22 Mac 2009

BUKIT GANTANG: Berbilang Kaum Hadiri Hi-Tea Wanita PR

Majlis Hitea Wanita Pakatan Rakyat telah diadakan dengan meriahnya bertempat di Simpang Halt pada jam 5 petang semalam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli YB Wanita Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (Parlimen Titiwangsa-PAS), YB. Dr. Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja-PAS), YB. Siti Zailah Mohd Yusoff (Parlimen Rantau Panjang-PAS), YB. Mumtaz Mohd Nawi (Senator-PAS), YB. Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang-PKR), YB Haniza Talha (Adun Taman Medan-PKR) dan pimpinan-pimpinan wanita Pakatan Rakyat. Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah AJK Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali.

Majlis hitea wanita pakatan rakyat ini diadakan bersempena meraikan Hari Wanita sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Dalam majlis itu juga, kempen kita bersaudara peringkat Parlimen Bukit Gantang telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Majlis dihadiri oleh lebih kurang 300 orang masyarakat setempat yang berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat. Semua pengundi Bukit Gantang diseru agar memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam piliran raya kecil Bukit Gantang pada 7 April nanti.

Pelbagai acara menarik dihidangkan kepada masyarakat yang hadir, antaranya tarian singa, kompang dan selawat, tarian india dan cabutan bertuah di samping pelbagai menu turut dihidangkan. Majlis berakhir pada jam 6:30 petang.

http://www.prk059.pas.org.my



RM42,900 Dikumpul Dari Lelongan Plak Tugu Demokrasi

Akhirnya sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah berjaya dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina Pakatan Rakyat Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok.

Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong bermula dengan harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas.

Plak itu dibina oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan tentang pembinaan semula tugu peringatan berkenaan.

"Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya.

Nga yang juga Adun Pantai Remis berkata enam kepingan serpihan tugu demokrasi tersebut telah dijadikan cenderahati tetapi pakatan pembangkang hanya akan melelong lima sahaja dan satu lagi akan disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.

Beliau berkata tugu baru yang akan dibina adalah lebih besar dan akan memaparkan empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Tugu peringatan yang dibina di bawah pokok hujan di Medan Istana diroboh oleh Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 Mac lepas kerana pembinaannya melanggar peraturan.




PR Buktikan Kemampuan Tadbir Selangor

Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baharu merupakan titik tolak kepada kemampuan dan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir urus negeri Selangor.

Menurutnya, pencapaian satu tahun itu dilihat amat penting dan bermakna kerana rakyat Selangor sentiasa memerhati dan menilai sejauh mana prestasi PR menerusi program dan rancangan dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (Mes).

“Kita kerajaan PR dengan tulus ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi mandat, kepercayaan dan tanggungjawab kepada kita untuk merancang dan melaksanakan pelbagai kegiatan pembangunan dan ekonomi negeri bagi faedah rakyat,” katanya dalam ucaptama bersempena malam kemuncak Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu di Stadium Malawati malam tadi.

Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud.

Menurutnya, apa yang jelas kerajaan baharu yang dipimpin PR berusaha membangun dan memewahkan rakyat Selangor tanpa ada perbezaan kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan dalam masyarakat.

Kata Abdul Khalid, sejak PR mentadbir urus negeri Selangor semua rakyat dari peringkat bayi dari usia kanak-kanak sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi hingga ke peringkat warga emas termasuk orang asli, golongan fakir dan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diberi bantuan dan perlindungan menerusi program yang dijalankan kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, menerusi Mes fasa pertama semua lapisan rakyat Selangor yang layak telah diberi bantuan kewangan, bantuan kebendaan dan peralatan untuk pembelajaran, perniagaan dan khairat kematian,” katanya menambah satu lagi agenda ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi diperkenalkan tahun ini bagi merancakkan industri dan ekonomi Selangor.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sudahpun mengumumkan lima pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM50 bilion bagi merancakkan ekonomi di Selangor dengan menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan.

“Kita percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan sekarang,”katanya.

Menurutnya bagi memastikan pakej itu berjaya, kerajaan negeri memerlukan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan serta sektor swasta dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, selain pakej itu kerajaan negeri juga akan meneruskan fasa kedua Mes dengan menambah beberapa program kebajikan lain.

“Dalam fasa kedua ini bantuan dan manfaat bakal diterima oleh golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri,” ujarnya

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan konsep ‘Kediaman Untuk Semua’ di mana setiap rakyat bakal mempunyai kediaman menurut kemampuan masing-masing dalam tempoh yang bersesuaian.

selangorkini

Azalina Othman Said Merasuah Pegawai SPRM?

Mereka sangat sopan dan profesional. Kami juga makan malam bersama ketika mereka merakam keterangan saya.

“Selepas itu, mereka meminta kebenaran untuk ke rumah saya dan saya bersetuju. - Azalina Othman Said

Sepuluh pegawai SPRM kemudiannya tiba dan menghabiskan masa kira-kira sejam di rumahnya.

“Mereka tidak mengambil apa-apa. Saya memberikan sepenuh kerjasama kepada pegawai SPRM.

“Sekarang terpulang kepada Suruhanjaya dan saya percaya mereka akan menjalankan siasatan tanpa prejudis,” katanya.

Sudah pekena baik punya makan malam, masih boleh dipercayai lagi ke siasatannya? Menjamu makan malam pegawai penyiasat, bukan RASUAH ke Azalina oi? Nak siasat, dalam tugas rasmi, boleh berjamu selera lagi? Apa punya hampak SPRM? Kita tunggu apa jawapan Ahmad Said (Bapa kepada budak yang seludup bahan lucah di Australia). Pasti jawapan: Tiada bukti kukuh…!!!

kerajaanrakyat


Ulasan GB:

Samada
1) Rasuah Azalina kepada SPRM untuk melepaskan diri dari kesalahan
2) Pegawai SPRM meminta Azalina lakukan kenyataan itu untuk menampakkan imej SPRM bersih
3) Kedua-duanya sekali.

Serpihan Plak Kerajaan Nizar Kini Berharga Lebih RM42,000

Di blog ini kami ada menyiarkan berita lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina oleh pakatan pembangkang Perak sempena memperingati "sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah pokok" akan dilelong hari ini.

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi jumlah yang berjaya dikumpulkan melalui lelongan lima ketul serpihan marmar plak itu ialah RM42,900, tidak termasuk sumbangan derma.

Lebih kurang 200 orang menghadiri menyaksikan bidaan yang bermula pagi tadi.

Bidaan serpihan pertama mencecah RM6,800, dengan harga permulaan RM500.

Ia sekaligus menunjukkan bantahan rakyat terhadap langkah Majlis Bandaraya Ipoh yang telah dengan angkuh dan zalim merobohkan plak tugu demokrasi berkenaan.

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sebelum ini berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.

Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim berkata tindakan merobohkan plak diambil kerana dilakukan tanpa kebenaran dan tidak mengikut saluran undang-undang.


MAHATHIR DEDAH KHAIRY INGIN MENJADI PM TERMUDA

Di dalam tulisan terbaru di blognya Tun Dr Mahathir meneruskan gesaannya untuk UMNO menolak pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuah terutama yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri termuda iaitu Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri sekarang.

Beliau mendakwa UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

Dengan serangannya masih dihadapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun berkata,

"Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna."

"Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri," tambahnya

Beliau menyatakan bahawa sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

"Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk," jelasnya.

"Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13," katanya lagi.

Dan beliau melahirkan kebimbangangannya dimana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Katanya terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda difahami beliau merujuk kepada Khairy Jamaluddin nama Khairy tidak disebut secara terus terang.

Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

"Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya," Mahathir peringatkan.

Mahathir mengakiri tulisannya dengan memeri peringatan kepada ahli-ahli UMNO bahawa tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

"Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara," katanya.


BloggersNetwork@Malaysia Buat Pendedahan Berani!

Pihak Bloggersnetwork@Malaysia (BNM) hari ini mengambil sikap berani dengan membuat pendedahan secara terbuka mereka-mereka yang terlibat di dalam BNM yang memberikan liputan berita-berita dari negeri Perak.

Krisis politik negeri Perak ekoran dari rampasan kuasa oleh UMNO-Barisan Nasional menyebabkan bloggers negeri Perak membentuk satu team bagi memenafaatkan alam siber sebagai sumber maklumat alternatif kepada rakyat bagi mengimbangi penyebaran maklumat oleh pihak media massa arus perdana yang difahami oleh rakyat sebagai sentiasa memutarbelitkan berita untuk kepentingan pihak pemerintah.

Blog perisik-rakyat.com di dalam tulisan terbaru untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang menyumbang untuk tabung RM1 untuk bloggers telah memperkenalkan ahli-ahli dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang untuk tatapan umum.

Mereka mengambil sikap tersebut sebagai langkah untuk tidak dituduh sebagai pengecut atau bacul sekalipun sentiasa diburu dan diekori oleh pihak tertentu.

Kita doakan agar mereka dilindungi Allah s.w.t. dan dikurniakan rahmat dari sisiNya disamping bersama-sama menyumbang ke tabung bloggers network.



Pencalonan Muthu Ditolak Untuk Menangkan Samy

Jwatankuasa Pemandu Pemilihan MIC menolak lapan pencalonan daripada 53 yang diterima oleh Muthupalaniappan ditolak sekaligus gagal memenuhi kuota 50 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Ia dilakukan sebagai langkah untuk menghalang Muthupalianiappan memberikan tentangan kepada Samy Vellu dan sekaligus menjadikn Samy Vellu sebagai pemenang tanpa bertanding sebagai Presiden MIC sebelas penggal.

Sementara itu, Muthupalaniappan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan yang beliau tidak layak bertanding jawatan itu.

Katanya, beliau difahamkan, kesemua pencalonan yang diterimanya telah ditolak.

"Saya difahamkan kesemua pencalonan saya telah ditolak. Saya sangat terkejut.

"Bukan dua tiga (yang ditolak)...semua ditolak," katanya.

Semalam undian SMS Edisi 7 mengejutkan kumpulan Samy Vellu apabila hanya 3% yang merasakan Samy Vellu boleh mengekalkan jawatannya.


BUKIT GANTANG : KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT

Jentera piliharaya PAS yang menerajui Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan menggunakan pendekatan 3M bagi mengekalkan kemenangan rakyat, demikian dilaporkan oleh buletinonline.

“Tema kepada kempen pilihanraya pada pilihanraya kali ini adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat’,

“Bagi memastikan para pengundi akan memihak kepada kita (PAS dan Pakatan Rakyat) ialah dengan strategi 3M iaitu, ‘Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan’ hati para pengundi,” kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi dalam sidang media yang di adakan di markaz Air Kuning hari ini.

Dalam sidnag yang dipancarkan secara langsung itu, beliau turut memaklumkan pihak media, Majlis Pemasyhuran Calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat dari PAS adalah pada hari Isnin (23 Mac 2009, di Padang Taman Kota Jaya, dekat sini.

Katanya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon dalam majlis pada malam itu.

“Kami telah pun mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Taiping, bagi majlis tersebut yang akan diiisytiharkan sendiri oleh Dato’ Presiden (PAS),” tambah beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Oleh itu katanya, kami mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping yang memberikan kebenaran tersebut.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Haji Mustafa Ali


Azalina akui SPRM ambil keterangan

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kementeriannya semalam.

Beliau berkata, para pegawai SPRM mengambil keterangan tersebut selama empat jam bermula pukul 5 petang hingga 9 malam di pejabatnya di Kementerian Pelancongan sebelum meminta izin untuk ke rumahnya selepas itu.

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada ‘menyerbu’ pejabat Menteri Pelancongan di ibu negara pagi semalam seminggu selepas menahan seorang setiausaha politik menteri.

Menurut laporan akhbar online tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung Mac ini.

Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen antaranya dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan.

Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Dato’ Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur namun ketika para pegawai datang kira-kira 10 pagi, Azalina tiada di pejabat.

Sementara itu di dalam satu perkembangan berasingan seorang calon Ketua Puteri Umno disiasat Ibu Pejabat Umno berikutan dakwaan beliau terbabit dengan politik wang dalam kempen pemilihan parti itu yang dijadualkan minggu depan.

Siasatan dalaman dilakukan terhadap calon Ketua Puteri itu semalam sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada kes itu perlu disiasat oleh Lembaga Disiplin atau tidak.

Selain calon Ketua Puteri itu, Ibu Pejabat Umno turut memanggil sembilan ahli Puteri Umno bagi membantu siasatan itu.

"Siasatan itu bermula jam 11 pagi dan calon Ketua Puteri itu adalah saksi terakhir dipanggil pada jam 5 petang," katanya.

Ada enam calon Ketua Puteri Umno iaitu Datin Ismalina Ismail, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Ida Rahayu Mohd Noor, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Saarah Ali Bashah dan Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Beliau berkata, calon Ketua Puteri itu dipanggil bagi menjawab tuduhan melakukan politik wang dalam usahanya memenangi pemilihan Umno ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa calon yang menang pada pemilihan Umno minggu depan akan digugurkan daripada jawatan dimenangi jika terbukti mereka terbabit dengan politik wang.

"Umno tahu siapa main politik wang. Pemantau Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berkeliaran untuk memantau gejala ini ketika perhimpunan Agung Umno berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini.

"Jika terbukti mereka mengamalkan rasuah, Umno akan mengambil tindakan dengan menggugurkan mereka," katanya ketika sesi soal jawab dengan Kelab Umno Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

PAKATAN RAKYAT DIRAMAL AMBIL ALIH KUASA PADA 2009?

Seorang rakan mengirimkan kepada GB satu petikan dari sebuah blog untuk diterjemahkan. Berikut ialah hasil terjemahan bebas yang sempat GB lakukan:

"Pada Februari 2008 lalu, beberapa minggu sebelum pilihanraya umum pada 8 Mac yang telah mengubah haluan masa depan Malaysia, seorang ahli astrologi telah membayangkan beberapa isyarat iaitu suasana negara untuk beberapa tahun akan berdepan dengan pergolakan hebat: sehingga pada penghujung 2008, katanya, Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya akan dilucutkan dari kuasa oleh partinya sendiri. Pada waktu itu, rakan saya agak ragu-ragu mengenai ramalan ini - ia seolah-olah tidak mungkin berlaku.

Tetapi kini, setelah dua belas bulan selepas PRU12, ramalan Dr K mula menampakkan ketepatan yang begitu menyerlah. Oleh itu rakan saya mula mengambil serius apa yang Dr K telah beritahunya pada Februari tahun lalu.

Ahli astrologi itu yang mengkhusus di dalam diagnosis perubatan dan prognosis, namun methodologinya mudah untuk digunakan terhadap syarikat korporat dan juga seluruh negara.

Dan apa Dr K telah ramalkan, selainnya, ialah pelan peralihan kuasa Umno akan begitu kusut dan berkesudahan dengan perpecahan yang ketara.

Di awal 2009 akan berlaku undi tidak percaya terdadap sesiapa juga yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu, menyebabkan Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya baru akan diadakan. Sebuah kerajaan baru akan dibentuk dan Umno akan mengambil peranan sebagai pembangkang di Parlimen."