8 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : DAP Minta Penjelasan Hadi

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta PAS memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penjelasan itu penting kerana DAP tidak pernah dimaklumkan atau bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang antaranya memerlukan kerjasama dengan Umno.

"PAS kena beri penjelasan berhubung perkara itu dan setahu saya ia tidak pernah dipersetujui, malah PAS tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang lepas.

"Apa kerajaan perpaduan yang PAS maksudkan? Sehubungan itu, mereka kena jawab dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua MPPP yang baru, Tan Cheng Chui di sini, hari ini.

Katanya, mesyuarat itu dijangka diadakan dalam masa terdekat iaitu semasa persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS Ke55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.



Najib Altantuya Kata Harga Minyak Akan Dinaikkan Semula

Peningkatan harga minyak berikutnya sudahpun bermula dengan permintaan akan terus meningkat dan industri minyak dan gas semasa tidak dapat memenuhi semua kehendak tambahan tanpa pelaburan baru, kata Royal Dutch Shell Plc. demikian lapor Bernama.

Menjelang 2050, penduduk di dunia akan meningkat kepada enam bilion dan sembilan bilion dan ini bermakna lebih banyak penggunaan tenaga, terutama di dunia bahagian ini, kata Ketua Eksekutif Royal Dutch Shell Plc, Jeroen Van Der Veer.

"Jadi, kita berasakan sebagai satu falsafah yang baik untuk menjadi pelabur yang besar (sekaraang ini) dan menambah ia mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina loji gas asli atau kilang penapis.

"Bagaimanapun sukar diramal sejauh mana kenaikan harga minyak memandangkan tiada siapa yang mengetahui bila kemelesetan akan berakhir," katanya pada Persidangan Mintak dan Gas Asia Ke14 di sini hari ini.

"Kita tidak tahun sama ada akan berkembang perlahan keluar daripada kemelesetan, kita tidak tahun apa yang akan dilakukan oleh OPEC (Pertubuhan Negara-Nnegara Pengeskport Petroleum) dan kita tidak mengetahui mengenai kecekapan tenaga, sejauh mana tabiat pengguna akan berubah," katanya.

"Kita (juga) tidak mengetahui apakah harga patut bagi minyak, memandangkan pada asasnya ia berdasarkan permintaan dan jangkaan bekalan, dan bukan berdasarkan jumlah sebenar," katanya.

Senario jangkaan permintaan dan pasaran dilihat dalam pasaran derivatif, dan keduadua pihak mempunyai ketidaktentuan yang besar, menyebabkan harga turun naik.

Harga minyak mentah turun lebih 60 peratus berbanding setinggi AS$147 setong pada Julai 2008 kepada bawah AS$35 setong pada awal 2009, namun ia meningkat semula kepada AS$70 setong pada masa ini.

Van der Veer yang akan bersara bulan depan selepas berkhidmat dalam syarikat itu selama 38 tahun berkata, industri itu tidak mempunyai pilihan antara tenaga boleh diperbaharui dan bahan bakar fosil kerana "kita memerlukan semuanya".

Menjelang 2050, 30 peratus daripada permintaan mendapatkan tenaga akan dipenuhi oleh tenaga diperbaharui tetapi sebahagian besarnya atau 70 peratus akan terus terdiri daripada bahan api fosil. Dalam jangka panjang, tenaga tidak akan diperoleh dengan murah," katanya.

Mengenai unjuran bagi gas, van der Veer berkata ia baik dan mencukupi, bukan hanya di Timur Jauh, malah di Asia.



PAS UMNO: BARU JADI TIMBALAN PRESIDEN SUDAH BERANI KURANG AJAR KEPADA MURSYIDUL AM

Kata Tok Iskandar : Pesuruhjaya PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata, ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas. Bila ditanya, beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.

Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru. Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok, dalam hirarki kepimpinan PAS, Mursyidul Am, TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri. Persoalannya, agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.

Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja. Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.

Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan. Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily. Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO. Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan. Menurut sumber dalam UMNO sendiri, kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.

Jika berlaku, mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangan pengikutnya di parlimen. Pada pandangan peribadi tok, eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.

Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz. Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu. Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini. Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami. - pemudakemehe1


PAS UMNO : KERAJAAN PERPADUAN? BOLEH BLAH

Usul Presiden Pas TG Hj Hadi mencetuskan isu panas terutama di dalam PAS sendiri. Jelas pertembungan antara TGHH dan TGNA. PAS dibawah TGHH sentiasa membelakangkan perasaan PKR dan DAP. Sudah terlalu yakinkah PAS boleh berdiri sendiri?

Apakah perlunya berurusan dengan UBN sedangkan matlamat PR untuk membenamkan BN itu sendiri. Apakah rasionalnya cadangan tersebut!! PAS masih tidak matang di kalangan pemimpin utamanya berbanding golongan akar umbi yang lebih peka dan sensitif menjaga perasaan PKR dan DAP. Mengapa Anwar berdiam diri... ini jelas menunjukkan kematangan politikus yang berpengalaman dengan adu domba UBN.

Janganlah kerana rakus dengan kuasa yang baru sejengkal sudah merasa gagah perkasa tak tentu hala. Jantan sangatkah PAS untuk keluar dari PR?Layakkah PAS 'menawarkan diri' untuk memimpin PR. Terengganu pun terlepas masih tidak mengambil iktibar. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasa pun sudah berani menyindir TGNA.

Kalaulah PAS golongan pro TGHH dan Ustaz Nasa ingin menunjukkan kuasa semoleknya berterus teranglah keluar dengan PR. Inilah lebih baik dari menikam dari belakang. Biarlah pro TGNA dan Husam keluar PAS masuk PKR ker atau tubuh parti lain yang bergabung dengan PR. Ir. Nizar lebih serasi dengan TGNA dan Anwar pada pendapat teman.

Ini satu cara mengajar agar jangan bertindak sendirian setelah berjanji bersama PR melawan UBN kini seolah memberi nafas kepada UBN. . Sepatutnya peluang yang terbuka luas ini di gunakan membenam UBN seberapa segera. TGHH and The Gang adalah duri dalam daging buat PR.. - TBO


PAS UMNO : PRO HADI DAN NASYA PASTI GEMBIRA DGN BERITA INI

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno mencadangkan muzakarah Umno-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telahpun selesai.

"Bagi Pemuda Umno, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua," tulis Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Menurutnya, muzakarah seumpama itu menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak.

"Sehubungan itu, Umno-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan bersangka baik bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara.

"Umno-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya," tulis Khairy.

Dari itu, beliau menegaskan bahawa Umno tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan 'kerajaan perpaduan' hasil muzakarah yang dijalankan.

"Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan Umno - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat.

"Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia.

"Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak.

"Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

"Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda Umno berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah," katanya.

Kerajaan Perpaduan UMNO Bertambah Kuat Pakatan Rakyat Bertambah Lemah

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas.

Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP.

Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan, muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah.

Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita?

Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan.

Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita. -wfauzdin


Kelab Penyokong PAS dan Muslimat Tentang Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO

Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sunguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.

Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 hari ini.

Wakil Dewan Muslimat, Siti Zailah Yusof (timbalan ketua Dewan Muslimat) berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.

"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.
Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapannya juga membuat permohonan yang sama iaitu meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.

Bagi beliau, rundingan sulit antara pemimpin PAS dengan Umno merunsingkan KPP.

"Ahli KPP bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan betul," katanya. - siasahdaily


Kerajaan Perpaduan .. UMNO Tak Der Masalah..

Apakah tanda aras atau kayu pengukur sesuatu tindakan PAS menguntungkan atau merugikan UMNO?

Jawapannya amat mudah. Budak-budak PASTI pun tahu menjawapnya.

Apa yang UMNO tidak setuju dengan PAS, itulah perkara yang baik yang merugikan UMNO. Apa yang UMNO setuju dengan PAS, itulah perkara yang boleh menguntungkan mereka samada jangka pendek mahupun panjang.

PAS MAHUkan pembubaran DUN Perak, UMNO TIDAK MAHU kerana mereka tahu itu perkara yang merugikan mereka.
PAS MAHU melaksanakan hudud serta menghapuskan segala kemungkaran, UMNO TIDAK MAHU kerana mengganggu 'life-style' mereka.
PAS MAHUkan PPSMI dihapuskan, UMNO TIDAK MAHU kerana kroni banyak dapat 'masyok'.

PAS MAHUkan Kerajaan Perpaduan, UMNO MAHU dan bersedia kerana itu menguntungkan mereka samada jangka pendek atau panjang. - al-brangi

HADI DAN UMNO : ANTARA DULU DAN SEKARANG

Berikut ialah kata-kata keramat seorang pemimpin tertinggi PAS yang semua orang telah mendengar dan mengetahuinya.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Perkataan sekarang : Oleh itulah kita cuba berkawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Perkataan sekarang: Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati berkawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka

Perkataan sekarang: Jika mereka mahu atau tidak mahu kepada Islam kitalah yang perlu pergi kepada mereka, bukan mereka datang kepada kita!


TGNA: UMNO SAMSENG POLITIK

SSaya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Datuk Seri Nik Aziz Kata:

“There is no need to talk to Umno about all this unity government nonsense, it is rubbish,”

“Those who speak of co-operation with Umno are definitely oblivious to its cruelty and we in Kelantan know this,”

“Umno is evil. The Umno-led federal government talks of 1 Malaysia but they instructed their officers not to co-operate with those who work with the PAS Kelantan government. This is Umno,”

“We must obliterate them once and for all. Rid this earth of their kind,”


“Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat,”

“Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh,”

“Umno adalah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan,”

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”


Saya kata:

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Saya sebagai pengundi dari Bukit Gantang telah mengundi Datuk Seri Nizar kerana beliau mengamalkan polisi yang saksama dan tidak mengira kaum di Negeri Perak!

Saya percaya inilah sebab hampir 80% Pengundi Cina yang mengundi PAS pada pilihan raya kecil yang lepas.

Setakat ini, kawan saya yang mengundi PAS pada pilihan raya yang lepas telah tertanya-tanya sama ada mereka telah mengundi parti yang salah?

Mungkin petikan ini akan menyinggung perasaan penyokong PAS, namum untuk kebaikan Pakatan Rakyat, saya tidak teragak-agak menyuarakan pendapat saya ini!

Saya sangat berharap PAS tidak mengkhinati saya yang sudah dua kali mengundi PAS!

Saya akan menulis satu blogpost yang lebih mendalam lagi tidak lama lagi.

Sekian Terima Kasih -gomalaysian

PAS MASIH PILIH TIMBALAN YANG NAK KE UMNO

Buat masa ini teman masih kekal tidak menyokong UMNO dan sekutunya. Teman akan mengundi sape sahaja yang lawan UMNO. Teman masih mangkah PR walaupun ada mende2 dalam PR yang teman tak berapa nak suka. Bagi teman tunjang PR ialah PAS. Walau bagaimanapun PAS tetap memerlukan PKR dan DAP.

Sebagai rakyat marhaen yang tidak begitu taksub atau teruja dengan mana2 parti dalam PR, teman mahu melihat kerjasama yang lebih erat antara PAS, PKR dan DAP. Tetapi adakah wujud organisasi PR di peringkat parlimen? Wujudkah PR Parlimen Kuala Kangsar? Wujudkah PR Parlimen Parit? Yang pasti teman berpersepsi yang PAS dengan cara PASnya dan PKR dengan cara PKRnya. Mampuih kome.

Teman tak nak menyentuh populasi pengundi di bandar. Melayu bandar majoriti bersama PR. Teman hanya nak menyentuh tentang populasi pengundi Melayu di kampung2. Teman mengundi di parlimen Kuala Kangsar dan DUN Manong. Kedua2 kerusi ini ditandingi oleh PAS. Tetapi teman tetap undi PAS walaupun teman ada juga getik pada PAS.

PAS baru sahaja bermuktamar. Hebat PAS ini. Perwakilan telah memilih pemimpin mereka untuk mengemudi PAS. Tetapi tahukah pemimpin PAS bahawa kebanyakan perwakilan itu tidak berjaya mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat kampung. Mereka masih berlatar elit yang lebih banyak bercakap daripada mendengar atau bekerja. Mereka akan segera menyampuk percakapan pak long dan mak ngah sehingga pak long dan mak ngah tidak mahu bercakap lagi. Lebih baik bercakap dengan pimpinan UMNO walaupun apahpun tak dapat. Sekurang2nya dapat juga bercakap panjang lebar. Jadiler.

Apa yang pimpinan PAS kawasan telah buat pada pengundi muda dan tua? Takkan ceramah jer? Tak bolehker markas PAS menyedia dan menganjurkan karoeke? Tapi awal2 lagi ustaz PAS kata haram. Maklumlah yang pimpin PAS dari yang nombor satu sampai ke bawah semuanya berstatus ustaz dan ustazah. Lepas tu marah dan heran ngapeler payah bebenor nak ajak orang ramai datang nengar ceramah. Karang bila dikatakan yang otak pimpinan PAS ni tak berkembang, menyinga pulak. Sebab ituler perwakilan PASpun masih sama dengan katak bawah tempurung.

Satu lagi, pimpinan PAS ini suka sangat memperkecilkan kawan. Sebab ituler teman tidak heran jikalau pimpinan PKR macam kekura. Nampak jer orang PAS, sorok kepala. Malu dan rasa rendah diri. Maklumlah PAS kata dia kuat. PAS ramai calon. PAS banyak jentera. Yang lompat tu pulak exco PKR. Senang citer PAS tak mahu berkompromi dengan PKR. Bukti yang PAS tak sedia kompromi ialah PAS tidak mengusahakan pewujudan organisasi PR peringkat parlimen. PAS nak jadi ketua jer, tapi tak gheti nak hidupkan jawatan ketuanye. Kalo ikut hati teman, ketua cawangan UMNO sebenornye lebih pandai mengambil hati anak buahnya berbanding ketua cawangan PAS.

Dalam bab2 agama memangler PAS di depan. Tapi dalam bab menyentuh hati masyarakat, PAS masih ketinggalan. PAS kena banyak belajor, tapi PAS masih buat2 pandai. PAS ini nak merintah ker tak nak? Kalo nak merintah, janganler lepaskan ruang dan peluang. Tapi perwakilan PAS yang majortinya ustaz telah melepaskan peluang dengan masih memilih timbalan yang telah gagal menarik sokongan marhaen macam teman ni. Ingat, teman mangkah PAS bukan kerana teman sokong PAS. Teman mangkah PAS kerana teman getik bebenor dengan UMNO. Tak ikhlas rupanya teman mangkah PAS. Sebab itu agaknya PAS tak menang ..

PASpun tamak, hakap dan gelojoh. Tak caye? Tepuk dada. -dango mamamat