedarkan risalah Majlis Peguam mengenai hak tahanan polis dan tiba-tiba datang sekumpulan polis datang mengerumuni saya dan bertanya apa yang sedang saya lakukan.

Saya bagi satu risalah pada dia dan jelaskan, waktu itu hanya ada seorang polis wanita dan selebihnya lelaki. kemudian dia suruh saya ke balai untuk berjumpa pegawai tetapi saya mengatakan adakah saya sedang ditahan, kerana jika tidak saya tidak akan ikut. Sebagai orang yang tidak ditahan, ini adalah hak saya kerana saya masih seorang yang bebas," katanya.

Menurut Puspa, polis berkenaan menuding jari dan mengugut untuk menahannya. Kekasaran penguatkuasa undang-undang ini bagaimanapun tidak dilayan Puspa. Semasa Puspa sedang menjelaskan situasi sebenarnya kepada polis terbabit, beliau tiba-tiba digari.

"Mereka kata awak hendak sangat saya tangkap kamu? Tangkap...tangkap...selepas itu mereka tiba-tiba menggari saya dan jurugambar yang saya syak sebagai SB ambil gambar saya dan memalukan saya di situ.

Kemudian menarik saya ke seberang jalan di hadapan Masjid Jamek di mana terletaknya trak polis dan telah mengarahkan saya masuk ke dalam trak berkenaan," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun beliau dibebaskan 15 minit kemudian selepas polis menyedari tangkapan itu salah kerana risalah Majlis Peguam yang diedarkan itu tidak ada kaitan dengan perhimpunan yang diadakan.

Hari ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Jalil, polis telah bertindak di luar batas undang-undang dengan menahan mereka yang dipercayai peserta perhimpunan aman semalam melebihi 24 jam.

Barisan peguam dari Khidmat Bantuan Guaman secara sukarela turun membantu selepas menerima laporan berhubung perkara ini. -TVA

Era Najib Altantuya : PRO-ISA Tidak Serahkan Memo Kepada Agong

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam, demikian lapor Mstar

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.

Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi.

"Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum," katanya.

Jelas Wan Abdul Bari, apabila Khairul cuba untuk melepasi sekatan jalan yang dikenakan, beliau telah dibawa ke pusat subtaktikal berhampiran dan maklumat peribadinya diambil.

Katanya lagi, Khairul telah dilepaskan kemudian kerana beliau tidak memperlihatkan sebarang ciri-ciri mengancam keselamatan.

Kelmarin kumpulan pro-ISA berkata pihaknya bangga kerana berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui pintu masuk belakang.

Kumpulan anti-ISA walaupun dikatakan berjaya mengumpulkan 20,000 peserta dalam perhimpunan di ibu negara, juga kelmarin tetapi gagal menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.

Perhimpunan dianjurkan kumpulan pro dan anti-ISA tidak mendapat permit polis dan ia berakhir dengan tindakan pencegahan termasuk dilepaskan gas pemedih mata dan air kimia.

Berita di atas memnjelaskan bahawa laporan akhbar yang sama oleh G.Manimaran kononnya Kumpulan pro-ISA yang gagal himpunkan 70,000 orang yang disasarkan telah menyerahkan memorandum kepada Istana Negara adalah tidak benar.

IMemo itu dikatakan diserahkan oleh Mohd Khairul Azamdin, penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, di pintu belakang Istana kira-kira pukul 5.30 petang.

Diberitakan kononnya Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu bahawa hanya seorang wakilnya pergi ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

"Oleh kerana pihak polis tidak akan benarkan ramai orang dan atas faktor keadaan hari ini, kami memutuskan untuk menghantar seorang sahaja dan menyerahkan memorandum telah berjaya diserahkan," katanya.




Era Najib Altantuya : Muhyiddin Pengkhianat Melayu Yang Sebenar

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat terbesar perjuangan orang Melayu’.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin ‘lidah bercabang’ yang tidak ragu-ragu untuk menukarkan dasarnya semata-mata untuk manfaat dan cita-cita politik peribadi.

Muhyiddin sebenarnya menutup fakta bahawa bahawa pemimpin Umno dan kerajaan BNlah yang telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi dan ‘pengkhianat terbesar perjuangan orang Melayu’.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta.

Muhyiddinlah orangnya yang bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.


Pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Yang menyatakan demikian ialah wakil rakyat Pasir Mas, Ibrahim Ali ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring pada tahun 2006. .

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau menyatakan mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya.

Semenatara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan," tambahnya.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

Muhyiddin yang kini terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan dirnya di Muar apabila bekas Naib Presiden MCA yan juga bekas Ketua MCA Bahagian Bakri, Chua Jui Meng telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan ini memberikan tamparan hebat untuk BN Muar.

Muhyiddin terpaksa memanggil satu Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini, semalam dengan meminta bantuan Presiden UMNO, Mohd Najib Razak untuk datang membantu dan merasmikan Mesyuarat berkenaan.

Najib telah mengarahkan Umno dan BN Johor menyusun strategi khusus bagi memastikan mereka terus menyumbangkan kerusi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengisytiharkan Johor sebagai 'negeri biru' kerana terus menjadi kubu kuat BN ketika beberapa negeri lain berjaya ditembusi parti lawan.

Najib munkin terlupa bahawa Johor bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) berbanding sebelum ini apabila parti itu gagal mengekalkan semua 25 kerusi Parlimen dan 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum 2004 dulu.

Walaupun BN berjaya mendapatkan kembali kerusi negeri Senggarang, yang dimenangi PAS atas kesilapan teknikal pada 2004,tetapi BN kalah enam kerusi negeri dan satu kerusi parlimen kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

DAP memenangi kerusi Parlimen Bakri melalui calon DAP, Er Teck Hwa yang menewaskan calon BN dengan majoriti 722.

Manakala untuk kerusi Dun Bentayan,calon DAP, Gwee Tong Hiang menang dengan majoriti 9,118. Di Mengkibol calon DAP, Ng Lam Hua menang dengan majoriti 1,281; di Skudai, calon DAP, Boo Cheng Hau menang dengan majoriti 12,854.

Sementara itu, PAS telah menang di Dun Maharani melalui calonnya, Mohamad Taslim denga majoriti 158 dan Sungai Abong melalui calonnya, Sheikh Ibrahim Salleh dengan majoriti 1,550.

Sungguhpun, BN mengekalkan banyak kerusi, hampir kesemua calon BN menyaksikan majoritinya berkurangan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Johor akan menjadi negeri sasaran Pakatan Rakyat seterusnya dan ini menyebabkan Muhyiddin terpaksa kembali memperkuatkan kedudukannya dengan memanggil mesyuarat perwakilan UMNO Muar semalam.



Era Najib Altantuya : ADUN Kemasik Ditahan SPRM

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Rosli.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Rosli dikatakan seorang ADUN dari kem mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh.



Era Najib Altantuya : Polis Salahguna Kuasa, SUHAKAM Perlu Campurtangan (Updated)

Tidak cukup dengan keganasan semalam, polis sekali lagi menyalahgunakan kuasa dengan menahan mereka yang ditangkap dalam Himpunan Mansuh ISA melebihi tempoh 24 jam.

Dari 438 yang ditahan dalam perhimpunan aman semalam, 63 lagi masih ditahan kerana dikatakan terlibat dalam tunjuk perasaan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan di Kompleks Pertama dan dua orang juvana ditahan ketika keluar dari pusat membeli belah Sogo bersama ibu masing-masing pada jam 1230 tengahari semalam.

Bagaimanapun, Polis gagal mendapatkan perintah reman ke atas dua juvana terbabit dan mereka dibebaskan jam 215 petang tadi.

Manakala Sivarasa Rasiah direman untuk dua hari lagi dan akan didakwa di mahkamah esok.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong ketika di temui di luar Ibu Pejabat Daerah Bukit Jalil berkata, tindakan polis menahan tahanan lebih daripada 24jam adalah tidak sah di sisi undang-undang.

“Itu isu yang kita akan ambil selepas mereka dibebaskan. Perkara berkenaan memang tidak sah dari segi Perlembagaan dan undang-undang. Sesiapa tidak boleh tahan lebih 24 jam tanpa dibicara atau dibawa ke majistret untuk reman. Rasanya terdapat beberapa individu dari unit amal ditahan sejak pukul 9 pagi semalam, sepatut dibebaskan pukul 9 pagi tadi tetapi masih belum dibebaskan. Kita akan utarakan perkara ini di depan majistret nanti.

"Setahu saya dia (Sivarasa) telah umumkan kemungkinan besar dia akan didakwa di mahkamah esok dan reman akan dilanjutkan tetapi kita sediakan peguam khas untuk dia iaitu M. Puravelan seorang peguam yang senior. Mereka akan cuba membebaskan semua tahanan hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, peguam Johnson Chong mendedahkan bahawa kerajaan nampaknya tidak berminat untuk memastikan hak asasi tahanan dipelihara.

Dua kanak-kanak antara mereka yang ditahan semalam. Mengikut undang-undang, kedua juvana ini seharusnya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun agensi kerajaan itu enggan memberi bantuan kepada kanak-kanak yang digasak polis.

“JKM seharusnya melihat kanak-kanak ini tetapi mereka tidak melakukan apa-apa sehingga kami masuk ke dalam memberi gambaran . Kita tidak boleh menggunakan kanak-kanak untuk permainan politik atau apa-apa. Polis memberi alasan yang tidak munasabah untuk reman mereka selama 4 hari antaranya mereka enggan menyerahkan kad pengenalan dan enggan beri kenyataan. Tiada undang-undang di negara ini mengatakan sesiapa perlu berikan kenyataan kepada polis jika mereka enggan,” katanya.

“Ya kedua-dua Ammar dan Shuib dibebaskan. Saya percaya mereka yang ditahan dalam 60 orang sebab kita utamakan kanak-kanak terlebih dahulu. Mereka (wanita yang sakit) belum dibuat apa-apa kerana keutamaan kepada kanak-kanak berkenaan. Saya hendak maklumkan majistret tidak membenarkan reman dan mereka bebas,” kata wakil Majis Peguam Shahredzuan Johan.

Masih ramai lagi yang ditahan pihak berkuasa. Kami menerima laporan bahawa ada yang diserang asma dan sedang bergelut tanpa rawatan sewahjarnya semasa dalam tahanan polis.

“Sekurang-kurangnya 2 wanita yang sangat tidak sihat, seorang mengalami serangan asma yang serius masih belum menerima inhealernya dan seorang lagi mengalami demam panas. Apa yang dibimbangkan keadaan tidak seelok seperti yang dijangka. Kami berharap majistret yang mengendalikan reman ini tidak berada dibawah mana-mana arahan dan melakukannya dengan adil,” kata peguam Latheefa Koya.

Sementara itu, seorang lagi peguam, N Surendran berkata beliau yakin penahanan-penahanan diluar batas undang-undang hari ini adalah komplot polis dan Kementerian Dalam Negeri.

“Kebanyakan yang ditahan, ditahan sebelum apa-apa berlaku dah polis mengakuinya semana proses permohonan reman. Polis mengaku bahawa mereka (yang ditahan) akan terlibat jadi kami tanyakan soalan apakah akan berlaku kepada negara ini sekiranya polis mengamalkan sikap prasangka? Polis menahan seseorang sebelum menyertai perarakan,ia penyalahgunaakuasa polis yang sangat luar biasa. Polis berkelakuan seperti ini kerana diberi arahan daripada KDN Hishamuddin Hussein Onn dan kerajaan.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa dan konspirasi antara KDN, polis dan saya percaya ianya atas nasihat peguam Negara,” katanya.

Sementara itu, timbul kekecohan apabila Polis enggan membenarkan seorang warga emas Maimunah Abdullah 61 yang datang dari Johor Bahru untuk melihat anak dan menantunya yang ditahan.

Manurutnya, anaknya dan menantunya Nurul Ain Ghazali 22, ditahan di stesen Ketapi Tanah Melayu sebaik tiba dari Seremban.

“Mereka beritahu mak cik anak mak cik dah kena tangkap semasa turun keretapi semalam pukul 1 tengahari. Saya naik bus pukul 2 (untuk ke Balai Bukit Jalil),” katanya. -TVA