30 Mac 2009

BUKIT GANTANG : Zambry Dedahkan Sendiri UMNO Mempolitikkan Masjid

Kkenyataan Menteri Besar BN Perak Zamry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah, sedangkan ketika itu adalah majlis anjuran BN mendedahkan hakikat bahawa UMNO - BN telah mempolitikkan masjid untuk kepentingan parti mereka.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali yang menegaskan, imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jwapan Mustafa sekaligus menolak dakwaan bahawa menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam.

"Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib.

"Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata dalam sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini.

Masjid sepatutnya boleh digunakan oleh sesiapa juga tanpa mengira parti. Sebarang penganjuran aktiviti oleh parti politik jelas bermotifkan politik.

Masyarakat Islam di seluruh negara juga mempertikaikan kenyataan Zambry yang mendedahkan isu tersebut untuk tujuan memburukkan Nizar sedangkan akhirnya beliau sendiri yang mendapat kesan buruknya.

"Ini kerana di dalam soal ibadat, kita tidak sepatutnya mempertikaikan mengapa Nizar jadi imam dan sebagainya jika niat solat kita adalah kerana Allah Taala," jelas seorang imam yang ditanya mengenai isu berkenaan.

"Beliau sepatutnya bersikap terbuka di dalam hal tersebut kerana di kebanyakan masjid seluruh negara kebanyakannya rakyat dipaksa untuk menerima imam dari kalangan UMNO, tak pula ahli-ahli PAS memberontak macam Zambry," tambahnya.



BUKIT SELAMBAU : Tindakan Kalai Bubar PKR Silap

Kalaivanar yang mengisytiharkan keluar dari PKR dan kemudian membubarkan PKR Bahagian Jerai dilihat oleh pemerhati politik sebagai seorang yang mempunyai kepentingan diri di dalam perjuangannya di dalam PKR selama ini.

Beliau kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau 7 April ini. Kempen bermula selepas penamaan calon semalam.

Beliau dikatakan telah sejak dari mula melobi untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau apabila ia diumumkan kosong. Beliau mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan dari akar umbi. Namun pemimpin Hindraf tidak menerima Kalai sebagai pemimpin yang perlu dipilih di dalam pilihanraya Bukit Selambau.

Kalaivanar pernah diberi peluang untuk bertanding di dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 di N22 Gurun yang komposisi masyarakatnya hampir sama dengan Bukit Selambau. Namun Kalai telah tewas pada PRU12 di tangan calon MCA - BN, Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. Pada tahun 2004 Kalai tewas pada Beh Heng Seong dengan majoriti 7,071.

Justeru itu masyarakat India Bukit Selambau menolak kritikan Kalaivanar yang telah menghalakan serangannya kepada pimpinan PKR lantaran tidak terpilih sebagai calon. Dakwaan beliau menyatakan bahawa semua ahli PKR Bahagian Jerai mengikuti jejak langkahnya untuk keluar parti dan menyokong calon selain dari PKR jelas membuktikan kenyataannya itu tidak betul lantaran ahli-ahli parti adalah dari cawangan-cawangan dan bukan bahagian.

Malah terdapat masyarakat India gembira dengan tindakan Kalai tersebut kerana bagi mereka tidak wajar bagi Kalai yang berusia 45 tahun itu gopoh di dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil rakyat apatah lagi exco, satu jawatan yang menjadi idamannya jika terpilih sebagai ADUN. Beliau disifatkan duri dalam daging selama ini di dalam PKR.

Beliau juga tidak dilihat sebagai seorang ahli politik yang jujur dan masyarakat India sendiri merasakan tindakan Kalai tidak akan mempengaruhi lansung pengundi-pengundi Bukit Selambau kerana menurut mereka .. "semua orang kenal lah siapa itu Kalai.. sangat baik PKR tak pilih dia sekarang baru nampak siapa dia sebenar," kata seorang ahli PKR berketurunan India dari Bukit Selambau.


BUKIT GANTANG : Rakyat Perak Tangkis Hujah Muhyiddin Berkenaan Referendum

Pengundi di ketiga-tiga pilihanraya kecil khususnya di Bukit Gantang menolak saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara” penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.

"Jika tidak mahu menjadikan pilihanraya kecil yang belaku kini sebagai referendum, maka bubarkan dewan undangan negeri Perak dan laksanakan segera pilihanraya bagi negeri Perak," bentak seorang warga Perak yang berang dengan kenyataan Muhyiddin tersebut.

"Kemelut yang berlaku di Perak berpunca dari UMNO-BN, sebab itu UMNO-BN perlu bertanggungjawab mengenainya. Setelah merompak sebuah kerajaan negeri, kini anda cuba nak mengajar rakyat serta menghalang rakyat untuk menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai pungutan suara terhadap apa yang telah pemimpin nombor satu UMNO telah lakukan," tambahnya.

Rata-rata pemerhati politik berpendapat bahawa rakyat tetap akan menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai satu referendum terhadap kepimpinan Najib.

Najib dilihat sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membawa UMNO-BN berkuasa di Perak dengan cara yang paling tidak bermaruah. Setelah itu kecut dan takut untuk berdepan dengan rakyat setelah didesak mengadakan pilihanraya.

"Bawa Najib ke Perak. Beliau telah ganyang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Sekarang giliran rakyat mengganyang UMNO-BN secukup-cukupnya," ujarnya lagi.




BATANG AI : Langkah Johnny Chuat Bunuh Harapan BN

Sarawak merupakan antara negeri yang terkaya di Malaysia. Kaya dari segi hasil buminya seperti minyak, balak, hasil perladangan dan komoditi.

Justeru hasil bumi yang banyak ini mendorong setiap orang yang mahu menggelar mereka sebagai pemimpin berlumba-lumba untuk memimpin negeri ini tanpa mengira kaum. Akhirnya, kaum yang berhasil pada mulanya adalah dari kaum Iban - Stephen Kalong Ningkan. Malangnya beliau ditumbangkan melalui "krisis perlembagaan".

Zaman "kegelapan" bagi Dayak bermula setelah anak buah Tun Rahman Yaakob, Pehin Sri Taib Mahmud memegang tampuk kerajaan Sarawak dari awal 1980-an sampai sekarang.

Pemimpin Dayak terkial-kial tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berjaya menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak sahaja.

Peristiwa MING COURT adalah percubaan Dayak untuk cuba "merampas" tampuk pemerintahan Sarawak. Sokongan pada masa itu kedengarannya sangat kuat dan padu dari kaum Dayak. Malangnnya "ayam sabung" yang hendak diketengahkan oleh masyarakat Dayak iaitu kaum majoriti di Sarawak tak mahu "berlaga" kerana TAKUT.

Entah apa yang ditakutkan. Mungkin periuk nasi dan jawatan. Dengan takutnya "ayam sabung" Dayak menyebabkan pihak yang memerintah Sarawak telah melakukan satu perancangan teliti untuk mengabui mata Rakyat Sarawak agar kebangkitan Dayak sekuat ini tidak timbul lagi.

Maka tercetus satu ketika - zaman hingusan saya ketika itu - pertembungan PERMAS dan BN. Permas diketuai oleh Tun Rahman Yakub dan BN sudah tentu diketuai oleh Taib Mahmud. Pertembungan ini saya anggap sebagai satu lakonan pihak tertentu bagi mengabui mata rakyat Sarawak terutamanya Dayak majoriti. Inilah yang dikatakan pecah dan perintah.

Maka terbahagilah sokongan Dayak kepada Tun Rahman dan Taib Mahmud. Walau bagaimanapun Taib Mahmud tetap menang. Selagi teori pecah dan perintah ini berlaku, selagi itulah rakyat minoriti ini akan memerintah Sarawak. Dayak?? Terus terkial-kial lagi.

Episod lakonan pihak yang menggunakan dasar pecah dan perintah ini kelihatan menuju penghujungnya apabila hari jadi yang satu pihak lagi beberapa tahun lepas. Tetapi belum berakhir lagi kerana Taib Mahmub masih berkuasa dan sangat berusaha untuk mancari pengganti - mungkin dari "kaum keluarganya" atau sekurang-kurang - PROXYnya.


Semalam di pusat penamaan calon Lubuk Antu, selepas pengumuman Johhny Chuat, graduan University Charleton menarik diri dari bertanding, PRK Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Jawah Gerang (PKR) dengan Malcolm Mussen Lamoh (BN) ia persis menjnjikan satu episod kegembiraan untuk masyarakat Dayak.

Johnny Chuat pada saat-saat akhir tidak mengemukankan borang pencalonannya malah membuat kejutan apabila meminta pengundi Batang Ai memberikan sokongan kepada Jawah Gerang, calon PKR di dalam pilihanraya 7 April 2009 ini.

Kisah itu terlalu pahit dan perit untuk diterima oleh Barisan Nasional Sarawak yang mengharapkan kehadiran Johnny Chuat bakal memecahkan undi kaum Iban. Ini kerana pengaruh kuat Johnny Chuat, seorang wartawan bagi sebuah majalah terkemuka kaum Iban di Sarawak.

Desmond Sating yang dilaporkan akan menjadi calon bebas juga tidak menjadi kenyataan.

Pemerhati politik meletakkan Jawah Gerang sebagai underdog di dalam pilihanraya kecil Batang Ai ini.

Namun yang jelas semalam sewaktu penamaan calon berlansung semalam amat mengejutkan semua pihak ialah perarakan besar dari sekalian rakyat berbilang kaum di Lubuk Antu masing-masing megah dengan kibaran bendera PKR. Ada yang menyatakan mereka belum pernah menyaksikan hal yang seumpama itu berlaku sekalipun di dalam peristiwa Ming Court.

Biasanya kehadiran pembangkang adalah kecil. Namun kali ini jelas berbeza. Setiap rakyat Sarawak bukan sahaja di Lubuk Antu dan Batang Ai, semuanya inginkan PERUBAHAN.

ISU KE BUKIT GANTANG : Ahli PEKIDA Dihukum Gantung

Seorang ahli Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh seorang lelaki Bajau pada 2003.

Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Irwan Amat, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya buktikan tuduhan membunuh melampaui keraguan munasabah

Irwan, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing.




Bukan ke yang bersongkok tinggi di Bukit Gantang tempoh hari ketua kumpulan Pekida?

BUKIT GANTANG : Isu DVD Bakal Musnahkan BN

Rakyat Perak sedang menyaksikan satu siri kezaliman polis yang diperalatkan oleh UMNO-BN untuk mengganyang Pakatan Rakyat.

Terbaru, ADUN Pakatan Rakyat, dari parti DAP, Ong Boon Piaw ditahan di Dewan Chin Woo, Ipoh. beliau ditiduh mengedarkan pita rakaman DVD Dokumentari dan Penerangan mengenai Pokok Demokrasi selepas majlis perasmian DVD Dokumentari tersebut.

Beliau ditahan dan dibawa ke IPD Pekan Baru untuk soal siasat.

Sekalipun polis nampaknya tidak serik-serik menggunakan kuasa untuk menekan Pakatan Rakyat, namun itu adalah petanda bahawa UMNO-BN di Perak akan cepat menuju kehancurannya.

Tidak ada apa yang lucah, yang perkauman dan yang sensitif di dalam DVD berkenaan. Ia sekadar memaparkan secara naratif mengenai isu Pokok Demokrasi yang mencetuskan kontroversi apabila krisis politik Perak semakin membara ekoran rampasan kuasa oleh Najib.

Ia adalah rakaman pahit getir kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terpaksa bersidang di bawah pokok apabila hak menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di dalam bangunan Perak Darul-Ridhwan telah dikepung dan dinafikan.

Tindakan zalim polis dari awal sehingga akhir krisis politik Perak ini akan tetap menjadi bahan untuk rakyat menilai kerajaan haram UMNO-BN yang belum lagi menerima sebarang legitimasi kehadirannya oleh undang-undang.





BUKIT SELAMBAU : BN Bernafas Dalam Lumpur

Seperti yang diketahui Bukit Selambau menempa sejarah apabila 15 calon termasuk wakil Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar di sahkan bertanding pada pilihanraya kecil kerusi dewan undangan negeri kawasan itu.

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional membanjiri pusat penamaaan calon di Sekolah menengah Teknik Sungei Petani untuk memberi sokongan kepada Manikumar dan calon BN, Datuk S.Ganesan.

13 calon bebas turut membawa penyokong masing-masing dan menukar wajah sungai Petani menjadi lautan bendera dan pemidang pelbagai warna dengan mesej berlainan.


Polis anti rusuhan mengadakan kawasan ketat. Beberapa kejadian tegang dilaporkan antara penyokong MIC dan Pakatan Rakyat namun tidak ada tangkapan di buat.

Datuk Ganesan memikul harapan MIC untuk memberi suntikan baru kepada parti itu dan nasib Presidennya Datuk Seri S. samy Vellu yang kalah teruk pada pilihanraya umum lalu .

Parti dan pemimpin itu dilihat sebagai gagal membela kaum India daripada pelbagai penindasan.

Tidak ada yang banyak berubah sejak pilihanraya umum lalu kecuali Samy Vellu baru disahkan sebagai presiden MIC untuk satu lagi penggal.

Ganesan yang diiringi oleh Samy Vellu dan pemimpin barisan nasional lain adalah calon pertama mengemukakan borang pencalonan.

Calon Parti Keadilan Rakyat S.Manikumar turut berbuat demikian .

Manikumar diiringi ke pusat penamaan ini oleh ribuan penyokong termasuk Naib presiden parti keadilan, azmin ali, menteri besar kedah datuk seri azizan abdul razak dan pemimpin lain dari pakatan rakyat.

Manikumar mewakili barisan kepimpinan pakatan rakyat yang membela kebajikan rakyat merentasi pembezaan kaum.

Jika menang pada 7 april, Manikumar dalam kedudukan paling baik untuk berbuat demikian kerana beliau akan dipilih menjadi ahli EXCO kerajaan negeri Pakatan rakyat di kedah.

13 calon bebas menawarkan diri untuk menjadi adun baru bukit selambau tetapi sesetengah daripada mereka dikhuatiri di taja pihak tertentu.

Calon bebas yang bertanding ialah L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Persoalan awal pada pilihanraya kecil ini ialah samada kehadiran begitu ramai calon bebas akan mengekang peluang Keadilan untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau.


Nizar Jelaskan Isu ‘Rampas Masjid’

Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbandaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.


UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman!
Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.



Penjelasan Ust Misbahul Munir

Kempen pilihanraya sudah mulai rancak, masing-masing calon sudah pasti akan guna kesempatan terbaik untuk bertemu rakyat. Tidak ketinggalan masjid juga tempat terbaik bertemu dengan rakyat. Tidak ada apa salahnya baik calon PAS mahupun calon BN menggunakannya bagi memperkenalkan diri kepada rakyat.

Semalam, calon PAS bertembung dengan calon BN di masjid Simpang. Sebagaimana amalan biasa sebelum ini, apabila Hj Nizar berjamaah di mana-mana masjid di Perak, Imam bertugas ketika itu akan memberi peluang kepada Hj Nizar menjadi imam dan memberi sedikit tazkirah. Peluang ini juga diberikan oleh imam bertugas untuk Hj Nizar mengimami solat. Dan Hj Nizar tampil ke hadapan mengimami solat yang makmumnya calon BN, Tim. Presiden UMNO yang baru, Zambry Kadir dan lain-lain ahli Jamaah.

Setelah selesai wirid dan doa, UMNO pula menganjurkan Solat Hajat yang diimami oleh Imam mereka sendiri. Dan Hj Nizar turut menjadi makmum tanpa sebarang masalah. Selepas itu, Imam bertugas ingin memberi peluang Hj Nizar memberi sedikit tazkirah untuk memberi tafsiran ayat yang dibaca dalam rakaat pertama, tetapi dibantah oleh UMNO yang ada di masjid tersebut, demi menjaga keharmanonian, Hj Nizar tidak bangun memberi tazkirah sebaliknya bersetuju sama-sama membaca Yaasin sehinggalah selesai.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Zambry dalam kenyataan akhbarnya yang kononnya Hj Nizar merampas tugas Imam adalah tidak betul. Hj Nizar mengimami solat kerana diminta oleh Imam bertugas, dan beliau juga menjadi makmum solat Hajat anjuran UMNO yang diimami oleh Imam UMNO. Hj Nizar tidak memberi tazkirah setelah diberi peluang oleh Imam bertugas kerana menghormati bantahan dari UMNO. Ini cerita yang sebenar. Pada saya sepatutnya dua-dua diberi peluang jadi Imam, Maghrib Hj Nizar jadi Imam, Isya' Ismail Shafian pula jadi Imam. Begitu juga tazkirah, lepas Hj Nizar bagi tazkirah, bagi peluang pula Ismail Shafian beri tazkirah. pendengar nilai sendiri tazkirah yang disampaikan. Itu baru demokrasi namanya.



KEMENANGAN KHAIRY - TERTIKAMNYA AKAR UMBI PEMUDA UMNO

Pertandingan yang lebih banyak meninggalkan persoalan dihati ahli-ahli akar umbi UMNO, dan kemarahan yang begitu membara. Itulah pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berakhir semalam dengan kemenangan yang tidak diduga oleh Khairy Jamaluddin, calon yang tidak mendapat tempat dihati majoriti akar umbi, tetapi dipilih juga oleh ketua-ketua Pemuda bahagian dan perwakilan pemuda bahagian.

Tahniah kita ucapkan, bukan kepada KJ yang begitu aktif menjdi dermawan ketika kempennya, tetapi kepada perwakilan-perwakilan dan ketua-ketua pemuda yang mungkin terlalu kenyang sehingga mata terlalu layu untuk melihat siapa yang mereka undi di atas borang undi mereka.

Dari segi pengiraan, kita juga dapat melihat populariti KJ yang begitu melambung dengan setiap kali pengiraan semula dibuat. Hmm, majoriti KJ naik hanya selepas pengiraan semula dibuat berulang kali.



Apa yang nyata disini, pihak KP dan perwakilan bahagian telah memenuhi tugas dan janji mereka untuk membawa kata dan kepercayaan pihak akar-umbi yang melantik mereka. Kami boleh ingat lagi, begitu sayunya calon-calon yang bertanding untuk jawatan dan perwakilan ketika mesyuarat bahagian dijalankan. Ada yang sanggup meredah bendang, banjir dan (adakalanya) kawasan kubur waktu malam demi mendapatkan sokongan-sokongan yang diperlukan dari akar umbi untuk memenangi jawatan-jawatan tersebut. Semua berdiri gagah, berikrar dan berjanji akan setia mewakili apa kehendak akar-umbi.

Kata-kata pesanan dari akar umbi dijadikan amanat pemegang-pemegang jawatan ini. Sebab itu, kita lihat, siapa yang akar umbi calonkan sebagai Ketua Pemuda, mereka sebagai perwakilan akan memastikan calon itu akan diundi dan Insya'Allah, akan menang. Jika tidak percaya, tanya perwakilan-perwakilan Pemuda Alor Setar, Sungai Petani dan Kuala Kedah. Akar umbi calonkan Datuk Mukhriz, dan mereka undi... well, mungkin sebab tu cawangan Tok Pasai dan Sri Pantai isytihar pembubaran kedua-dua cawangan Pemuda tersebut.

Menyedihkan bagi akar-umbi pemuda UMNO, selepas mendengar kemenangan khairy semalam, mereka semua mendapati di belakang mereka terpacak sebilah pisau/parang/sesuatu-tajam-tapi-bukan-dari-anwar-ibrahim. Ya, mereka telah ditikam belakang oleh bukan orang lain, tapi oleh mereka yang diberi kepercayaan oleh mereka sendiri.

Dengan tragedi kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda, Pemuda UMNO Malaysia secara sah hilang kehormatan dan relevannya, kerana ianya kini dipegang oleh seorang yang didapati bersalah dalam politik wang tetapi masih boleh bertanding kerana "ianya bukan kadar yang sama seperti Ali Rustam", walaupun bawah artikel dan kategori yang sama. Sebagai seorang yang ada pengetahuan sikit-sikit, saya dah baca ruling hukuman ke atas KJ. Saya boleh faham 100%, cuma saya tak faham justifikasi yang dibebelkan oleh Lembaga Disiplin yang tak masuk akal langsung. It pays to have friends in the Lembaga Disiplin...and it really pays.

Kini terserah kepada akar-umbi Pemuda UMNO samada mereka menerima dengan hati yang terbakar... ops... terbuka dan menelan sepahit mana yang datang, atau berani berubah dan memohon satu rujukan semula dimana hak memilih Ketua Pemuda UMNO adalah ditangan akar-umbi sendiri untuk memastikan calon yang mereka pilih menerima undi akar-umbi sendiri. Kita dah ikut jalan lama, tapi terlalu ramai yang setia-kat-wang, inilah masa untuk Berani Berubah. Melayu mempunyai banyak masalah yang datang bertubi-tubi semenjak Mac 2008, dan nasib Melayu kini terkontang-kanting, menunggu masa untuk menyembah bumi di pilihanraya umum ke 13, dan dengan kemenangan KJ, mungkin kita tak perlu tunggu pilihanraya ke 13 lagi. Sejak keputusan semalam, kedengaran sebegitu ramai ahli-ahli pemuda UMNO yang mahu keluar dari parti. Tak tahulah berapa kerat yang tinggal apabila pilihanraya datang.

Mungkin kita tak perlu berbuat apa lagi. Track record KJ dan menunjukkan sentuhan Midasnya. Kelantan, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, semuanya berakhir dengan kehancuran calon UMNO disitu. Apabila dia pergi ke Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau, bolehlah calon-calon Barisan Nasional balik rumah, kemaskan pakaian ke dalam bag dan berpindah ke tempat-tempat lain kerana mereka tahu, kehancuran bakal tiba.

Kepada akar-umbi Pemuda UMNO, fikirlah masa depan anda. Apakah yang bakal diwarisi dari kepimpinan seseorang yang tidak tahu memimpin, tidak dihormati dan sombong? Mari kita Berani Berubah, dan menjayakan perubahan, selagi ianya boleh dicapai.

- petikan dari Laman Maya Umno



7 ribu Altantuya Akan Menjelma Di Dua Bukit Mencari Pembunuhnya

Mulai hari ini kira - kira 7,000 topeng eksklusif Altantuya mencari pembunuh akan mula di edarkan di dua bukit.

Hari ini kira - kira 500 keping sudah diedar percuma, sempena penamaan calon. Kemudian topeng ini boleh didapati dengan harga RM 2.00 di siri ceramah atau gerai - gerai cenderamata. Atau bagi yang berminat mendapatkan dalam bilangan yang banyak sila hubungi Yasir 0126794704 harga boleh dibincangkan.

Ayuh kita banjirkan jelmaan Altantuya ini agar pembunuhnya dan mereka yang terlibat sentiasa dalam ketakutan.....

Selain itu Pusat Khidmat Rakyat Rembau juga ada menjual Buku KJ antara Sial dan Tuah, dan VCD pendedahan jenayah Menteri Umno.

chegubard


BUKIT GANTANG : Suasana Meriah Penyokong dan Amanat Nizar

Tak terucap dengan kata-kata apabila melihat kepada puluhon ribu rakyat yang hadir di hari penamaan calon Bukit Gantang menyokong Dato Seri Nizar Jamaluddin semalam.

Sepastinya golongan yang tidak siuman sahaja menyatakan bahawa Nizar menggunakan taktik meraih simpati sedangkan dunia menyaksikan sekalian rakyat Perak tanpa mengira keturunan dan ugama, tanpa diupah tanpa dikerah telah bersatu hati untuk mempastikan kerajaan UMNO-BN bakal dikalahkan lagi dan kali ini giliran Bukit Gantang.

50,000 penyokong Pakatan Rakyat yang telah menggegak-gempitakan Bukit Gantang untuk menghalau sekalian hantu yang cuba mengugut dan menakut-nakutkan rakyat selama ini.

Laungan takbir, hidup Islam, hidup rakyat, hidup Nizar tidak henti-henti bergema bermula seawal ketibaan Nizar di tempat perkumpulan di Taman Tasek lagi. Bendera tiga parti komponen Pakatan Rakyat berkibar megah, dan kumpulan anak muda merupakan golongan yang mendominasi perkumpulan dan perarakan menyebabkan orang mudah melakukan interpretasi - masa depan negara adalah untuk pakatan Rakyat!



Langit persis merestui, cuaca yang terang benderang namun redup mengindahkan dan menyamankan suasana.

Spanduk, poster, gendang tablo dari Kelab Penyokong PAS India tak putus-putus kedengaran dengan diselang-seli laungan untuk calon idola mereka. Dan wajah Nizar ada di mana-mana dengan topeng digunakan oleh peserta perarakan.

Dan oh ada replika kapal selam diarak di udara yang dibawa khas sebagai satu sindiran tajam kepada pemimpin bernama Najib Razak. Laungan "hancur BN", "jahanam BN", "UMNO parti rasuah" bergema dan apabila sekalian rakyat menjeritnya begitu makan ia menjadi doa yang makbul - UMNO akan hancur.

Nizar berkata: "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenanya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum - bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang."

Pilihanraya ini perlu dijadikan manifestasi rakyat bahawa rakyat tidak mahu lagi rampasan kuasa, culik menculik dan seumpamanya yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN yang memperjuangkan kebatilan.

Dan pengundi Bukit Gantang menunggu saat ketibaan 7 April 2009 bagi menterjemahkan segala-gala yang berlaku semalam di atas kertas undi bagi menghantar UMNO-BN ke lembah kehancuran.