4 Jul 2009

Isu Ke Manek Urai : Numestro Diberi Amaran Keras

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan memberhentikan projek pembangunan di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, di sini, jika pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, terus mengancam untuk merobohkan rumah dan enggan membayar pampasan kepada penduduk di situ.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa jangan kerana mereka memikirkan mereka sebuah syarikat BN, mereka boleh melakukan apa sahaja kepada penduduk Kg Pala dengan ugutan untuk membawa jentolak untuk merobohkan rumah-rumah penduduk di Kg. Pala.

"Jangan cuba untuk uji kesabaran kerajaan negeri. Saya tidak teragak-agak untuk memberhentikan projek pembangunan itu," katanya sambil menjelaskan kerajaan negeri bersedia menanggung risiko membayar ganti rugi kepada pemaju jika terpaksa membatalkan projek itu.

Apa yang berlaku menurut Lim ialah salahfaham penduduk yang berpendapat kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah terseut. Apa yang belaku ialah kerajaan negeri juga terikat untuk mematuhi keputusan mahkamah.

Lim berkata walaupun beliau bersimpati dengan nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta kerajaan persekutuan untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Masalah yang berlaku ialah syarikat yang diliki oleh orang-orang BN ini tidak mengendahkan rayuan penduduk kampung dan masih terus cuba menjalankan projek mereka dengan enggan untuk membayar pampasan kepada penduduk.

Lim berkata selain menjaga kepentingan 23 keluarga itu, kerajaan negeri juga perlu melihat keperluan 1.5 juta penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

"Dalam aspek ini, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tanah itu milik koperasi dan pemaju. Suka tak suka, kena akur terhadap keputusan undang-undang sungguhpun penduduk itu telah tinggal lama di sana," katanya dan menurutnya kerajaan negeri sebelum ini telah berusaha dengan campur tangan politik bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di situ.

Lim menasihatkan pemaju supaya membayar pampasan kepada penduduk terlibat iaitu RM200,000 bagi setiap keluarga seperti yang dipersetujui sebelumnya dan meminta penduduk menerima bayaran itu kerana perintah mahkamah dalam isu itu adalah jelas.

Ketika ditanya tindakan pemaju yang dikatakan tidak mahu membayar pampasan dan penduduk yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari kampung itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan menghalang pemaju daripada memulakan kerja pembinaan di tapak itu tetapi tindakan itu akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri.

"Apa lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri? Hanya dua cara itu sahaja dan seperti penduduk Kampung Buah Pala, kerajaan negeri juga menjadi mangsa dalam kes ini kerana bukan kita yang mulakan isu itu. Jadi, jangan salahkan kerajaan negeri," katanya.

Ditanya mengapa beliau enggan menemui penduduk kampung itu, Lim berkata: "Saya bersedia bertemu dengan penduduk... saya tidak ada masalah untuk berjumpa mereka tetapi setakat ini dua timbalan saya (Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman)dan Timbalan Ketua Menteri II (P.Ramasamy)) telah berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik.

"Jadi saya tidak mahu orang mempersoalkan kebolehan mereka," katanya.

Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan penduduk di kampung itu supaya berpindah.



Isu Ke Manek Urai : Tergugat, UMNO Guna Budaya Gangster

Pemuda UMNO Bukit Katil menggunakan budaya gangsterisme bagi menakut-nakutkan masyarakat dalam memastikan kedudukan Barisan Nasional terjamin.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka Kamaruddin Sedik berkata, budaya berkenaan dilakukan apabila mereka merasa tergugat dengan sambutan orang ramai terhadap Pakatan.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan Pemuda UMNO menggunakan budaya berkenaan kepada Wakil Rakyat Pembangkang sehingga mendatangkan kecederaan.

"Isunya sekarang UMNO rasa tergugat dengan keadaan di Melaka, masalah dihadapi Ali Rustam dan mereka cuba menakut-nakutkan orang dengan wujudkan budaya gangster seperti saya lalui semasa hantar memo kepada Ali Rustam, diserang 40 Pemuda.

"Kawasan yang 'panas' hanya di kawasan Bukit Katil iaitu kawasan Ali Rustam dan Bahagian lain tiada masalah," Katanya ketika mengulas menenai kejadian tindakan ganas Ketua Pemuda UMNO Bukit Katil dan 40 pengikutnya menyerang dan memecahkan peralatan milik Pas dan DAP kelmarin.

Katanya, Pemuda UMNO tidak seharusnya mengambil tindakan membelakangkan undang-undang perlu berani mengambil langkah yang sama membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari pengundi baru.

"Kalau mereka tidak berpuas hati, dalam demokrasi sepatutnya dia juga berlumba-lumba lakukan daftar keahlian atau daftar pemilih. Dia boleh buka meja tetapi masalahnya orang dia tidak bergerak," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata, sebelum kejadian berkenaan terdapat cubaan dari pihak berkenaan yang meminta SPR menghalang langkah yang dibuat DAP dan PAS.

"Sebelum ini saya diberitahu pegawai SPR kita buat di pasar malam ada orang tidak puas hati, Meraka minta SPR halang kami,"katanya.

Katanya, UMNO berasa tergugat kerana kejayan DAP mendapatkan lebih 1000 pendaftar baru dalam tempoh sebulan dan menyedari tren belia kini yang menolak pendekatan BN yang tidak lagi relevan.

"DAP termasuk saya adalah penolong pendaftar secara sah yang dilantik SPR. Tujuan kami adalah ikhlas pergi ke pasar malam untuk membantu rakyat," katanya.

Kelmarin, Pemuda UMNO Bukit Katil bertindak ganas dengan membawa cota menyerang anggota PAS dan DAp yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di sebuah pasar malam sehingga mencederakan seorang wakil rakyat. -TVA



MANEK URAI : Konvoi Bermotor Anak Muda Sokong PAS

Pagi tadi telah berlangsungnya program konvoi bermotor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang dihadir hampir golongan besarnya adalah dikalangan anak muda.

Hampir lebih 300 pemuda menyertai program tersebut. Setiap Unit Peti Undi(UPU) telah menghantar seramai 30 orang peserta yang usianya mencecah 21 tahun ke atas dan mereka termasuk dari kelab kereta nasional, motosikal klasik dan motosikal berkuasa tinggi.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau percaya dan yakin bahawa golongan muda hanya mahukan PAS dan Pakatan Rakyat mengembalikan kegemilangan negara setelah dihancurkan oleh BN dengan pelbagai penyelewengan.

Tambah beliau lagi, dengan melihat kehadiran anak muda yang begitu ramai pada pagi tadi, ini menunjukkan bahawa golongan beliau lebih yakin dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Walaupun BN menyembunyikan segala kepincangan yang berlaku namun rakyat terutamanya golongan belia mudah menghidu kerana teknologi maklumat sekarang semakin canggih," katanya.

Konvoi bermotor tersebut melalui Kampung Peria, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Laloh dan berakhir di Manek Urai.

Turut hadir di program tersebut adalah calon PAS DUN Manek Urai iaitu Saudara Fauzi Abdullah. - prkn41


Anak Beranak Musa Hassan Berkampung Di Manek Urai?

Manek Urai kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan.

Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno.

Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan.

Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir.

Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya.

Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. -wfauzdin

NIZAR ZAMBRY - Zambry Umpan ADUN PR Setelah Gagal Tawan Rakyat

Setelah gagal menangani bantahan rakyat Perak terhadap rampasan kuasa di negeri itu, Menteri Besar Zambry kadir dari UMNO kini menggunakan taktik baru meraih sokongan orang ramai.

Beliau cuba pula untuk mengumpan kerjasama Pakatan Rakyat dengan menawarkan adun mereka pelbagai jawatan namun usaha itu gagal.

Zambry melantik 4 adun daripada gagasan pakatan itu sebagai ahli jawatankuasa kerajaan negeri Perak bersabit urusan Dewan Undangan Negeri.

Namun pemimpin UMNO itu sekali lagi membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri dalam menawarkan jawatan itu kepada empat adun berkenaan.

"Pakatan Rakyat Menyoalkan Secara Rasmi tentang lantikan itu dibuat tidak sah, dan tidak sebarang asas undang-undang. Lantikan ini juga secara paksaan dan tidak sebarang setuju dari adun-adun keempat-empatnya." Kata Nga Kor Ming.

Zambry melantik Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim bin Abdullah dari PAS ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Negeri Perak. Manakala Adun Pokok Asam, Yee Sue Kai dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang, Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Tiow pula diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak serta Adun Changkat Jong, Haji Mohd Anuar Sudin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri perak.

Keempat- empat mereka menolak perlantikan itu kerana tidak ada sebaran usul bersabit perkara berkenaan dibentangkan pada sidang DUN 7 Mei lalu.

Malah sidang itu dipergunakan oleh UMNO untuk mengarahkan polis bertindak secara kekerasan untuk menyingkir speaker V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon sendiri untuk menggantikan Sivakumar.

Usaha terbaru Zambry membeli sokongan daripada adun Pakatan Rakyat hanya mencerminkan keadaan terdesak UMNO- BN Perak dalam berdepan dengan bantahan lantang rakyat yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihanraya negeri diadakan semula. -TVA


ISU MANEK URAI : Mahathir Dakwa Najib Perkenalkan Liberalisasi Untuk Jadi Popular

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.

Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata.

Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir.

Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi.

Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu. -sk


Nizar vs Zambry : Perak Semakin Getir

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu… Nizar Boneka DAP… blah.. blah.. blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak… tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan… konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan… walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut.. Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa… Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak.. Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur… RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat… tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan… kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka.. iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno… sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang… sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians. - Perakexpress

Peguam Sakit, Kes Anwar Tangguh

Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi semalam untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan.

Peguambela Sulaiman Abdullah memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu.

"Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman.

Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan.

Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat.

Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan.

Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.

ISU KE MANEK URAI : Babi Bertukar Menjadi Emas Di Kedah

Setelah heboh dalam seminggu ini hal babi di Kedah, Bernama melaporkan penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di sini, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

Tinjauan Bernama mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.

"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.

Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.

"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.

Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut, berkata ini adalah kali pertama laporan emas dijumpai di kampung itu.

"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.