Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.
"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.
"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.
Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.
Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.
Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.
Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.
Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.
Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas keduadua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.
Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.
"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam -BERNAMA
Ulasan GB
Itulah sifat kerendahan hati seorang pemimpin jemaah Islam sekalipun tidak mempunyai latarbelakang akademik ugama formal yang telah dididik oleh TG Nik Aziz sendiri.
Sifat mulia itu pernah ditunjukkan sewaktu Umar Al-Khattab dilantik sebagai khalifah pertama oleh Saidina Abu Bakar yang kemudiannya, Saidina Umar menyerahkan semula kepada Abu Bakar jawatan khalifah itu. Umar menyatakan Abu Bakar lebih kanan dan lebih tua darinya.
Seorang pemimpin Islam tidak mengatur langkah untuk merebut jawatan MB secara jijik dan kotor sehingga sanggup menemui dan berkompromi dengan musuh sepertimana yang dilakukan oleh seorang pemimpin sekalipun berbelatarbelakang pendidikan ugama di sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Juga bukan seperti pemimpin parti yang bercita-cita untuk menjadi pemerintah tertinggi negara dan kemudian menimbulkan gagasan yang memporak-perandakan jemaah parti akhirnya.
Mujur di kedua-dua kes terakhir ini, Allah tidak merstuinya.
Allah masih sayang dan tetap menjaga jemaah milikNya.

husam adalah permata tetap akan bersinar juga
BalasPadamNgeri baca ulasan gb, tapi itulah kebenarannya. tahniah gb. bunuh kuman ug dalam pas sampai bersih sehingga tiada lagi fitnah dan perpecahan di dalam jemaah.
BalasPadamSejuk hati saya bila baca artikel ni..inilah yang kita mahu. Tak ada nak rebut-rebut jawatan. Hati yang mulia lebih bernilai dari semua tu..harap-harap jadi contoh pada yang lain-lain tu.Jangan harap pada pakaian saja.. sifat lahiriah, tindakan dan gerak-geri kita lebih penting kerana dapat dianalisis dimata ramai.Kan kita ni jemaah politik yang memerlukan undi rakyat bukannya NGO!!!
BalasPadamapahal sibuk sibuk pasal nak jadi MB.kalau dah tok guru pilih husam sokong jer la..tak pun pilih jer puak dari PAS UG habis cerita.aku percaya puak umno pun sokong
BalasPadam