23 Feb 2009

80% Setuju Syarikat Konsesi Tamak

Sebanyak 80% bersetuju dengan dakwaan Menteri Besar Selangor bahawa syarikat konsesi air Selangor SYABAS dan Puncak Niaga tamak kerana meletakkan keuntungan 300% setahun.

Tan Sri Khalid membidas sikap tamak syarikat konsesi air di Selangor menjadi punca pembelian asset ditolak. Tan Sri Khalid menyatakan mereka mahukan pendapatan 300% setahun. Kalau kerajaan negeri menerima syarat mereka bererti rakyat Selangor yang terpaksa menanggung bebannya.

"Perniagaan apa yang dapat 300% setahun? Berjudi di genting pun lom tentu dapat keuntungan sedemikian," tegasnya.

Jumaat lalu, SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd telah memutuskan untuk tidak menerima tawaran kerajaan negeri Selangor dan telah menerima kritikan hebat dari rakyat Selangor kerana sikap tamak mereka.

Akibat dari campurtangan kerajaan Persekutuan yang menyebabkan kegagalan pengambil-alihan asset empat syarikat konsesi air mungkin akan menyebabkan kenaikan tarif air dengan mendadak dan pembatalan air percuma sebanya 20 meter padu.

Kes Saman Nizar Ditangguh Rabu Ini

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.

Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.

Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.

Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah.

Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berkenaan. Anwar turun untuk memungut dana RM 150 ribu bagi pembinaan sebuah dewan baru sekolah berkenaan.

Sekolah tersebut sebelum ini telah dijanjikan peruntukan oleh Kementerian Pelajaran dengan syarat sekolah tersebut tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghadiri sebarang majlis di sekolah itu.

Datuk Seri Anwar kesal dengan arahan itu yang jelas kerajaan BN telah mempolitikkan hal pelajaran dan beliau telah datang diiringi oleh Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.


Siapa Yang Derhaka Terlebih Dahulu?

Tindakan biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka kepada Sultan Perak.

Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja.

Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Tetapi sejarah negara telah mencatatkan bahawa budaya menderhaka ini bermula di Rumah Umno dan merekalah yang membuatkan Raja-raja Melayu kehilangan wibawa sehingga rakyat bisa mentertawakan raja.

Bahkan, ketika Umno belum wujud, bakal presidennya yang pertama sudah dibuang negeri kerana derhaka kepada Sultan Johor. Dan pada Disember 1992, Umno jugalah yang membuat usul derhaka di Dewan Rakyat kerana marahkan Sultan Johor juga.

Raja zalim disanggah

Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Islam jugalah yang mewajibkan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) tetapi dengan batasan yang tidak melangkaui ketaatan kepada Allah dan Rasul. Sebarang perselisihan padangan, tidak ada pendekatan lain, melainkan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Inilah prinsip ketaatan dan kederhakaan dalam pemikiran Islam.

Walaupun orang-orang Melayu merasakan bahawa Raja tidak wajar diderhakai, sebenarnya budaya ketaatan Melayu sendiri bermula dengan 'waadat' antara Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana sebagai Raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat. Mitos Bukit Seguntang ini bermula dengan permintaan Demang Lebar Daun supaya Sri Tri Buana menerima anak cucunya (rakyat) sebagai hamba yang tidak akan dizalimi walaupun berlaku kesalahan, kecuali yang melanggar hukum syarak. Lalu Sri Tri Buana mengkabul permintaan rakyat dengan syarat semua jangan derhaka kepada keturunannya yang menjadi Raja.

"Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu yang mengubah dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah," demikian kedua-duanya bersetuju untuk berwadat itu.

Maknanya, ketaatan akan berakhir sekiranya istana tidak lagi mendukung prinsip keadilan kepada rakyat. Inilah garis antara hak dan tanggung jawab Raja dan rakyat yang berakhir dengan "dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiang ke atas" dengan maksud memporak-perandakan negeri jika wadat ini dilanggari.

Sejarah Melayu telah merakamkan bahawa anak cucu Sri Tri Buana ini temasuklah Sultan Melaka. Kemudian berkembang membentuk Kesultanan Johor dan Perak pada abad ke-16. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka masih bertahan sehingga hari ini.

Adapun keturunan Sultan Mahmud Shah yang berkerajaan di Johor telah berakhir dalam peristiwa mangkat dijulang yang terkenal itu. Mengapakah Sultan Mahmud Johor itu mangkat dijulang sehingga berakhirnya sebuah kesultanan pada 1699. Adil atau zalimkah baginda terhadap rakyat? Lalu 'terpaksalah' rakyat menderhakainya!

Salah sebuah kesultanan yang mempunyai hubungan dengan Melaka di bawah jurai keturunan Bendahara ialah Terengganu. Ketika negeri-negeri Melayu sedang dijajah pada awal abad ke-20, Sultan Zainal Abidin III dan para ulama telah menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang terkenal nama 'Itqanul Muluk bi Takdis Suluk' yang menetapkan Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asing, jika demikian berlaku maka tidak wajib lagi rakyat taatkan rajanya.

Bukankah selepas British melantik penasihatnya di Terengganu pada 1919, berlaku pemberontakan besar pada 1924 hingga 1928 di Terengganu. Derhakakah rakyat atau zalimkah raja?

Pemimpin Umno mulakan sembah derhaka?

Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno. Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato Onn.

Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai kacang lupakan kulit dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini! Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno?

Mohd Fadli Ghani



LCCT: Najib Berkluk-Klek

Selepas menyerang PAS sebagai 'kluk klek' di Kuala Terengganu, kini pengarah pilihan raya BN Kuala Terengganu, Datuk Seri Najib Razak yang sebenarnya 'kluk klek'.

"Mula-mula lulus, kemudian tarik balik, lepas itu lulus pula dan kini tolak pula," kata seorang pembaca ketika mengulas pengumuman Najib mengenai rancangan lapangan terbang tambang murah di Labu, Negeri Sembilan.

Kluk klek adalah loghat Terengganu yang bermakna tidak tetap pendirian atau flip flop dalam bahasa Inggerisnya.

Sebelum ini, semasa pilihan raya kecil Terengganu, beberapa hari sebelum pilihan raya kecil itu, BN menaikkan kain-kain rentang yang menyerbut perkataan 'kluk klek' bagi menyerang kononnya ia sikap PAS.

Namun, ia hanya disifatkan sebagai serangan di saat-saat akhir BN terhadap PAS dan ditolak oleh pengundi apabila PAS menang dengan majoriti 2613 di Kuala Terengganu.

Apabila Tun Dr Mahathir menyerang rancangan pembinaan lapangan terbang tambang murah di Labu, pendirian Najib dilihat berubah mengenainya dan semalam memutuskan ia ditolak sepenuhnya.

siasahdaily.blogspot.com


UMNO ke Queen's Counsel: Sireh Pulang Ke Gagang

Diberitakan team peguam-peguam Umno telah berlepas ke London bersama-sama dengan seorang Adun Umno Perak untuk mendapatkan pandangan daripada Peguam Diraja England untuk menyelesaikan konflik di negeri Perak.

Jika benar ini berlaku, ianya bolehlah saya disifatkan sebagai “sireh pulang ke gagang”.

Ini adalah kerana dari segi sejarah, Umno adalah agen penjajah British pada ketika itu. Sebab itulah kemerdekaan diberikan kepada Umno. Jika kemerdekaan berjaya diperolehi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tulen, sudah pasti kepentingan Briish di Tanah Melayu tidak akan dijaga.

Dengan berkuasanya Umno, Malaysia yang pada ketika itu dikenali sebagai Malaya dapat meneruskan kepentingan penjajah British.

Pada ketika itu, Malaya amat penting kepada British. Ini dapat dibuktikan dengan pembinaan “underground train” di London yang dibiayai seratus-peratus daripada hasil Bijih Timah dari Malaya.

Selain daripada itu, kita juga boleh melihat bagaimana Umno meneruskan Dasar Pecah dan Perintah yang digunakan oleh penjajah British satu ketika dahulu. Umno akan tetap meneruskan dasar-dasar ini oleh kerana itu sahajalah cara berpolitik yang mereka tahu.

Kita boleh mengimbas kembali bagaimana selepas Tsunami Politik berlaku pada 8 Mac tahun lalu, sentimen perkauman terus dimainkan untuk memastikan rakyat pelbagai bangsa terus berpecah. Formula politik perkauman telah menemui kegagalan apabila rakyat tidak kira apa bangsa bersatu.

Dengan harapan apabila mengatakan bahawa orang-orang Melayu dalam bahaya dan hilang kuasa, sokongan daripada orang-orang Melayu dapat kembali kepada Umno. Malangnya propaganda tahun 60 an ini tidak lagi melekat di jiwa dan sanubari orang-orang Melayu. Cuma segelintir kecil rakyat sahaja yang percaya dengan propaganda ini.

Jika rakyat Malaysia tidak kira apa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain bangsa bersatu, formula pecah dan perintah yang diajarkan oleh penjajah British kepada Umno akan masuk kedalam tong sampah sejarah.

Jadi tidak mustahillah jika selain mendapatkan pandangan daripada Peguam Diraja England mengenai krisis politik Perak, Umno turut mendapatkan pandangan daripada guru-guru mereka disana tentang bagaimana untuk memepertahankan politik perkauman di Malaysia.

Amin Iskandar @ Black


Ramai Desak Ibrahim Letak Jawatan

Ekoran keceluparan Ibrahim Ali terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS, banyak pihak mendesak Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas meletakkan jawatannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Pasir Mas Rozi Muhamad, dalam kenyataannya memberitahu, Ibrahim sepatutnya menghormati pengundi Pasir Mas yang memberikannya kemenangan pada pilihan raya yang lalu atas tiket PAS.

"Ibrahim Ali harus sedar bahawa kemenangannya di dalam pilihan raya umum yang lepas adalah dari sokongan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Ini adalah berdasarkan kerjasama beliau dengan PAS sebelum pilihanraya.

"Pengundi Pasir Mas, mengharapkan beliau akan mendokong dasar kerajaan negeri dan perjuangan PAS khasnya walaupun tidak menyertai pasrti PAS," katanya lagi.

Rozi turut menyokong dengan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, atas desakan yang sama.

"Ibrahim sepatutnya bermuhasabah kembali, bahawa sokongan yang diterimanya sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebagai calon bebas tidak diterima oleh rakyat Pasir Mas.

"Begitu juga dengan pilihanraya umum 2004, beliau juga ditolak oleh pengundi kerana bertanding sebagai calon bebas," ujarnya dan menyatakan setelah bertanding di bawah tiket dan lambang parti PAS, baru beliau dapat sokongan dari pengundi Pasir Mas dan memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas itu

Sementara itu DAP Kelantan turut menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding.

Nikah Online Pertama Di dunia

Jeddah - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah. Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.

Rukun-rukun dan syarat nikah pun dinyatakan terpenuhi. Akad ijab kabul juga telah disahkan. Kedua mempelai pun dinyatakan rasmi sebagai suami isteri.

Orang-orang yang hadir dalam upacara pernikahan itu tampak ceria dan berwajah cerah. Senyum kebahagiaan juga terpancar dari raut wajah kedua belah pihak: orang tua mempelai lelaki, orang tua mempelai perempuan, para kerabat mempelai, dan juga petugas KUA Saudi.

Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah

Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertama kalinya mengelolakan acara pernikahan semacam ini.

"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Pada waktu dilangsungkan acara pernikahan itu, Yusuf, abang kandung Ahmad, berada di tempat pihak mempelai perempuan di Jeddah. Ad-Damari pun meniatkan untuk menjadikan Yusuf sebagai wakil dari Ahmad.

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah."Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.

Dari eramuslim

Mahkamah Bergelap 15 minit Masa Menunggu Kes Nizar

Sasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sewaktu semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.

YB Khalil Idham Lim di dalam blognya melaporkan YAB Menteri Besar Perak, Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.

Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.

Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

YB Khalil melaporkan bahawa hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak pada petang ini juga.

Ramai tertanya-tanya apakah "gelap" selama 15 mnit itu akan membawa satu petanda masih ada ruang "gelap" di dalam sistem kehakiman di dalam negara ini?

Anwar Bidas Cara Polis Tangani Isu Elizabeth Wong

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata polis sekali lagi menunjukkan sikap berat sebelah apabila menyiasat kes-kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama melibatkan Kes ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Sikap itu terserlah apabila pihak polis mengendalikan kes penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang diambil tanpa kebenarannya dan tersebar luas di internet dan media massa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perbezaan jelas wujud diantara siasatan kes Elizabeth dan cara polis menangani skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibu.

Polis sepatutnya bertindak professional di dalam siasatan mereka, tetapi apa yang berlaku pihak polis tidak mengendalikan kes berkenaan secara adil dan professional.

"Tujuannya ialah untuk memberi gambaran yang kurang baik (terhadap pemimpin Pakatan Rakyat)."

"Siasat secara professional, jangan ugut orang, jangan awal-awal lagi dedahkan suspek dan umumkan kepada orangramai. Bila kena kes Altantuya tak disebutkan kaitan dengan Datuk Seri Najib ker Razak Baginda ker," tegas Anwar.

Sehubungan dengan itu Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Jelutong menggesa undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi dilaksanakan di negara ini.

Beliau mendakwa hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tak melebih RM100 adalah tidak mencukupi.


Khalid Tidak Takut Dikejar Lembu SPRM

Tan Sri Khalid menyatakan beliau tidak takut dikejar lembu atau kereta sekalipun mungkin ada yang takut dengannya sewaktu beliau ditanya mengenai kenyataan Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan kewangan negeri untuk pembelian 46 ekor lembu korban dan penyelenggaran kereta Lexus milik peribadinya yang digunakan sebagai kereta rasmi MB.

"Jangan lari daripadanya. Jangan takut kepadanya. Sdra perlu bersikap professional," katanya.

"Lembu itu pun saya tak makan, tak nampak pun... tak der apa. Itu saya tak takut sebab tujuan saya datang untuk menerajui negeri Selangor, sikap saya jika saya tidak boleh menolong rakyat negeri Selangor lebih baik saya tak usah buat kerja," jelasnya lagi.

YAB Tan Sri Khalid mengulas kenyataan biadab Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan beberapa hari lalu bahawa SPRM ada keterangan kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung salah guna wang bagi penyelengggaraan kereta mewah dan pembelian lembu korban.


Banyak pihak menyelar Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya itu dan mendakwa Ketua Pesuruhjaya itu terang-terangan telah menyalah-gunakan kuasa dengan mebbuat kenyataan terbuka tersebut untuk menjatuhkan kredibilit pemimpin Pakatan Rakyat serta berkongkol dengan UMNO/BN untuk melaksanakan grand design oleh pihak tertentu dalam usaha merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat seperti yang telah dilakukan terhadap negeri Perak.

Di dalam satu isu lain, Tan Sri Khalid mendakwa embidas sikap tamak syarikat konsesi air di Selangor menjadi punca pembelian asset ditolak. Tan Sri Khalid menyatakan mereka mahukan pendapatan 300% setahun. Kalau kerajaan negeri menerima syarat mereka bererti rakyat Selangor yang terpaksa menanggung bebannya.

"Perniagaan apa yang dapat 300% setahun? Berjudi di genting pun lom tentu dapat keuntungan sedemikian," tegasnya.

Jumaat lalu, SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd telah memutuskan untuk tidak menerima tawaran kerajaan negeri Selangor dan telah menerima kritikan hebat dari rakyat Selangor kerana sikap tamak mereka.

AMK Bakal 'Hadiahkan' Seekor Lembu Pada SPRM

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai lambang SPRM semakin tunduk kepada Umno-BN.

AMK mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bingkas mendakwa ia mempunyai bukti untuk mendakwa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim atas tuduhan salahguna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan tidak tidak sampai dua minggu selepas kumpulan pro-Khir Toyo membuat aduan mengenai perkara itu.

SPRM bagaimanapun membisu mengenai beberapa kes rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO seperti Khir Toyo dan Najib Razak.


Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Ahmad Said jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah yang membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Khir Toyo, laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara.

SPRM juga tidak bertindak ke atas akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli Adun-adun di Perak.

"Kesemua laporan yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya 'dibakulsampahkan' oleh SPRM. Tindakan jijik ini pastinya tidak boleh menutup mata rakyat, dalam keadaan SPRM kini ibarat lembu dicucuk hidung oleh Umno-BN.

"Justeru, kita akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM," katanya dalam satu kenyataannya.

SPRM Alat UMNO Jatuhkan Pakatan Rakyat

SPRM di bawah Ketua Pesuruhjaya, Dato' Ahmad Said Hamdan perlu menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika SPRM dapat menjalankan siasatan secara telus tanpa memihak pada mana-mana parti politik PAS akan sokong walaupun perkara itu kena kepada pimpinan parti.

Bagaimanapun, katanya, daripada penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM seolah-olah institusi itu menjadi alat Umno-BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah naungan Khalid Ibrahim.

Sebelum ini kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat aduan tentang penyelewengan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) tetapi tidak ada siasatan segera.

Beliau mempersoalkan mengapa jika perkara yang melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat SPRM boleh membuat penyiasatan dengan segera.

"SPRM seolah-olah tidak ada tindak balas dalam soal aduan berhubung penyelewengan wang Balkis," tegasnya ketika ditemui di program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat.

Tambah beliau, begitu juga dengan aduan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

"Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan," tegas beliau.

Beliau menegaskan, SPRM perlu menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan adil supaya institusi itu akan dihormati oleh seluruh rakyat.

harakahdaily

Perak: Umno dapatkan nasihat Queen’s Counsel

Penasihat Undang-undang Perlembagaan UMNO nampak gaya dah habih pakar di Malaysia ni untuk mintak khidmat untuk menegakkan kerja buruk dan cabul Undang-undang di Perak.

Terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak.

Tapi pelik jugak kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri masih tidak memberikan pandangan beliau. Sedangkan beliaulah yang mempunyai autoriti berkenaan KRISIS PERLEMBAGAAN di Perak ketika ini.

Zambry menyebut Beliau tidak memberi penjelasan kepada media kerana beliau merupakan Kakitangan Kerajaan dan terikat dengan Etika. Tapi saya percaya kalau pandangan Penasihat Undang2 Negeri itu selari dengan kerajaan Haram Jadah BN hari ni, awal2 lagi dah muncul.

Ni la masalah bila Umno yang memerintah sepatutnya Junjung Undang2 negara tetapi membelakangi Perlembagaan.

Semalam Nizar berceramah dan menjelaskan Dun Perak mesti bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan lepas. Kalau ikut jadual jatuh pada Bulan Mei ni.

Itu sebabnya Umno dalam keadaan panic sekarang ni. Kalau diadakan sidang Dun umno akan berdepan dengan Undi tak Percaya dan perwakilan BN hanya 21 orang berbanding PR 28.

Kalaupun Undi Tidak Percaya diadakan nampak seperti PR mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Haram Jadah pulak dah. Itu yang timbul isu siapa yang mempunyai kuasa memanggil Sidang Dun samada Sultan atau Speaker.

Kalau tidak diadakan Sidang Dun dalam tempoh tersebut, Dun Perak akan dibubar secara automatik dan Pilihanraya Negeri terpaksa diadakan.

Dari segi Undang-undang nampak gaya masih menyebelahi PR tapi saya bimbang dengan Sikap tak profesional SPR selepas kes 2 Adun Haram Jadah lompat Parti tu.

Nampak gaya selagi tak de keputusan mahkamah berkenaan dua exco tu, SPR akan guna tindakan yang sama tidak mengiktiraf kuasa speaker setiap kali diminta mengadakan Pilihanraya Kecil.

“Mereka merancang dan Allah juga merancang, tetapi Allahlah sebaik-baik perancang”

Siasahdaily.com

Berapa lama UMNO/BN akan bertahan..??

Pembohongan sekiranya dilakukan berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar. Helah politik inilah yang digunapakai oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu dengan menjatuhkan imejnya dengan siri-siri pertuduhan yang tidak masuk akal iaitu rasuah, salahguna kuasa, seks, ejen asing dan pengkhianat negara.

Dr Mahathir mahukan rakyat semua percaya Anwar adalah seorang yang rendah moral dan tidak layak menggantikannya menjadi PM. Strategi liciknya itu tidak menjadi kerana rakyat lebih melihatnya sebagai permainan politik Dr Mahathir untuk menumbangkan Anwar. Rakyat mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dengan hujah seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah mahkamah membicarakan dan membuktikannya. Muncullah gelombang kebangkitan rakyat dengan laungan reformasi kerana merasa jijik dan berang apabila melihat Dr Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain sanggup mengaibkan Anwar dengan manipulasinya ke atas media, polis, BPR dan institusi kehakiman negara.

Ramai juga pemimpin UMNO yang cuba membela UMNO dan ada di antaranya yang telah ditahan di bawah ISA termasuklah MB haram ketika ini, Zambri Abdul Kadir dan Zahid Hamidi yang cuba membentuk gelombang reformasi ketika negara sedang menghadapi sukan Komanwel.

Dalam politik sudah menjadi lumrah kawan makan kawan seperti yang dilakukan oleh Zambri dan Zahid Hamidi. Lawan pula akan menjadi kawan seperti hubungan Anwar dengan pemimpin PAS dan DAP sekarang.

Sepuluh tahun sudah berlalu gelombang reformasi, parti pembangkang kini telah membentuk gandingan jitu yang lebih sinonim dengan rakyat sebagai Pakatan Rakyat. Lebih memeranjatkan lagi, Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri daripada kerajaan UMNO-BN.

Selain berjaya mengekalkan penguasaannya ke atas Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang berjaya dirampas daripada kerajaan UMNO-BN. Bukan itu sahaja majoriti 2/3 kerajaan UMNO-BN di parlimen turut berjaya dinafikan dan laluan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan semakin hampir dan hanya memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi parlimen sahaja.

Gelombang kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi membentuk tsunami politik dengan kemenangan berganda di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pemimpin-peminpin UMNO-BN semakin lemah dan menangisi kekalahan demi kekalahan yang dialami dan mengenangkan nasib dan kenyataan pahit rakyat sudah tidak mahu UMNO-BN memerintah Malaysia.

Mentor politik UMNO, Dr Mahathir turut memainkan peranan menumbangkan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang memerintah Perak setelah mendapat mandat rakyat negeri itu melalui kaedah jijik dan samseng iaitu rampasan kuasa. Kerjasama algojo-algojo politik dalam versi 6 Jahanam ialah Najib, Zahid, Anuar Zaini, Abdul Rahman Hashim (SUK Perak), Ahmad Said Hamdan (Pengerusi SPRM) dan Abdul Aziz Yusuf (Pengerusi SPR) telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selain berjaya membeli ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Enam jahanam ini akan sentiasa dikenang oleh generasi akan datang dan dikutuk sepanjang zaman. Dr Mahathir tentulah merasa lega kerana bukan beliau sahaja yang menjadi penerima tunggal menerima sumpah seranah rakyat Malaysia.

Perak telah berjaya dirampas secara haram dan sasaran terbaru UMNO-BN ialah negeri Selangor. Kaedah pembohongan yang berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar digunakan sekali lagi oleh peminpin-pemimpin UMNO. Skrip sama tetapi episod yang kedua. Sama seperti Anwar yang cuba diaibkan oleh UMNO-BN melalui pertuduhan liwat ke atas Saiful, pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah diburukkan di dalam media totok UMNO dengan skandal seks, rasuah dan salahguna kuasa seperti yang dialami Elizabeth Wong dan Khalid Ibrahim dan dijangkakan mangsa seterusnya ialah Ronnie Liu dan Dr Hassan Ali.

Sekali lagi mahkamah akan menjadi alat UMNO dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru dibentuk akan menjadi neraca penilaian rakyat apakah adil atau tidak setelah dr Mahathir mencemar institusi kehakiman negara dengan insiden pemecatan ketua hakim negara, Tun Saleh Abbas.

Kes V. Sivakumar (Speaker Perak) mengantung MB haram selama 18 bulan dan 6 exconya selama setahun merupakan satu tindakan yang terpuji dan UMNO-BN tidak ada hak mempertikaikan tindakan beliau yang turut mendapat sokongan Speaker Kedah, Majlis Peguam Malaysia dan MUBARAK Melaka.

UMNO-BN cuba memanipulasikan isu derhaka terhadap speaker Perak dan MB haram dan 6 exconya berdegil untuk menghadiri persidangan DUN Perak yang dijangkakan bermula pada bulan April ini.

Keangkuhan UMNO-BN juga menjadi kebencian rakyat sehingga sanggup mengenepikan kehendak rakyat asalkan dapat berkuasa biarpun melanggar undang-undang negara.

Tok cadangkan pada hari DUN Perak bersidang rakyat berkawal dan menghalang MB haram dan 6 exconya daripada menghadiri persidangan DUN Perak jika polis tidak menjalankan tugasnya menghalang MB Perak dan 6 exconya.

Pertarungan sebenar ialah rakyat menentang Dr Mahathir yang masih lagi ingin berkuasa walaupun telah bersara.

Inilah pemimpin yang sanggup menyusahkan rakyat dan ada sumber yang mengatakan Dr Mahathir telah memberitahu pemimpin luar di AS, Britain dan Kesatuan Eropah tentang Pakatan Rakyat menyokong perjuangan Hamas sedangkan simpati dan bantuan diberikan kepada mangsa rakyat Palestine di Gaza yang telah memilih Hamas sebagai wakil mereka melalui proses demokrasi.

UMNO-BN sedari dulu mengiktiraf kerajaan Fatah yang dipimpin oleh Mahmud Abas. Al Jazeera sendiri pernah melaporkan Fatah yang mendapat pengiktirafan daripada AS dan Israel pernah membekalkan pasir yang diperolehi daripada Mesir kepada rejim Yahudi untuk membina tembok pemisah.

Muhammad Dahalan seorang daripada pemimpin Fatah adalah dalang kepada sindiket pasir itu.

Sumbangan wang dan makanan yang diberikan kepada duta Fatah di Kuala Lumpur diragui akan sampai ke Gaza dan kemungkinan besar diagih-agihkan sesama pemimpin Fatah.

UMNO seperti Fatah telah lama menipu rakyatnya untuk berkuasa. Sejuta hektar tanah rizab Melayu yang dirampas daripada kaum Melayu atas alasan pembangunan menjadi bukti UMNO bukannya pejuang Melayu. Selepas ini Kampung Baru, Wilayah Pembangunan Iskandar akan menyusul Singapura dan Pulau Batu Putih menjadi korban kerakusan pemimpin UMNO. Bahasa Melayu sendiri dianaktirikan dan Bahasa Inggeris yang dimegah-megahkan.

UMNO-BN telah menjangkakan akan tewas di Bukit Selambau jika menggunakan logo BN dan ketika ini muncullah ramai calon bebas termasuk bekas penasihat KIMMA (persatuan mamak malaysia) yang menawarkan diri untuk menjadi calon bebas dalam PRK Bukit Selambau. Jika calon bebas yang ditaja BN ini menang, dia akan menyertai BN.

Rakyat Malaysia perlu sedar setiap undi yang diberikan kepada UMNO-BN akan membawa kesengsaraan kepada mereka dan anak cucu mereka.

Apa pelan pemulihan ekonomi yang dibawa oleh Najib selain membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat. Gula akan dinaikkan harga sebanyak 30 sen sekilo dan alasan yang diberikan nanti ramai rakyat Malaysia kena kencing manis dan untuk mengawalnya harga gula dinaikkan. Harga petrol akan dinaikkan 50 sen seliter bermula bulan Julai depan. Pengguna air di Lembah Kelang akan menghadapi kenaikan air sebanyak 30% jika kerajaan negeri Selangor dihalang oleh kerajaan pusat UMNO-BN mengambil alih pengurusan air negeri Selangor. Tambang bas ekspres dan teksi juga akan mengalami kenaikan sebanyak 30%.

Ketika ini Indeks komposit di BSKL mengalami penurunan, pengangguran meningkat kepada 85 ribu orang dan nilai matawang semakin merosot.

Inilah projek terbaru BN untuk rakyat semua. Sudah tiba masanya rakyat semua menghukum keangkuhan kerajaan UMNO-BN.

tokiskandar-UmmiAnni

Mahathir Bidas Pak Lah Ekoran Krisis Perak

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyelar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi kerana meminta Datuk Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan.

Menulis di dalam blognya yang popular chedet.co.cc, beliau berkata yang adalah mungkin saja untuk Speaker berkenaan melakukan jenayah, namun “menggantung mana-mana ADUN tidak merupakan satu jenayah yang mengizinkan polis boleh mengambil sebarang tindakan.”

Mahathir yang terkenal dengan kritikan pedasnya selama ini, mantan perdana menteri itu telah menjadi duri kepada kepimpinan Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini.

Di dalam kenyataan baru-baru ini, beliau juga telah membidas tindakan Barisan menerima 2 bekas ADUN PKR – Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi.

Kedua-dua orang yang melompat dari PKR untuk menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak namun ia telah mengakibatkan kritikan hebat kerana kedua-dua mereka sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Mahathir sebelum ini pernah menyatakan, jika kita menerima kedua-dua ADUN berkenaan masuk ke dalam UMNO / BN sebelum kes mahkamah mereka selesai, kita membawa masuk penyakit ke dalam parti apatah lagi jika kedua-dua mereka disabitkan dengan kesalahan. Jika mereka diterima masuk selepas kes mereka selesai, masyarakat akan berpandangan bahawa kita yang telah mempengaruhi keputusan mahkamah.

Di dalam tulisannya yang terbaru di dalam blognya, Dr Mahathir menolak saranan Abdullah supaya Zambry membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya dan para exconya dari menghadiri persidangan DUN.

“Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis?

“Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan?”

Mantan PM juga memberi komennya terhadap kenyataan Zambry yang beliau akan tetap menghadiri sidang DUN sekalipun telah digantung.

Beliau berkata mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Dr Zambry dari Dewan.

“Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

Banyak pihak mempersoalkan saranan Abdullah menggesa Zambry membuat laporan polis. Ia membuktikan PM seseorang yang buta undang-undang yang tidak mengetahui bahawa tiada jenayah yang dilakukan oleh Speaker Perak sehingga boleh dilaporkan kepada pihak polis dan jika polis bertindak di atas laporan-laporan itu jelas menunjukkan polis juga adalah dari kalangan yang buta sama kerana bertindak mengikut sentimen dan bukan berdasarkan bidang kuasa yang ada pada mereka.


Halalkah Gaji Zambry dan Para Exconya?

Sebelum ini dia gah dimana-mana, sebelum ini dia angkuh dengan berkata: "Saya MB lantikan Sultan Perak!"

Tiba-tiba beliau mendapati rakyat Perak tidak menerima pengakuannya itu. Di mana beliau pergi beliau tidak diakui oleh rakyat Perak sebagai MB.

Akhirnya beliau menyedari perlantikan dari Sultan semata-mata tidak semetinya beliau diterima oleh rakyat apa tah lagi di dalam suasana di mana rakyat Perak kini rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Seri Mohammad Nizar yang telah dianiaya dan dirampas kerajaannya melalui kaedah paling kotor dan hina.

Beliau terpaksa merayu rakyat Perak agar mengakui kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Ramai yang menjawab, "Zambry, anda Menteri Besar lantikan Sultan. Itu pengakuan anda sendiri. Anda bangga lantarannya. Justeru pergilah ke Istana Sultan untuk memerintahnya. Mengapa kini mengadu dan merayu kepada rakyat? Jika rakyat yang memilih anda anda boleh datang kepada kami dan kami akur dengan kerajaan anda. tetapi anda tidak dipilih oleh kami, rakyat tidak merestui kedudukan yang anda duduki sekarang iaitu sebagai MB."

Lagi rakyat berkata, "Zambry, dengar sini, yang membayar gaji anda sebagai MB dan sekalian exco-exco anda adalah wang rakyat. Hasil yang dipungut dari cukai rakyat, gaji anda tidak dibayar oleh Istana, tidak dibayar dari kocek Najib atau Pak Lah atau dari tabung UMNO. Justeru itu, apakah anda fikir rakyat yang tak merestukan kedudukan anda sebagai MB dan rakan-rakan anda sebagai exco itu akan sudah dan boleh menghalalkan semua yang anda terima?"

"Anda akan kepanasan. Anda akan boleh mendapat kedudukan. Anda boleh memperolehi pakaian MB. Tetapi di tangan rakyat terbanyaklah ketenangan dan keberkatan."

"Bawalah watikah anda, perbesarkanlah ia dan tampallah di dinding istana. Maklumkan kepada Tuanku, penghinaan apakah yang patik terima tuanku sehingga rakyat tidak menerima patik sebagai MB mereka?"

"Pohonlah kepada Tuanku untuk diadakan pilihanraya semula. Terimalah "kedaulatan rakyat" bukan "kedaulatan sultan" semata-mata. Imbangilah kedua-duanya. Barulah Perak aman sentosa."

Malah Sultan Azlan Shah sendiri ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 pernah bertitah:

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

Ibrahim Ali menggali kuburnya sendiri

Gelagat Ibrahim Ali menjadi "lembu gila" nampaknya menanduk sesiapa sahaja, bahkan tuannya sendiri( PAS) dan akhirnya mencetuskan kemarahan PAS yang secara ihsan telah memberi kerusi parlimen Pasir Mas kepadanya atas tiket bulan dalam PRU ke 12. Bukan setakat Takiyudin Hassan sahaja mencabar beliau meletakkan jawatan, bahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) sendiri, yang dikatakan memberi persetujuan beliau bertanding di Pasir Mas telah mendesaknya mengosongkan kerusi tersebut dan bertanding semula bagi menguji pengaruhnya.

Watak katak dan lembu gila yang menjadi ciri khas Ibrahim Ali benar-benar membengangkan Pakatan Rakyat(PR). UMNO dah lama tidak berkenan dengan tingkah laku Ibrahim Ali ini, lalu beliau ditalaktigakan oleh Pak Lah. Ini menyebabkan beliau berkelana mencari platform politik. PAS pada mulanya pula agak sukar menerimanya berdasarkan latarbelakangnya memusuhi parti itu sejak dulu lagi. Apatah lagi beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan bersama Ku Li pada tahun 1978. Dipihak Parti Keadaan Rakyat(PKR) juga cukup menyampah dengan perangai beliau sejak dari dulu lagi kerana sikap permusuhannya dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim yang tak pernah kunjung padam.

Akibatnya beliau berkelana dan tersungkur di pentas politik. Hakikat ini terbukti bila beliau kecundang sebagai calon bebas dalam PRU ke 11 dan PRK Permatang Pasir sejurus selepas itu. Dengan itu ramai orang melihat hayat politiknya telah berakhir.

Meski ditimpa kegagalan demi kegagalan, Ibrahim Ali terus memasang strategi untuk membuat "comeback". Cara mudah beliau ialah dengan menggadaikan harga dirinya dan menyokong PAS. Munkin beliau ada seni pujuk rayu dan kelentong menyebabkan PAS mengorbarkan kerusi Pasir MAS kepada beliau. Kita tidak menyalahkan PAS kerana PAS kita ketahui sebagai sebuah parti dakwah munkin sebagai usaha berdakwah kepada beliau supaya menyokong PAS khususnya dan PR amnya.

Bagaimanapun PAS telah tersilap congak. Sejurus selepas beliau bergelar MB atas tiket PAS, beliau mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas. Beliau menyatakan sikapnya untuk menegur atau menghentam mana-mana pihak sama ada BN atau PR jika difikirkannya tidak betul. Dalam beberapa siri ceramah juga beliau telah melukakan hati penyokong PR dengan mendakwa kemenangannya adalah kerana para pengundi di Pasir Mas marah dengan BN, tanpa menyebut kawasan parlimen tersebut adalah kubu kuat PAS dan orang-orang PASlah yang memenangkannya.

Oleh kerana lupakan diri beliau bersifat "lembu gila" yang turut menanduk semula tuannya. Terbaru penentangan terbukanya kepada PR di Parlimen menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan beberapa AP PR menyebabkan ramai AP PR jengkel dengannya lalu meninggalkan dewan.

Kemanakah arah tuju politik Ibrahim Ali selepas ini? Apakah beliau merasa masih popular di Pasir MAS? Menjawab kepada cabaran PAS supaya beliau meletakkan jawatan, Ibrahim Ali bertegas beliau akan berbuat demikian jika majoriti pengundi di Pasir Mas mahukan beliau berundur. Bagaimana jika PAS berjaya mengumpul tandatangan sebahagian besar pengundi di kawasannya mendesaknya supaya berundur.

Apa yang pasti, PR tidak akan membenarkan beliau menggunakan pentas PR lagi untuk berceramah. Jika ini berlaku, beliau hanya layak berceramah di keda-kedai kopi yang hanya pendengarnya hanya sekitar sepuluh orang sahaja. Itu pun kerana beliau membayar harga minuman dan nasi kerabu atau nasi berlauk mereka.

Jika beliau berkeras tidak mahu mengosongkan kawasannya meskipun menerima pelbagai desakan, beliau perlulah menghitung hari menanti ketibaan PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan lebih kurang tiga tahun lagi. Jarak tiga tahun itu tidak lama. PR semestinya tidak akan ditipu kali kedua oleh beliau, begitu juga UMNO pun rasanya takkan menggunakan khidmat "Cina buta" untuk merujuk kembali dengannya. Munkin beliau akan bertanding atas tiket bebas lagi. Dengan itu beliau akan menggali kubur politiknyanya untuk selama-selamanya.

gedebe

PM Selamatkan Anak Pengerusi SPRM

Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata.

Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan.

Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post. The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here's a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot.gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction. I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA

Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.

Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

[Dengan pendedahan ini, kami amatlah berharap agar ada pihak yang akan tampil dan membuat berbagai lagi pendedahan supaya rakyat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku. SPRM begitu beriya dalam kes lembu MB Selangor, walhal sumbangan lembu-lembu yang diberikan oleh syarikat kerajaan dan korporat adalah fenomena biasa yang dibuat di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka gagal untuk membezakan "penyelewengan" dengan "tanggungjawab sosial".

Begitu juga dengan kes penggunaan kereta Lexus MB Selangor, yang dikatakan melibatkan penyelewengan lebih RM7,000 itu. Walhal kes yang melibatkan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Exco Terengganu zaman MB Idris Jusoh yang dilaporkan oleh MB Mat Said sebelum ini mencecah ratusan ribu ringgit sebenarnya. Tetapi kenapa SPRM mendiamkan diri seribu bahasa!! Mana siasatan dan pendakwaan yang dilakukan? Padahal kes itu lebih nyata dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

Maka yakinlah kita sekarang bahawa SPRM sudah jauh terpesong dari matlamat asalnya. Jika tanggungjawab sosial dianggap "penyelewangan kuasa dan rasuah" maka sila siasat dan dakwa semua pemimpin UMNO yang menggunakan jentera kerajaan dalam setiap kali musim pilihanraya !! Juga sila dakwa MB UMNO yang banyak menerima sumbangan daripada pihak korporat dalam hal derma kepada rakyat seperti sumbangan basikal, beras, pakaian sekolah serta lain-lain lagi termasuk derma bencana alam. Bukankah semua itu juga boleh dikira rasuah, kerana yang memberi itu sudah pastinya akan mengharapkan sesuatu pulangan yang setimpal dari pihak kerajaan].

pahangdaily